Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 17 Jun 2012

Aku dan Qhaliff di KOSMO hari ini , dlm sejarah ..

 

Bab kerja lama tu , kurang tepat .. Apa pon terima kasih pada KOSMO kerana peluang yang diberikan ini dan juga pada En.Megat yang sudi singgah ke rumah untuk menemuramah saya dan Qhaliff..

Jom baca ..

 

image

Ego lelaki suri rumah

RUTIN harian lelaki ini bermula dengan menunaikan solat Subuh. Selepas bersembahyang, dia tidak pernah lupa untuk berdoa agar perjalanan hidup serta rezeki yang diperoleh mendapat keredaan Allah SWT.

Selepas itu, blogger terkenal Ben Ashaari atau nama sebenarnya Salbani Ashaari, 36, memakai pakaian sukan untuk berjoging di sekitar kawasan perumahannya di Putrajaya.

“Lelaki yang menjadi suri rumah tangga pun perlu menjaga stamina dan kekal aktif walaupun kebanyakan masa dihabiskan di dalam rumah sahaja,” kata lelaki berbadan sasa ini.

Sejak awal tahun ini, Ben mengambil keputusan berhenti kerja sebagai kakitangan kerajaan untuk menjadi blogger sepenuh masa. Tindakan itu juga bermakna dia perlu menjadi seorang suri rumah lelaki.

“Idea itu kedengaran agak ganjil. Isteri saya juga agak keberatan apabila saya meluahkan hasrat itu.

“Dia risau memikirkan pandangan jiran-jiran, keluarga dan masyarakat sekeliling kerana budaya di negara ini ialah lelaki mesti keluar bekerja dan bukan duduk menjaga anak di rumah,” katanya sambil tangannya pantas menyediakan susu untuk anaknya, Qhaliff yang baru berusia dua bulan.

Gaji

Ben memberitahu, ramai rakan sekerja turut mempersoalkan tindakannya berhenti kerja itu.

“Pelbagai pendapat yang mereka berikan, seperti ramai orang lain di luar sana yang ingin menjadi kakitangan kerajaan tetapi tidak berpeluang.

“Saya pula selepas tujuh tahun bekerja sebagai penolong pegawai tadbir sebuah agensi kerajaan sebelum mengambil keputusan berhenti,” katanya.

Bagaimanapun, Ben berterus terang mengatakan pendapatan yang diperolehnya kini lebih banyak daripada gajinya sebelum ini.

Dia memperoleh pendapatan daripada pengiklan yang membeli ruang iklan di laman blognya selain ulasan produk seperti kereta dan barangan rumah yang dibuat Ben.

“Saya tidak pernah mengambil kesempatan dengan gaji isteri. Segala perbelanjaan seperti sewa rumah, kereta dan perbelanjaan dapur saya yang membayarnya,” katanya.

Ben memberitahu, di luar negara ramai blogger yang berhenti kerja kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang tersebut.

“Namun di Malaysia, perkara ini masih baharu dan belum mennyeluruh. Ada juga orang yang masih tidak tahu makna blogger,” ujarnya.

Aktiviti Ben sebagai seorang suri rumah lelaki bermula sebaik sahaja dia habis berjoging. Dia akan memandikan Qhaliff, menyediakan susu serta memakaikan anaknya lampin dan pakaian.

Sebaik sahaja si kecil tidur, Ben menyambung kembali tugasan rumahnya seperti menyapu sampah, mengemas ruang tamu, dapur dan bilik tidur.

Kemudian, dia akan membasuh baju dan menyidai pakaian tersebut. Semua tugas itu akan diulangi setiap hari kecuali pada hujung minggu kerana tugas itu akan diambil alih oleh isterinya.

Ben jarang memasak kerana dia tidak berkira dengan makanan.

“Asalkan makan sudah mencukupi walapun sekadar nasi berlaukkan telur goreng. Ada masa tertentu sahaja saya akan makan di restoran untuk bertukar cita rasa,” katanya.

Selepas hampir enam bulan menjadi blogger dan suri rumah lelaki, Ben bersyukur pandangan individu lain terhadapnya mula berubah.

“Mungkin mereka kurang yakin kerja menulis blog boleh menjana pendapatan tetapi saya telah membuktikannya.

“Selain itu, saya juga boleh menyelesaikan tugasan seharian dengan baik di samping dapat membantu isteri,” ujarnya.

Jelasnya, keadaan itu lebih baik berbanding seorang suami yang bekerja daripada siang hingga lewat malam tetapi pulang ke rumah hanya untuk tidur dan berehat.

“Kadangkala kebajikan anak terabai. Lebih buruk lagi apabila mereka gemar keluar bersama rakan-rakan berbanding duduk di rumah khususnya pada hujung minggu.

“Saya sebaliknya dapat menghabiskan banyak masa berkualiti bersama isteri dan anak,” katanya yang tidak berasa kemegahan dan ego seorang lelaki tercalar hanya disebabkan kesediaannya bergelar suri rumah.

Seronok

Tutur Ben, dia juga tidak perlu mengisi borang cuti, menunggu pengumuman pemberian bonus dan bekerja lebih masa.

“Saya boleh bercuti pada bila-bila masa. Walaupun pendapatan yang diperoleh tidak tetap namun cukup untuk menampung perbelanjaan seharian,” katanya.

Kini, dia mampu berbangga kerana blognya, www.benashaari.com telah mempunyai lebih 20,000 pengikut selain dilayari oleh 4,000 orang sehari.

Blog Ben berkisar kehidupannya seharian, ulasan produk serta barangan rumah dan isu-isu semasa.

“Saya mula serius dengan dunia blog sejak tiga tahun lepas. Dahulu, saya akan mengemas kini blog hingga 10 kali dalam sehari tetapi kini enam kali sahaja.

“Saya sibuk dengan kerja selain menguruskan rumah tangga,” katanya yang gemar pergi ke pasar raya untuk membeli barang keperluan anaknya.

Ben juga dapat pulang ke kampung isterinya di Kelantan secara lebih kerap, begitu juga rumah keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur.

“Saya seronok dapat memegang dan memangku anak setiap hari. Qhaliff lebih rapat dengan bapanya tetapi tidak sekali-kali peranan ibunya digantikan.

“Lelaki yang ingin menjadi suri rumah sebaik-baiknya mempunyai pendapatan sendiri selain bersedia dari segi mental serta fizikal,” kata Ben yang asyik mengemas kini blognya menerusi telefon pintar HTC miliknya.

sumber : KOSMO

Risau Qhaliff kena culik !

 

 

Waaadduhh .. Qhaliff dah pandai mengekori daddynya skang ni ! Kalau aku nak keluar , dia akan pandang aku semacam jer .. Hurmm .. Bila aku saja saja ajak dia ikut , berubah riak muka dia.. Saja aku wat nak dukung dia .. bersungguh nak angkat badan dia .. Erk , nak ikut betul tu .. Ni nak g beli makanan je ni .. takkan nak usung wife gak ?

Ok lah .. aku ajak wife sekali .. Maka g la ke Presint Diplomatik .. Kat sana aku suka beli mkanan kat Nasi Ulam Eida. Masakan dia , menepati selera aku …

Sampai situ , aku dukung Qhaliff .. Cerah mata dia tengok dunia .. Amboiii .. Ni time dia tidur ni !! Iskhh… Masuk je dalam restoran tu , cashier tu mula pandang Qhaliff dan mintak nak dukung dia .. Adik tu pon mmg aku dah selalu tengok dia kat situ.. takkan nak bawak lari Qhaliff lak kan ?

IMAG1326IMAG1325

Dia dukung dan usung keluar utk tunjuk kat rakan dia di luar situ .. Huhu. Aku ikut dari belakang .. Aku pasti wife dalam kereta dah mengelabah .. Hahaha ..

20 minit berlalu , makanan yang aku pesan dah sampai.. Qhaliff , dah adik tu dah pulangkan pada aku dan aku dah g antar terus wife sebab nanti nak pegang banyak barang kat tangan ..

Sampai kat kereta , aku tengok muka wife dh mmg berubah .. Hahahaha .. Sayang anak woo katanya ..

Bila aku g semula kat restoran tu , adik tu tanya aku mana g si Qhaliff .. Waduhh .. Qhaliff sajaa .. abis aku ??? Aku ????? Hahaha .. terima je la hakikatnya .. Zaman aku dah berlalu ..

Apa pon , kena hati hati gak .. jangan main bagi jer .. kan kan

Terliur aku dibuatnya ..

 

Dalam satu perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur ,aku sekeluarga singgah sebentar ke RnR untuk menunaikan solat .. Selepas tu terpandang aku gerai jualan buah-buahan berhampiran tempat aku meletakkan kereta ..

Aku yang sedang dukung Qhaliff meminta wife g belikan buah nenas untuk aku .. Terliur lak bila terpandang buah tu .. Aku mmg gemar buah nenas yang masam sedikit rasanya.

Selepas wife membelinya , aku pon hidupkan enjin kereta dan mula menyambung semula perjalanan ke Putrajaya .. Dalam kereta , aku tanya wife mana buah yang dibelinya tadi .. Dia kata dh letak kat belakang ..

Hurm .. Kenapa pulak letak kat belakang .. Aku terliur dah nak makan ni .. Lepas tu aku tak teringat dah pasal nenas tu .. Hinggalah sampai ke rumah dan mengemaskan barang barang yang ada dalam kereta tu ..

Tiba-tiba aku terpandang bungkusan ni .. Ya Allah !! Patut laaaaa .. Adoiiii …

“ Sayang , abang suruh belikan nenas yang siap dipotong dan tunggu masa untuk ditelan !! Yang g beli sampai sebijik ni wat per ?? Adoiii .. “

Aku ingat aku je lurus bendul ..Haihhh …

 

IMAG1310

Minggu lepas , NONA .. Minggu ni , KOSMO lak ..

 

 

ben ashaari

TV1 ..

 

[IMAG093411.jpg]

TV3

kosmo

Ada lagi sebenarnya cerita pasal blog cam di majalah RAPI dan INTREND ..

Banggakah aku menjadi suri rumah ni ? Sebenarnya aku lebih berbangga jadi blogger ni sebab tulisan aku dibaca .. Dulu , tulisan aku yang baca cumalah cikgu dan kemudian mereka bagi markah .. Sekarang ni ?

Dan paling best , setiap pendapat aku dapat dikongsi bersama dlm blog  ni .. Bab suri rumah ni , ramai lelaki dah buat.. cuma tak dihebohkan jer … dan ada yang segan nak akui ..

Walaupun dikatakan suri rumah , aku tetap tak dapat gantikan suri rumh yang sebenarnya .. Tugas aku di rumah paling utama adalah Qhaliff .. Di samping tu barulah buat kerja kerja basic seperti mengemas dan membasuh baju .. Selepas tu , baru aku sambung kerja .. Seperti yang korang tau , kerja aku dah bermula awal pagi dan berakhir di penghujung hari .. Penat kepala otak je tapi aku puas ..

Alhamdulillah , apa yang aku nak buktikan , dah aku buktikan.. Sekarang ni aku cuma perlu kekalkan atau tingkatkan lagi .. Aku boleh , korang lagi boleh !

Ini sudah ‘lebeyy’ bro !!

 

IMAG1295

Dulu kan , ‘diorang ‘ potong lalang ni tanpa mengira ! Sekarang ni kan , diorang cuma mesin lalang ni di tempat tertentu jer .. Dengan alasan kan , yang lain tu tuan rumah kena potong sendiri ..

Best part ni , pastu esok , diorang merayau dan tanya ..

“ Mau potong rumput ka ? RM10 .. “

Yang sekangkang kera tu , RM10 .. kalau kita tak nak , dia turunkan harga , RM5 .. Kalau kita taknak , dia pandang macam nak gaduh .. Kalau ikut hati , lama dah aku perambat dengan besi tapi memandangkan kejadian pon berlaku depan rumah aku , keselamatan ahli keluarga perlu diutamakan ..

“ Tak pe .. saya ada tangan lagi .. “ ..

Jangan layan .. 

Blogger ‘lalang’ ..

 

Mengpa ramai nak jadi blogger ? Walau duit adalah agenda mereka tapi sebenarnya ramai nak menulis di dunia maya ini adalah untuk berkongsi pendapat mengenai apa saja yang mereka tau .. Yang penting , utk menulis di laman blog ni kena ada ilmu dan infomasi .. Bukan main saukk jer ..

Bila berkaitan dengan politik negara , kita pasti tau akan ada kawan dan lawan .. Blogger macam aku ni , akan berdiri atas pagar dan tunggu masa untuk melompat saja.. Kenapa begitu ? Apakah aku ini tiada pendirian ?

Aku tidak berminat untuk taksub pada mana mana parti .. Bukan apa , penat nak bersorak walaupun dibayar .. Bosan .. Bukannya kita tak tau hakikat sebenar permainan ahli politik zaman ini .. Masing masing punya agenda peribadi .. Boring .. Nak jumpa yang benar benar kerana negara dan agama , perghhh … Korang pon tau sendiri kan ?

Nasib baik ada blog ni .. Dengan ada blog , blogger yang macam aku ni akan meluahkan pendapat , perasaan di dalamnnya . Takkan nak bercerita kat kedai kopi kan ? Dulu boleh laaa .. Bercerita kat kedai kopi , abis kat situ jer .. Tak pon , confirm bermasam muka. Tapi dengan ada blog  ni , ramai yang akan membacanya ..

Zaman ni , bukan blogger je dah jadi lalang .. Ramai dah .. Malas nak beria benar .. Lantak korang la.. Janji jangan sampai negara tergadai akibat pertelingkahan ‘korang’ dah ..

Rakyat diam tak bererti tak amik tau .. Tau tapi wat wat tak tau .. Cuma yang tak tahan tu , mmg confirm meletus laaa gunung berapinya ..

Cam aku , tunggu PRU je laa .. Dan medan perjuangan aku , di dunia maya ni ..

Bila Qhaliff tak berak beberapa hari ..

 

Hari ni , sepi tanpa update blog .. seharian .. Aku tak suka betul kalau tak dapat update blog .. Seolah macam tak buat kerja.. Tapi memandangkan projek ari ni , besar dan ‘merbahaya’ , maka lebih baik aku tumpukan perhatian 150% pada tugasan aku yakni sebagai pemandu , pengawal , ayah dan juga suami ..

Jommm g Sedenakkk !!

Alhamdulillah , bersama rombongan geng Whatsapp Putrajaya Kopitiam , jam 8 pagi kitorang menuju ke Sedenak , Johor dengan penuh berhati hati .. Kira memandu pun ala ala bawak streamroll je kitorang … Lagi pon baby ada .. kena hati hati ..

IMAG1285

Oh yer , ni percubaan membawa Qhaliff berjalan jauh dengan menggunakan kenderaan darat .. Dan , sepanjang perjalanan selama 4 jam tu , Qhaliff tidur dan jaga sesekali untuk menyusu . Mungkin dia tau dia akan ‘diseksa’ di sana nanti ..

Dalam kul 12.30 tengahari , sampai laaa kat rumah Mat Gebu .. Sungguhpon ni kali ke 4 aku g sana , aku tetap lupa jalan nak masuk ke taman rumah mat ..Maklumlah , ceruk rantau walaupun penuh kedamaian .. hehe ..

Meriah .. tu je aku boleh kata … Tapi bestttt part kan ? Bila kak Yatie selaku otai ibu memegang Qhaliff ..

“Qhaliff asik kentut dari tadi .. “ , kata kak Yatie ..

“ Dah berapa hari dah Qhaliff tak berak .. “ , aku bagitau kak Yatie.

Kak Yatie , mula pegang perut dia .. Tak kembung dan keras pon , katanya .. Tapi dia tekan sana sini perut dia .. Dan tak lama kemudian ..

“ Ben , akak rasa Qhaliff berak laa .. “ , kak Yatie bersuara .

“ Eh , takkan kot ? “ , aku tergaru kepala ..Yelah , sikit punya susah dia nak berak , takkan kat rumah Mat Gebu gak dia nak tinggalkan jejak kasih kot ??

Memang betul laaa dia berak ! Penuh giler pampers dia .. Lembik jer dan warna kuning .. Ok la , normal .. Dia menyusu badan .. Kalau taik dia keras , tu baru bermasalah .. Doktor kata laa .. aku cuba bagitau balik je kat korang ..

Pastu mulalah kelam kabut .. Nasib baik laaa tuan rumah tersangat baik hati .. Alhamdulillah .. Semoga Allah murahkan rezeki mereka sekeluarga .. Diberi pinjam bilik untuk membersihkan Qhaliff dan menyusu ..

Maka , operasi bermula .. Bila aku bukak pampers dia , aku yang baru lepas makan tu nak termuntaahhh bila terbau bauan hasil dari pampers tu .. Biasanya , aku ok jer .. tapi ni mungkin sebab dah penat lalu minda aku tak dapat nak kontrol .. Nasib baik boleh kontrol semula .. hehe ..

Bersihkan Qhaliff dan mandikan dia terus .. Kemudian , bawak masuk Qhaliff ke dalam bilik untuk pakaikan pakaian dia.. Aku letak atas katil kemudian ke tandas sekejap ..

“ Aaaa … dia kencing … “.

Aku terdengar suara budak menjerit . Aku bergegas kembali ke bilik dalam tempoh sekelip mata .. Teror gak aku kan ? Hehe ..

Ryia , anak Sue Joshua yang amat comel tu menuding jari kat Qhaliff .. Baiiikk punyaaa pancut !! Adoiiii Qhalifff .. Sudah bikin huru hara dalam bilik laakk.. Muka dia , cool jer .. Grrr .. nasib baik baru 2 bulan.. kalau terlebih bulan , masa tu gakkk aku sunatkan ….

Aku bagitau Mat dan minta maaf atas kejadian tu .. Dia jawab gini ..

“ Takpe .. budak .. Kalau bapak budak yang buat gini .. mmg nak kena laa . “

Tu laa dia .. Dan segala majlis yang tak formal tu selesai dan Qhaliff telah menewaskan aku hari ni .. Huh ..Dan aku rasa , mmg akan tewas terus laaa ..

Dialog anak beranak ..

Hadoiii.. gamaknyaa camni la kot kalau si kecik tu dah boleh bersuara ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Segalanya bukan kerana duit ..

 

Bila Qhaliff dah mengambil tempat daddy dia , maka … inilah jadinya ..

Alhamdulillah .. ramai rakan blogger sudi turun jumpa Qhaliff hari ni  di rumah Mat Gebu ( www.tiffinbiru.com ).. Jutaan terima kasih buat semua rakan rakan terutama tuan rumah yang tak kisah langsung bila kawan kawan sudah buat itu rumah serupa diorang punya rumah !

Terbaik !! Inilah hasil yg dapat bila persahabatan dlm dunia blog diutamakan berbanding money moneyyy … Money tu , bonus la kan .. kan ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI