Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 3 Jun 2012

Sebelum nak bayar segala pengorbanan ayah dan ibu ..

 

IMAG0946-1

IMAG0947

IMAG0948

Hampir mengalir air mata aku tengok gambar ni .. Sangatlah comel dia waktu aku amik gambar ni .. Beria dia senyum hingga nampak seakan akan ada lesung pipit di pipi dia .. Betul gak kata wife , bila dia dah tidur .. rasa rindu kat dia walaupun dia depan mata jer ..

Tapi tadi , dalam jam 10 malam .. Qhaliff menangis beria ria .. Susah benar nak tidurkan dia .. Aku rasa mungkin dia kembung perut .. Aku try usap belakang badan dia .. Angin keluar melalui aku sedangkan sebelum tu , takde langsung pon aku dok belahak ..

Makin kuat dia menangis , makin panik kitorang .. Aku siap ajak wife keluar naik kereta untuk tidurkan Qhaliff .. Yelah , masa tu aku ingat dia kepanasan berdasarkan peluh di belakan kepala dia ..

Kereta dah bergerak pon dia tetap menangis .. Balik semula dan barulah aku urut belakang dia .. Pastu , lebih kurang 10-15 minit barulah dia lena ..

Perghhh .. mencabar benar jaga baby ni ..

Aku pernah dengar la ada manusia yang bongkak siap kata kat bapak dia yang mana sanggup bayar balik segala titik peluh , masa dan wang ringgit bapak dia yang mana telah digunakan sewaktu membesarkan dia ..

Tolong jangan jadi manusia macam tu .. Sebelum nak kata begitu , cuma jaga anak sendiri dari kecik sampai besar tanpa bantuan orang gaji mahupun sapa sapa .. Rasa sendiri peritnya barulah cerita soal bayar semula segala jasa mereka !

Mungkin kita dah cukup bijak tapi ..

 

Kelmarin kan , sewaktu wartawan TV3 tu datang untuk rakaman segmen HARI BAPA di NONA , TV3 nanti  tu , ada la aku berborak ngan dia .. Panjang gak la ceritanya .. Apa yang menyebabkan dia tertarik hingga nak temuramah aku ? Katanya , entri aku yang pernah aku buat satu tika dulu membuatkan dia mencari aku ..

Hurm .. Sebenarnya kan , bukan mudah nak bagi tips pada rakan rakan blogger ni  terutama yang senantiasa rasa dirinya dah cukup cemerlang .. Bukan pe , diorang baca .. terasa pastu mulalah membahaskan untuk ‘memenangkan’ apa yang mereka rasa . Tapi satu hari nanti , akan terasalah kebenarannya tips tips tu kerana tips tu bukan sorang dua yang bagitau ..

Mungkin betul dan tak salah pon apa yang dia rasa tu tapi kata tambahkan lagi dengan tips tips dari rakan blogger yang mungkin berguna untuk dia jika benar nak berblog secara serius ..

Sebab itulah kita dapat lihat , banyak blogger senior ni jarang nak berkongsi tips . Mereka lebih selesa berbicara mengenai hal mereka saja .

Sapa rugi bila ilmu ni tidak dikongsikan atau bila dikongsikan maka mulalah kutuk mengutuk secara diam , berlangsung ..

Hurm ..

Terharu bila anak hargai ayahnya ..

 

Bila ternampak kawan aku ni letak gambar ni , aku tertanya gak  .. Kenapa dan mengapa ? Tapi bila aku baca keterangannya , aku tersenyum ..

Sebab tu la aku ikhlas membantunya .. 

“ Please help LIKE this picture of my father, an ex-policeman, posing with his medallions, one of which was awarded by Queen Elizabeth II in 1955.

Next to him is my brother, who follows his footsteps to become a policeman.

Remember the robbery-cum-murder case of a woman in Serdang in February this year that sent a shockwave nation-wide? The Personal Assistant and a mother of two was the sister-in-law of my brother's wive. My brother took charge of the case and resolved it within 4 days! “

Jadi , pada yang sudi VOTE rakan kita ni , Johnson yang juga seorang blogger yang berkerjaya yang mana berblog sekadar suka suka .. Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah , blognya dalam bahasa Malaysia ..

Cara nak VOTE gambar ni .. Sila ikut langkah yang aku berikan ni ..

  1. Klik SINI
  2. Klik  'Gallery of Champions'.
  3. SEARCH peserta  'Johnson Ng'.
  4. Pastu klik LIKE .. tu je .. Pastikan gambar tu sama yer ..

Terima kasih pada yang sudi tu … Sekadar memberi sokongan ..

Semakin hilang ideakah pembikin filem kita ?

 

Lagi adegan asmara

Tak tengok lagi tapi dah tau cerita camana .. Bosan ! Jangan la kata kat aku  , cepat benar bagi andaian padahal tak tengok lagi ! Kita sedia maklum , dengan tajuk , poster begitu , dah boleh jangka cerita camana nak ditonjolkan pada penonton. Ditambah lagi dengan write up di akhbar , menguatkan lagi aku punya keinginan untuk menolak filem filem begini …

“Sejujurnya, bila kita buat filem yang mengetengahkan masalah remaja masa kini, kita angkat isu seperti pergaulan bebas, penonton akan melihat pada babak-babak yang ‘daring’.

“Padahal setiap paparan, ada mesej yang mahu saya sampaikan dan bukannya saya mahu mempromosikan gaya hidup mereka serta seterusnya menggalakkan remaja lain mencontohinya.

“Contohnya mesej yang saya cuba sampaikan, apa yang akan terjadi ekoran tindakan kita yang tiada kawalan dan mungkin terjebak dengan penyalah gunaan dadah, mengandung anak luar nikah dan banyak lagi,” .

“ Nasihat saya lihat filem ini dengan fikiran terbuka dan pandangan yang positif. Lihat apa mesej yang cuba saya sampaikan,”

Kenyataan akhbar pengarah , Osman Ali pada SinarHarian.

Nasihat aku , toksah bazir duit … Baik beli je cd ceramah agama atau layan je kuliah agama online tu .. Seronok lagi ada laa ..

 

 

Yang ni lak ? Tunggu je keluar kat tv .. Lagiiiii membazir .. Standard drama petang petang jam 6.30 , TV2 ..  Layan kartun pon lagi best ..

Maaf la yer .. aku bukan anti filem melayu .. Aku orang melayu yang senantiasa dahagakan filem atau drama berkualiti dari pengarah atau pembikin filem .. Malangnya sekarang ni , apa yang aku nampak , semua nak untung cepat !!

Akhirnya , aku terkena jugak !!

 

Jangan ! Jangan ! Jangan !!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhh … Biasanya tengok kat movie movie omputeh tapi kali ni , aku merasainya ..

Qhaliff ‘tembak’ aku sewaktu tukar pampers dia .. Adoi.. abis seluar dia kena gak .. Lepas dia tembak aku , dia menangis bagai nak rak .. Aku panik dahh .. Bukan pe , dia punya teriak tu macam nak bagi tau yang dunia ni nak kiamat dah ..

Tak pasal pasal , aku pon teriak gak panggil wife … Wife solat masa tu .. Sian dia .. huhu .. Sori ek sayang ..

Dongeng atau realiti ?

Butang A/C ni ada byk lagenda dia .. Ada kata kena matikan / off .. Ada kata suruh biar je hidup gitu je walaupun enjin kereta dah dimatikan ! Camana tu ?


Ramai benar pakar zaman ni  .. Cuma bezanya antara berilmu atau tidak je laa .. kan kan ?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Confirm la .Air cooler utk dia .

Beg aku tertinggal kat umah mak aku . Nak update , guna hp je la dulu .. Kang aku kena amik balik.. huurm..


Smlm , Qhaliff nyenyak dan selesa. Jaga hanya utk menyusu jer .. Jadi , kena beli la satu air cooler utk rumah ni .. Nak pasang air cond , tak lama lagi aku nk pindah .. Cam tak berbaloi la.. Nanti nak kena buka semula..


Ada yg tanya smlm , air cooler tu cam air cond ke ? Lain skit sbb kita kena letak air atau ais dlm bekas yg disediakan di dlm air cooler tu ..


Harga , RM399. Jenama Cornwel .. ok kot ?


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI