Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 28 Mei 2012

Ramai kenal Qhaliff eh ?

 

Satu majlis yang cukup simple tetapi , alhamdulillah .. orang tak putus datang walaupun dari keluarga terdekat saja .. Orang kampung pon dijemput gak .. Maklumlah, aqiqah kan ?

Daging mmg tak cukup . Nasib baik dah standby dengan ayam  masak merah .. Huhuh.. Sangatlah sedapp .. Aku pon rembat makan daging kampung tu ..

IMAG0717

Terlupa terus yg aku ada darah tinggi .. hehehe .. Tak kisah la , janji dapat  rasa .. Huhu .. Mentang mentang la tau apa ubat dia untuk darah tinggi ni .. Berani eh langgar pantang !! Grr ..

Memang aku kena cubit ngan wife .. heehe ..

Antara yang hadir ialah orang kampung , orang surau , adik beradik mak mertua dan ayah mertua .. Kawan kawan sekolah wife dulu dulu .. heheh .. Rakan blogger juga ada .. Haaa .. Wawa dari KL sempat singgah .. Turut ada sama , Dj Hot.FM Kelantan iaitu Shaz dan geng geng blogger USM Kubang Kerian yang diketuai oleh Amirul .. Terima kasih ..

IMAG0713IMAG0715IMAG0719IMAG0721-1

Kesian Qhaliff .. Ramai benar lepaskan geram kat dia .. Tapi kesian aku sbb yang datang semua cari Qhaliff je !! Tkde pon tanya ,

“ Mana Ben ? “

Sapa kata aku popular ???

MALAYSIA !

 

 

Aku dilahirkan di Kuala Lumpur . Mak ayah aku kelahiran Pulau Pinang .. Walaupun moyang aku bukan asal usul Malaysia , tapi aku tetap warganegara Malaysia , berbangsa Melayu dan beragama Islam .

Secara automatiknya , aku ada suara dalam negara ni selain dari boleh mengundi bila tiba masanya ! Itu hak aku ..

Dulu , orang cam aku ni , teringin benar nak bersuara tapi tak tau kat mana .. Ada yang suka gunakan media masa untuk bersuara seperti hantar surat , email dan sebagainya.

Sekarang ni , dah ada medium yang lebih pantas .. Laman sosial seperti Facebook , Twitter , blog menjadi pilihan .

Maka , bolehlah aku menyuarakan pendapat aku ni lebih lebih lagi bila nak kritik mereka yang memerintah .. Tak kira kerajaan atau pembangkang .. Asal aku rasa tak betul , aku kritik ..

Kritik bukan tanda aku benci atau mencari salah sebaliknya nak memberitahu pada mereka sesunguhnya , RAKYAT SEDANG MEMERHATI ANDA dan RAKYAT TAK BUTA ..

Masing masing ada cara tersendiri untuk bersuara dan aku putuskan blog , Twitter dan Facebook adalah medium aku untuk bersuara ..

Aku sayangkan negara aku , Malaysia .. Sebab itu aku bersuara .. Takde kene mengena aku pro pembangkang atau kerajaan .. Rakyat bagi kuasa , rakyat juga berhak bersuara !

Tabung Ahmad Sufi : Bantuan kita diperlukan mereka ..

 

Mula mula satu private message aku dapat di page facebook SANTAI BEN ASHAARI meminta aku buatkan satu entri khas buat adik Ahmad Sufi . Kemudian aku meminta dia emailkan terus pada aku utk memudahkan aku update dalam blog ..

Pada blogger yang sudi war warkan dalam blog mereka , jutaan terima kasih ..

Ok .. Info ni aku amik dari page Tabung Ahmad Sufi sendiri ,

 

Nama baby ni AHMAD SUFI BIN ROMI AGUS SYUMADI

Ahmad Sufi 6.4.2012.
Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.

Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APR.

Dan kini Ahmad Sufi telah ditransferkan semula ke Canberra Hospital sehingga kini.Dan kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)

MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

Daddy’s little sweetheart

 

Olololo .. pandai buat muka simpati skang ni .. Huhu  .. Jap lagi , ramai la orang datang utk makan kenduri aqiqah Qhaliff .. Daddy dalam bizi bizi pon sempat update satu entri untuk rakan rakan daddy ni ..

Banyak keje ari ni .. Pasni nak kena settle balik segala pinggan mangkuk .. Huhu.. Penat tu , dah tentu .. hehe .. Esok , nak balik KL dan tapi lalu ikut Terengganu .. Saja bawak jenjalan orang tua .. Bila dah sampai KL , aku kena patah balik ke Kelantan tapi naik bas je ..

Penat ? Dah tentu !!  Bila sampai Kelantan , baru balik Putrajaya , keesokkan harinya ..

Sampai rumah .. Kena bersih rumah lak .. nasib baik upah orang gaji dah .. Sabtu ? Shooting ngan Nona .. Daddy mesti muka toya je sbb penat .. Tak sempat nak g spa n buat rambut .. Huhuh ..

Mintak resit lain kali !!

 

Semalam kan , nak dicerita panjang panjang kan .. Aku dan keluarga aku sampai laa kat Kelantan dan check di satu hotel bajet berhampiran giler dengan Wakaf Che Yeh .. Perfect ! Sangat menarik .. Tapi sayang aku tak leh join tidur ngan diorang sbb aku nak kena settle urusan persiapan kenduri anak manja aku sorang ni .. Ada anak dah rupanya aku .. Cam tak caya jeer .. Jap je masa berlalu .. Patut ramai dah panggil aku UNCLE .. huhu ..

Bila tanya harga .. berlainan dari apa yang memula wife aku cakap .. Hurm.. Ok la .. Aku tak kisah la .. Janji keluarga aku dapat menginap dengan selesa dan selama .. Tu paling penting ..

Aku pon bayar la untuk 3 malam .. Dan kemudian , kunci diserahkan lalu aku pon ajak semua naik atas .. Semua tu , ahli keluarga aku la.. tak ajak pon staff hotel tu naik sekali ..

Bila tengok bilik .. hurmmmm … aku rasa nak solat pon susah sebab sempit .. Berlainan dari dalam gambar yg ditunjukkan dalam pamplet yg wife aku tengok  waktu datang booking ari tu ..

Ni kira untuk tidur dan mandi je la jawabnya ..

Dan tadi , aku dan wife datang ke bilik mereka untuk ajak pergi shopping kat Pasir Mas .. Wife aku ni , spesis kalau dah janji harga tu , dia nak harga tu gak .. Dia g jumpa orang yg dia deal memula ..

Jumpa staff tu .. Dia layan dengan baik sekali .. Setelah dibincangkan dengan lemah lembut dan sopan santun tanpa sebarang perhimpunan BERSIH dibuat depan hotel tu , maka dapatlah harga yang dijanjikan tu ..

Adik tu pon check la rekod pembayaran .. Dia terkejut .. Sbb dalam komputer tu tulis untuk 1 malam jer ! Tapi bayaran dibuat untuk 3 malam .. Nasib baik ada tulis duit yg diterima .. Cuma hari menginap tu je salah masuk ..

Segala urusan tanpa resit ! Silap aku tak mintak resit .. Nasib baik staff tu tak berkira sangat dan sanggup check rekod .. Kalau tak ? Mau boleh bikin gaduh mulut gak ..

Alhamdulillah .. dapat baki duit walaupun aku tak kisah tapi wife kisah .. Dia mmg gitu .. Aku jenis tak berkira .. hahahah .

“Cheap Sale” ... Siapa Nak Emas ?

 

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Apa khabar anda pada rakan pembaca yang setia dengan blog ini ...

"Cheap Sale" ... Siapa nak emas ? ... Harga logam emas tulen fizikal dan logam perak tulen fizikal sedang merudum jatuh pada paras harga terendah bagi tahun ini ... Ayuhhh ! ! ! ... Rebut lah

Pembacaan seterus nya (sila klik di sini)

Mak aku marah sebab babitkan dia dengan Himpunan Hari Belia !

 

Nama mak aku ROHANI BINTI PAWANTEH , okeh !!

Tapi .. mereka kata …Er .. er ..

image

Majlis aqiqah Muhammad Qhaliff Iman

 

Alhamdulillah .. segala perancangan utk adakan majlis aqiqah anak aku ni berjalan dengan lancar .. Terima kasih pada mak mertua aku serta adik beradik wife aku yang telah uruskannya dengan baik sekali ..

Orang tua aku serta adik perempuan aku pun ada gak untuk memeriahkan majlis ni esok .. 

Qhaliff lak .. Hurmm .. dah mula kenal muka aku.. Dah kira berani pandang muka aku lama lama tanpa menangis .. hahaha .. cuma pantang dia dengar suara mak dia , mesti wat wat nangis .. Grr ..

Pas kenduri tu nanti , ada projek giler aku kena buat .. Adoi .. Harapnya dapat kejar masa dengan sempurna ..

Haaa .. sapa yang ada kat Kelantan waktu ni , meh la datang esok yer .. Dekat depan kem Desa Pahlawan jer , Kok Lanas ada satu kedai runcit .. Belakang kedai tu jer .. Ok ?  Mula majlis lepas Zohor .. Ala kadar jee pon ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI