Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 21 Jun 2012

Qhaliff sebelum berkaraoke !

 

IMAG1436

Nyenyak giler mamat ni kalau tidur ! Tapi nak bagi nyenyak tu , perghhh !! Macam nak g menikah lagi satu la gayanya !! Dasatttt .. Eh , cam tau je camana payahnya yer ? Hahaha ..

IMAG1437

“ Good Morning Vietnam !! “ , padahal baru kul 10 malam !! Mak bapak dia lom tidur lagi.. Dan dia , dah sedar ..

IMAG1442

Rileks dulu .. Apa apa korek hidung dulu kan daddy ! Daddy yang ajar semua ni . Bangun tidur , korek hidung dulu ..Calit kat mak . Ok Qhaliff ? Hahahah .. Guwau jeee ..

IMAG1440

Usha kiri .. Takde orang ! Alaaaa .. mana mummy ni !! Dahaga niii .. Mimpi Neelofa eh Qhaliff ? Kena tukar pampers jap lagi niii .. kan ? Hahaha .. Bengong tul laaa daddy neehh ..

IMAG1441

Usha kanan .. Line clear la daddy !! Poooootttt !! Cam biasa , Qhaliff membuang anginnya ..

IMAG1445

Tukar tune .. Ambik key paling tinggi .. Kita terus ke korus , ok daddy ?

IMAG1443

Lagu feveret Qhaliff .. Ziana Zain .. Madah Berhelah .. Memang panjang skit la tang ni .. Tunggu dia turunkan suara skit , baru amik dia .. Saja kasi dia tenangkan diri dulu .. hahahaha ..

Parah dapat daddy cam aku nih !!

PA&MA edisi Julai 2012 , dah keluar laa !!

 

IMAG1432

Sejak bila aku baca majalah ni ??? Adoiyaii .. Tak per .. Tak salah lelaki baca majalah macam ni .. Tapi ni bukanlah aku punya .. Wife yang kirim masa aku g Alamanda tadi ..

Aku belek pon lom lagi .. Tak sempat nak belek apa apa pon .. Muka sendiri pon dah tumbuh bunga lalang ! Muka wife lagi laaa tak sempat nak tengok .. Maklumlah , pantang 100 hari .. elak elakkan dari mencari pasal ! Kang awal Qhaliff dapat adik .. hahahah .. Dah dah .. 18sx nehhh ..

Antara isunya pada bulan ini yang menarik perhatian aku ialah , pemilihan tempat bersalin.. Kenapa menarik perhatian aku  ? Semalam , aku baru berbincang dengan seorang rakan aku yang bakal menjadi bapa pada bulan depan . Tempat yang mereka pilih pula baru saja ada isu over due yang melibatkan kawan aku sendiri .. Aku rasa sesuai la kot untuk bakal bakal ibu atau bapa membacanya. Serta ada tips tips untuk mengelakkan susu kering ..

Sebenarnya majalah majalah begini bagus untuk dibaca terutama oleh suami yang ego ! Haa … ingat senang je nak jadi IBU ni haaaa .. Pandai buat , pandai la jagaaa .. Jangan nak menyedap jer !! Ingat cukup dengan bagi duit pastu daah ??? Huh ! Tak patut , tak patutttt …

Wahai suami suami sekalian .. marilah berubah menjadi suami serta ayah yang lebih bertanggungjawab pada isteri dan juga anak anaknya . Mulakan dengan , jom g Kenny Rogers ! Makan timeee .. Silap tuuu .. Solat berjemaah .. kan kan ?

Qhaliff punya hal !

 

Setiap petang , aku confirm bawak Qhaliff jalan jalan pastu baru g jogging jap .. Tapi ari ni , entah tetiba aku putus angin selepas main ngan Qhaliff.. Mungkin cute giler dia punya senyum , buat aku patah balik untuk sambung main ngan dia !

IMAG1401

Patutlah makin ramai daddy ‘mengandung’ dan mummy makin slim !! Ni gara gara anak mereka yang comel tuuuu .. Arghhh .. Tidakkkkk !!!

Blog yang menarik perhatian saya ialah ..

 

Skang ni ada macam macam jenis blog yang ada di muka bumi maya ni .. Aku nak kategorikan pon tak boleh sbb aku pon bukan jenis merayau sangat .. Tak sempat nak merayau ..Blog sendiri pon terabai , camana nak g tgk blog orang ! Haaa .. baik punya alasan !Tapi itulah kenyataannya ..

Sepengalaman aku dlm dunia blog ni , citarasa pembaca mmg lain lain . Cara aku nak kaji selera pembaca ni , aku buat segmen ! Dari situ aku tau apa sebenarnya mereka suka . Dari situ , aku perbaiki satu persatu ..

Dan antara usaha aku untuk memastikan blog aku ada penghuninya walaupun di jam 4-5 pagi , aku gabungkan macam macam genre , buat permulaannya .. Haaa … Kemudian barulah tau apa sebenarnya yang sesuai dengan blog kita dan juga pembaca kita ..

Walaupun blog kita tu , wajah kita tapi kena bijak gak .. Janganlah ari ari nak makan ayam jer .. Sesekali layan ubi rebus ke , jagung bakar ke , baru best ! Variasi … kan kan ?

Ok , apa kata g tengok apa citarasa mereka dan sambil sambil tu tinggalkan jejak .. Mana la tau malam malam gini leh dpt kawan baru kan ? Biar penat skang .. nanti leh senyum di kemudian hari ..

TERIMA KASIH !

Cara pegang bayi dengan betul ..

 

Dulu la kan .. aku mmg takut benar nak pegang Qhaliff .. Lepas kena gelak ngan mak aku , aku berani kan diri pegang walaupun kekok giler .. Dan ramai sebenarnya fobia nak pegang baby ni .. Dinasihati , perlu ada ilmu nak pegang bayi ni .. Bukan apa , risau keselamatan baby tu ..

image

image

image

Cara klasik dan sesuai untuk mereka yang amatur lagi cam aku ni , leh guna cara di bawah ni ..

image

Sebenarnya ada banyak cara lagi .. Bergantung pada keselesaan masing masing .. Bagi yang tak tau tu , jgn buat buat tau .. Kalau nak belajar , cuba dukung anak kucing dulu baru cuba guna anak patung .. Dah yakin , baru buat pada anak sendiri .. Jangan buat pada anak orang ! Kang , ada yang kena smackdown !

Houses of Lightings .. Murah eh ?

 

Terletak di Bandar Puchong Utama , kedai menjual lampu perhiasan ini mejadi destinasi kitorang ( aku,wife n Qhaliff ) untuk membeli  lampu dan kipas , untuk rumah baru kitorang ..

IMAG1423-1

Menurut wife yang dah berminggu survey menda menda ni ( mmg bidang tugas dia berbanding aku yang lebih gemar angguk ) , kedai ni menawarkan harga yang menarik serta berpatutan !

Maka dalam kul 11 pagi tadi , dengan menggunakan GPS kitorang ke sana.. Owh , senang sangat laa nak jumpa kedai ni .. tepi jalan jer .. Dengan ngan stesen minyak BP ..

Sesampai kitorang kat sana , kakitangan kedai ni melayan kitorang tanpa rasa bosan pon .. Kita tanya , dia jawab dengan jujur sekali .. Tanya mana ok mana tak .. Mana jimat mana tak .. Mereka jawab dengan ok .. Serius , kakitangan mereka mmg membantu sangat ! Takde sombong punya orang woo .. Patut la kedai ni ramai walaupun pada waktu kerja ! Bayangkan kalau sabtu ahad !! Perghh ..

IMAG1427

Nak bayar pon siap ada 2-3 kaunter lagi.. Ada no giliran ok ! Tak perlu nak berebut atau beratur .. Sambil sambil tunggu giliran , leh jalan tengok lagi barang .. Kot jumpa lagi best dalam tu kan ?

IMAG1431

IMAG1429IMAG1424

IMAG1425

Setelah wife pilih mana dia berkenan dengan melakukan perbincangan dengan aku , maka kopaklah duit kitorang ari ni .. hehehe .. Okk jer .. janji selesa kan ?

IMAG1430

Tak abis lagi ni membeli .. Ada lagi lampu untuk dibeli .. Takat ni cuma kipas jenama KDK dan lampu biasa je beli sebab Qhaliff dah menjerit ! Cepat cepat beransur .. Nanti nanti datang lagi .. hehe ..

Oh ya , kalau nak beli kat sini .. gunakan cash la yer .. Kalau credit card , ada charge la pulak .. hehe ..

Antara realiti dan fantasi mengenai mandikan bayi

 

IMAG1421

Kalau mandikan guna air sejuk , tulang baby akan kuat .. Kira bagus la mandikan baby guna air sejuk ni ..

Itu antara petua orang dulu dulu la.. Nak lagi best , siap ada selawat dan bacaan tertentu untuk kuatkan tulang baby ni .. Kang kuat sangat , mak bapak lak dia lawan .. Yelah , dah tak lut kena sebat.. Hehehe ..

Betulkah fakta ni ? Hurmmm …  Antara fakta yang aku jumpa berkenaan mandikan baby dengan air sejuk ..

Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat daya tahan tubuhnya meningkat. Sudah tentu pendapat ini tidak benar. Malah, air sejuk boleh membuat  metabolisme dan pembakaran dalam tubuhnya meningkat menyebabkan makanan yang diserap tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula tubuh bayi. Ini menyebabkan bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit. Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam yang tidak terlalu panas. Namun, jangan terlalu lama agar tubuh bayi tetap seimbang kehangatannya.

Jadi , camana ? Nak percaya atau tidak , terpulang pada korang sendiri.. Tiada paksaan .. Setakat aku tau, takde bayi mati lagi sebaab mandi ngan air suam atau sejuk , kan ? Tapi mati lemas  kerana kecuaian penjaga dia tu , mmg ada .. haaa ..

Yang penting anda tau apa yang perlu untuk bayi and .. Keselamatan dan kesihatannya adalah penting sekali ..

Untuk Qhaliff , skang ni mmg mandikn denan air suam .. bila dah besar skit baru kasi air sejuk .. Itu perancangannya laa… Tak yah gaduh gaduh pasal info ni .. Sendiri boleh fikir yer ..

Mari Mengimarahkan Masjid Membudayakan Ilmu .

 

AROUSH BAZAAR akan diadakan dua majlis MASJID DUNIAKU di lokasi pada tarikh berikut :

30th June & 1st July 2012  (9am -9pm) :  Masjid Bukit indah, Ampang

6th, 7th, & 8th july 2012 (9am-9pm) :  Masjid Shah Alam (Blue Mosque)

 

165824_242468679200025_752468913_n306909_10151156799423852_115790928851_13342351_1140276082_n

Arous Bazaar

Pelbagai booth jualan akan dibuka di sana nanti . Untuk melihat tentatif atau jadual majlis tersebut , klik masjidduniaku.com/ ..

Bagi mereka yang ingin menyumbangkan Al-Quran , telekung atau sebagainya , bolehlah berbuat demikian dengan mendapatkan keterangan lanjut atau caranya di THE TELEKUNG PROJECT .

Tapak booth untuk disewa juga masih available. Jadi untuk sesiapa yang ingin membuka booth, boleh email aroush.biz@gmail.com untuk keterangan lanjut .

Semoga Allah merahmati anda semua .

Antara petua perbanyakkan susu ibu

 

Kebelakangan ni wife asyik bizi membaca petua petua untuk banyakkan susu untuk dijadikan stok simpanan hari tua Qhaliff .. Haa , ni pon penting untuk aku sbb tanpa susu , Qhaliff akan mengaum tanpa kira ada jiran ke takde jiran .. Terus bagi pukulan manja kat aku punyalaah ..

Antara yang dia buat untuk perbanyakkan susu ibu ni , dia beli ubat yang disyorkan oleh kawan dia .. Harga pon leh tahan gak laa . Kira murah skit dari susu protein aku .. Eh , tak leh bagi susu protein bina badan tu ke ?? Huhu ..

Kemudian , dia banyak minum air soya.. Dia kata , bagus untuk banyakkan .. Aku pon banyak gak minum sbb aku suka air soya .. Harap aku pon tak terlibat sama la yer ..

Dan dalam minggu ni , dia sibuk cari buah longan kering .. Abis satu Putrajaya dia pusing untuk cari buah ni .. Memang takde ! Akhirnya , petang tadi .. singgah umah mak aku sat .. Kat situ ada kedai sensei .. Haaa , kira ala ala PO CHI LAM punya laaa.. Otai siuttt… Kedai ubat ubatan tradisional  cina laa.. Memang ada jual woo .. Siap letak depan mata laagi , kata wife laa ..

IMAG1420

Murah jer .. Sepeket cumalah RM2 .. Caranya , rebus dengan buah buah tu sekali .. Kasi minum air dan telan itu buah sekali .. Er , betul kot ? Tanya la kat sensei tu .. Dia lagi otai dari aku .. huhuh ..

Bayi main air liur tanda kempunan !

 

Tu diaaa .. Qhaliff mula dah meleleh air liur .. Dasat aihhh … Ni mesti mak dia kempunan apa apa masa mengandung dulu !

Pasti korang yang bergelar ibu bapa pernah mengalami situasi gini kan ? Bila nampak baby kita berbuih buih belon air liur di bibirnya , maka keluarlah pelbagai dalil serta hadis yang entah dari mana datangnya .. Yang ketara dipersalahkan , nenek moyang laaa ..

Betul ke si mak kempunan ? Contoh wife aku laa , bila si Qhaliff mula main air liur lalu ada la insan berkata seperti tajuk di atas .. Benarkah ?

IMAG1396IMAG1404IMAG1402

Satu fakta yang menarik aku jumpa sewaktu mencari maklumat mengenai air liur baby niehh ..

Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan pada sekitar mulutnya. Penghasilan air liur berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi. Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaintan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu. “. Sumber – Adriea

 

Amacam ? Nak percaya atau tidak , terpulang pada masing masing .. Bagi aku , ibu mengidam ni bukan semua benar benar mengidam .. Ada yg terikut nafsu akibat bisikan syaitan . Asal nak makan , kata mengidam .. Kira amik kesempatan .. Tamo la gitu eh ? Sian kat laki tu .. Banyak menda lain nak difikirkan .. Dan ada yang benar benar mengidam.. Yang ni ok la.. Tapi jangan sampai mengidam benda haram ,dah laa .. yg tu mmg kerja syaitan !

Wallahualam ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI