Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 13 Mei 2012

Pantyliner pon wat drama ke ..

 

Dulu ar .. Mak aku kalau nak bagitau adik aku tak g sekolah sbb mai period , dia akan kata ‘dia sakit perempuan la  “.

Punya laa jenuh nak faham ! Tertanya tanya laa sampai ada beruban sehelai kat ketiak , baru dapat tangkap kata kata mak aku tu haaa . hehehe ..

Sakit perempuan .. Mai bulan .. Atau aku panggil , ‘tentera jepun datang menyerang .. ‘ . Macam macam istilah la digunakan sbb segan punya hal ..

Tapi zaman ni ? Perghhh .. Best tuuu .. Siap ada iklan panjat bukit untuk bagitau betapa selesanya pakai ! Huhuh.. Dan baru tadi , aku tertengok drama pasal pantyliner lak ..

Hahaha .. Kita ni bangsa melayu yang mana terkenal dengan sopan santun dan budi bahasa yang tinggi walaupun dah ramai tak amalkan sikap begini .. huhu ..

Jangan la kata kita ni patut terbuka minda untuk terima semua ni .. Come on laa.. Ada menda patut terbuka dan ada menda patut simpan jer.. Segan tetap segan ..

Asal dapat duit , semua okeh eh zaman ni ?

MENTOR 6 . Minggu tah ke berapa ..

 

Haiihh .. puas cari tang mana nak kata .. Sodap .. Kesimpulan ? Takde yang berbakat lorr . Maaf la yer .. Jangan nak tensi lak yer ..

Nasib baik ada Ally Iskandar ..  ceria skit Mentor .. Harap juri ? Huhuh.. 

TAHNIAH buat PASUKAN HOKI REMAJA MALAYSIA 2012

 

TAHNIAH !

Pasukan hoki remaja negara kita , Malaysia telah pon layak ke pusingan akhir Kejohanan Piala Remaja Dunia di New Delhi  dan baru sebentar tadi , mereka telah pon menewaskan Pakistan , 2-1 untuk menjadi juara Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka.

 

Sekali lagi , pasukan hoki negara kembali menyemarakkan semangat sukan negara !

Kera di hutan , disusukan ..

 

Tak faham sikap manusia begini .. Sampai tak tau mana satu patut didahulukan .. Hurm ..

Bayangkanlah , anak sendiri yang masih boleh dikategorikan baby walaupun dah boleh berlari tapi masih guna pampers , disuruhnya minum air teh saja sebab malas nak beli susu atau tak nak keluar duit beli susu !

Yang bestnya , anak orang lain pulak dia lebihkan ! Walaupun anak orang lain tu , adik beradik sendiri tapi dia kena tau sapa yang patut dia lebihkan .. Jangan ingat si isteri tu kerja lalu dilepaskan segala eban tu pada isteri sebaliknya dia lak sibuk hal orang lain !

Aku cukup hangin bila dengar menda gini ! Si ayah ni bukan tak kerja .. Kerja ! Tapi duit yang dia dapat , tak tau mana pergi ! Bila si isteri tanya , dah abis .. habis buat apa ? Takat beli susu setin dua sebulan , pampers sekali beli , dah memadai sebagai menjalankan tanggungjawab seorang ayah !

Boleh ke gitu ? Buat kawan kawan pembaca .. Ingatlah .. Perkahwinan ni bukan sekadar untuk ‘sedap’ atau buktikan ‘ I LOVE U ‘atau nk buktikan kejantanan saja , yer .. Utk apa ? KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT .

Hurm ..

Lintah masuk dubur !

 

Gambar hiasan

Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.

Mohd Farhan Adli Mohd Alpatah, 7, yang berasal daripada Kampung Paya Rambai itu, berkata dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.

"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital (Raja Perempuan Zainab II).

"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya.

Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan. – Bernama

 

BEN : Er … pernah berlaku kat kawan aku.. tapi dia melekat kat anu dia .. Pengsan aku dengar !

Header blog pilihan ..

 

image

 

Pernah tengok kan ? Haa .. Yup , blogger baru walaupun dah lama menulis tapi kali ni baru dia berminat nak bercerita mengenai kehidupannya dalam blog dia sendiri ..

QUE ACHMAD .. Seorang blogger yang mana aku rasa berpotensi besar untuk ‘meletup’ satu hari nanti .. Tu pon kalau dia serius benar .. Kalau tak benar yang arif , 3-4 bulan .. tutup buku .. hehe..

Menurutnya , header ni dia lukis sendiri menggunakan photoshop.. Dan dia juga seorang pelukis .. Tetapi dia cuma gemar melukis kereta sahaja .. Kenapa ? Agaknya dia mmg minat giler dengan kereta ..

Aku dah pesan header kat dia… plan nak tukar header lukisan lak .. hehe.. Kalau dia tak bz , dapat la nanti .. Rasanya , jadual dia dah penuh sampai hujung tahun . huhu ..

Jom g ke blog dia dan tengok sendiri corak penulisannya ..

http://www.queachmad.com

Lepas geram !

 

 

Geram ! Geram !! Huhuhu ..

Rezeki dunia blog .. G Bali , percuma ?

 

cameron valley tea - bANGSAR

Aku diitawarkan untuk ke Bali , percuma ! Aku dan Broframestone .. Segalanya ditanggung .. Amacam ? Best tak ? Walaupun sekadar Bali , ianya satu penghormatan .. Ditawarkan pon dah cukup bagus .. Itu menunjukkan blog kita , walaupun nampak cam ‘sampah’ tapi ‘emas’ pada orang lain !

Kadang-kadang ada diantara mereka ini tanya aku ..

“ Ben , u ada sapa sapa tak untuk u rekemenkan pada kami untuk diketengahkan ? “ . Akuu garu kepala aku yang tak gatal ni ..

Kalau tahun lepas , mungkin aku ada ramai untuk disenaraipendekkan .. Tapi tahun ni , aku dah mula kenal hati budi blogger yang pernah rapat dengan aku satu tika dulu , aku kembali fikir semula untuk mencadangkan nama mereka ..

Bukan aku tak nak berkongsi .. tapi ramai yg tikam belakang aku semula  selepas mereka ‘punya nama’ .. Kecewa dan sedih .. Sepatutnya , kita bersatu dan amalkan satu sikap , ‘ ada makan , sama sama makan .. Perlu tolong , sama sama tolong .. ‘ ..

Tapi malangnya … aku tak nampak dah semua ni .. Hanya segelintir saja yang punya sikap yang ‘sama sama makan’ ni dan mereka terdiri dari blogger yang cukup berpengalaman dalam dunia maya ni .. Bukan melibatkan penulisan tapi pergaulan ..

Pengalaman mematangkan aku .. Cukup cukuplah ..

Banyak projek untuk blogger .. tapi sayangnya ,tak ramai mampu beri komitmen untuk menulis dan berdisiplin .. Hurm ..

Anda kaki makan ? Jom g Ulu Yam RiverTerrace Chalet & Cafe

 

Baru pas tengok Jalan Jalan Cari Makan di Tv3 tadi.. Aku bukanlah spesis tengok rancangan ni sbb aku bukanlah kaki makan ..

Tapi tadi ‘tertengok’ dan ternyata ianya telah mengiurkan perut aku .. uhuh.. Tergugat sehhh .. Tergugat yer !  Semua yang di paparkan di JJCM tadi mmg nampak sedap ! Cuma yang menarik perhatian aku ialah Ulu Yam RiverTerrace Chalet & Cafe' yang mana menyajikan pelbagai jenis makanan . Steamboat pon ada wooo ..

 

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/477408_293925814025131_100002231452837_677308_575103605_o.jpg

Kira Riverterrace Cafe ni dah masuk list tempat aku nak gegar nanti bila aku kebuluran .. Huhuh .. Kat sini pon disediakan chalet jika ada yang teringin nak menginap kat sini .. Memancing pon boleh wooo ..

Ni yang aku malas nak tengok tv ni .. huhuuh ..

 

Alamat Riverterrace , Lot PT 10621, Jalan Ulu Yam, Sg.Ulu Yam Perdana, Hulu Yam Bharu, 44300 Selangor, Malaysia ..

Blog : http://uluyamrivernterrace.blogspot.com/ 

email : riverterrace.abdrahim@gmail.com
tel : 019-3895775

Bersantai dengan Qhaliff Iman

 

IMAG0339

IMAG0338

Alahai .. ringan pulak anak aku kali ni .. Ke sbb lama tak pegang , terasa ringan ? Tapi wife pon rasa gitu. Menurut mak mertua aku , dia ringan sbb badan dia semakin memanjang.. Kira makin tinggi laa ..

Telur dia , tadi tengok .. mengecut skit .. Tak tau la kot sbb baru pas mandi .. Harapnya terus mengecut .. Lain lain , part … budak ni makin hensem.. huhuh …

DNA aku .. kena jaga skit sbb keras kepala ! Hurm ..

Kamera termahal di dunia

 

Sebuah kamera prototaip Leica buatan 1923 dijual pada harga 2.16 juta euro (RM8.57 juta) dalam satu lelongan di Vienna , Austria sekali gus mencatat rekod baharu kamera paling mahal di dunia.

Kamera prototaip Leica siri O berkenaan dibeli oleh seorang pembida misteri semalam.

Cuma 25 buah kamera siri O dihasilkan bagi menguji pasaran kamera lensa 35 milimeter sebelum pengeluaran secara besar-besaran dibuat pada 1925. – AFP

Qhaliff sombong sudah sama daddy yer ..

 

“ Bang .. turunkan saya di depan kem tu , boleh ? “

Seminit kemudian , bas Mutiara yang aku naik berhenti di depan kem tentera Desa Pahlawan . Aku check poket aku untuk pastikan semua ada sebelum aku keluar dari perut bas tu ..

“ Er , tunggu jap .. “

Aku bergegas naik semula .. Hurm .. Handphone aku tercicir atas kerusi .. Nasib baik ! Aku sangkakan dalam poket seluar memandangkan aku pakai seluar Camel yang banyak poket tu ..

Turun dari bas .. Kira berhenti depan kem tu , seolah olah aku ni askar la konon .. Hahah .. Poyo tul la mamat neh !

Pastu aku jalan konon menghala ke kem .. Eceh … Bila bas dah bergerak dan meluncur dengan lajunya , aku pon lintas ke seberang .. hahahaha ..

Jauh pon jauh laa aku kena jalan kaki .. Ekeke.. Janji dapat maintain poyo tu ..

Sampai rumah mak mertua aku , wife sambut dengan .. ehem .. part ni aku skip la eh ..

Masuk dalam rumah.. g basuh tangan , muka .. aku cari Qhaliff .. Tak tidur dia ..

Aku panggil dia .. Amboi .. wat dekk dia .. Bila nampak muka mak dia , dia pandang .. Aku ni , dia wat tak nampak .. Huhuhu .. Sombong yer .. Tak peee .. esok gak daddy balik !

Perasaan seorang ayah bila anaknya sombong dengannya .. Bayangkan apa yang telah kita lakukan pada ayah atau mak kita dulu .. Sombong atau berlagak seolah olah kita ni , lebih arif atau bijak dari mereka ..

Kecik hati kan ? Tapi aku tak la kecik hati ngan Qhaliff .. Budak , mana tau apa apa .. Tapi kita yg dah besar dan berakal ni , camana pulak ?

Bersantai dalam bas ekspress

 

Rasanya mau tiap minggu dah aku balik Kelantan ni .. ikut kan perancangan cuma 2 minggu sekali .. Tapi dek mengingatkan keluarga aku ada kat sini , maka … perancangan berubah.

Minggu depan .. 16hb ada satu event Toshiba aku perlu hadiri .. Dan aku diberitahu , salah seorang blogger awek comel kita bertuah dapat projek tu .. Sapa ? Biarlah rahsia .. hehee.. Tapi best la kalau dapat projek tu . Dapat laptop terbaru dari Toshiba ..

Selepas event tu , perlukah aku balik ke Kelantan lagi ? Huhuh .. 21hb ada meeting bloggers dengan Institut Integriti Malaysia.. Sapa nak join, jom ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI