Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 21 Mei 2012

Penangan berpantang ke ??

 

IMAG0534

IMAG0522

Aku malas nak cerita panjang panjang .. Aku ringkas kan la yer .. Selepas ambik gambar 14-15 keping , aku nak simpan balik kamera aku ni . Sebab plan nak g serbu makanan .. Perut lapar sehh ..

Aku pun cari la cap lensa aku ni .. Mula mula ada kat tangan aku ni ..Pastu hilang !! Habis semua poket aku geledah .. Nasib baik tak geledah kat poket awek cun depan aku tu .. Kalau tak ? Haaa.. tak pasal pasal aku kena kawin ngan dia .. Haaa . Ada beraniiii ?? Wife aku mesti kata  gitu punya ..

Cari punya cari punya cari .. Aku give up ! Bosan dahhh .. Aku pandang la kat kamera aku dan dalam hati ingin berkata ..

“ Kesian kamera aku ni .. Dah dianaktirikan skang ni .. Haih.. Tak pasal pasal takde cap .. “

Tapi belum sempat aku berkata ..

IMAG0523

Hurm .. bila masa aku dah letak cap tu kat lensa tu eh ??  Pelik ni ? Ada jin kah ? Ke ada .. hurm.. pelik bin ajaib ni .. Sungguh pelik!! Serius pelik !

Padahal sendiri yg taruk , sendiri yang lupa .. Huh .. memang kes nazak aku ni !!

Mintak mintak laa sampai ..

 

Nak g majlis pelancaran kereta PEUGEOT di Glenmarie ..

Berpakaian formal ? Aiyoyo .. last pakai pon masa g kerja .. pastu semua masuk beg besar dan dikunci dengan mangga besi !! Hahaha.. wife punya kerja ..

Mula kul 8 malam , habis kul 10 malam .. Hurm.. Nak g tu yang masalah .. Aku tak biasa dengan area ni .. Pulak tu , g sorang sorang .. Haihhh … Nak ajak kawan , katanya untuk jemputan jer.. Apa leh buat ..

Maka , GPS on ! Guna Gps tu , mmg la ..tapi sejarah membuktikan peluang nak sampai tanpa masalah tu , amatlah tipis.. biasanya pasti tersesat jap ..

Dan harapnya , cuaca cantik agar signal satelit pon cantik ! kalau tak cantik , kang ada gak sampai ke …. SELAMAT DATANG KE KELANTAN !

Confirm Nona ,Tv3 ..

Rezeki Qhaliff .. rezeki anak .. Si ayah garu kepala ,maka mencurahlah rezeki untuk Qhaliff membesar dgn baik.. InsyaAllah ..


Baru tadi wartawan TV3 call aku utk jelaskan mengenai projek ni .. Utk Hari Bapa akan dtg . Tak silap , 10hb nanti ..


Jadi , Qhaliff kena balik KL awal skit la .. Patutnya nak balik 6hb dengan kereta tp dah kena ubah perancangan sbb mereka nak shoot pd 2hb ..


Sian mak mertua aku .. Tak puas bermanja dengan Qhaliff yg kuat manja ni !!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Geng geng Qhaliff nanti !

 

Ni sepupu-sepupu Qhaliff  sebelah aku laa.. Ada lagi 2 .. Dalam pembikinan , satu .. hehehe .. Yang paling tua ,Adam tu haa .. Dulu tecikkkk je.. skang .. amik kauu ..

Diorang ni , kalau aku ada .. leh layan bola kat padang .. Kalau duduk rumah je , mmg huru hara reee laaa ..

Sapa buli sapa nanti , tak tau laaa .. Semua ni , aku nak kasi keras skit .. Kasi bersukan kat luar rumah ! Tamo dok layan komputer memanjang .. Kasi ada pengalaman hidup .. Baru best kan ?

Hari tu GEN Y .. Ni NONA lak ?

 

Sabtu lepas di RTM1 dalam GENERASI Y ..

 

Terkedu aku bila baca mesej yang ditinggalkan di fan page SANTAI BEN ASHAARI kelmarin tapi aku baru perasan pagi ni ..

aslmkm en ben ashaari.

saya ‘xxx’ wartawan program nona di tv3... i saw ur wrtng tentang suri rumah lelaki.. and ur view about being a suri rumah because u are aspire writer [:)] soo i would like to interview u reagrding this issue.. would it be possible? may i have ur number ?

 

Biar betul ? Tipu ke ni ?? Entah .. haha .. Tapi kalau jadi , best la gak kan ..  Yelah , rezeki untuk blog aku .. Leh tambah lagi pembaca baru kan ?

Alhamdulillah .. rezeki dalam dunia blog semakin bertambah walaupun tak banyak. Rezeki anak .. Aku tak cadang pon nak sampai kaya melalui penulisan blog ni tapi cukuplah lepas buat anak bini serta ada sedikit simpanan .. Kaya raya , tak perlu la kot  .. Nanti aku terbuai dengan duniawi lak ..

Sekurang-kurangnya kan , aku telah membuktikan pada semua orang yg mengenali aku bahawa , dengan kesungguhan kita mampu mencapai apa saja .. Tiada yang mustahil  atas dunia ini .  

Tak mudah sebenarnya .. Banyak kali aku mengeluh gak .. Lemah semangat .. Takut terutama bila nak ada orang baru dalam rumah .. Boleh kah ?

Tapi bila aku teringat jiran aku yang mampu sara kehidupan keluarganya dengan menjual nasi lemak , mak ayah aku dengan meniaga , aku kembali bersemangat apatahlagi , si isteri yang senantiasa menyokong aku dari belakang , tepi dan depan aku !

Jadi atau tidak , yang penting .. aku telah capai satu peringkat yang mana aku sendiri dulu tak rasa langsung boleh capai .. Terima kasih kawan kawan !

Pelabur Emas Pun Layan Internet Jugak ...

 

clip_image001

Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Apa khabar anda rakan-rakan pembaca yang budiman pada hari ini ...

Hari ini saya ingin berkongsi aktiviti saya pada cuti hujung minggu ... Saya layan internet sambil pakai kain pelekat jerr ... Layan internet dengan melayari laman-laman yang berkaitan dengan maklumat emas dan perak ... Sebagai seorang pelabur

Pembacaan seterus nya (sila klik di sini)

“ Awak cayang cayer kan ? Kalau cayang , gadailah bodi .. Takpe , kita mmg pon nak kawin kan lepas PMR ni kan ?"

 

Waduhh … aku buat status begini  di fan page aku , SANTAI BEN ASHAARI lalu adalah kawan menegur dalam ruangan tu agar aku tidak mencipta ‘situasi’ tu ..

Mak aihhh .. takkan la aku saja saja nak buat lawak kot ? Mungkin aku sampaikan dalam bentuk sinis kerana kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku atau perbualan anak anak remaja kita sekarang ni tapi kita tau apa sebenarnya yang berlaku ..

Aku amik contoh dalam akhar harian hari ni yer.. Satu kebetulkan kah ?

“  Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut. “

Camana tu ? Zaman ni dah terlalu terbuka dan memberi peluang pada mana mana manusia untuk melakukan ‘kesilapan ‘ serta ‘ kecuaian’ ..

Jangn ingat budak bawah umur ni tak tau apa apa..  Aku sendiri pon pernah ‘bawah umur ‘ dan tau apa cerita budak budak lelaki bawah umur ni .. Perempuan , aku tak tau la apa ceritanya ..

Sekarang ni , semua orang tak kisah budak kecik , rasa dia dah ‘cukup besar’ dan matang ! Apa kes ?  Haaa.. Jadi , tak hairanlah kes kes buang bayi ni boleh berlaku ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI