Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 23 Mei 2012

Penangan GOMO KELATE GOMO !

 

Lapar ! Nak keluar g cari makan .. Hurm .. Nasi putih , tom yam , telur bungkus dan milo ais .. Comey dah ni !!

Zasss .. aku drive terus ke restoran yang biasa aku pergi untuk makan malam .. Hehe .. Tak terasa nak makan kat restoran mamak malam ni ..

Bila sampai kat Presint Diplomatik , aku geleng kepala ! Awal sangat aku keluar !! Grrr … Semua restoran makan yang ada tv dan layar penuh dengan peminat bola terutama penyokong  Kelantan ! Adehh .. Silap time betul laa ..

Abis tu camana ? Takkan nak makan pizza malam malam kot ??? Adoi ..  Keputusan dah dibuat .. Perut dah lapar ..

IMAG0619-1

Akhirnya .. tapau makan kat rumah je la.. Beli dua bungkus nasi kukus untuk aku sorang ! Stok sebulan nihhh !! Hehehe ..

Oh ya , TAHNIAH buat penyokong Kelantan kerana berjaya layak ke pusingan seterusnya dalam PIALA AFC dengan menewaskan Terengganu  , 3-2 ..

Sian makan sorang sorang kan ? Huhu..

Jom hulurkan bantuan pada kawan blogger kita ..

 

Baru kesempatan membaca blog rakan blogger , Ammar Yasir .. Hurm .. Siannya .. Rumah keluarganya nun di Terengganu telah terbakar .. Alhamdulillah , ahli keluarganya semua selamat cuma harta benda saja yang terbakar ..

gambar keluarga ammar yasir

Ahli keluarga Ammar Yasir .. Simpati dari aku .. Tak mampu berkata apa apa aku .. Hurm ..

Harap Ammar cekalkan hati dan kuatkan semangat .. Tak tau nak tulis apa dah aku ni .. Buntu bila baca luahan hati dia kat blog dia tadi .. Hurmm ..

Rumahnya 100% dijilat api. Tinggal sehelai sepinggang. Alhamdulillah kerana semua keluarganya selamat. – FACEBOOK AMMAR

 

Buat rakan-rakan yang sudi hulurkan bantuan ,  terima kasih yer .. Yang nak tau kisah sebenarnya , leh baca di blognya ..

Klik SINI untuk ke blognya ..

M.Nasir terpilih sertai IMAM MUDA musim ke 3

 

Fuhh .. M. Nasir ??? Sudah join rancangan ni ? Nak jadi pengetua atau peserta ? Waduh waduh .. Dengan pantas aku berlari mendapatkan maklumat lanjut dengan menekan hyperlink , SETERUSNYA ..

 

Muhammad Nasir M Yakub Ismail atau M. Nasir dari Sumatera Utara, Indonesia memberitahu menangis apabila dimaklumkan terpilih menjadi sepuluh peserta akhir rancangan Imam Muda musim ketiga yang bakal bersiaran pada 1 Jun depan.

M.Nasir,26, memberitahu dia sangat terharu dipilih menyertai program tersebut kerana sentiasa mengikuti perkembangan dua siri terdahulu Imam Muda serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dipilih menyertai program realiti tersebut. “ – Mstar

Oooo … Ini rupanya M.Nasir yang dikatakan tu .. Hehe.. Ingatkan sifooo Amy Search tu .. Kot la nak tukar haluan .. Dah boring ngan dunia hiburan yang lebih garam dari kuah tu .. Hehehe ..

Selain M.Nasir, sembilan peserta lain adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur).

Turut menyertainya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Tak kisah la kan .. Apa pon , semoga rancangan ini mampu memberi kesan positif pada anak remaja kita sekarang yang semakin .. hurm .. Korang pon tau la kan apa perkataan seterusnya .. Hehe .. Kang ada lak yang terasa ..

Tahniah buat krew penerbitan IMAM MUDA 1,2 dan terbaru 3 .. Semoga berjaya ..

Lain kali , ikut peraturan yer !

 

IMAG0607-1-1

Hari ni punya aktiviti , dah selesai .. Tinggal nak g makan malam je jap lagi .. Tak tau laaa nak makan apa ni .. Nampak gaya cam nak ke kedai mamak jer .. Hurm.. Ke kedai awe kelate tu … Hehe .. Lewat skit la .. Leh lepak sana sengsorang .. huhu.. rilekss sebelum .. sebelum ?? Hehehe .. Sebelum si kecil balik Putrajaya ..

Aku dari Cheras tadi. Dari rumah mak aku .. Hari ni g gym untuk membakar kalori yang telan tengahari tadi .. Muhaha .. Giler byk makan ..

Untuk ke Putrajaya , aku akan lalu jalan Bandar Tasik Permaisuri seterusnya masuk ke Bandar Tasik Selatan dan terus ikut Sungai Besi. 

Kalau time time gini ( kul 8 keatas ) , kereta mmg banyak walaupun dah malam. Kalau petang , jangan cerita laa jammed dia .. Memang sakit jiwa gak laa .. Apatah lagi bila ada orang yang tak penyabar lalu bantai laaa ikut lorong yang tak sepatutnya ..

Maka .. ni lah makan dia !

IMAG0611

Bukan sebijik je kena .. tapi byk gak kena.. Muahaha … Nak cepat sangat .. Sila bayar saman ..

Oh , gambar ni aku amik ada cara tersendiri .. Setiap kali aku drive , aku akan letak hp kat tempat letak hp laa .. Pastu on kamera .. Kenapa ? Macam macam menda leh kita nampak di jalan raya .. Segalanya tu boleh dirakamkan dan dibincangkan bersama di dalam blog .. kan kan ?

IMAG0556

Macam tengahari tadi .. Ada JPJ buat roadblock kat Tol Sg Besi .. Diorang tahan lori  .. hahaha .. Aku rasa ni mesti kes muatan lebihan semalam .. Ada aku wat entri pasal tu gak . Huhu ..  Cepat eh respon dia .. Cuma sayang seribu kali sayang .. Ada gak yang aku tak puashati dengan JPJ ni .. Apakah ? Nanti aku kuarkan isu tu .. Huh !

Kegilaan pada cincin batu ..

 

IMAG0594-1-1-1

IMAG0589-1-1-1

Batu Jarum Emas .. Yang ni member aku punya .. Dia beli batu tu dan tempah sendiri bingkai dia ..  Kira buatan tangan sendiri la … Bagi yang berminat tu , mmg dia ada amik tempahan .

Berkenaan ngan batu ni , aku tak tau la khasiat mengenainya .. Ada yang percaya dan ada yang tidak . Bagi aku mudah jer .. Batu ni mmg cantik .. Sejak kecik lagi aku mmg gilakan batu yang cantik cantik .. Kalau g sungai , mmg aku akan cari batu batu sungai yang pelbagai bentuk dan warna dan diletakkan dalam akuarium ..

Cantik kan ? Ada banyak lagi.. Haa.. tengok kat bawah ni ..

IMAG0577

IMAG0585

Delima dan Zamrud yang punya harga tersendiri mengikut gred .. Menurut kawan aku tu , kalau zamrud colombia mahal harganya diikuti dengan zamrud brazil .. Wallahualam ..

IMAG0581

Macam macam kepercayaan ada terhadap cincin ni terutama buat mereka yang ‘berisi’ .. Dan ada lak yang kata cincin tak sesuai dengan mereka .. Macam macam la leh dengar .. Antara korang nak percaya atau tidak ..

Aku ? Asal cantik dan mampu beli dah .. Nak dijadikan koleksi tu , tak mampu la..  Huhu ..

Jawapan kita adalah siapa kita !

 

image

Bagi mereka yang gemarkan bertanyakan sesuatu pada rakan rakan maya , pasti pernah garu kepala bila ada rakan yang memberikan jawapan yang .. hurmm … mengarut dan membodohkan diri sendiri walaupun dia sekadar bergurau . Malangnya gurauannya itu tak kena tempat ..

Contoh ..

“ Geng , kat mana best makan malam yer ? “

Maka ada la si polan tu tinggakan komen begini ..

“ Cuba try kat kubur .. Mesti best punya .. Haahahha .. “

Apakah masalah yang boleh timbul selepas itu  ?

Pengomen seterusnya samada akan akan lebih bersikap matang dengan tidak melayan komen mengarut sebelum itu lalu tinggalkan komen yang membina atau terpengaruh dengan komen tadi lalu berangkai rangkailah komen yang mana tidak langsung ada kaitan dengan pertanyaan kawan kita tadi.. Kesian kan ? Kawan tu tak dapat jugak jawapan yang dicarinya ..

Kawan , jadilah bijak bila berada dalam dunia maya. Bukan suruh berlagak pandai tapi gunalah akal bila berada dalam ni . Tak cukupkah dengan ‘kebijaksaan’ yang ada bila kita berada di dunia nyata ? Takkan nak usung ke dalam dunia maya semata mata nak bagitau yang kita ni original dalam ke dua dua dunia ni ?

Akal ada guna .. Tu membezakan antara  kita dengan mereka yang tak boleh berfikir langsung .. Hati-hati bila meninggalkan komen . Ada mata memandang dan perhati.

Ubahsuai rumah: Apa yang perlu dan apa yang tak perlu ?

IMAG0431

 

Hurmm .. tiap kali aku ke rumah baru aku ni , pasti aku akan garu kepala .. Apakah yang aku nak buat dengan rumah ni yer ? Apa yang aku nak tambah dan apa yang aku nak buang ? Semua ni senantiasa bermain di dalam kepala aku .. Tu belum kepala wife lagi sbb dia tak tengok rumah ni sejak dah siap 100% sbb dia balik ke Kelantan , berpantang .

Bagi aku la kan , membuat penambahbaikan pada rumah sebenarnya penting kerana ‘ Rumah Ku Syurga Ku ‘ .. Kan kan ? Haaa .. jadi amatlah penting , rumah kelihatan selesa , kemas , bersih dan paling best , cantik .. Baru seronok nak beriadah , bersantai di rumah ..

Jadi , bahagian mana yang patut aku ‘buang , dan bahagian mana yang patut aku ‘tambah ‘ eh ? Dalam senarai pengubahsuaian yang aku nak buat , antaranya dapur , siling dan tiles .. Nampak kosong je tiles tu kan ? Aku nak kasi ceria skit rumah aku ni memandangkan ‘pejabat’ aku ni , berada dalam rumah jer .. hehe .. Maka , pentinglah buat aku ..

 

IMAG0429

Pening gak sebenarnya .. Bukan masalah modal tapi masalah keutamaan .. Yang mana harus didahulukan , yang mana tak perlu ..buat masa sekarang .. Masa yang aku ada , tak panjang sebab aku perlu keluar dari rumah kuarters ni .. huhu ..

Adeh .. Pening pening ..

PEUGEOT 408 – Gaya golongan eksekutif

 

Kelmarin aku ke pelancaran PEUGEOT 408 .. Hurm .. Ni kali pertama la aku pergi ke pelancaran kereta .. Dan rasa bertuah sekali sbb kereta ni antara kereta buatan Eropah  yang aku minati ..

IMAG0512

Pelancaran oleh  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir ialah  Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George.

IMAG0526

Harga atas jalan yang ditawarkan bagi model 408 Turbo adalah RM125,888 dan 408 2.0  RM109,888.. Kira bagi aku , harganya adalah amat berpatutan ..Siap 5 tahun warranty tanpa limit mileage woo ..

Kereta ni mmg berbaloi untuk dimiliki ..

IMAG0528

Aku dah try masuk dan duduk .. Huhuhu .. Kalau aku ada duit dan bujang kan , inilah kereta yang aku nak cari dan berlagak ! Hehehe .. Best wooo ..

Tapi jangan salah sangka lak ini kereta untuk si bujang saja yer ! Mereka yang dah berkeluarga juga sesuai menggunakan kereta ni ..

Console Silver

Ciri ciri mewah sederhana yang mampu menawan sapa sapa saja memandangnya .. Tu belum duduk dan menikmati perjalanan yang jauh tapi selesa dan nyaman  .. Waaaa.. nak try guna balik Kelantan boleh ?  Huhu..

rear air conditioning

Back With Child Seat

Si anak kecil , pasti nyenyak tidur sbb penyaman udaranya yang begitu dingin dan nyaman je rasanya .. Adeh .. Driver , jangan tidur yer ..

Boot

562 litres ruang boot .. Luas dan selesa kan ? Haaa .. Tu la aku kata .. Kalau aku cuba baring dalam ni pon confirm lepas punya laa .. Huhu ..

6 Speed Auto Adaptive Transmission with Tiptronic & Sport Mode

6 Speed Auto Adaptive  Trasmission with Tiptronic & Sport Mode

Dashboard 1.6

ABS EBD EBA ASR ESP

ABS+EBD+EBA+ASR+ESP

3.4 Front without bodykit

Kesimpulan ? Kalau ada duit , g tengok dan rasa dulu .. Dah beli nanti , bagitau aku eh .. Huhu .. Nak rasa naik lagi ..

Amacam ? Rasa rasa nak beli tak kalau ada duit ?

 

* Sekadar pendapat amatur

Pelabur Emas Dari Negara Singapore ...

 

clip_image001

Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Apa khabar anda semua rakan-rakan pembaca sekalian ...

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua dengan aktiviti saya pada tempohari ... Saya telah bertemu dengan kenalan saya dari Negara Singapore di sebuah hotel terkemuka di Ibu Kota Kuala Lumpur di Lokasi Bukit Bintang ... Kenalan saya ini merupakan seorang

Pembacaan seterusnya (sila klik di sini)

Cukup takut atas jalanraya bila ..

 

Batu bata bahan binaan berteraburan di atas lebuhraya selepas sebuah lori yang sarat membawa muatan itu terbabas di KM259 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berdekatan Plaza Tol Port Dickson dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi di Seremban, Selasa. Foto BERNAMA

 

Ni batu bata …. ada yang kayu balak .. Ada yang bawak jentera berat .. Perghhh .. kalau selisih dengan lori bawak muatan gini kan , confirm aku mengucap terus dan pasang NOSE .. Haahah .. kononnya laa ..

Tapi serius laaa .. aku mmg takut .. Zaman ni , keselamatan no 2 .. No 1 duit ! Tak caya ? Jangan pandang aku .. Bukak mata tengok sekeliling .. Nyawa manusia semakin murah woo ..

Buat mereka yang tak biasa g pantai timur melalui Kuala Lipis – Gua Musang , pasti akan berderau darah bila bertembung dengan lori lori besar gini .. Apatah lagi jalannya cuma ada dua lorong .. Perghh .. Kena berani untuk memotong .. huhu ..

Camana pon , lori lebihan muatan cam ni , harap pihak berkuasa dapatlaah pantau sehabis habisan .. Jangan tunggu ada yang kehilangan nyawa baru nak banteras ..

Saja nak goda suh ayah dia balik eh !

 

Olololo … saja kasi senyuman gitu ehh .. Takpe la .. tak lama dah pon .. Sabtu ni balik sana , pastu balik sini semula … Heheh .. Kalau tak senyum gini dalam masa shooting nanti , siap dia.. geget pp diaaa .. Huh !

Inilah anak aku , Muhammad Qhaliff Iman .. Hampir tiga tahun tunggu .. Muncul dengan membawa sejuta makna buat keluarganya .. Syukur padaMu , Ya Allah ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI