Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 20 Jun 2012

Tengok je ! Jangan kutuk , okeh !!

 

Kadang kadang , bila ‘giler ‘ datang maka inilah hasilnya .. Stess ? Sudah semestinya walaupun kerja sendiri .. Yelah , cam hari ni .. bangun kul berapa , pastu ke sana sini wat kerja .. Sampai rumah , sambung update blog .. Anak menangis , kena g amik pujuk sementara nak tunggu disusukan .

Mengeluh ? Sedikit pon tak .. aku bangga walaupun penat .. Apa yang aku dapat sekarang ni , sememangnya rezeki Qhaliff dari Allah untuk membesarkan dia agar menjadi insan yang berguna pada masyarakat  dan beriman pada Allah ..

Hehehe .. gitulah adanya .. Ikutkan , aku nak gelek dah masa ni .. Sebab dah penat sangat , nak goyang pinggul pon tak larat dah .. Nak makan pon ,kurang mood ..

Yang penting , happy !

Betul ke boleh jana pendapatan dari blog ?

 

Soalan :

“ salam..saya nk tanya sikit boleh ?? betol ke blog boleh menjana pendapatan mcm abg kata dekat kosmo hari tue..??mcam mana ye?boleh ajar sy? “ .

 

Jawapan :

Sejak dari dulu lagi , kita dah sedia maklum bumi milik Allah ni dah menyediakan pelbagai jenis rezeki diatasnya .. Macam macam jenis ada .. Ada yang kita sedar dan ada yang tidak .. Yang kita sedar , cumalah $$ .. Yang tak sedar ? Sebenarnya banyaakk .. Nak kata apa kan ? Kita cuma manusia yang malas nak berfikir .. Bila aku sebut KITA tu , termasuklah aku . Jadi , jangan la nak terasa sangat eh ..

Berbalik pada soalan tu , betul ke ? Apa tak betulnya ? Dengan air liur pon kita boleh jana duit , apatah lagi blog ni haa .. Cuma kita kena tau la apa nak dibuat dengan blog ni haaa .. Kalau takat buat blog pastu biarkan je , mana nak ada duitnya kan ? Kenalah ‘bercucuk tanam’ ke atasnya .. Baru la ada pulangan ..

Sebenarnya , aku tak layak nak jawab soalan ni .. Tapi aku berkongsi je la apa yang aku tau .. Dalam blog ni , pendapatan boleh dihasilkan melalui banyak cara . Antara yang aku tau dan aku buat ialah melalui pengiklanan .. Cara lain , melalui penjualan secara lansung (blogshop ). Mereka jual dengan harga yang jauh lebih murah dari di kedai tu .. Tak tau la kot ada yang jual mahal ..

Ada yang buat kaunseling di blog. Bila ada yang berminat , mereka akan berbincang melalui skype atau sebagainya. Bayaran dikenakan disitu .. Haaa .. mmg ada okeh !

Cara lain tu , aku tak sure dan tak berpengalaman mengenainya .Jadi aku tak leh la nak cerita lebih .. Kebanyakkan blogger lebih gemar pada pengiklanan .. Kalau mereka kata blog yang popular saja yang boleh menjana pendapatan , maka mereka salah ! Banyakkan berkawan dengan blogger dan luaskan lagi network anda ! InsyaAllah , anda akan faham maksud saya , satu hari nanti ..

Yang penting , niat kena betul . Kalau bercita cita nak jadi juwatan , rasanya kena lebih perluaskan la skop tu.. Tak leh la harap dari blog , nak pakai Ferrrari . Untuk cukup makan tu , ok la kot.. Atau lebih dari tu.. Kaya tu , bukan dari blog tapi dari perniagaan di internet .. Tu aku percaya ..

Gemuk sudah aku !

Ada yg ingat , aku dah gemuk sejak bergelar MR.MAMA .. Alahaii .. dgn lepak kat rumah laaaa aku leh maintain badan sbb aku leh jogging dan jaga makan ..

Segalanya , atas kemahuan sendiri .. Hendak seribu daya ! Jangan bg alasan ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Percubaan lagi dgn stroller ..

Perghhh ... Cukup makan , tidurr ... Bukak mata , karaoke terus .. Memang sukar nak bawak si Qhaliff masuk shopping mall .. Guna carrier , sian lak .. sesekali terdesak , boleh laa ..

Keputusan ? Sempat singgah satu kedai .. nasib baik projek utk blog dpt diselesaikan td ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Pentingnya perkongsian maklumat dalam blog.

 

Sapa sangka kan ? Kadang kadang bila kita menulis blog ni , kita anggap ianya cuma satu log biasa sedangkan pada masa yang sama ianya mampu memberi faedah kepada orang lain ..

Sejak wife mengandung hinggalah dia melahirkan Qhaliff, segalanya aku rekodkan dalam blog ni . Takde la pk nak cari trafik ke apa tapi , Alhamdulillah .. perkongsian aku tu memberi pulangan pada rakan yang lain ..

Maksud aku dari segi SEO atau carian enjin pencari pd maklumat yang penting .. Antaranya ialah .

Dan banyak lagi… Kadang kadang itulah kelebihan blogger yang mana mereka tak sedar .. Jangan terlalu fikirkan keuntungan di dunia sebaliknya setiap apa yang kita tuliskan di blog mampu memberi pulangan di akhirat kelak dan aku berbangga dapat melakukan kerja macam ni sbb secara tidak lngsung , aku dapat pahala.. Dan cuba jauhi dosa melalui penulisan blog ni walaupun kadang kadang terbabas gakk .. hehe ..

‘Spoil’kah anak jika dijaga nenek atau atuknya ?

 

 

IMAG0364-1-1

Biasanya anak sulung ni , neneknya suka mintak untuk mereka jaga .. kan ? Yelah  , anak anak semua dah besar .. Takde sapa nak teman.. Jadi , yang ada pon cucu cicit je laa ..

Kalau nak diikutkan pengalaman aku ni la kan , ada la beberapa kes yang mana anak sulung ni diambil oleh nenek mereka dan dibela hinggalah umur beberapa tahun atau ada hingga ke sekolah .. Kesannya , anak tu lebih rapat dari neneknya dari mak ayahnya sendiri. Apa yang jadi selepas tu ?

Apa yang aku nampak biasanya , anak tu akan lebih suka menyendiri atau wat hal sendiri dari bergaul dengan adik beradiknya kerana sejak kecil lagi terpisah.. Amat sukar untuk ‘kembali’ beramah mesra dengan adik adiknya yang lain .. Dan , mulalah ada yang degil takmo dengar cakap.. Masalah kan ?

Korang yang dah kawin dan ada anak ni , mesti ada pengalaman camni kan ? Camana nak handle kes gini kalau mak ayah kita mintak nak bela atau sekolahkan mereka di tempat mereka ?

Siapkan Qhaliff .. Daddy cuak ?

 

Suka kah Qhaliff dengan air ? Setakat kitorang jaga sendiri ni , dia masih lagi senyum dan ok bila mandi .. Takde la nak teriak taknak mandi .. Atau biasanya baby teriak tu sebab air sejuk ? Cam kitorang , air yang digunakan mestilah suam .. Bukan apa , sian kat baby .. Tapi makin lama makin kurang sedikit suamnya.. Nak ajar mandi air biasa jer.. Cukup time , kita g mandi kolam eh Qhaliff.. Kasi pandai berenang ..tamo jadi cam daddy n mummy yang berenang ala ala katak semput .. hahaha ..

 

IMAG1380

Setakat ni , nak mandikan Qhaliff kena libatkan 2 orang .. sorang pegang ,sorang lagi jirus .. Lom berani nak mandikan sorang sorang memandangkan Qhaliff gemar berkungfu ketika mandi .. Tak pe , yang penting keselamatan .. Nanti lama lama , mahir dah mandikan dia sorang sorang .. Ke join mandi ngan daddy skali ? Hahaha.. Pakai kain basahan la eh ..

Lepas mandikan dia , part mewangikan dia .. Yang ni , kena cepat.. Kalau dok berlengah , confirm dia nangis .. Maka , cepat cepatkanlah pakaikan dia bedak kat badan ..

Settle bab bedak … losyen .. semua dh taruk .. Ni part paling boring ! Pakaikan dia baju ..Kalau baju butang , senang ! Ni baju sarung , mmg aku boring betul !! Confirm muka dia berubah  .. Aku rasa sbb baju kecik kot ? Tu yang susah ? Hurmmm ..

Skill nak pakaikan baju sarung ni , kena tau.. Kalau tak , ada gak baby kelemasan !

IMAG1384

Buku yang wife aku beli ni , ada ajar cara cara nak pakaikan baju… Aku blajar dari mak mertua aku sewaktu Qhaliff di bawah jagaan dia .. heheheh ..

Kena belajar ! Jangan buat buat pandai .. Bahaya .. Tulang baby masih lagi lembut .. jadi segala pergerakkan mmg senantiasa membahayakan dia ..

Siap sudah Qhaliff ! Nangis tak dia ??? Nangis laaa… susu timee..

Menukarkan URL Blog ke Lebih Baik

 

Rasanya ramai yang sudah tahu akan hal ini tetapi mungkin ramai juga yang tertanya tanya bagaimana untuk menukarkan url blog dari blogspot .com terus ke .com sahaja.

Caranya mudah sahaja. Korang cuma perlu membeli domain .com dengan harga RM40 SETAHUN. Untuk mendapatkan domain .com korang boleh membeli dimana-mana syarikat yang menawarkan domain atau korang boleh dapatkannya di http://mtasolutions.com.my/ .

Berikut merupakan pertanyaan yang sering ditanyakan oleh blogger:

1) Apakah kelebihan menggunakan domain ni?
   - Korang dapat tukarkan bloganda.blogspot.com menjadi bloganda.com sahaja.

2) Adakah entry lama saya akan hilang?
   - Tidak. hanya url sahaja yang berubah.

3) Adakah saya perlu menukar template baru?
   - Tidak.  Template yang anda gunakan tidak sesekali akan terjejas.

4) Adakah saya akan hilang follower pada blog?
   - Tidak. Follower tetap sama. Mereka still dapat masuk blog anda dengan url lama cuma akan redirect ke url baru.

5) Apa akan terjadi jika pengunjung masukkan url lama saya .blogspot.com?
    - Pengunjung still dapat masuk guna url .blogspot.com cuma mereka akan dialihkan ke url baru.


Jika masih terdapat sebarang pertanyaan boleh tujukan kepada sales@mtasolutions.com.my atau ke laman facebook mereka di http://www.facebook.com/mtasolutions.

Web Design and Hosting
http://mtasolutions.com.my/
http://www.facebook.com/mtasolutions

Normalkah Qhaliff bila hisap jari ?

 

Bila nampak je Qhaliff mula hisap jari seperti dia cuba menyusu badan , aku jadi kesian .. Pada pandangan aku ketika tu dia mungkin kelaparan dan nakkan susu .. Maka aku pon cari la mak diaaaa .. Kalau mak dia takde , maka stok susu perlulah mencukupi. Kalau tak cukup ? Takkan nak bagi susu aku kan ? Giler ke apa ? Kang jadi bodybuilder lak si Qhaliff ni ..

Apakah kelakuan Qhaliff ini normal diketika usia 2 bulan lebih ni ? Aku beranggapan dia nak tumbuh gigi dah tapi tanggapan aku ni dibantai gelak dek adik aku .. Dia lebih percaya pada orang tua punya cerita berbanding pada perubatan moden yakni mmg normal !

IMAG1374

Tindakan bayi menghisap jari tangan bukanlah disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya. Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari-jari kita. Itu adalah permulaan kepada pergerakan-pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti. Jangan terkejut pula apabila puan akan merasai sendiri dan melihat bagaimana seorang bayi membesar menjadi dewasa. Ia adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan dan amat menakjubkan. “ – sumber : PaMa

 

image

Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat
membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi
anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal.

Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun. Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun.” – sumber dari momslittleones.

 

Kajian kadang kadang perlu dibuat memandangkan internet dh ada depan mata .. Apa guna tablet tau hp yang canggih canggih tu kan ? Ni la masa untuk menggunakannya ..

Skang , aku leh cool bila tengok Qhaliff dok sental tangan dia ke dalam mulut dia .. Yer , aku pastikan jari jemari dia tu bersih ..  Terima kasih atas keprihatinan anda ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI