Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 12 Jun 2012

Memang lega sangat dengan baby carrier BabyBjorn !

 

Percubaan kali ke-3 membawa Qhaliff ke Alamanda .. Memula dengan stroller .. Nehh , dia agak kurang berminat untuk duduk dlm tu walaupun sangatlah selesa , bagi aku laa .. Mungkin kecik lagi kot ? Tunggu besar skit laa ..

IMAG1197

Percubaan kali – 2 pon menemui kegagalan kerana seperti percubaan kali pertama , dia asik nak menyusu jer .. Nak tak nak , kena balik gak laa.. Bagi bagi susu botol pon dia tetap nangis nak menyusu .. Atau nak bagi diam , kena dukung .. Tu dia diam laa .. Masalahnya , sakit belakang tu kalau dah lama lama ..

Percubaan kali ke –3 ..

 

IMAG1187

Hurmm .. Aku ngan wife pakat nak guna baby carrier , BabyBjorn  yang aku dpt dari Mothercare .. Nilah masa yang sesuai untuk gunakannya .. heheh ..

IMAG1204

Bila sampai kat Alamanda , Qhaliff dah ‘lepak’ dalam tu .. Aku tengok dia .. Dia tak tgk aku pon sbbnya … Dia dah pakat tidurrrr !!! Mak aaiihh .. Baru je masuk dalam tu , dia dah lena ?? Takkan sedap betul kot dalam tu ? Ni yang aku jeles ni …

Dari jalan jalan kat Alamanda tu hinggalah g shopping kat Carrefour tu , Qhaliff masih lenaaa ..

IMAG1213

Dulu kan , bila aku tengok ada lelaki buat cam ni kan , aku fikir , ‘ Tak lemas ke baby duduk dalam tu ? ‘ .. Tapi bila aku sendiri dah alaminya dan tengok sendiri Qhaliff yang kuat ‘ komplen ‘ bila keadaan tak selesa, dia diam dan tenang .. Tidur lenaaaa tuuu ..

Dan paling menariknya , badan aku tak sakit langsung terutama bahagian belakang badan .. Aku rasa macam tak dukung baby pon .. Sbb tu la aku senantiasa pegang kepala dan bahagian punggung dia supaya aku senantiasa alert bahawa Qhaliff ada pada aku !! Hahaha .. Sampai gitu sekali aihh ..

Dan nak lagi menarik kan , si wife dh berbunyi , ‘ Camni punya gayaaa , ari ari laa g shopping complex !! ‘ …

Amboi amboiiii .. suka sukaaaa jeee… Setelah satu jam setengah dok mundar mandir kat Alamanda tu , baru Qhaliff sedar dan teriak nak susuuu .. nk susuuuu .. Dan cam biasa , kitorang confirm kalut sbb suara Qhaliff ala ala Amy Search dok bantai rock n roll !!

Tadi ada kawan tanya mengenai baby carrier ni .. Boleh dptkan di premis Mothercare yang berhampiran dengan anda … Cara gunanya , mudah sekali .. Ada pelan cara guna kat situ gak ..

Serius , legaaa sangat … Huhuh ..

Selepas interview dengan wartawan KOSMO ..

 

“ Baby suka bergambar ke ?  “ , tanya jurugambar Kosmo .. 

 

IMAG1230

Waahhh … pandai benar laa Qhaliff berlakon .. Ni macam nak kalahkan bapak dia jer .. Padahal baru bangun tidur tuu .. Huh ..

IMAG1221

Alhamdulillah .. segalanya berjalan dengan lancar .. InsyaAllah , Ahad ni keluar la kat KOSMO!Ahad ehh .. Jangan lupaa .. kasi sambar eh ..

Nak g cheras lak ..

Kali pertama pakai ..

Akhirnyaaaaa .. akhirnyaaaa berjaya bawa Qhaliff ke Alamanda tanpa sebarang suara dr Qhaliff .. lenaaaa je dia ..

Pasni aku nak suruh wife dukung cam aku buat ni tp bukan Qhaliff isinya .. aku !!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jangan buat kerja gila , adik ..

 

Kehilangan misteri tiga kanak-kanak lelaki sejak Sabtu lalu terjawab apabila mangsa yang dijumpai selamat mengaku ‘mengembara’ menaiki basikal sejauh lebih 30 kilometer untuk mandi di air terjun serta berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di Jelapang, Ipoh, di sini.

Tiga kanak-kanak itu, P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen masing-masing berusia 12 tahun turut memberitahu tidur di kaki lima sebuah stesen minyak selepas bimbang ditahan polis.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Muhibbah, di sini, mencetuskan panik ibu bapa dan pihak sekolah selepas dilaporkan hilang sejurus keluar dari rumah mereka di Taman Lintang, di sini, jam 7 pagi Sabtu lalu, sebelum ditemui semula kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Mereka mendakwa mahu pergi ke sekolah bagi menghadiri kelas tambahan bagaimanapun tidak pulang ke rumah hingga lewat malam sebelum ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput berikutan bimbang pelajar itu menjadi mangsa culik. “ –Hmetro

Kanak-kanak semasa membesar punya jalan cerita hidup yang tersendiri . Zaman ni , ramai ibu bapa memilih dengan mengawal anak mereka dengan ‘meletakkan ‘ dalam rumh dan dibagi permainan video mahupun komputer atau apa saja asalkan tak keluar rumah bermain. Alasan , bahaya !

Ada betulnya . Sewaktu zaman aku dulu , aku dan rakan rakan sendiri merayau terlalu jauh dari rumah hingga bermain di tepi lombong dan juga hutan belukar. Siap buat khemah dalam hutan lagi .. Dan aktiviti aku tu tak diketahui ibu bapa aku ! Mujur malang tidak menimpa kitorang .. Namun aku tetap utamakan langkah langkah keselamatan seperti tidak mandi lombong dan sebagainya tetapi ia tetap satu perbuatan yang salah .. Kesian kat mak ayah kalau jadi apa apa kn ?

Tapi  jika mengongkong anak di rumah saja dianggap jalan terbaik , bagi aku , salah juga tu .. Anak anak pasti memberontak. Sekali terlepas, mereka akan gunakan dengan sebaiknya. Bagi aku , sebagai ibu bapa , kita kena dedahkan mereka dengan persekitaran mereka dibawah kawalan kita. Contoh , bawa mereka bermain bolasepak di padang dan kita sendiri turut main bersama.. Ajak beriadah di tepi pantai bersama sama dan ajar tentang bahayanya air ( sungai / laut / kolam ) jika tidak tahu berenang atau sebagainya ..

Yang penting , sebagai ibu bapa , mata jangan lepas langsung dari anak anak kita .. Aku bukanlah cakap pandai tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku sebagai kanak kanak yang pandai menyembunyikan aktiviti aku dari mak ayah. Dan bukan aku seorang saja yer ! Aku pasti ramai antara kita , macam tu gak kan ? a

Rupert , si kucing seberat 9kg .

 

 

Rupert , dikatakan antara kucing terbesar di dunia  dengan seberat 9kg dan sedang meningkat naik lagi beratnya .. hehe .. comeelll !! , Menurut akhbar yang aku baca , Rupert ni dari baka Maine coon yang berasal dari Amerika Syarikat.

Selain dari Rupert , ada banyak lagi kucing macam dia ni haaa .. Jadi , jangan lari la kalau nampak kucing yang besarnya saiz kita dengan sangka tu harimau ..

 

 

Er , kalau kucing dah ada size ni , tikus pon ada kan ? Tapi tak la sebesar ni ha.. Cuma besar la dari size biasa .. Boleh nampak kat gerai gerai makanan tikus tikus obes ni .. huhu ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI