Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 23 Jun 2012

Mood si isteri bila memasak ..

 

Baru lepas makan maggie.. Saja nak makan maggie sebab pagi tadi dah makan nasi .. Yelah , tauuu .. tak elok .. tapi dah nak makan .. Maka si isteri pon masak ler tanpa banyak bicara .. Aku , jaga Qhaliff yang sedang nyenyak tidur tuu .. Mana la tau kot kot ada dinasour nak culik kee .. Atau orang pecah masuk rumah ke .. Jadi , suruh wife je la masakkan untuk aku ..

Perbezaan resepi maggie aku dan wife  dapat dikenali dari segi pembikinannya .. Dia punya ada tumis bawang .. Aku punya , masukkan cili padi dalam tu .. Telur , secukup rasa dia letak .. Aku , selagi ada telur , aku letak ..Haaaa… Sayur , sama jer..Tapi sedap lg wife punya ..

Tapi tuuuu bila mood wife ok .. Kalau tak ok ? Jangan sesekali suruh wife masak ! Confirm hancusss segalanya .. Memang akan siap tapi , boleh jumpa rempah ratus yang tak sepatutnya ada dalam tu ..

Sebagai contoh ? Hehehe .. Kang aku tulis jadi ngumpat lak .. Apa kata yang dah kawin tu , test kasi mood isteri anda down baekk punya .. Pastu suruh dia masak .. Perghhhh … Confirm berpinar mata !

Time tu , ikhlas jauh sekali laaa .. Apa lagi , tak reti reti nak pujuk ? Aku tak leh pujuk lagi .. masih berpantang .. Kang tak pasal pasal Qhaliff dapat adik dah ..

Bukan semudah itu , sayang ..

 

Berkata memang mudah terutama sebelum memiliki .. Bila dah dapat baru tau , bukan mudah mengemudi bahtera di lautan yang tidak tentu keadaannya. Jika damai , cantik sekali permandangannya.. Jika ribut , terasa mati jalan penyelesaiannya.

Tapi itulah dugaan dari Allah . Masalah yg datang , perlu bijak ditangani . Jika berkata manis , lautan api tidak dapat pisahkan kita sewaktu bercinta , inilah masanya untuk membuktikannya.

Sayangnya , ramai gagal . Baru berdayung , dah mengaku kalah. Alasan tiada jodoh atau sampai sini saja jodoh ibarat kata cinta sewaktu saat manis dulu ..

Perkahwinan bukan semudah itu. Walaupun ianya mengelakkan zina tapi jika didirikan atas kerana nafsu , maka runtuhnya pon pasti kerana nafsu. ..

Bayi koma akibat terjatuh di pusat asuhan.

 

image

Keratan akhbar online HMETRO hari ni ..

Siannyaa .. bayi yang baru 4 bulan ni mengalami pendarahan dalam otak dipercayai terjatuh di pusat asuhan kanak-kanak . Doktor umpamakan kecederaannya tu seperti tercampak keluar dari kereta yang terbabit dalam kemalangan dan peluang bayinya pulih sepenuhnya kabur..

Hurm.. menurut ibu angkatnya , mereka baru sebulan je letakkan anak angkat mereka tu kat pusat asuhan tu ..

Entahlah .. kes kes gini la yang buat aku cekal hati untuk jadi MR.MAMA . Sungguhpun aku kehilangan ‘kebebasan’ , tapi keutamaan anak perlu aku amik kira. Tak kisah la terperap kat rumah jer .. Yang penting , Qhaliff dibawah jagaan aku. Selebihnya , milik Allah. Aku dan isteri cuma mampu merancang dan berdoa ..

Semoga Nur Iris Arissa Mohd Amin cepat sembuh ..

Bunga yang mengeluarkan bau mayat mereput .

 

Dikenali dengan nama bunga mayat atau bunga bangkai ini , cuma berkembang sekali sejak 9 tahun lalu ..

Gambar diatas menunjukkan sejumlah pelawat yang mengunjungi Taman Botani Conpenhagen , Denmark , dikejutkan dengan bau mayat mereput.

Spesies tersebut dikenali nama saintifiknya, Amorphophallus Titanum. mengeluarkan bau busuk apabila mekar berpunca daripada tumbuhan Titan arum.

Dikatakan bunga ini hanya boleh didapati di Sumatera , Indonesia ..

Gigi jongang disebabkan bayi hisap jari ?

 

Benarkah ? Ada yang tak kasi bayi hisap jari mereka kerana bimbangkan anak mereka akan bergigi jongang .. kan ?

IMAG1043 IMAG1374

Menurut Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.

Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras.

Bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari. Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.

Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.

Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).

 

Satu lagi info mengenainya ..

Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, puting kosong merupakan transitional object yang boleh menenangkan anak yang sedang menangis. Ia ibarat 'pengganti' ibu yang sentiasa memberi perlindungan kepadanya apabila dia memerlukan sesuatu. Dengan adanya puting kosong ini, anak akan berhenti menangis dengan segera kerana ia adalah reaksi semula jadi ketika diberi susu botol. Dengan menghisapnya, bayi akan merasa lebih selamat dan terlindung serta lebih selesa walaupun ketika berjauhan dengan ibu atau penjaganya. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan tidak menjadikanya satu kebiasaan apabila bayi sudah semakin besar. Jangka masa tidak boleh ditentukan, seboleh-bolehnya harus diberhentikan secepat mungkin.

Menurut Dr. Wan Salwina, tidak dinafikan apabila sudah dimulakan dengan menggunakan puting kosong, kebiasaan itu agak sukar untuk ditinggalkan. Pasti anak akan menangis malah tidak boleh tidur atau tercari-cari puting kosong sehingga ibu tidak sampai hati, lalu memberinya kembali. Walaupun agak memedihkan, ibu harus cuba menghentikannya secara beransur-ansur dan membantu anak melupakan puting kosong.

Terdapat beberapa pendapat, tabiat menghisap puting kosong yang terlalu lama berkemungkinan mengganggu pertumbuhan gigi dan memberikan penampilan yang kurang menarik. Gusi atas akan lari dan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata sehingga menjadi jongang. Ia akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk akan menyusahkan untuk mengunyah makanan. Bahkan, apabila mereka dewasa, terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat braces atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang. – UTUSAN

Jadi , terpulanglah pada kita untuk menentukan hala tuju arah gigi anak kita .. hehee ..

Nak menyusu pon ada bahagian pilihan ?

 

Menurut wife , Qhaliff gemar menyusu badan belah kiri .. Er , ada satu perkataan untuk tu tapi segan la nak tulis kat sini .. Auwww .. hahahah … Orang lama sebut ,menetek .. Haaaa .. Aku gunakan bahasa yang comel skit .. Tak la kata yang tu tak comel , cuma untuk aku yang lelaki ni agak kurang manis la kot nak tulis kan ? Heheh .. Jangan gelak lelebih aar ..

Kenapa belah kiri jer ? Kanan tak nak ke ? Kang berat sebelah lak ! Haaa .. Maka seperti biasa , aku pon google mencari jawapannya .. Yelah , kalau nak diikutkan orang tua tua , katanya yang belah kanan tu nasi , belah kiri tu ayam .. Eh , betul ke ? Aku pon tak tau laaa .. Aku dulu , mak aku kata aku layan jer dua dua .. hahahah .. Tu pasal banyak ketul keluar .. hahaha .. Guwau jeer ..

Antara info yang aku jumpa , kononnya sebab denyutan jantung si ibu .. Kira irama mp3 untuk halwa telinga Qhaliff tu laa .. Lain info , er .. mmg bayi suka gitu kot .. Kira cam aku la.. aku lebih terarah ke kiri berbanding kanan.. Er , apakah Qhaliff pon kidal ???

Bila bayi terarah menyukai sebelah payu dara ketika menyusu adalah digalakkan untuk memujuk bayi agar menyusu kedua dua belah payudara yang melimpah dengan susu tuu ..

Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.

Kalau tak berjaya pujuk , suruh je suami tu pujuk bayi anda tuu .. Takkan tak nak kot ! Dari dok tengok bola tu , baik suruh dia pujuk baby dia menyusu .. Ada gak pekdahnya .. kan kan ?

Akhirnya Qhaliff mencipta sejarah …

 

IMG-20120622-WA0009

IMG-20120622-WA0010

Nak dikira berapa kali dah dia ‘cakar’ muka dia sendiri , dah berkali tapi yang tu lebih pada calar skit dan ilang sehari dua .. Yang ni ! Makan dalam tuuu .. Geram aihhhh ….

Potong kuku dia ? Potong daaahh .. Cepat benar naik .. Dia kan menyusu badan . Protein kan tuu .. Jadi cepat la naik semula tanpa disedari ..

IMAG1487

Adusss .. Qhaliff bikin daddy dia geraaaamm jer .. Nak kena nehhh .. Tapi bila nak babap dia , tak jadi bila dia wat muka gini .. Arghhh !

IMAG1472-1-1

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI