Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 10 Jun 2012

Aku tak ingat terikat selama-lamanya !

 

“ Huarghhh .. Ngantuk.. Malasnyaaa nak g kerja esok .. Ok la , dah tanggungjawab.. Nak kata apa dh kan ? Nak tak nak , kena tidur .. Nak tengok bola pon takut takut sbb risau mengantuk esok ..  Bosannya Isnin sbb lama lagi nak tunggu Jumaat .. “.

Bukan mudah untuk miliki semangat untuk mengatasi mental yang lemah bila melibatkan perkerjaan kita ni .. Apatahlagi bila ada yang punya ‘isu’ di pejabat . Bertambah giler malas nak g kerja ..

Itulah yang berlaku pada aku . Aku dok fikir sampai bila aku nak hidup gini ? Korang boleh baca kat blog aku ni , entri 2 tahun lepas .. Macam macam cerita korang leh dpt dari mula aku bangun tidur hinggalah aku nak lelapkan mata , aku update dlm blog .. Sehari hampir 20 entri okeh !

Keputusan yang aku amik ni sebenarnya amat menakutkan buat mana mana manusia yang dah sebenarnya boleh dikatakan ‘selamat’ tetapi aku mengubahnya kerana aku tak nak terikat dengan kehidupan yang susunannya A-Z .. Cukup dengan yang wajib aku tunaikan. Yang lain , aku boleh mengubahnya asalkan tidak salah di sisi agama .

Aku nak jogging di kala orang g kerja .. Aku nak shopping di kala orang bizi bermeeting .. Aku nak bertekak dengan orang yang mana satu tika dulu aku tunduk pada dia .. Aku mampu lakukan sekarang kerana aku telah mengubahnya ..

Aku rasa bebas sangat walaupun punya tanggungjawab yang berat untuk aku pikul hingga akhir hayat aku . Bukan kekayaan yang aku kejar sebaliknya kehidupan yang tenang dan gembira yang aku ingini disamping keluarga tercinta ..

Aku telah mengubahnya walaupun ianya berat. Masakan negara mampu maju jika tiada perubahan .. kan ?

Aku tak layak untuk pujian itu ..

 

Maaf , aku bukanlah Bapa Mithali atau Bapa Contoh. Aku cuma seorang bapa yang masih bertatih dalam dunia kekeluargaan. Sesungguhnya , aku tidak layak untuk pujian itu .

IMAG1140

Petang tadi, kami ( aku sekeluarga) dikunjungi oleh seorang rakan lama yang bertugas di bahagian yang sama sewaktu di Kementerian Pelancongan dulu. Kawan aku , Haswadi ni datang bersama keluarganya iaitu anaknya Hasrul Hamizan yang seusia dengan Qhaliff serta isterinya. Menariknya , menurut kawan aku ni , isterinya berpantang di rumah dan dia menjaganya sendiri ! Haaa .. Lagi bagus kan ? Anaknya , mmg semangat ! Cam ayah dia .. huhu .. Kecik lagi dah diajar lasak macam ayah dia gak .. Hahaha .. Bagus bagus.. Turn Qhaliff tak lama lagi ..

Ramai lagi lelaki yang bergelar bapa contoh ni di luar sana .. Malangnya bapa yang ego pon ramai..  Ni membuatkan ramai isteri dan anak memendam rasa ..

Tertanya gak kekadang aku , perlu ke si ayah ni bersikap ego dengan keluarganya sendiri ? Sungguhpun nak bertegas pada keluarganya , ego tu tak perlu la sangat hingga boleh mencalar hati anak dan isteri .

Cam aku , sapa tak nak kerja yang best best dan segak bergaya kan ? Tapi apa guna berpangkat besar , bergaji tinggi , segak bergaya tapi keluarga kelam kabut ? Yup , ianya terjadi di zaman ini .. Terlupa sbb terlalu mengejar dunia atas alasan mencari keselesaan untuk keluarga tapi sebenarnya yang dikendong itu , berciciran ..

Aku tak kata aku bagus untuk dicontohi tetapi aku tengok contoh yang ada  pada mereka yang bergelar bapa ini , senantiasa berada rapat dengan anak-anak mereka dan berjaya mengawal anak mereka dengan baik ..

Aku tak nak Qhaliff memiliki sikap aku sewaktu aku muda dulu .. Sebab tu aku nak pantau dia sendiri ..

Ambik kesempatan nampak Mat Bangla ni !!

 

IMAG1135

Dulu kaann .. Masa mula mula aku masuk rumah ni kaann .. Rumput rumput yang segar menghijau tu kaann.. Semua kerja Mat Bangla yang buat .. Maknanya dah dibayar untuk memotong segala rumput yang tinggi menghijau di kawasan kawasan perumahan yang dimiliki oleh Kerajaan Barisan Nasional .. Kena sebut ni ..

Entah kenapa tiba-tiba , diorang malas nak potong lakk .. Aku pelik laa gakk .. Sampai ada rumput depan rumah aku tu macam dah jadi sawah padi dah ..

Diorang bijak wooo .. Diorang biar jer .. Last last bila dh tinggi , diorang usung mesin rumput tangan tu , dan offer kat tuan rumah untuk potong .. Mula mula , RM10 .. kita kata tak yah , dia turunkan RM5 .. Kalau banyak duit , ok laa .. Tapi bagi aku , takat cabut rumput yg tinggi tu , tak sampai 5 minit , baik toksah bazir duit !

Aku kata .. “ Tak peee .. Saya boleh buat sendiri ..” . Terpamer muka bengang Mat Bangla tu .. Aku tau kenapa dia bengang .. Haaa.. Nanti bila rumput tu tinggi , pihak berkuasa check , mesti tertanya kan ? Kenapa rumput ni tak dipotong ? Haa.. Kan kan ? Kalau aku yang kena buat , aku tak kisah ponnnn…

RM5 tu tinggi nilainya zaman ni .. Boleh berbunuhan kalau berhutang RM5 zaman ni .. Jangan tak tauuu ..

Malu jadi MR.MAMA ?

 

Berdebar gak aku tadi tunggu NONA kat TV3 .. Mana la tau kot apa yang aku cakap lain jadi isunya .. hehe .. Alhamdulillah , ramai rakan faham dan memberi sokongan .

Zaman ni , macam macam dah kita boleh nampak. Dari positif ke negarif .. Perempuan dah mula pegang jawatan tertinggi dalam kerajaan dan lelaki menjadi penolongnya .. Jadi , takde apa nak dipelikkan kalau aku memilih untuk bekerja dari rumah disamping menjaga anak aku sendiri. Satu kepuasan ! Segalanya di depan mata aku ..

Aku sebagai MR.MAMA sekali pon , tetap lakukan tanggungjawab aku .. Keje buat bila Qhaliff tidur .. Baru aku update blog , balas email dan juga settlekan job job melibatkan advertorial. Bukan mudah woo sbb aku kena bahagikan kepala otak aku ni dengan Qhaliff dan juga blog pada masa yang sama ..

Kalau ada yang fikir aku dok makan atau goyang kaki kat rumah tu , maaf la yer .. Aku bukan jenis tu .. Kalau nak diikutkan , ada gak suami yang bekerja tapi tak bagi gak nafkah pada keluarga langsung memandangkan pendapatan isteri sendri pon dh lebih dari mencukupi.. Aku , bagi malah siap simpan lagi ..

Macam kita tau la kan ,  lelaki dan perempuan di zaman ni dh ramai yang berpendidikan tinggi dan mampu berfikir secara matang . Rezeki ada di mana mana . Tak bermakna , g kerja kat pejabat tu baru dapat rezeki .. Kalau bijak , dalam rumah pon leh mendatangkan duit .. Cuma kena fikir ,bagaimana …

Itulah cabarannya. Selagi terdaya , aku buat dengan terbaik ..

Qhaliff ajar aku !

 

Satu perkara yang aku belajar dari Qhaliff .. Bangun tidur , dia tak lokek dengan senyuman .. Bila dia senyum , automatik kita akan membalas senyuman dia , dengan lebih manis lagi ..

Senyuman .. Ramai pandang ringan bab senyuman ni terutama mereka yang terlibat dengan perkhidmatan awam . Kalau ada pon , nampak sangat laa senyuman palsu atau buat buat .. Susah sangatkah nak ikhlas ? Susah sebenarnya kerana ianya melibatkan hati.. Hati mau bersih dan tenang untuk melemparkan senyuman yang manis dan menawan .. Penat camana pon , pasti boleh senyum andai punya hati yang , hurmm .. ceria .. kan ?

Baby ni , kalau kita selalu main ngan dia , dia akan ajar kita macam macam erti sebenar kehidupan ini .. Kenapa baby menangis ? Mesti ada punca ? Kenapa dia ketawa ? Mesti ada sebab . Kenapa baby diam ? Pon ada sebab kan ? Bab kebersihan diri .. Bab pemakanan .. Secara tidak langsung , kita berfikir dan alert akan perkembangan baby ni ..

Cam Qhaliff ni , tidur aku tak lena kerana memastikan dia ok .. Dalam secara tidak langsung , aku alert akan keselamatan rumah ni .. Banyak sebenarnya cuma kita nak fikir atau tidak jer ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI