Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 11 Jun 2012

Sekali lagi aku terkedu !! Er , dua kali !!

 

Salam,

Saudara Ben Ashaari, saya xxxxxxxx , wartawan Kosmo.

Saya baru sahaja melihat rancangan Nona mengenai saudara tentang suami menjadi suri rumah.

Saya tertarik untuk menembual saudar untuk artikel dalam Kosmo! Ahad minggu ini sekiranya tidak keberatan.

Disertakan nombor telefon saya. “ ..

 

Saya xxxxxx daripada Kementerian xxx Malaysia. Saya bertugas di Unit xxxxxx. Currently saya bertugas menjalankan aktiviti-aktiviti yang merangkumi pelbagai aspek nilai-nilai murni di xxx Saya kebetulan ada melihat entry encik Ben di Nona dan saya berminat untuk menjemput encik untuk terlibat dalam forum keibubapaan di sini. Jikalau tidak keberatan, mohon Encik Ben untuk memberitahu saya cara untuk menghubungi encik secara direct ..

 

Gulp .. Interview ngan wartawan Kosmo , esok .. Dah confirm tadi .. huhuh .. Ni gara-gara Nona semalam ni .. Tapi ok la .. publisiti untuk blog aku gak kan ? Rezeki anak .. Huhuh..

Yang forum tu , hurm… aku rasa aku tak layak la nak bicara soal keibubapaan lagi .. Baru 2 bulan je aku jadi bapa .. huhu .. Malu woo nanti .. Huhu ..Penat ! Tak sempat baring lagi sejak pagi tadi .. Tapi berbaloi wooo ..

Bila daddy tinggalkan Qhaliff !!

 

Wife antar gambar dahi Qhaliff yang calar akibat perbuatan Wolverine yang singgah sebentar rumah aku kerana tak tahan tengok pp Qhaliff tapi dia tersalah cakar !

IMG-20120611-WA0005

Kuku dia potong dah dipendekkn tapi disebabkan gaya tangan dia tu dan serupa cam nak ajak g berenang , tu pasal jadi gitu .. Adoiyaii ..

Daddy g mana ari ni tinggalkan Qhaliff ?? Dalam kul 1 petang gitu , aku ngan kawan blogger aku , Broframestone ke The Curve , Damansara untuk selesaikan satu job advertorial ..

IMAG1160

Yup , Mr.Bean yang takde kaitan dengan Mr.Ben Ashaari tapi sekadar ‘ditugaskan’ untuk merasa keenakkan produk yang terdapat di sana .. Hehe ..

IMAG1168

Yearghh .. Sedap wehh .. Tak pe tak pe.. ni nanti aku cerita dlm entri yang lain .. Heheh .. Inilah keje aku bagi yang tak tau .. Haa.. Enjoy giler keje gini .. Tekanan tu mmg ada tapi yg penting kepuasan … Huhu ..

Hampir 2 jam aku kat booth Mr.Bean ni , aku pon bergegas balik ke rumah .. Sampai sampai je , wife dah standby .. Masa untuk mandikah Qhaliff… Apa apa , aku check muka dia dulu .. Ok , merah tu cuma kesan skit je.. ilang dah pon .. Bukan pe , takut nanti dia besar , dia salahkan mak ayah tak jaga elok elok dia masa kecik .. Haa.. Mana la tau kan ? Budak skang ni ekbann … Harapnya Qhaliff bukan jenis tu laa .. Mana ada ibu bapa nak anak dia sakit kan ? Haaa ..

Selesai mandikan Qhaliff , wife masak dan dodoikan Qhaliff dengan lagu feveret dia .. Melekatkan dia kat dada aku dan lenaaaa  , tapi jap jap mata terbukak sbb takut kena letak kat tilam ..

Bukan ajar tapi dah gitu …  Anak bapakkk ..

Disetiap gambar , ada lagu !

Cam pernah ku dengar jerr yer .. Tapi di mana yer ??

Qhaliff, qhaliff .. Daddy dlm Lrt pun update entri pasal Qhaliff .. Cmna tu ? Ni gara gara mak dia yg antar gambar la ni ..

Nangis tu mesti boring asyik kena baring .. Kalau aku ada , lama dah ajak layan blog .. Oh pleaaase la daddy ... Lagi boring !!! Hahha ..

Wahai anak , inilah punca pencarian ayah mu .. Jangan pandang enteng yer .. Smackdown nanti !!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sekarang aku dah faham ..

Ada projek blog kat luar .. Kena tinggalkan Qhaliff sekejap tp tak sanggup !! Belum nak g , dah rasa rindu .. huhu ..


Patutlah ada ibu yg menangis rindu kat anak dia ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kita ikut je cakap ibu , kan Qhaliff kan ?

 

Jap ibu .. jap mama , jap umi  , jap mummy .. “ .. Ngomel wife .. Mana satu nak suruh Qhaliff panggil ni ? 

Mana mana je la asal merujuk pada maknya .. Jangan panggil nama sudah .. “ . Kata aku ..

Budak budak ni suka ajuk orang tua dia .. Kalau si suami dok panggil wife dengan namanya , dia pon akan belajar dari situ .. Sebab tu ada yang suka panggil PAPA MAMA .. Yang belum kawin tu , jgn mengedik ehh ..

Cam biasa , tanpa kamera TV3 disisi aku tetap buat kerja ‘bila disuruh’ wife .. Bukan apa , aku mmg suka disuruh dan menurut perintah wife ni .. Saja suruh dia bukak mulut .. Dengan berbuat demikian , ada la perbualan kan ? Takkan nak tunggu duduk minum baru nak berbual kan ?

“ Abang , tolong angkat cerek tu .. Penuh sangat air.. Tak larat nak angkat . Letak kat atas dapur tu eh .. “ , pinta wife .

Aku pon g la dan angkat padahal waktu tu idea update blog dok mencurah curah ..

“ Ya Allah , laki akuu .. Kalau suruh yang tu , yang tu je dia buat .. “ , wife mula nak buat ceramah tanpa permit khas !

Aku tersenyum lalu menjawab ..

“ Saya menurut perintah jer.. Kata suruh letak atas dapur tu je.. Tak suruh pon jerangkan air tu kan ? Kang buat kang , kata memandai lak.. Mana la tau kot air tu nak guna untuk letak ikan emas ke .. kan ? “

Hahaha .. boleh mental dapat laki cam aku ni .. Hahaha .. Maklumlah , saya yang menurut perintah ..

Pergh..

Setinggi-tinggi kita terbang ..

 

image

Sian .. Nak salahkan Chong Wei , kita tak boleh sbb kita tau betapa sibuknya dia dan dia sendiri pon dah nyatakan yang Olimpik ni last sebelum dia nak bersara . Lagi pon kita tak tau cerita sebenar .. Tak boleh nak tudingkan jari pada mana mana pihak. Sian ke dua dua insan ini ..

Begitulah lumrah kita sebagai manusia . Ada yang berjaya , lupa terus asal usul .. Mendabik dada dengan kejayaannya di dunia ini tetapi gagal dalam menguruskan keluarganya ..

Alasan takde masa untuk g melawat keluarga , adalah satu alasan yang langsung tak boleh digunapakai !! Masa boleh diuruskan jika kita tau mana yang penting dan mana yang tidak ! Apakah keluarga kita tidak penting ?

Fikirkan la kembali .. Jangan tunggu dah tiada , baru menjerit menyesal .. Sementara mereka di depan mata , hargailah mereka. Bukan wang ringgit mereka pinta sebaliknya kasih sayang yang mengubat rindu dendam terhadap anak mereka yang sangat dikasihi ..

Hurm ..

Malaysia kaya dengan kontroversi tapi kualiti ?

 

Tamat dah beberapa pertandingan melibatkan manusia dan juga populariti . Aku , terlibat sama tapi malas nak amik tau sebab dah tau ‘nasib’ aku berdasarkan pemerhatian aku terhadap juri juri yang dipilih berdasarkan kelayakan memberansangkan mereka dalam bidang masing masing .. Tergaru ? Aku pon ..

Cam biasa , bila dah abis satu satu pertandingan walaupun Piala Dunia , kontroversi atau ‘pahat mula berbunyi’ tu biasa laa . Nak lagi best , bila tidak melibatkan kita , kita pon turut mempersoalkannya .. Contoh cam , Belanda patut menang malam tu !! Apa guna kan ? Dah kalah , dah laa.. Terima je hakikat .. Kalau tak boleh terima hakikat , jangan masuk bertanding .. Mudah kan ?

Bagi aku mudah je cam ni .. Ianya satu pertandingan yang dicipta manusia dan juga dinilai oleh manusia .Sebab itulah Allah Maha Adil kerana diletakkan dua malaikat di bahu kita untuk mencatatkan segala perbuatan kita dan juga setiap saksi ditubuh kita akan memberitahu segala tingkahlaku kita di akhirat kelak .. Persoalkan lagi ?

Cam satu pertandingan untuk blog baru baru ini .. Bila aku tengok senarai juri , awal awal lagi aku kata , aku takde harapan dan mmg tahu pon takde harapan sbb blog aku ni tk la bagus sangat ( ada yang ia kan tapi masuk juga baca kan ? pelik aihh .. ) tapi aku masuk juga atas tujuan promosi .. Selainnya adalah bonus ..

Sekarang lak EURO .. Macam macam sok sek yang ada .. Negara kita tak terlibat tapi rakyatnya terlibat ! Tak kira la keje ke tak keje ke , layan tetap layan. Bila kalah pasukan kesayangan , sok sek la mereka di pejabat nanti dan juga kedai kopi .Prestasi kerja jadi mengarut.. kan kan ? Jangan terasa kalau tak buat yer ..

Mentor 6 pon dah berakhir dengan protege Ella jadi juara. Aku malas nak tonton sbb tak nak terlibat bersubahat .. Atau nak tambahkan dosa aku dengan mengumpat diorang .. hehe .. Banyak nak diumpatkan kalau nak , tapi lantak dia la.. Mentor dan penganjur la bertanggungjawab kelak .. hehe ..

Jadi , itulah kata aku tadi .. Kontroversi , mmg dasat di Malaysia ni .. Tu tak masuk bab politik lagi .. mmg menyampahkan .. hehe .. Baik angkat besi lagi best .. Badan cun otak pon cargass ..

Silap silap , apa yang aku tulis ni pon boleh mencetus kontroversi .. hahaa …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI