Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 22 Mei 2012

Bersantai di BUBBLES , Bangsar.

 

“ Your Local Bubble Tea Establishment “

 

Waaa.. Huhuu .. Tak sangka aku .. Geng geng blogger aku bawak g sini untuk menikmati air yang aku gemar sangat ! Wife aku pon suka air ni .. Tapi aku lagi suka dari dia ! Huhuh ..

Apakah kelainan air ni dari yang sedia ada nun di pasaran tu yer ?

clip_image002

Konsep minuman teh Cameron Valley yang berkualiti di mana mengabungkan citarasa tempatan dan juga tradisional membuatkan air BUBBLES ni lebih menyelerakan serta menghilangkan dahaga dengan satu kepuasan ! Jangan tak pecaya yer .. Sila percaya !

IMAG0263

Ada lebih 25 perasa yang boleh dipilih di sini .. Antara flavour yang ada di sini ialah Teh Ais , Milo Ais , , Limau Kasturi dan durian . Lebih Kemudian dicampur dengan BUBBLE ni untuk melazatkan lagi minuman tu .. Weee.. Memang lazat !

clip_image006

clip_image008

IMAG0269

Aku pilih milo ais dan ditambah dengan yogurt bubble tu .. Huhuh.. Mmg abisss semua aku telan bubble tu.. Seronoknya bila bubble tu pecah dalam mulut pastu rasa yogurt tu yang .. hurm .. nak kata camana eh rasa dia .. Nak kata masam , tak .. nak kata manis pon tak.. Tapi mmg membuka mata .. Segar terus bijik mata aku nieh ..

Yang pastinya , confirm wife ajak aku g tempat ni untuk beli bubble tea ni .. huhu.. Tk pun aku kena g tapau untuk dia .. Huhuh ..

Lupa lak , kalau ada sapa sapa berminat untuk menempah , mereka ada menerima tempahan untuk jamuan dan juga boleh dihantar ke rumah ! Tapi area Bangsar , Damansara dan juga Sri Hartamas. Sila Hubungi , 03 22013770 ..

Cuba try test , baru tau ... Confirm hilang dahaga kalau merayau area Bangsar waktu tengahari .. huhuh..

bubble tea at bubbles bangsar

Geng .. pesanan dari …

https://www.facebook.com/BubblesBubbleTeaRules
and say  "check out their FB page now for special offers and promos! They are running a "BUY 2 GET 1  FREE OFFER""

Apa yang perlu ada dalam blog ?

 

IMAG0541-1

Baru balik dari lepak kedai mamak .. Makan roti canai telur .. Seperti biasa , keseorangan .. Minggu depan , baru bertiga kembali . hehe .. InsyaAllah ..

Teringat kembali tadi ada seorang rakan blogger pm aku di FB dan bertanyakan pendapat mengenai blognya .. Apa pendapat aku mengenai blognya ? Apa yg patut dia buang atau tambah ?

Biasanya kalau soalan soalan gini , aku agak segan nak bagi pendapat sebab blog aku ni buruk .. Tak cantik mana pon .. kan ? Aku tau ada yang tersenyum dan ada yang tak kisah pon ..

Sebenarnyakan , ada pihak yang berminat untuk cantikkan blog aku dari A-Z .. Haa.. Bukan sekali dua tapi banyak kali dah .. Tapi aku menolaknya dengan baik .. Kenapa ? Hurmm ..

Jawapan aku mudah jer … Aku nak mereka yang baru mengenali blog aku ni tau bahawa tarikan utama blog aku ini adalah dari penulisan aku yang simple dan santai  . Bukan dari template atau gambar gambar comel mahupun sebab aku ini sudah dikenali di luar sana .. contoh cam artis laa ..

Dan seperkara lagi la kan .. aku tak nak la rakan rakan blogger terutama yang baru ni terasa perbezaan dengan aku .. Yelah , bila tengok blog cantik ala ala pro , diaorang terus kata ,

Oh .. tak hairan la ramai masuk baca .. Blog cantik ! “

Tamo tamo tamo … Aku nak mereka kata ..

Aku pon leh jadi cam ni apa ? Entri aku lagi best dari dia !

Aku nk setiap blogger ada semangat untuk majukan blog mereka melalui penulisan yang bagus , berilmiah serta berinfomasi ..

Dengan tu , diorang mampu bersaing dengan sihat blogger blogger yang lain terutama yang senior  dari segi persembahan entri mereka .. kan ? Bukan suruh cari yang terbaik tetapi hasilkan yang terbaik dan berkualiti .. Ingat , kualiti tak semestinya panjang lebar tetapi memberi kesan pada pembaca ..

TETAPI ingat la yer .. Walaupun blog tu kita punya , tolong jangan semakkan dengan widget yang tak perlu .. Kalau rasa blog tu dibuat sbb kita sendiri nak baca , ok laa  .. Tak kisah . Tapi jika sebaliknya , kesian kat pembaca kita .. tak tau mana satu dia nak tumpukan perhatian .. Kat entri atau widget ??? Hehehe ..

Semoga berjaya ..

Sekadar pendapat ..

Aku tak faham sebenarnya .. Serius !

 

Aku tak kata aku ni bagus .. Dan aku tak pon kata keluarga aku ni sempurna dalam hal agama .. Tapi kan , sebagai manusia berjantina lelaki , manusia berjantina perempuan ni kena la faham .. kan kan ?

Masalah ! Serius masalah ! Kalau kita tegur secara direct , kita kena maki .. Tak pasal pasal gaduh dengan teman laki dia ke atau kengkawan dia kat situ . Kita doakan je la yer ..

Tapi apa guna kita ada laman sosial ? Utk maki hamun ? Untuk tayang muka agar jadi retis dunia maya ? Kumpul kengkawan ? Aiyoo .. macam macam boleh buat aneee ..

 

Tadikan .. aku terkedu la tgk satu awek cun ni ngan bf dia ni kt restoran aku makan nasi kandar .. Awek ni pakai tudung bersanggul tinggi tu la .. Pastu pakai dia tiga lapis pakaian .. Best part , tang dada tu ketat melekat walau tertutup ..Kira tayang free kat bf dia dan org ramai la..
Bestkan .. menda free .. free free je aku dpt dosa .. “

Status aku begini , ada kawan menegur mengatakan aku mengumpat .. Tak pasal pasal aku berdosa dengan si polan tu .. Kalaulah si pengomen tu bijak berfikir , dia pasti akan dapat tangkap apa yang cuba aku sampaikan ..

Aku puji dia sbb berpakaian menutup aurat tetapi malangnya tidaklah sempurna .. Dan aku pulak terang terang berdosa kerana tidak menjaga mata !

Tu jeee .. so simple .. Tapi dia berfikiran lain .. Yelah , otak dan cara berfikir tak sama tapi tolong belajar satu perkara .. JANGAN CEPAT JATUHKAN HUKUM kalau terkena pada batang hidung sendiri .. 

Sapa makan cili , dia terasa pedas .. kan ?  Kalau bukan aku menegur di mana aku mampu sampaikan pada beribu ribu orang sekali gus , mengapa tak begitu kan ?

Malangnya , di zaman ini .. orang kita tak leh tegur secara terus gitu .. Cara terbaik ialah menyindir .. Tu je yang mampu aku sebagai empunya fan page dan blog serta doakan agar kita semua senantiasa diberi hidayah dan juga pedoman ..

Tak sapa yang sempurna melainkan Allah ..

MEN IN BLACK 3 punya hal ..

"Kirim belikan tiket , boleh ? "


" Lusa baru ada .."


Lusa ?? Takkan nak tgk hari Jumaat kot ? Ala , boringnya . Kata hari Khamis dah main kat cinema .. Arghh ..


Oh ..lupaaa .. Hari ni baru Selasa !!! Patut la lelaki kena 2 atau 3 utk elak penyakit mudah lupa ni .. kan kan ?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rezeki , tak kira dah apa saja ..

Kawan aku .. skang wat bisnis jual batu cincin .. Masyuuukk .. Macam macam pelanggan dia .. Dr org biasa hingga org berkelas ..


Kita kena bijak cari peluang .. Allah dah bg bumi ni utk kita geledah .Yang penting , biar berkat dan halal ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

“ Jangan diganggu bila singa tidur ! “

 

Jangan ingat lak aku kata anak aku ni singa ! Maksudnya , kalau dia tengah tidur , biar jee .. Kalau kacau kang , dia teriaakkkk .. Abis satu rumah.. Qhaliff ni kalau nangis , boleh berdesing telinga ..

Satu lagi , aku tak nak la dia test suara dia sejak kecik lagi. Risau nanti bila dah besar bz nak masuk MENTOR .. Haa..cuba laaa.. cuba laaa.. Tamo eh Qhaliff .. Belajar rajin rajin .. Cari sumber pendapatan melalui akal dan kederat .. Ok boboii ? hehe .. Tak sesuai.. Ok Bebenn ? Cam best lak eh ..

Qhaliff nak jadi cam daddy yer ?

 

Tepi ! Tepi !! Jangan cuba cuba rampas ini kawasan ! Hahaha .. Psst .. Qhaliff , kalau nak tau .. mummy selalu kena cam ni laa .. Tak pasal-pasal daddy kena ‘gegar’ sewaktu dok mimpikan Neelofa .. Hahahah ..

Haih anak aku .. Dari mana laaa belajar tidur gini  ( sambil jeling kat mak dia .. )  ??

Menurut wife , Qhaliff dah suka senyum dan pandai main dah .. Nanti leh la ikut daddy g gym eh .. Oh satu lagi .. Nanti kita shopping baju eh .. Kata nak masuk tibi kan .. kena la sedondon . hahaha .. POyosss !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI