Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 3 Mei 2012

Terpinga-pinga bila 500++ online di blog !

 

Lama dah aku tak nampak jumlah pengunjung begitu kat blog aku . Dulu rajin la terutama bila aku main SEO ( entri rancangan hiburan / drama ) .. Pastu bila dah letih n malas nak main entri cam tu sbb dok cerita pasal Qhaliff jer ..

Tiba-tiba petang tadi aku tengok counter hits blog aku …

image

Aik .. bila pulak aku wat entri panas ?? Pelik la pulak .. Dalam dok garu kepala Qhaliff .. eh .. kepala aku .. wife  bagitau aku pasal Bob Kuman .. Huh .. Terkejut aku .. Biar betul ?? 

Dia suruh aku check kat blog yang sumbernya mmg sahih .. Betul la .. Aku google ..

image

Hurm …  Dah sampai ajalnya .. Al-Fatihah buatnya ..

 

Kalau sudi , klik la  http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE pastu .. hehe ..

Daddy !! Daddy !! Daddy !!

 

image

Huarghhhhh … Huarghhhhhh .. Huarghhhh ..

Mummy makan .. Daddy update blog sat ni.. Ada isu panas niii .. hahaha .. Daddy kan wartawan tak bertauliah .. Bila menda menda gini , blogger gak laa memainkan peranan… Mewar-warkan pada pengguna internet ..

Tapi bila jadi apa apa yang tak best , blogger jugak dipersalahkan ( memang patut pon tapi bukan semua laa ) . Masa tu kata la blogger ni takde tauliah untuk menceritakan hal hal berlaku apatah lagi takde bukti kukuh ..

Caitt .. Yang diorang tu dah langgar etika kewartawanan tu , camana ? Dah tak cerita menda yang jujur dan benar pada rakyat , camana ? Haaa .. cer jawab..

Blogger gakkk dipersalahkan .. kan kan ? Mentang mentang blogger ni tak masuk sekolah kewartawanan .. Elelele ..

“ Sat Qhaliff … 5 saat je , ok sayang ? “

Gambar-gambar individu yang terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0

 

Berdasarkan penelitian gambar-gambar tersebut , pihak polis memohon kerjasama pada individu terbabit untuk hadir ke mana mana balai polis berhampiran atau kepada mana mana juga orang ramai yang mengenali individu sebagaimana gambarnya disiar .

image

Klik text merah untuk melihat gambar yang selebihnya .. GAMBAR – GAMBAR INDIVIDU YG TERLIBAT DLM PERHIMPUNAN BERSIH 3.0

Dalam page PDRM , ada satu komen yang menarik untuk dibaca .. hehe ..

image

Wow .. camana tu ? Eh .. aku tak tau apa apa ..

Ianya tak mudah ..

 

image

Bila melihat tapak kaki Qhaliff Iman , aku teringatkan blog aku 2 setengah tahun yang lepas .. Hurmmm ..Dan ada satu pendapat ikhlas mengenai blog aku dari rakan seoran rakan  blogger , membuatkan aku tersenyum kambing 2 saat ..

Pelik dengan ramai followers kat blog aku ? Entri biasa biasa jer .. Design pon biasa biasa jer .. Hehe .. Hairan ? Tak pe la.. Pendapat dia .. Ikhlas .. ok la tu ..

Sebenarnya , aku sendiri pon pernah gak mengaru kepala aku bila masuk blog blog yang popular satu tika dulu .. Pelik bila blogger tu takat cerita g shopping .. g makan sana sini tapi ramai je masuk komen.. Apa kess ?? Apasal cam tu ?  Aku pon leh cerita lagi bagus dari tu !

6 bulan setelah aku berblogging , aku tahu akhirnya .. Tak semua lahir ke dunia ni bernasib baik  tetapi nasib itu mampu diubah jika ada usaha , doa berterusan ..

Tak semudah yang nampak ..

Sama gak bila aku join contest DIGI ni .. nak suruh korang undi aku , bukan mudah kan ? Korang sudi ke ? Kalau sudi , klik la  http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE pastu .. hehe ..

Al-Fatihah .. Bob Kuman meninggal dunia

 

Dari blog En.Mazidul Akmal mengatakan bahawa Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40,  meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang tadi. 

Al fatihah dan takziah buat ahli keluarganya .

 

image

Kita telah kehilangan pelawak yang berbakat besar.. Semoga rohnya dicucuri rahmat ..

 

Sekadar meminta sokongan .. Vote BENASHAARI.COM .. klik > http://bit.ly/Kqjt1u

Wahai anak .. hargailah ..

 

image

Memujuk Qhaliff menangis , bukan satu perkara mudah jika takde ‘skill ‘ .. Bagi mereka yang tak biasa dengan baby , pasti akan cuak lebih lagi bila baby teriak seolah ada konsert k-pop depan mata .. Macam kena sawan !

Bila dah senyap .. betapa leganya hati si ibu tu .. Tengok anaknya lena dan damai .. Ah, senang hatinya sekejap.. Sekejap saja jer .. Haaa..

Tapi bila dah besar , apakah balasan si anak tu ?  Dengan pantas menuding jari pada mak dan ayahnya bila ada sebarang masalah timbul sedangkan si anak tu dah tau buruk dan baiknya !

Alasannya , mak ayah tak ajar atau tunjuk perangai yang tak elok .. Tapi nape yang elok ayah atau ibu buat tak nak ikut ? Atau paling tidak pon , dah antar g sekolah dan belajar mata pelajaran agama ..

APAKAH SIKAP RASULULLAH S.A.W ? APA YANG BOLEH BUAT DAN TAK BOLEH BUAT ? KENAPA TAK NAK IKUT ?

Mak ayah juga yang dipersalahkan .. Iskh …

Sekarang aku sedar … Seronok main dengan baby .. Tapi setiap keseronokkan tu ada harganya ..

 

Jangan lupa , Vote BENASHAARI.COM .. klik http://bit.ly/JiGSp6

Karnival MOTHERCARE di KLCC

 

image

Blogger yang berminat nak join karnival ni bolehlah daftarkan diri di blog BROFRAMESTONE .. Klik SINI

 

Jangan lupa , Vote BENASHAARI.COM .. klik http://bit.ly/JiGSp6

Lukisan 'The Scream' bernilai AS$119.9 juta

 

image

Satu-satunya koleksi peribadi yang di miliki pelukis tersohor Norway, Edvard Munch, ‘The Scream’ iaitu antara lukisan terkenal dalam sejarah memecahkan rekod dunia hari ini apabila berjaya dijual pada harga AS$119.9 juta di Sotheby, New York.
Persaingan sengit antara tujuh pembida yang menawarkan harga tertinggi bagi hasil kerja seni itu dilelong dalam tempoh hanya 12 minit dengan mendapat tepukan gemuruh penonton.

Rekod sebelumnya dipegang pelukis Sepanyol, Picasso, ‘Nude, Green Leaves, and Bust’ yang dijual pada harga AS$106.7 juta pada 2010.

‘The Scream’ adalah salah satu daripada empat hasil karya yang menggambarkan kekecewaan dan putus asa pada zaman moden.  - Bharian

 

BEN : Wow … Banyak sangat dah duit diorg ni .. Huhuh..

Untung Emas ... Melancong Ke Bandung !

 

clip_image001

Assalammualaikum ... Bersua kembali rakan-rakan pembaca setia yang budiman ...

Hari ini saya ingin berkongsi lagi bahawa dengan hasil keuntungan pelaburan logam emas tulen fizikal pada tahun lepas ... saya dan keluarga berpeluang pergi melancong ke Bandung Indonesia pada

Pembacaan seterus nya (sila klik di sini)

Siapakah mereka ini ?

 

image

“ Tindakan ganas empat pemuda yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu mengundang kemarahan orang ramai. Dalam reaksi melalui blog-blog, Facebook dan Twitter mereka menggesa pihak polis segera mengesan ndividu-individu berkenaan untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka menyifatkan tindakan peserta tersebut sebagai ganas, biadab dan tidak berperikemanusiaan . Selain tindakan menyerang dengan menggunakan kon terhadap seorang anggota polis yang keretanya terbabas, mereka juga mengecam perbuatan dua pemuda menendang seorang lagi anggota trafik yang terbaring apabila motosikalnya terbalik sementara seorang lagi bertindak melompat ke atas kereta polis. Mereka adalah sebahagian daripada ramai lagi peserta perhimpunan yang kini sedang diburu oleh pihak polis.  “ – Utusan Malaysia

 

Alahai .. aku tertanya tanya satu soalan je .. Betul ke diorang ni peserta  BERSIH 3.0 ? Hehe .. Tak baik tau naya orang .. Setau aku la , takkan berani rakyat Malaysia nak wat keje giler gini sbb tau takkan mampu boleh lari punya .. Kecik je Malaysia ni 

Jadi siapakah mereka ini yang berani sangat wat keje mengarut ni .. Hanya Allah saja yang mengetahuinya .. 

Bloglist bulan MEI 2012 dibuka kembali !

 

SEGMEN DAH DITUTUP !!

 

Ok , bagi mereka yang berminat nak berada dalam bloglist khas bulan MAY ni bolehlah join dengan membuat entri . Tapi ingat yer .. Bloglist ni hingga hujung bulan ni jer .. Dan mereka yang nak join , pastikan aktif update blog .. Paling tidak pon ,sehari sekali update .. Comey ?

Sebelum nak join , aku mintak tolong sat eh .. Klik link ni ,  http://bit.ly/JiGSp6 dan login pada FACEBOOK .. seterusnya VOTE .. tu je ..

Terima kasih .. Lambat , tak layan dah yer ..

Tepat jam 11 malam , mata Qhaliff …

 

IMAG0101

Seluas alam mata dia terbukak ! Camana nak kasi dia tidur ? Tak kasi dia tidur siang , siang lak .. Huhu.. Ada kawan pesan jangan kasi dia teriak kuat dah skang ni sbb telur dia tu haa ..

Jadi , kena kasi dia tidur laaa jugak .. Pujian buat isteri dan mak mertua aku yang senantiasa berada di sisi Qhaliff .. Aku pon ada gak laa .. tapi aku mana ada susu nak kasi dia ..

Lagi pon skang ni Qhaliff cam jual mahal kat aku .. Hahaha .. Bila aku pandang dia , dia pandang tempat lain .. Bila aku pura pura pandang tempat lain , dia pandang aku !! Waaaa.. kantoii la ini budak !

Tunggu la besar nanti !! Kita lawan sapa leh angkat 100kg kat gym nanti !

 

Undian baru.. hari baru .. Sekadar meminta sokongan .. Klik dan ikut saja arahan terkandung di situu .. http://bit.ly/Kqjt1u

Terima kasih

Kebakaran musnahkan tujuh rumah papan, 35 orang hilang tempat tinggal

 

KOTA KINABALU: Kira-kira 35 orang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran pagi ini yang memusnahkan tujuh rumah papan di sebuah perkampungan air di Kampung Meruntum, Lok Kawi dekat sini hari ini.

Kebakaran dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi ini apabila kebanyakan penghuni rumah bersiap untuk keluar bekerja. – Hmetro

 

Jangan risau , mereka akan sampai dengan segera !! Kan kan .. Sapa sampai dulu ??

image

image

Lepas PRU , mereka akan sampai gak .. cuma bila je tu menjadi persoalan .. Kan kan ?

Jangan marah .. perbaiki mutu perkhidmatan anda .. Kuasa rakyat bukan masa mengundi jer .. kan kan ? Kami tetap sokong pada pihak yang benar benar berkhidmat untuk negara serta rakyat dan bukannya perut atau tekak anak beranak mereka !

Eh , blog politik ?? Cet ! Asal tulis gini je terus cop politik ! Aparaaa … Bukak mata la skit ..Selagi hidup , politik dan oksigen tak dapat dipisahkan ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI