Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 5 Jun 2012

Semakin terbukakah kita ?

 

Wife tunjuk kat aku satu majalah khas untuk mereka yang dah berkahwin .. Ada satu artikal yang menarik untuk dikongsikan bersama dengan aku .. Ianya berkaitan kepentingan menyendawakan baby .. Bagus sekali perkongsian maklumt tu ..

Cuma , model yang digunakan tu , aku rasa sesuai untuk tatapan wanita je la kot .. Kalau cam aku ni tengok , boleh menambahkan dosa jer .. Yelah , tak sesuai walaupun cantik ..

Dan , ada sesuatu yang buat aku tertanya tanya la.. Maaf la kalau aku ni kolot atau belum terbuka .. Ada satu kontest kat ruangan belakang  tu yang bertajuk KASIH IBU .. Bagus contest tu tapi dari apa yang aku nampak , bermula gambar pertama hingga akhir .. semua gambar si ibu menyusukan babynya .. Er , okeh ke gambar gitu ? Apakah aku masih kolot ? Kalau aku la kan , tak kasi nak antar gambar gitu .. Yelah , cam tak sesuai lak apatah lagi yang hantar semua tu bertudung dan wanita melayu .. Kalau omputeh tu , ok la … sbb mereka tak kisah dah pon ..

Maaf la.. ni cuma satu pertanyaan aku jer .. Mungkin wanita sekarang dah terbuka dan cuma aku je masih tertutup .. Kalau ok , maka ok laa kot ..

Aku , masih tergaru garu .. Tu je ke cara nak tunjuk kasih ibu ? Kalau yang tak menyusu anak dari kecik , camana lak ? Hurm ..

10 minit kemudian !

 

IMAG0975

Sukannyaaa diaaa … suka ehhh duduk dalam stroller ni ehh ? Besar , luas dan selesa gitu kan , Qhaliff kan ?

10 minit kemudian ..

IMAG0977

Dia tetap nak didukung gaaakkk .. Huhuh … Agaknya nampak dunia kot bila dukung ni ? Adeh …. 

Tinggalkan ajer Qhaliff !!

Percubaan ke 3 membawa Qhaliff ke Alamanda .. Dan , hurmm .. nangis sbb nk susu je .. Maka , pasni bawak susu yg siap dipam sbg persediaan andai Qhaliff menjerit ..

Ahaa .. jgn la tgk pelik kalu baby menangis .. Nak tgk pelik , tgk je yg bertudung pakai ketat , yg pakai seksi , atau yg belum kawin tp berpegangan tangan dn byk lg la yg pelik ada di mall tu ... kan kan ?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rindu kat Tokma !

Sian Qhaliff .. bila tgk muka dia setiap mlm terutama bila dia menangis , tulah perasaan aku .. Kesian kat dia .. hurm ..

Perasaan ni , melemahkan aku sebenarnya .. Nanti aku terlebih manjakan dia .. Bahaya .. Aku pon tknk la garang kat dia . Takut dia memberontak dlm diam .. Tu lagi bahaya ..

Qhaliff , Qhaliff .. nnti besar jgn la nyusahkan mak ayah yer .. Sebelum nak rasa besar kepala bila dah berjaya nanti , selak balik cerita Qhaliff masa kecik dulu ... Ok sayang ?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Baik punya fitnah terhadap aku !

 

image

Patut la ada orang ingat aku gay ! Hahahah .. Ada akaun palsu rupanya .. Dan menariknya ialah , ada yang percaya tuuu … hahahaha ..  Yang buat aku geleng kepala ialah , MUTUAL FRIENDS .. Muka muka yang aku kena di senarai FRIENDS aku tu , ada dlm ni .. Dorang ni ingat aku ni gay ? Tolonglahhh .. Aku tengok jantan pon tak bernafsu !

Pelik laa orang kita ni .. Asal berbadan tegap , gay . Asal boroi , makan rasuah .. Ini je ke mentaliti bangsa aku ?? Ada akal pakai la skit .. Takkan tak tau beza antara yang halal atau haram .. Main sebat je tuduh ..

Mintak pada yang sudi untuk buat REPORT dengan klik butang REPORT tu.. tak nak pon tak pe .. Wat penat je layan isu cam ni .. Klik SINI ..

Bagi yang ingat aku ni gay , cuba ada mana mana ‘unta padang pasir’ amik gambar korang pastu buat satu akaun palsu dan letakkan info gay atau lesbian .. Tak susah pon kan ?

Buat fitnah , tak agak agak .. Apa punya manusia daaa ..

Jangan bawak baby ke shopping mall , boleh tak !

 

Ada satu forum yang popular yang mana ramai geng ibu ibu ni join .. Aku ingat nak join gak tapi segan la sbb ada bab bab penyusuan ibu gak kat situ .. Ai segan you ..

Pastu wife ada la tunjuk satu topik yang menjadi perbualan hangat kat situ yang mana admin tanya pendapat geng dalam tu berkenaan membawa baby ke shopping mall ni  .. Apakah menganggu pengunjung di situ ? Lalu ada satu komen ni , yang menarik perhatian mereka termasuk aku.. 

Pengomen tu secara ikhlasnya memberitahu , baby tak sepatutnya dibawa ke shopping mall kerana menganggu pengunjung bila dia menangis .. huhu .. Terasa kan ?

Aku nak salahkan dia pon tak leh gak sbb mungkin dia belum kawin lagi .. Mereka yang belum kawin terutama yang punya falsafah hidup yang terlalu moden ni , belum tentu memahami erti kekeluargaan ni ..

Dulu aku berfikiran begitu tapi tak la serius sangat terutama bila kesian kat baby yang meraung nakkan susu atau keadaan sesak di shopping mall ( cam sogo ) membuatkan dia tak selesa dan juga budak kecik meraung nakkan permainan !! Hahaha .. Tensen kan ?

Tapi itulah perasaan orang yang belum matang atau kenal erti keluarga . Bila dah punya anak , teriak sedikit pon dah berlari dapatkan anak tu .. huhu ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI