Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 8 Jun 2012

Aku , terpengaruh EURO 2012 jugak !

 

Adoi .. Promosi besar-besaran EURO 2012 dalam negara menyebabkan aku pon nak tgk gak laa mana mana perlawanan yang sempat ..

Aku nak sokong sapa ? Tak la kot .. Tengok tengok gitu je laa .. Malas nak taksub taksub ni .. Yang penting , setiap perlawanan ada jaringan gol .. Tamo seri seri tanpa jaringan .. Tak berbaloi tengok woo .. hahaha ..

Seperti biasa , aku yang minat bola ni dulu gemar nak tau bola apa yang bakal digunakan oleh pasukan bertanding nanti ..

Mesti best sepak bola ni .. Harga pon confirm menarik … kan kan ?  Semakin canggih teknologi sukan skang ni .. Boots lak camana ?

Huhu.. nasib baik aku dah bersara ! Kalau tak , sahih terpengaruh gak beli ! Jersey ? Er , tak nak .. Panas nak pakai kat Malaysia ni .. huhu ..

Sayangnya , game malam ni , aku plan nak tngok memula .. tapi tak jadi memandangkan Qhaliff dh ajak tidur awal awal .. Huhuhu .

Calar sudah muka diaa !!

 

Photo: Nama saya Qhaliff ..

Hari ni aku test tak pakaikan mittens pada si Qhaliff .. Seronok dia cakar muka aku waktu aku dukung dia .. Waargkhhh .. Ala ala wolverine dah gaya diaa !! Grr ..

Rasanya Qhaliff tak sedia lagi kot nak ditanggalkan mittens dia tu memandangkan belum masih mampu kawal tangan dia yang senantiasa memukul muka aku bila aku hampiri dia ..

Tu baru tangan .. Kaki dia ?? Kuat benar aihh  menendang.. Ni ajak sparring 100 meter nanti , best woo ..

Qhaliff Qhaliff ..

Hilang MYKAD ? Takpe ..

 

“ Seorang operator kilang terpaksa berdepan masalah hutang RM250,000 akibat kad pengenalannya yang hilang kira-kira 18 tahun lalu disalahguna individu untuk pinjaman bank dan kad kredit. “

 

Ada yang pandang ringan bila kehilangan MYKAD apatah lagi setahu aku laa kalau hilang MYKAD ni tak perlu dah lapor pada polis kan ? Cuma g buat je yang baru dan bayar denda .. Senang kan ?

Senangg laa sangat .. Haaa .. Kalau orang salah guna MYKAD kita tu camana ? Yelah cam kes yang kat atas tu laa .. Kad Pengenalan dia dah ilang selama 10 tahun , tau tau dah disalah guna dan tak pasal pasal berhutang sebanyak RM250 ribu !

Rasanya ni bukan kes pertama la .. Banyak dah kes menurut artikal tu ..

Bahaya betul la zaman ni .. Apa saja orang sanggup buat untuk menguntungkan diri sendiri .. Tak kisah langsung kesusahan orang lain … Hurm.. Hati hati la yer .. Apa saja milik peribadi kita , jangan mudah sangat lalai atau serah pada orang lain .. Pergh..

Si Blogger , CURIOUS CAT dan rumah aku ..

 

Kenal dia ? Tak ? Kalau tak , jom kita berkenalan dengan Curious Cat ni ..

 

curious

Nak tau serba sedikit mengenai Curious Cat ni ? Klik SINI .. Masuk dan baca sendiri .. Pasti best punya !!  Hehehe .. Selain dari si kucing ni ada beberapa lagi kawan dia yang comel lotey dalam web Curious Cat tu ..

OK ok … Sebelum korang tertanya tanya apa kaitan dia dengan rumah aku , baik aku cerita terus kat korang .. kan kan ?

Dalam laman web Curious Cat ni , ada tips dan petua yang dia kongisikan dengan pemilik rumah atau mereka yang bakal memiliki rumah ..

Menariknya , cara yang dia sampaikan adalah dalam bentuk vlog yang mana si Curious Cat ni macam dok membebel sorang diri laa .. Tapi bebel dia , bebel yang melucukan ..

Jadi apa kaitan dia dengan rumah aku lak ? Sedikit sebanyak apa yang dia ‘luahkan’ dalam vlog dia tu , memberi aku idea apa yang patut aku buat dengan rumah baru aku nanti terutama dari sudut penambahan yang ingin aku buat nanti ..

Antaranya , hiasan dalaman , tiles , perabot dan banyak lagi laa .. Dan Curious Cat berusaha menambah lagi tips tips  agar pengunjung laman web tu senantiasa memperoleh idea untuk rumah mereka nanti ..

Jadi , utk rumah aku nanti .. aku nak mintak si Curious Cat ni bagi cadangan tiles mana yang sesuai untuk digunakan .. Haaa .. Mesti menarik punya! Maklumlah , dah banyak pengalaman .. kan kan ?

Berbalik pada vlog si Curious Cat ni ,  mesti korang tertanya punya apakah keistimewaan si Curious Cat ni  hingga buat aku keluar masuk web dia ? Apa kata kita g layan antara vlog dia yang ada kat web tu ..

image

Vlog Curious Cat Pt2 : Cat vs Crack ni mmg buat aku hilang stress jap.. Nape eh ? Hahaha .. Tu korang  kena tengok sendiri laa.. Tapi serius , aku sendiri cukup bengang kalau nampak rekahan pada tiles jika berlaku pada rumah aku . Jadi , pemilihan  tiles mmg kena betul agar kejadian begini tidak berlaku ..

Seperkara lagi , bagi korang yang ada bela binatang cam kucing kat rumah .. Ada tak korang perasan yang kucing korang tu ada port dia melepak dalam rumah tu .. Tak pernah tertanyakah , kenapa dia suka lepak situ ? Mesti ada sebab kan ? Mungkin dia sukakan kerusi tu ? Atau situ sejuk ? Nyaman jeee rasa atau selamat dari gangguan manusia ? Hahahah .. Cuba tengok semula ..

Haa.. tu antara tips tips yang diberi oleh Curious Cat dan rakan rakan dia dalam vlog yang terdapat di laman web mereka .. Jom g tengok lagi apa cerita mereka .. Jom jom .. Cepat klik link ni https://www.curiouscat.my/site/ dan jangan lupa tinggalkan komen kat sana nanti ..

Menarik kan ? Aku kata daa , kan kan ?

Download filem melayu masakini ..

 

Banyak benar laman sesawang di internet ni yang menawarkan download filem secara percuma .. Dasat kan ? Pemilik web atau blog tu pasti untung besar sebab trafik mmg senantiasa masuk sbb ramai pencari movie movie untuk di download , termasuk aku !! Hehe .. Menda free.. sapa tak nak kan ?

Kebelakangan ini , byk filem keluar kat panggung .. Dan tak lama kemudian , ada dah kat blog download movie ni .. senang je.. tak yah buang masa g panggung.. Cuma antara puas atau tidak ..

Tapi kan , serius aku kata laa .. Aku takde nafsu nak download movie melayu skang ni .. Bukan la sombong atau berlagak tapi , entah laa .. Rasa cam buang masa je nak tunggu n buang bandwith aku jer …

Pelakon ramai dah .. Antara kualiti atau jual muka jer .. Bab cerita ? Hurm … hurm .. Susah la nak kata.. Ada yg kata , download la dulu baru leh komen .. Atau g la tengok panggung dulu , baru leh cerita ! Masalahnya , nak g tengok tu .. guna masa .. guna duit .. Lainlah kita g tengok , kita dibayar , kalau cerita tu tak berbaloi atau best.. Kalau best , kita bayar balik tiket tuuu .. Haaa.. amacam ?

Filem melayu perlukan perubahan yang ketara .. Perlu berubah untuk kembalikan keyakinan peminat peminat ke panggung.. Jangan tarik penonton dengan adegan adegan mengarut cam gaduh , seks , lumba haram ..

Bukan tak boleh tapi fikirkan keuntungan jangka pendek je kan ? Jangka panjang tu , cam citer P.Ramlee .. Tengok berkali pon tak boring.. Walau dah tau apa dioalog seterusnya , penonton akan tetap ketawa ..

Skang ? Untuk babak seterusnya , tukar channel lain ..

Bukan saja saja je nak bebel !

 

Aku ni bukanlah manusia bertaraf ustaz , ulama mahupun apa apa kelayakan untuk memberi nasihat pada manusia lain .. Apa yang korang baca kat blog aku ni , lebih pada perkongsian perasaan atau luahan hati aku untuk mereka yang hampir dengan aku .. Tak kira la isteri , ahli keluarga aku mahupun jiran jiran atau kawan kawan ..

Kadang-kadang , bila kita cakap kat diorang .. masuk telinga kanan , keluar telinga kiri .. Yelah , manusia kan ? Aku pon tak nafi gitu gak .. Sbb tu aku suka bebel je kat blog .. Ada kawan boleh terima dan juga tidak . Ada yang faham dan ada yang tidak .. Lumrah la tu kan ?

Bagi yang faham tu , syukur laa .. Yelah sekurangnya apa yang aku rasa pada ketika tu , ada gak yang mampu tangkap .. Yang tak tu , tak leh kata apa la .. Nak kata lelebih pon , bukan ahli keluarga aku .. Aku cuma mampu bebel pon kalau dia tu ahli keluarga aku. Takkan nak belasah lak kan ?

Sebenarnya , aku malas nak bebel dalam blog ni lebih lebih lagi yang takde kaitan dengan aku . Buat apa kan ? Lantak diorang la.. Aku nak kisah apa kan ? Masing masing ada ‘penjaga’ , kan ? Tapi sbb manusia yang hidup bermasyarakat dan punya saudara seagama , aku kena la gunakan medium yang aku ada ini ( blog , laman sosial) untuk beinteraksi dengan mereka dan ‘menceritakan’ suasana zaman ini.. 

Hurm .. entahlah .. Nak kata lebih pon , aku pasti yang ada masuk baca kat blog aku ni pon dah bertaraf cendiakawan mahupun punya title yang dasat dasat .. Jadi , masing masing fikir je la.. Jangan kata aku tak peringat lak .. Aku pon manusia .. Silap tu , tetap ada .. syukur la ada kawan tolong peringat ..

Tak guna sombong !

Cucu oh cucu !

 

Merebut kasih atok nenek ? Masalah yang timbul dalam diam dalam hati adik beradik bila masing masing mula punya anak sendiri .. Yang mana menjadi cucu kesayangan ?

Mesti ada yang terasa bila ramai ramai mula berkumpul kan ? Yelah , cucu pilihan gitu .. kan kan ? Adeh .. ada yang mula tarik muka pastu .. kan kan ?

Persoalannya , patut ke terasa ? Bila terasa gitu , mulalah ada yang bawa diri .. Malas nak datang rumah orang tua dengan alasan , anak bukan cucu kesayangan ?

Hurm … part ni sepatutnya kita kena bersikap matang .. Malangnya , ramai tak nak bersikap begitu kerana pentingkan diri sendiri .. Entah apa yang nak disakitkan hati pon tak tau laa..

Jangan sesekali pisahkan kasih sayang anak kita dengan sanak saudara terutama atok nenek diorang .. Jangan diajar anak kita  sebegitu  perangainya !

Kongkong suami ..

 

Terjaga aku gara gara mimpikan kawan aku ni .. Mengucap panjang aku . Kesian betul aku pd dia ..

Kawan aku ni , nak dikirakan segarang-garang manusia tapi cool jer.. Kira penyabar.. Bagus la orangnya. Bukan mudah nak kasi di marah .. Hehe ..

Tapi sejak dia kawin , nak jumpa dia .. perghhh .. skit punya susah.. Susah giler .. Menurut rakan yang lain, kalau nak jumpa di .. g rumah dia.. Itu je had dia ! Gulp ..

Best part , kalau gi umah dia .. bini dia akan mengurungkan diri bersama anak anak ! Wallahualam ..

Dn, aku bermimpi tadi .. Kawan kawan semua g rumah dia .. Saja jumpa n lepak kat rumah dia .. Rindukan kawan kawan sekolah la katakan ..hehehe..

Bestn

Nak dijadikan cerita , ada satu babak dalam mimpi tu ,aku bisik kat dia sewaktu dok berborak ..

Wei , ko guna internet kan ? Kalau tak leh whatsapp , guna la meebo ke .. atau yahoo email untuk chat ngan kitorang.. Ala , bini ko takkan tau punya.. “ .

Member aku tu senyum jer .. Aku pelik .. 3 saat kemudian ..

Sayang , jangan buat yg bukan bukan yer .. “

Aku terkedu weh !! Terkedu giler !! Aku pandang kat lantai .. Waktu tu kitorang dok lepak bersila jer .. Ada satu alat cam walkie talkie yang mana dr mula sebenarnya isteri dia dengar perbualan kitorang ni !! Senyum tawar kawan aku tu ..

MasyaAllah .. sampai gitu sekali member aku ni kena kongkong !! Haiiihhh …. kesiannyaa .. Kesian betul kitorang kat dia .. Terus terjaga aku dari mimpi tu sebab tak tahan sedih kat dia .. Dan terus aku taip jadikan entri ni ..

Aku doakan agar mimpi tu cuma satu mainan tidur .. Dan apa yang berlaku pada  kawan aku tu bukanlh satu kenyataan walaupun ada ‘ sok sek ‘ mengenainya ..

Haih …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI