Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 19 Mei 2012

Tu yang malas nak bincang melalui telefon !

 

“ Kan dah kata tadi .. rumah tu mmg nak buat bla bla bla…  Pastu kalau boleh bla bla bla .. Call je nanti orang tu .. Dia tau la nak wat camana .. Bla bla lagi .. “

Tiba-tiba handphone aku bergetar !

Eh , aku cakap sorang ke tadi ?? Adoii .. ilang idea dah nak cakap semula !

SAMPAH punya hal !!

 

Aku terdengar bunyi orang menyeret tong sampah hijau kat depan rumah aku ! Yess .. diorang datang .. Puhhhh .. harap harap laa diorang kutip semua sampah tuuu .. 

Wwheehh …. aku bukan buang bayi okeh !!  Bagi yang tak tau , kena baca part 1 dan 2 dulu ..

Yang ni PART 1 dan yang ni PART 2 .. Pastikan baca untuk fahamkan cerita ni ..

 

IMAG0461

IMAG0462

IMAG0465

IMAG0466

IMAG0468

Arggghhh .. dia tak angkat gak pasu plastik !! Grrr …

IMAG0438

Ohh… sampah kebun , barang lama , tidak terpakai  diorang kutip hari Isnin je rupanya .. huhu .. Ok , tunggu  hari Isnin lak ..

Bosan dan tak tau nak update apa dah dalam blog !

 

Ada selebriti kata , blogger ni suka cerita yang pelik pelik dalam blog ! Ahaaa .. Pelik kah ? Yelah kot .. kalau melibatkan artis ni , mmg banyak yang pelik .. Tapi jangan diorang lupa , zaman ni blogger banyak dah naikkan artis yg takde kualiti .. Haaa .. Jangan tak tau yer..

Tapi maaf la yer .. Blog aku ni bukan blog hiburan .. Ini blog peribadi yang banyak menceritakan pasal kehidupan aku , pendapat aku dan luahan isi hati .. Tak sama dengan pendapat kan ? Hehe ..

Ada kawan kawan blogger tanya aku .. Dia dah tak tau nk update apa dalam blog dia .. Hurm .. Nak jawab camana yer ? Sebenarnya , isu ni banyak kali dah aku up dalam blog ni tapi memandangkan ramai yang buntu sampai tak tau nak cerita apa , maka aku kuliahkan la sekali lagi ..

Mula mula , semak balik tujuan kita berblog ! Aku pasti ramai yang buntu idea nak update ni sbbnya iklan tu kaaann .. kann .. Tak salah pon .. tu bonus la kan ? Tapi disbbkan menda tu laaa ramai ilang idea sehinggakan mula mengopy paste artikal termasuk akhbar online ..

Ini tips untuk mereka yang mana blognya sekadar santai cam aku ni .. 

Yang pertama .. Anggap blog teman bual .. Bila kita mula update , anggap je kita sedang berbual dengannya .. Sapa yang akan respon ? Pembaca kita  tu.. Walaupun tkde komen , satu hari nanti ada .. Kalau takde gak , lantak laaa .. biar jer ..

Yang kedua .. Permudahkan ! Jangan la bebel sampai panjang lebar .. Boring orang nak baca .. Tu pasal takde orang nak komen .. kan ? Haa ..

Yang ketiga .. Nak cerita apa pon , cerita laaa .. Tapi kena la bijak mengolah ! Macam aku baru baru ni , cerita pasal sampah depan rumah aku .. Ramai je komen  ! Kenapa ? Sebab ada info kat itu ! Ada yang tak tau mengenai tong sampah hijau .. beg plastik hitam adalah kewajiban .. Asingkan sampah .. Dan juga jadual pengutipan sampah .. Elakkan dari melanggar peraturan dunia yer ..

Tiga cukup la yer .. aku pasti korang  dah ada idea nak update dah pasni ..

 

Jangan pandang ringan dengan kehidupan kita ni .. Setiap apa yang kita alami sebenarnya adalah satu maklumat buat insan lain .. Antara sedar atau tidak jer ..

Kadang-kadang aku malu dengan diri aku sendiri !

 

Kebelakangan ini , setiap saat kita boleh nampak pelbagai kejahilan berlaku di depan mata kita atau pada kita sendiri terutama aku ..

Hurm.. Macam tadi , aku g isi minyak kereta kat Shell . Ada satu perempuan ni .. Aku ingatkan dia bogel tapi rupanya tak .. Dia pakai suar ketat ala ala cam superman tu .. Aku nak tulis lebih je kat sini tapi jadi ngumpat lak .. Bukan best pon nak pandang  tapi jadi meluat ! Tang mana seronoknya pakai seluar dalam je,  pon tak tau laa aku ..

Aku bukan nak mengata lebih hal ni .. Aku pon pandang gak keluarga aku. Dan aku tau , diorang pon baca blog aku .. Jadi , sendiri fikir la yer .. Nak tegur , masing masing dah ada ilmu , akal dan mampu berfikir dengan baik sekali ..

 

Kenal dia  ? Dia adalah bekas pelakon filem Hollywood, Myriam Francois-Cerrah atau Emilie Francois yang telah memeluk Islam pada tahun 2003 ..

Myriam pernah berlakon seawal usia 12 tahun terlibat dalam filem arahan Ang Lee iaitu Sense And Sensibility pada tahun 1995 di samping Emma Thompson dan Kate Winslet .

Selain filem tersebut, beliau juga pernah membintangi beberapa filem Hollywood seperti Paws (1997) bersama Nathan Cavaleri dan Heath Ledger selain New Year's Day pada tahun 2000.

Beliau mula jatuh cinta dengan Islam semasa membuat pelbagai kajian mengenai agama itu.

Myriam sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor falsafah di universiti Oxford dan banyak mengadakan dialog mengenai Islam di pentas antarabangsa seperti dalam program BBC Big Question bersama Dame Ann Leslie, Beverly Knight, Rev. Peter Owen-Jones dan sebagainya.

Lihat dan bandingkan dengan diri kita .. Dia baru beberapa tahun menerima hidayah .. Kita ? Aku ? Kau ? Camana pulak ? Nak tunggu terima hidayah dulu ke ? Kalau panjang umur .. Kalau tak ?

 

Sumber info : Mstar Online

Bersantai dengan Amitabh Bachchan ..

 

Aku membesar dengan menonton filem lakonan Amitabh Bachchan. Kenapa ? Sebab filem lakonan dia santai , lucu dan menarik . Walaupun banyak adegan tak masuk akal , tapi itulah filem.

Namun sedikit sebanyak , pengaruh dia dalam dunia lakonan terutama bila dia memegang watak pegawai polis membuatkan aku nak jadi pegawai polis , pada masa tu la .. hehe ..

Kelmarin , tidur aku bermimpikan  Uncle Gedek .. Semalam , aku mimpikan pelakon ni pulak ! Kenapa ? Tu aku pelik tu .. Nape dok mimpi lelaki berumur lagi kacak ni ? Ecehh .. mentang mentang aku pon berumur .. hahaha ..

Tapi yang menariknya kan , aku lepak ngan dia nun kat tepi atas bangunan tinggi ! Kira duduk kat tepi tuu je dengan kaki terjuntai ke bawah . Kalau pandang bawah , confirm .. Gulp.. confirm pengsan sbb gayat ! 

Yang buat aku segan ,  dia tetap cool je aku tengok .. Nak tak nak , aku pon kena berlagak cool gak ..

Macam macam gak la aku borak ngan dia .. Aku masih ingat sikit skit butir perbualan tu .. Peliknya ,kenapa dia ?? huhuh ..

Apa pon , dia pelakon yang hebat !  Bukan puja atau puji tapi itulah hakikatnya ..

Rasa macam dah tak selamat !

 

Aku tak pertikaikan soal keselamatan dalam negara kita ni tapi aku rasa kes jenayah ‘ kecil tapi besar ni ‘ , semakin menjadi jadi lampaunya .

Dalam akhbar , setiap hari kita boleh baca mengenainya . Walaupun ada yan beranggapan , media cetak suka benar membesar-besarkan isu ni tapi kebenarannya tetap ada .

image

Baru-baru ni ada satu kejadian yang mana ada la kawan aku cerita , berlaku di sebuah pasar .. Seorang lelaki melompat masuk ke dalam ruang jualan lalu mencapai parang dan mengugut tokey untuk menyerahkan dompet dan barang berharga . Nampak ? Manusia yang terdesak begini , semakin berani ! Kenapa mereka berani ? Sebab mereka terdesak ! Bila terdesak , lalu apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan , mereka akan buat tanpa kisah dah soal undang undang .

Sekarang ni , kalau pergi lepak kedai mamak pon aku tak berani nak bukak laptop .. Malang tak berbau. Walaupun kat mana mana boleh berlaku , tapi dalam keadaan sekarang ini , aku rasa baik berfikir dahulu sebelum melakukannya. Baik simpan je laptop tu dan buat keje kat rumah ..

Nak keluar malam pon , dah kena fikir berkali kali ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI