Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 18 Mei 2012

Tak boleh guna ‘AKU’ dalam blog eh ?

 

“ En ben.. apa pendapat en ben bila kita guna kata ganti diri "aku" dlm entri?

2. Saya pernah guna bhs mcm bhs basahan.. tetiba kena lah komen negatif dr blogger tertentu.

Siap ada yg buat entri lg yg mcm ckp, bakal pendidik yg tak pandai guna bhs. Agak terasa. Skrg liza ( bukan nama sebenar ) byk guna kata ganti nama liza sendiri. but not so best lah kan... huuuuuu  “

 

Pendapat aku yang masih belajar ni dan kurang ilmu ni , mudah jer .. Bergantung pada corak penyampaian kita dalam blog .. Kalau blog dia cam blog infomasi seperti artikal pendidikan , rasanya gunakan ‘aku ‘ tu , tak sesuai kerana pasti akan ada pelajar atau rakan sealiran membacanya..

Kalau blognya lebih pada diari online cam aku ni , mungkin ok la kot .. Tapi dia perlu tau gak sapa yang dok singgah  baca blognya . Kena tau tang tu .. Penting ..

Penyampaian dalam blog sebenarnya amat penting . Bukan saja untuk pembaca malah mampu menarik agensi agensi pengiklanan untuk mengiklankan produk mereka di blog kita ..

Pendapat aku , blog mencerminkan keperibadian penulis dia .. secara tidak langsung ! Mana yang ok , gunakan .. Mana yang tidak , tolak tepi .. Pendapat pembaca kekadang ada benarnya , kekadang boleh juga ditapis .. Yang penting , ketulenan entri kita .. Ikhlas dan jujur .. Asalkan tidak memaki hamun , menjatuhkan maruah orang lain secara terang terangan ..

Sekian pendapat aku yang biasa biasa ini ..

Muhammad Qhaliff Iman dapat kawan eh ?

 

Hurm.. insyaAllah , tahun depan Qhaliff dapat geng baru.. Jap , bukan adik ( belum dalam pembikinan yer ) .. tapi sepupu dia ..

Wife baru bagitau , kemungkinan adik dia mengandung .. Dan adik ipar aku pon sedang mengandung .. Waaa .. ramainya anak buah !! Adehh ..

Dalam diam tak diam .. Masa bergerak .. Dulu ,, aku dok panggil orang uncle / pakcik  .. Sekarang , orang panggil aku uncle .. Gulp ..

Cakap pasal uncle ni , camana malam tadi aku leh mimpi jumpa Uncle Gedek eh ? Blogger yang cool giler ! Hahaha ..

Watak utama game ‘ Angry Bird ' telah ditangkap !

 

image

Hahaha … sihat giler wehh .. Hahaha .. Gambar yang dikirimkan oleh seorang rakan blogger yang sedang bizi bekerja kat sinun tuh , namun sempat mengirim ‘ole-ole’ buat teman seperjuangan .. Hahaha ..

Jijik eh ? Aah .. pasti ada yang jijik tengok binatang tu kan ? Ada yang kata , JANGAN PANGGIL BABI laa.. Tu cam maki hamun ! Panggil je KHINZIR .. tu lagi manis .. Hahaha .. Tak ke sama je ?? BABI dan KHINZIR adalah merujuk pada binatang yang sama .. ke nak panggil PIG .. lagi manis kan ? Biasa kalau omputih , semua manissss belaka .. kan kan ? Tu ramai orang kita nak jadi omputihh.. nampak maniss gitu .. Tangan di dada , mata ke atas ..

Hurm .. berbalik pada gambar la kan .. Ok la kot kalau kata tengok binatang dalam tu rasa jijik. Tapi kita tau , hukum hakam mengenai binatang ni kan .. Part ni bijak lak eh .. Tau halal haram ..

Camana pulak dengan perbuatan yang lain cam , maksiat .. zina .. buka aurat .. g disko .. minum arak .. dating berpegangan tangan .. tgk gambar lucah atau yang sewaktu dengannya dan banyak lagi laa yang mana aku rasa . korang pon lagi arif dari aku yang takat sekolah menengah pon dok panjat pagar ni .. kan kan ?

Sebelum nak jijik pada sesuatu ciptaan Allah , kita lihat kembali diri kita ..

Kesian Yuna . Keretanya dipecah masuk !

 

Aku mungkin tak gemarkan fesyen dia dan juga tak berapa minat rentak lagu dia tapi aku tetap punya ikatan dengan dia iaitu saudara seagama .. kan kan ?  Benci tu tak.. tak baik benci orang .. sapa kita nak membenci orang .. kan kan ? Cuma macam aku kata tadi la.. baca balik kat atas yer ..

Terkejut dengan berita yang aku baca di akhbar online , Mstar yang mana memberitahu kereta Yuna telah dipecah masuk .. Dia dikatakan telah mengalami kerugian sebanyak RM5K ..

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi Khamis, kereta Mitsubishi ASX milik penyanyi itu dilaporkan dipecah masuk di Subang Jaya mengakibatkannya kerugian sebanyak RM5 ribu . Antara barang yang dicuri ialah radio dan gitar artis barunya , Diandra Arjunaidi.

Buat Yuna , sabar je la yer .. Gitulah nasib mereka yang punya kereta. Secanggih mana alarm , penyangak lagi canggih . Jadi , lain kali , jgn simpan barang mahal mahal dalam kereta ..

Ok ? Gud luck ..n cool okeh ..

Putus asa dengan blogging !

 

kenkadang saya rasa sangat putus asa bila dapat komen yang negatif tau.rasa malas nak blogging lagi. rasa nak putus asa. setiap kali rasa lemah tu datang, saya mesti blogwalking ..cari dan baca apa yang ada kat blogger yang hebat-hebat .. entry diorang biasa..lebih kurang je dengan apa yang saya tulis. tahap kecewa terlebih tu kenkadang saya rasa ada entry saya yang lebih best dari diorang. ok. yang ini memang nak sedapkan hati sendiri. :)

antara blog yang saya akan terjah blog en.ben nih lah. sebab en.ben byk cerita tentang pengalaman benar kan? sekarang en.ben dah berjaya. dah rasa kemanisan nya kan? setiap kali semangat saya hilang, entry-entry macam nih la yang beri sokongan ..walaupun secara tak langsung.. kenkadang saya tak log in blog pun. saya google je.. baca enrty en.ben nih buat saya rasa tercabar. in a positive way lah. saya rasa nak sangat-sangat
kalahkan folowers en.ben tu.

:) sekian.terima kasih. “

Sebenarnya kan , apa yang kawan kita rasa ni mmg majoriti blogger akan rasa .. Setahu aku la .. Kenapa boleh jadi gini ? Puncanya ialah , kenapa orang tak nak baca blog kita ??? Padahal entri kita tu lagi menarik , berinfomasi dan kekadang lebih bagus dari blog blog yang lagi popular !  Bila pikirkan gitu , maka putus asa !

Persoalan yang patut dijawab oleh blogger tu sendiri ialah .. KENAPA KITA BUAT BLOG ? Kita buat , untuk orang baca atau kita buat kerana suka suka ? Jawapan tu , korang patut tau sendiri .. Dan setiap jawapan punya stategi yang berlainan untuk menarik orang masuk membacanya .

Macam aku kata ari tu .. er , dalam ENTRI SAMPAH tu .. pembaca bukan nak baca sangat artikal yang macam tesis PHD .. tapi majoriti nak entri yang rileks ,santai namun ‘berisi’ ..

Apa yang patut para blogger buat  ialah , SAMPAIKAN apa saja yang korang lalui  , alami, rasai dengan kejujuran dan ikhlas .. Hari ni , takkan ada orang baca , tapi kita fikirkan esok lusa ..

Macam aku buat , aku menulis .. bukan untuk hari ini .. tapi aku tau , esok lusa mereka akan mencarinya ..

Menewaskan blogger lain , bukanlah cita cita aku sedangkan dulu aku berfikiran begitu .. Aku sedar , apa yang patut aku buat sekarang ialah SAMPAIKAN seberapa banyak info dan pengalaman hidup buat rakan rakan pembaca ..

Bab $$ , adalah bonus .. Sapa rajin , dia dapat lebih ..

RASA Alamanda versi baru

Kemas , bersih dan paling penting takde lalat ! Halal tu tentu laa kan ..


Ops .. ni geng geng Whatsapp group PUTRAJAYA yg mana mereka ni pon blogger gak .. Ada sorang lagi , Que Achmad tp outstation lak dia .. hehe .. Lain kali leh join eh ..


Aku sempat join ni pon sbb dah kebuluran ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila Qhaliff happy ..

 

 

IMG-20120518-WA0003

IMG-20120518-WA0004

Hati seorang bapa .. Bila dengar anak tak sihat , terus berkecamuk .. Rasa cam .. hurm.. tak bertanggungjawab pulak sbb aku takde kat sisi dia ..

Bila wife bagitau Qhaliff dah ok skit .. baru lega hati aku .. Hurm.. Entahlah .. bukan sebab anak pertama tapi sbb dia tu anak aku .. Tak kira nombor berapa sekali pon , kalau anak tu berbin kan aku , wajib la aku jalankan tanggungjawab tu ..

Tak sabar nak balik Kelantan lagi .. Cuma dok pikiaq , samada nak balik drive atau naik kapal terbang .. Kalau naik kereta , confirm banyak pit stop ni ..

Hurm ..

Apa itu GERHANA MATAHARI CINCIN ?

 

Secara umurmnya , gerhana matahari cincin terjadi apabila  bulan (saat kemuncak gerhana) hanya menutup sebahagian dari matahari.

 

Dijangka gerhana matahari cincin pada 20hb Mei 2012 ini persamaan hari Ahad ni ..

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia dijadual berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.

Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari.

Menurut portal itu, fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada.

Orang ramai yang mahu melihat gerhana matahari itu boleh merujuk

http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEgoogle/SEgoogle2001/SE2012May20Agoogle.html- BERNAMA

 

Pastinya kaki kamera tak sabar nak tunggu gerhana matahari cincin ni ..

http://duniavenus.com/wp-content/uploads/2009/01/ger6.jpg

Boleh melihat kejadian gerhana dengan cara begini .. Jangan tgk terus , rosak mata woo ..

Puashati aku !!

 

Kadang kadang , aku rasa aku ni macam Mr.Bean ! Perkara kecik tapi fikir tak sudah sudah .. Selagi tak settle , selagi tu dok pikiaqq !!

IMAG0435

Tuuuu .. kotak tuuu .. aku dok pikiaq nak wat camana ?  Macam macam komen dan idea kawan kawan bagi pada entri yang lepas ..  Rujuk SINI ..

Sampaikan masa jogging pon , dok pikiaq gak pasal tu .. Malah sempat aku singgah bergambar kat sini ..

IMAG0438

Maka tadi , aku ikut je la pendapat kawan .. Iaitu kotak tuuu .. Kotak yang aku geramkan tu .. Aku leburkan diaaa .. muhahahah ..

IMAG0447

Hahahaha .. puashati aku .. Tak nampak semak daaah.. Weeee …  Baru lega mata ni skit ..

Datuk Shah Rukh Khan yang samseng lagi ganas !

 

Rasa-rasa , DATUK dia kena tarik balik tak gara-gara sikap dia ni ? Tak kot kan ? Sebab berlaku kat negara dia ..

Apa cerita ni ?? Shah Rukh Khan telah mencetuskan kekecohan dengan para pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhede Mumbai, India, Rabu lalu. Pelakon itu juga diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup kerana melanggar peraturan apabila membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang selepas berlangsungnya satu perlawanan kriket.

Nak baca lebih lanjut , g kat MSTAR ONLINE

 

Aku rasa ni mesti kes dia terlupa diri kot.. Rasa masih lagi dok pegang watak DON hingga nak gaduh ngan orang .. hehehe ..

Dasatkan ? Tengok sukan leh sampai gaduh gaduh .. G tengok bodybuilding laa kalau berani !! Ada berani gaduh ngan champ ?? Hahaha .. lunyai kat situ gak eh ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI