Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 6 Jun 2012

Sesungguhnya , mereka mengubah segalanya ..

Benarlah kata mereka .. Anak , tanda pengikat cinta .. Andai berlaku perselisihan sekali pun , jgn dibabitkan mereka. Mereka bukan tak mengerti sebaliknya mereka memerhati ..

Alangkah kesiannya mereka jika mempelajari segala yg negatif dr ibu bapa mereka. Maklumlah , di usia begitu mentah mereka belum boleh menilai mana yg baik dan yg buruk . Yang mereka tau , mereka mencontohi apa yg ada di depan mereka ..

Anak ... Amanah dari Allah. Nampak mudah tp sukar. Kitalah mengisi segalanya ke dlm otak mereka sehinggalah mereka bisa berfikir sendiri ..

Tapi mereka itulah saham kita di akhirat kelak ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Baby main air liur ?

 

Qhaliff baru 2 bulan .. nak lagi tepat , baru 68 hari .. Dan sejak semalam , dia suka keluarkan air liur dia ..  Menurut wife , tu mmg salah satu ‘ kerja ‘ baby laa .. tanda dia membesar ..

Tapi bila orang tua tua nampak , mereka kata .. Si isteri kempunan apa la agaknya masa mengandung dulu eh ?

Hurm … boleh pening gak eh ? Iyakan saja la dan senyum .. kang melawan kata kita lak lebih bijak .. susah gak kan ?

Dah pandai nak mengikut ??

 

Kalau ajuk dia .. sungguh laaa dia main .. Bila dah abis main , sungguh sungguh laa dia mintak susu ! Aku lak , sungguh sungguh laa kelam kabut time tuuu !! Tak sabar sungguh nak susu .. La tu gak bantai teriak .. Cer cool duluuu .. Grrr ..

Tadi masa nak g service kereta , aku tinggalkan dia kat umah ngan wife .. Beria la nangis sbb nak ikut ..  Ye ke naik ikut ??? Hahaha .. Bila aku keluar gak , makin kuat dia nangis ..

Tak lama kemudian ..

Olololo . tidur dalam kecewa la nih ??? Nanti dah besar , confirm mengekor jeeer .. Nasib baik daddy dah stop g gym .. Ikut g jogging n bersenam kat taman je la nanti eh .. Tengok sapa menten comey kan ? Hahahah ..

Wife kata , sejak aku g servis jam 12 tengahari tadi sampai kul 2 petang , dok tidur gitu .. Bila aku sampai , aku panggil perlahan je nama dia .. Terus bukak mata .. Waaaa.. masaaakk aku nanti .. Confirm laaa , sikit skit daddyy !!

Anak bapakkk ..

Kurang selesa dengan ibu menyusu di tempat awam ?

 

Aku tak tau la kot Qhaliff faham ke tak bahasa orang dewasa ni .. Maklumlah , aku dok terbayang cerita Baby’s Day Out yang aku suka benar tonton waktu remaja dulu .. hehe ..

Bila aku kata aku nak keluar , aku saja ajak Qhaliff..

“ Jom ikut daddy .. nak ? Kalau nak angkat tangan .. “

Haa .. bukan tangan je .. ngan bontot dia angkat !! Aku tak tau la tu satu kebetulan je tapi tiap kali aku cakap gitu dan aku biarkan , dia menangis terus .. Bila aku angkat , dia diam.. Baru 2 bulan tu !! Adoi.. aku confius nih ! Hahaha ..

Haa.. tajuk aku tu .. Tadi ada rakan pembaca meninggalkan komen bertanyakan aku mengenai satu entri aku yang bertajuk Semakin terbukakah kita ? Hurm… Dalam entri aku tu, itu adalah luahan seorang lelaki bila tengok gambar gitu .. Mungkin mereka yg dah biasa dan punya pengalaman , tak kisah tapi bagaimana mereka yang baru meningkat usia atau belum kawin ?

Bagus , mmg bagus menyusu badan pada baby di mana mana .. Memang tak nampak aurat atau sebagainya tapi bagaimana pandangan lelaki yang melihatnya ? Ada sesiapa pernah tanya ? Si suami mesti tak kisah punya asalkan anak diam dan tak nangis kan ?

Entah laa .. fikir la sendiri .. Nak terangkan lelebih dalam ni , jadi lain lak isunya .. Terbuka mmg bagus , tapi terlalu terbuka pun merbahaya. Bayangkan ada orang berniat jahat amik gambar dan letakkan dalam internet.. Maklumlah , ada spesis manusia , tengok seluar dalam perempuan pon dah bernafsu .. Jadi , faham fahamkan la yer ..

Tolong jangan pusingkan kenyataan aku yer .. Fahamkan la yer .. Sekadar peringatan memandangkan wife aku pon dok menyusu badan .. Dan aku tak galakkan dia menyusu tempat awam .. G cari tempat menyusu atau jom balik jer .. Tak pon , standby botol susu awal awal ..

Berpeluh laa daddy ngan Qhaliff ni !!

 

Huhuh… tengok apa nih ? Tengok daddy eh ? Yee , yee .. daddy tau .. daddy hensem kan ?? Heee …

Baru siapkan dia .. perghh.. dari A-Z .. tang pakai baju tu kena hati hati .. Maklumlah , yang besar ni tenaga sekawan gajah .. kena la buat dengan lemah lembut ..

Tapi Qhaliff bosan menungguu .. Apa punya lamaaa daaa daddy nak pakaikan baju .. Akibat bosan menunggu , Qhaliff saja mula pasang enjin ..  Dan aku , berpeluh !! Jangan nangiss laagiii .. jangannnn ..

Psst.. jiran aku cakap , dia dengar suara Qhaliff ‘jerit ‘ .. Sedangkan jarak umah aku ngan dia , selang sebuah .. Adoi ….

Susah sangatkah nak ikut peraturan ?

 

Satu kemalangan yan berlaku di China yang patut kita amik ikhtibar ..  Yang pertama , jangan langgar lampu merah .. Yang kedua , jangan kaut satu keluarga atas motor !!

image

image

image

image

image

Lima orang atas motor tu !!

image

image

Haihhhh ….. cari pasal betul…

Perlukah kita tingkatkan keselamatan rumah kita ?

 

Dua keluarga kerugian hampir RM200,000 selepas disamun dalam dua kejadian berasingan selang dua jam masing-masing di Putra Heights dan Taman Saujana Puchong, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pertama, seorang jurutera lelaki yang tinggal bersama ibunya di sebuah rumah dua tingkat diikat dan dipukul tiga suspek yang kemudian melarikan barangan kemas milik ibunya, tiga telefon bimbit serta kereta Honda Civic miliknya.

Dalam satu lagi kejadian jam 12.30 tengah malam, enam sekeluarga cemas apabila dua lelaki menceroboh rumah mereka di Taman Saujana Puchong, Bukit Puchong, di sini, sebelum menarik ibu mereka dan mengacukan pisau ke lehernya.” – Hmetro

 

Kes samun  , rompak , culik … Nak kata semakin berleluasa tu , tak patut la sebab takde statistik yang dikeluarkan untuk menunjukkan bukti naik turunnya kes tersebut tapi bagi aku la , bila adanya kes begini ianya menunjukkan tahap keselamatan kita perlu dipertingkatkan.

Aku bukan menuding jari pada mana mana pihak sebaliknya kita sendiri kena amik inisiatif untuk menjaga keselamatan kita dan juga keluarga kita .

Zaman ni , manusia semakin hilang pertimbangan . Orang jual orang , bunuh dan banyak lagi adalah seperti perkara biasa . Tu belum lagi kes pergaduhan hingga ada yang hilang nyawa .

Setiap hari kita tengok kes kes begini ada di dada akhbar .. Aku rasa  lebih baik kita tingkantkan keselamatan kita terutama di dalam rumah dan orang perempuan pon kena lebih berhti hati .

Mencegah lebih baik . Apalah sangat wang jika nak dibandingkan dengan keluarga kita , kan ?

Semakin memahami ragam Qhaliff !

 

Ni gaya budak 2 bulan tidur .. 67 hari gitu .. Tak nampak langsung cam baby 2 bulan .. Tadi , dia dah mula memerhatikan permainan yang ada bunyi.. saja aku ajuk dia untuk pegang dan dia dah bagi respon .. Huhuh.. Aku rasa tak lama lagi aku pakat rebut remote tv ngan dia ni ..

Nak dijadikan cerita , tadi lagi laaa .. Waktu dia jaga selepas maghrib .. Menyusu badan .. Wife lak menyanyi kat dia .. Kira ala ala cam kat kopitiam dah lagaknya .. Bila wife menyanyi , dia berenti dan pandang kat wife .. Wife diam , dia sambung balik apa yang dia buat tadi .. Wife nyanyi semula , dia berenti dan pandang .. Seolah olah nak bgi tumpuan pada nyanyian wife !! Amboiii , budak niii .. Bila aku nyanyi , dia tidur terusss !! Mana aciiii ..

Kalau Qhaliff dah mula menerima pembelajaran pada usia begini , nampaknya aku ngan wife kena hati hati dari segala tindak tanduk kerana dia akan belajar dari kami ..

Buku sebagai panduan menjaga baby , byk dah ada .. tapi satu pon lom khatam lagi.. hahaha ..

Setelah beberapa hari Qhaliff kat rumah ni , aku tau yang biasanya dia meragam menangis tu sbb angin nak sendawa .. Bila dah angin dah keluar , baru dia leh senyum riang .. Haaa ..

Banyak angin si Qhaliff ni .. ikut perangai sapa pon tak tau laaa.. Kalau nak kata perangai aku , aku ni spesis budak baik .. Kira angin angin ni , jauh laa.. sejuk cam aisberg jee aku ni , mak aku kata ..

Konon ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI