Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 7 Mei 2012

Ketua kampung terbaik !

 

image

Kat taman rumah aku ni ada sorang ketua kampung .. Perghh .. dia punya radar , mmg dasat ! Orang camni , mmg aku salute la .. Sapa sapa kuar masuk kawasan ni , mmg dia akan perati .. hehehe .. Tapi bukan la perati macam nak makan orang tuuu .. Dia usha la..

Tadi , masa staff UNIFI datang rumah .. dia mari gak umah aku.. Dia tak tau yang aku dah balik dari Kelantan .. Jadi dia datang check laa.. Kot kot laa , ada penyamun datang rumah .. Kang , mau gak jadi gua Ali Baba .. Licin licin ..

Bagus kan ? Kalau ada perempuan luar masuk rumah pon , dia akan tanya nanti ! Haaa .. kira sapa sapa nak curang tu , sila pastikan ‘radar Russia’ ni takde kat rumah la. hahaha ..

Tak sia sia jadi ketua kampung ..

Tak suka betul KL time ni !

 

image

Paling tak suka , redah jammed kat KL time hujan hujan ni … Boleh bikin jiwa kacau woo.. Kalau pemandu memandu dengan keadaan berhemah , ok la.. ni kalau dah memasing dok pk tekak memasing , hurmm .. mmg memburukkan keadaan lagi la jawapnya ..

Hujan dan jammed , mmg adik beradik di Kuala Lumpur .. huhu.. 5 minit hujan pon cukup dah utk mengkucar-kacirkan Kuala Lumpur.. hehe ..

Terima kasih UNIFI

 

Pantas datang membaikinya .. hehehe.. Lega dah .. Leh guna balik internet.. Kalau tak , mahal woo mau bayar broadband ni ..

IMAG0178

Semalam lampu merah .. Ada masalah.. Apa masalah dia , tak pasti la pulak .. Lepas buat laporan , dalam tempoh 24 ham mereka akan datang untuk periksa..

Dan petang tadi , mereka datang .. Check punya check , kabel putus ! Sapa punya kerja pon tak tau laa..  Dia nak tuduh tikus.. Aku kata tikus tak masuk umah aku ni.. Tapi lipas mungkin gak laa.. Lipas rumah ni , agak brutal ! Semua benda dia nak sebat .. Kebulur kot !!

 

imageIMAG0189

Tak sampai setengah jam , settle semua.. Diorang tarik kabel baru .. Tak panjang mana pon kabel tu.. hehe ..

Apa pon , terima kasih pada UNIFI kerana pantas menyelesaikan masalah ..

Nak online sampai pengsan !


kLIK di http://bit.ly/JiGSp6 , klik VOTE .. ajak kawan kawan sekali ..

SALE ( 3 DAYS ONLY) - Meimei Clothing

 

Guysss  !! Sape suke shopping ?? Jom shopping di MEIMEI CLOTHING ..

Online shop ni ade SALE bermula ISNIN hingga RABU nie sahaje.. So jangan lepaskan peluang anda untuk bershopping di Meimei Clothing .. Pelbagai item seperti  tops,cardigan,skirt,dress,beg dan banyak lagi boleh di dapati di sana dan pastinya murah gilee =)

image

Dapatkan Jacket, Cardigan, Skirt, beg yang Owesome dengan harga yang berpatutan.. Hanya di Meimei Clothing

image

More Detail:
Fanpage On Facebook :: Meimei Clothing  

Owner :: Meimei Crazewear

Macam tak sangka la ..

 

image

Awal pagi lagi aku dah basuh baju , vacuum carpet n sofa .. Pastu sapu rumah.. Eh , patut sapu dulu baru vacuum kan ? Tapi vacuum dulu , sapu kemudian pon ok gak kan ? Ke sapu lu ? Tapi tak kisah la kan kalau vacuum pon kan ? ARghh .. apa dah haalll ..

Pas selesai part tu , jemur baju lak.. Cuaca tak comey untuk jemur kat luar .. tapi ok la.. ada gak la cahaya matahari dari takde takde langsung kan.. Kang aku jemur dibawah cahya rembulan , orang kata aku giler lak.. huhu ..

Apa pon yang berlaku hari ni , aku tak sangka aku boleh lakukannya. Sapa tau kan ? Lelaki boleh berubah sikap bila menyedari akan tanggungjawabnya ..

Yang tak reti nak berubah tu , mmg tunggu masa nak diceraikan je .. lalala ..

Waaa.. rindu kat dak tomeyyy tuu .. Qhalifff , nangis skittt ..

Logam Emas Tulen Fizikal Adalah Kekayaan ...

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Apa khabar rakan-rakan pembaca setia yang budiman ... Setinggi kesyukuran ke hadrat "NYA" kerana masih di beri ruang dan peluang untuk menulis pada entry hari ini ...

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua dengan satu tajuk "Logam Emas Tulen Fizikal Adalah Kekayaan" ... Logam emas tulen fizikal adalah lambang kepada kekayaan dan kekuasaan kepada manusia sejagat ... Logam emas tulen fizikal mendapat tempat di hati manusia kerana warnanya yang sangat menarik dan sangat cantik serta mempunyai aura yang tersendiri ...

Di serata pelusuk dunia ... Logam emas tulen fizikal akan mendapat tempat di hati manusia kerana beberapa faktor berikut:

Pembacaan seterus nya (sila klik di sini)

Lepasan SPM boleh mula semak kemasukan ke IPTA

 

KUALA LUMPUR: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf boleh mula menyemak keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi sesi akademik 2012/2013 mulai jam 12 tengah hari ini.
Semakan berkenaan boleh dibuat sehingga jam 12 malam 28 Mei ini.

Unit Pusat Universiti (UPU) dalam kenyataan menerusi laman webnya berkata, pelajar boleh menyemak keputusan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui perkhidmatan mySMS dengan menghantar UPU RESULT [No kad pengenalan] ke 15888 atau hubungi talian bantuan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di 03-55692840 untuk sebarang pertanyaan.

- BHARIAN

DAJAL besar di kalangan kita ..

 

Kita sedia maklum akan DAJAL ni .. Bila dia nak keluar tu , wallahualam ..

Tapi bila manusia bersikap seperti DAJAL ni , mmg sangat bahaya ! Kerja dia , mmg sukar ! Iaitu memecahbelahkan kerukunan serta persaudaraan sesama kita ..

Yup .. dia dikalangan kita .. Dia akan senantiasa menghasut orang orang lain untuk dirosakkan .. Aku tak la kata dia ni DAJAL tapi sikapnya tu yang suka melihat kehancuran orang lain tu yang bahaya ..

Bayangkan , bila dia menghasut orang lain. Kemudian orang tu bergaduh sesama mereka . Dia akan ketawa berdekah dekah gembira ! Gembira kerana berjaya menghancurkan satu persahabatan ..

Buka mata dan lihat sekeliling .. Jangan mudah termakan hasutan si Dajal ini ..

 

Pinjam 6 saat leh ? kLIK di http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)

Realiti.Di Malaysia ni , pelik sikit …

 

image

Petikan dari Hmetro Online

Kalau pemandu tu berenti , nasib dia lak camana ? Peratusan mereka bakal dipukul ni , mmg amat tinggi ..

Itulah situasi di Malaysia .. Yang menjadi mangsa , mereka yang terlibat dalam kemalangan ni … Hurm .. Realiti .. Berlaku juga pada kawan aku. Apa apa , pukul dulu tanpa kira betul atau salah .. Cerita kemudian ..

Camana pon , bersalah tetap bersalah. Tapi kita jangan cepat jatuhkan hukum dengan mengambil tindakan sendiri.

Serba salah dalam kes begini. Nak tolong tapi takut kena pukul. Tak pasal pasal , sendiri tempah maut ! Tapi tak tolong , sangatlah kejam pulak ..

Al-fatihah buat arwah Nur Suhaida dan Ana Najwa.. Semoga mereka di tempatkan bersama sama orang yang beriman ..

Takziah buat keluarga mereka. Kesian ..

 

kLIK di http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE

Shawl terkini , pilihan anda !

 

LAYLA Shawl adalah gabungan daripada kain Chiffon (Gred 1) dan Bawal Jepun (No.1). Sesuai dipadankan dengan pakaian moden dan juga traditional. Terdapat 8 pilihan warna. Dapatkan sekarang di www.zulaykha.com atau email kami di info.zulaykha@gmail.com

Kami menawarkan diskaun sebanyak 10% kepada pembaca setia blog Ben Ashaari! Masukkan kod diskaun ini : b3n4shaar1

clip_image002clip_image004clip_image006clip_image008

Terima kasih .

Qhaliff jaga , daddy pon !!

Qhaliff kat Kelantan.. Daddy dores kat Putrajaya .. Sama sama terjaga , cari susu .. huhu ..


Qhaliff cuma perlu menjerif ! Aku ?? Drive sendiri laaa g cari kat 7 E .. huhu ..


Lega giler dpt air susu ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Senang giler jadi blogger sepenuh masa !

 

Sejak balik dari Kelantan tadi , aku tak berpeluang nak lelapkan mata lagi .. Dengan kerja rumah , dengan perut lapar .. tambah lagi dengan kerja kerja di blog yang perlu aku siapkan , membuatkan aku sangat sangat tertekan ..

Walaupun aku di Kelantan , laptop senantiasa berada di tangan aku . Aku akan update apa saja yang terlintas di benak aku .. Apa saja yang aku nampak , semua aku coretkan di blog.

Kalau terlepas , aku jadi frust sangat .. Bukan taksub , tapi itulah kerja aku sekarang ni .. Untuk berada di tahap yang boleh dibanggakan , bukanlah mudah . Bukanlah award sebagai penentu ukur bagus atau tidaknya blog ni tetapi kepuasan pembaca setiap kali masuk singgah , adalah keutamaan aku

Apa yang aku lebih suka nak sampaikan adalah apa yang aku alami setiap hari , setiap saat dan ketika. Itulah yang akan aku ceritakan di dalam blog.

Selebihnya seperti berita itu adalah apa yang aku baca dan ingin kongsikan bersama rakan pembaca yg setia singgah di blog aku ni ..

Senang jadi blogger ni ?  Jam dah hampir kul 2 pagi dan aku masih update blog untuk pagi ni , esok serta lusa .. Senang kan ? Pergh.. senang la sangat ..

Ianya senang jika datang dari hati yang ikhlas seperi UNDILAH SAYAA ..  kLIK di http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI