Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 26 Mei 2012

Kurang ajar sungguh bas ekspress itu !!

 

Bayangkan eh , dalam keadaan kenderaan menunggu giliran utk melepasi jalan yang sedang dibaiki  .. maknanya keadaan masa tu di kedua dua lorong adalah sesak sebab tunggu giliran untuk dilepaskan .. Aku pandang cermin sisi aku .. Kelihatan sebuah bas ekspress yang aku kenal sangat sedang melakukan kesalahan dan ianya sangat membahayakan penumpang di dalam tu ..

IMAG0672

IMAG0672-1-1

Nampak tak ? Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang .. Aku sempat tweet serta logkan lokasinya .. huhu .. Tak sampai Kuala Krai lagi  .. Tak lama kemudian , banyak kereta serta kenderaan berat lalu lorong tu  .. Kelam kabut dia masuk ! Tak pasal pasal pemandu lain susah !!

image

Kemudian bila semua kenderaan dah lepas , aku tgk bas tu mmg dipandu laju laaa .. hingga dia berada di belakang aku dan ikut rapat sangat !!  Perghh .. giler ! Kalau aku tekan break kan ? Confirm .. confirm !!

Dalam keadaan tu sebenarnya aku dah sangat keletihan mata .. Bukan mengantuk tapi letih mata .. Jadi , nak tak nak aku pasang lampu isyarat ke kiri dan masuk ke gerai berhampiran ..

Nak tau ?? Bas tu langsung tak perlahankan laju dia .. Perghh .. menderu terus sedangkan dia hampir giler dengan aku !! Sungguh kurang ajar !! Aku takkan naik bas spesis ni ! Bas ni dah banyak kes dah .. Tapi settle gitu jer .. Haihh ..

Aku salute bas Mutiara ! Diorang bawak mmg cool jer ..

Asal cuti je mesti nak balik Kelantan !!

 

Dulu kan , aku sering tertanya tanya  mengapa orang Kelantan ni pantang dapat cuti panjang mesti nak balik Kelantan !  Dulu tu , masa aku mula mula kawin ngan orang kelahiran negeri Kelantan la yakni isteri aku ler ..

Bila dah lama lama , aku sedar dan aku faham .. Best wooo balik Kelantan ni .. Walaupun ada yang kata Kelantan ni kurang kemudahan seperti tempat hiburan atau sosial tapi bagi aku , Kelantan ni sebenarnya dah cukup mewah dengan ‘hiburan’ mereka tersendiri …

Cam aku la kan , sejak wife aku balik pantang ni  aku sendiri dah ulang alik Kelantan mau mau 4 kali dah dalam tempoh sebulan lebih .. Aku sendiri tak sangka laa … tapi tak rasa apa pun malah seronok lagi jalan jauh walaupun penaat …

Dan sekarang , aku kembali lagi ke Kelantan .. Hehe.. Kali ni sbb Isnin ni ada kenduri aqiqah .. Jemput la datang ke Kok Lanas , Isnin ni eh … kalau sudi la ..

Seronok pe datang Kelantan .. Jangan pulak ada yang bawak beras sendiri datang sini .. Ada kes gitu sampai ingat kat Kelantan ni takde beras .. Sampai gitu teruk sekali tanggapan mereka kat Kelantan ni .. Huhu ..

Ileks ar .. aku bukan pro mana mana parti politik .. Mana yang ok , aku cerita laaa .. kan kan  ?

Pengubahsuaian rumah , memudahkan kehidupan seharian ?

 

clip_image002

Hurm .. Bila aku tengok jiran jiran berhampiran dengan rumah baru aku tu , dok sibuk mengubahsuai rumah , aku rasa mmg perlu kot buat sedikit pengubahsuaian pada rumah lebih lebih lagi rumah yang kita beli sendiri .

Kenapa aku berfikiran gitu ? Kebanyakkan rumah terutama yang macam rumah aku beli ni hanya basic je cantiknya .. Kira kalau nak nampak cantik lagi , kena la buat penambahan sendiri la maksudnya .. huhu .. Kalau ada duit , semua okeeehh jer . hehe .. Sebab tu kena menabung semasa muda ..

Pengubahsuaian rumah mmg memberi pulangan yang lumayan jika ianya benar benar menepati citarasa pemiliknya. Bila balik kerja , tengok rumah cantik dan selesa , pasti ilang segala penat dan tak sabar nak bersantai di dalam rumah .

Pengubahsuaian rumah juga memberi kesan psikologi yang positif pada mereka yang punya anak besar. Mereka rasa ‘aman dan tenang’ di rumah yang cantik dan juga tersusun .

Persoalannya ... Tang mana nak diubah terlebih dahulu ? Berapa kosnya ? Wow ... Sapa tak nak ubah rumah kan ? Semua orang nakk wooo ..

Kalau aku la kan , aku berminat nak ubah tang ruang tamu rumah aku , dapur dan juga ada satu bilik tu .. Aku plan nak jadikan hall untuk family di bahagian atas .. Tapi aku ada gak plan nak jadikan satu bilik untuk mini gym/membaca ! Camana tu ? Masalah gak sebab bahagian atas Cuma ada 4 je bilik .. Nak gak ada bilik tidur tetamu kan ? Perlukan aku korbankan bilik mini gym / membaca tu ? Hurmm ..

Perkara perkara begini kena ada perunding ke ? Maklumlah , nanti rumah jadi carca marba lak .. Sapa yang pening ? Aku jugaaa .. Sapa yang bersalah ? aku gakkk .. Tu baru masuk soal bahagian mana nak diubah.. Belum lagi soal kos !

Seperti yang aku jangka , pelbagai kontraktor dah standby depan umah aku sewaktu aku datang amik kunci rumah aku tu . Pelbagai harga , service yang mereka tawarkan .. Sampai la aku hampir termakan kata gak laaa.. Nasib baik ada rakan rakan pembaca di blog , awal awal lagi dah nasihatkan agar berhati hati ..

Hurm.. susah sebenarnya nak cari kontraktor yang bagus dan jujur .. Ramai yang makan atas angin .. Dapat job , tapi pass kat orang lain .. Hasilnya ? Hancur .. Masalah tu kan ? Dah tu camana ? Cuba bagitau aku ? Nak ubahsuai rumah tapi pening pk camana nak ubah .. Kan ?

clip_image004

Bila tengok jiran-jiran sepantas kilat buat pengubahsuaian rumah , terasa best pulak .. Cepat benar diorang dapat kontraktor dan idea untuk buat pengubahsuaian tu .. Huhu .. Aku gak terkial kial .Tapi kalau aku ada idea pon , kena tunggu chief de mission yakni wife aku .. Dia gak la yang akan luluskan semua idea idea tu .. Nak tak nak .. kena tunggu dia abis pantang dulu dan baru leh buat keputusan nanti ..

Duit dah standby .. Alhamdulillah , sama sama simpan lepas kawin ari tu .. Nasib baik ada wat kerja tambahan .. hehe .. Kalau tak , susah gak nak buat renovation ni sbb perlukan duit yang boleh tahan gak la banyaknya . hehe ..

Jadi , korang yang dah beli rumah dan juga duduk rumah mak ayah ni rasa la kan .. perlu tak buat pengubahsuaian rumah ni ? Cer bagi pendapat skit .. Kalau korang ada rumah sendiri , nak buat tak ? Apa yang korang rasa nak buat ? Haaa .. Mana tau aku leh curik idea korang tu .. Hehe ..

Pencemaran bunyi yang merosakkan mood pagi !

 

Hehe .. jap lagi nak balik Kelantan.. Aku rasa malam baru sampai sebab , balik ngan orang tua aku yang mana gemarkan kereta bergerak di bawah 100kmj dan kerap berenti berehat .. Heheh .. Tak kisah la.. janji sampai kan ?

Skang aku kat rumah orang tua aku .. Di Cheras .. Awal pagi lagi aku dah duduk depan rumah untuk update blog . Dalam rumah , capaian internet aku automatik jadi terhad. Keluar je pintu , signal jadi 3G .. Masuk je dlm rumah , EDGE ! Itulah keistimewaan ‘burung biru’. Haaa.. Dasat kan ? Dasaat ..

Kat luar rumah ni , ada macam macam .. Pagi pagi , dah dengar bunyi manusia ‘meletopkan’ ekzos motor mereka .. Bunyi dia , pasti membingitkan telinga kita . Bagus la.. mmg boleh cair taik telinga yang dah keras membatu ni ..

5 minit bunyi motor yang kononnya besar cam Harley Davidson tu , bunyi kereta lak ! Perghh .. Aku tetiba terasa suasana final Rally Dunia lak ! Dasat , dasat !

Menda menda  gini kan , mmg boleh bikin mood penghuni taman ‘gembira’ lalu mensedekahkan ‘doa doa ‘ penerang hati buat mereka ..

Tertanya gak dalam hati .. sedap sangatkah bunyi kenderaan mereka cam tu ? Nak lari laju mana dalam Malaysia ni ?

Kenapa perlu berblog ?

 

Dulu kan , 2 setengah tahun dulu kan .. aku mula mula berblog dan mula jumpa kawan kawan blogger , kebanyakkan terdiri dari mereka yang masih muda lagi ..

Aku terfikir masa tu apakah blog aku ni cuma dibaca oleh generasi muda ? Bagaimana aku nak tarik mereka yang terdiri dari golongan bekerjaya besar dan punya citarasa yang tinggi ? Hurm .. Strategi di pasang .. Mengena … Aku tersenyum .. Alhamdulillah , segalanya berdasarkan pengalaman pahit manis aku sebagai manusia yang aku gunakan ke atas blog aku ni ..

Dari situ , aku mula aturkan langkah kaki aku untuk pergi lebih jauh dalam dunia blog ni .. Aku tak nak dikenali sebagai ‘sekadar blogger’ tetapi blogger yang memainkan peranan membentuk masyarakat yang positif ( termasuk aku ) pemikirannya  serta berdaya maju  ( termasuk aku ) .

Alhamdulillah , berkat komen dari rakan rakan yang berbentuk positif mahupun negatif , aku gunakan untuk tingkat lagi penulisan aku dari sehari ke sehari ..

Petang semalam , satu sejarah peribadi terukir sbg blogger . Satu sesi dialog antara blogger / media online bersama Institut Integriti Malaysia telah berlansung untuk kali ke berapa aku tak pasti .. 2 kot tak silap aku … ke 3 ? Er .. tak kisah la..

Dan aku dijemput hadir untuk menyertainya ! Yang membuatkan aku terbeliak sebentar , tuuuu .. nama aku no 1 tuu di antara semua tetamu yang dijemput hadir .. huhu .. Bangga jap .. hehe ..

senarai

Bila aku tengok muka muka yang hadir , sorang pon aku tak kenal !! Hahahaha .. betapa aku masih di dalam tempurung dalam dunia blog ni .. Huhuh ..

IMG_1541-1

Seorang demi seorang menceritakan latar blog mereka .. Aku segan nak cerita .. Maklumlah .. blog picisan … huhu.. Dan mereka ni adalah blogger yg punya pengalaman hidup yang jauh menarik dari aku untuk diceritakan dalam blog mereka ..

IMG_1540

IMG_1539

Bila aku nampak kehadiran Prof. Dr Chandra Muzaffar  , semangat aku terus berkobar kobar untuk menghayati sesi dialog ni .. Huhuh ..

IMG_1542

Dan akhirnya , aku dapat buat satu kesimpulan yang menarik .. Tak sia sia aku berblog ! Bukan kerna nama .. Bukan mengejar populariti .. Tapi sebenarnya .. Cukup mudah , untuk berkongsi ..

Yang lain itu adalah ganjaran hasil penat lelah memerah otak .. Apa saja kita buat dengan bersungguh-sungguh , ada ganjarannya di kemudian hari ..

Aku berbangga berada di sini , petang semalam .. Ini dikatakan bukan calang calang orang yang dijemput hadir .. Aku je la tak .. huhu .. Segan wooo.. Tak bersuara aku …

Tapi bila aku bersuara .. ada yang terkedu .. Maaf la yer .. Saya tak berprotokol kerana saya meluahkan pendapat tanpa bertapis .. Huhu ..

Habis la aku pasni ..  Nasib baik ISA dah dimansuhkan.. hahaha ..

Kalau PRU nanti , aku nak undi mana ?

 

Aku masih macam tak percaya dengan apa yang aku cakap petang tadi . Hahaha .. Ibarat aku lepaskan bom terus .. Bak kata seorang rakan blogger yang ikut tadi , Prof . Chandra Muzaffar pon berubah muka mendengar kata kata aku .

Aku tak kata aku betul tapi apa yang aku cakap adalah berdasarkan apa yg aku nampak ,dengar dan alami ..

Mereka terlupa , belia zaman ni semakin bijak . Bila buat kenduri , dijemput .. mereka hadir dan makan .. Tapi jgn sangka termakan umpat .. Bak kata org , rezeki jangan ditolak .. Musuh jgn dicari ..

Belia zaman ni walaupun punya berbeza pandangan tapi yang pasti mereka mampu bersatu .. Bila bersatu , mmg payah laaa .. Tu pasal ada pihak cuma amik kesempatan dengan cuba mengampu belia belia ni ..

Aku tak sokong mana mana pihak .. Aku bukan pro kerajaan .. Aku bukan pro pembangkang .. Aku cuma pilih berdasarkan pemerhatian aku .. Sapa yang aku rasa mereka benar benar berjuang demi agama dan negara .. itulah yang akan aku pilih ..  Kalau berjuang untuk perut dan tekak keturunan mereka , maaf laa.. takde dalam kamus hidup aku .

Kali ni aku nak mengundi ! Jap , aku terlupa.. aku dah daftar ke belum eh ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI