Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 1 Julai 2012

Final EURO 2012 : ITALY vs SPAIN .. Aku amik ..

 

Huarghhhh … tidur pon sodap …

Qhaliff , mangsa dera ayahnya ..

 

Huhuh.. entah apa laa mood Qhaliff ari ni .. Tamo tidur .. asik nak ajak main jer .. Pastu kalau tidur , jap jap jer .. bangun .. usha sana sini .. Teriak suruh orang dukung dia .. Pastu diam dan senyum ..

Waduhh .. waduh … Nasib baik laa baik giler si Qhaliff ni .. Bukan filem Baik Giler  tu yer .. tu tah hapa punya kualiti filem pon tak tau la.. Download je ler nanti .. hahaaha ..

Lari tajuk .. Haa .. Ni bukan kes dera yer .. Cuma kes geram jer .. huhu .. Tapi takde la teruk pon .. buat dengan penuh manja dan lembut .. Maklumlah baby … kena slow slow jer ..

Hurmm .. kalaulah leh tau apa yang dalam kepala baby ni .. huhuh..

MTA Solutions - Malaysia Web Design dan Hosting

 

Pernah dengar syarikat bernama MTA Solutions??? ia merupakan sebuah syarikat domain dan hosting dan juga menyediakan perkhidmatan membina blog, laman web dan ecomerce bagi mereka yang tiada masa untuk membuatnya atau tidak tahu membuatnya. Syarikat ini milik 100% orang kita, kalau bukan kita yang support orang kita spe lagi kan?

Aku pernah post beberapa article sebelum ini berkait dengan perkhidmatan di MTA Solutions. Harga hosting di MTA Solutions sangat murah dan berpatutan. 50GB Webspace dan 50GB Bandwidth hanya RM150 SETAHUN. Untuk maklumat lanjut mengenai hosting yang ditawarkan boleh rujuk SINI

Bagi yang masih blur2 apa itu domain dan apa itu hosting meh rujuk entry aku yang lepas (klik SINI ) .

Untuk maklumat lanjut layari http://mtasolutions.com.my dan LIKE Facebook MTA SOLUTIONS  http://www.facebook.com/mtasolutions

Sian kat anak kecil ..

 

Bila Qhaliff dan Qhaliff bertentang mata , aku jadi kesian kat dia .. Apalah nasib dia nanti ? Budak comel ni , mmg mengundang belas pada sapa sapa yang tengok dia .. Masam dan tetiba senyum lalu memalingkan muka .. Qhaliff , Qhaliff ..

Begitu jugak aku bila aku memandang wajah ayah aku .. Perasaan kasihan mengundang dalam hati . Dari muda hingga ke tua , tak abis abis dengan kerja .. Mak aku pon gitu . Dah penat kerja , layan cucu lagi .. Haihh ..

Nasib kita lak camana ? Ada yang masih leka dibuai mimpi seolah olah akan hidup 1 juta tahun lagi dengan wajah serta fizikal yang begitu sempurna ( kononnya la ) .. Alpa .. Angkuh .. Ego .. Dan bangga diri .. Dan , masa muda terbuang begitu saja ..

Bila dah tua tua gini , baru terasa betapa ruginya masa dibazirkan begitu  saja ..

Semoga Allah ampuni dosa dosa kedua ibu bapa kita .. Amin …

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1433H /2012

 

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1433H /2012 bagi KL dan Putrajaya

imsak_Page_1

Untuk negeri negeri yang lain , sila klik SINI ( link akan diupdate kemudian . Harap maaf. )

 

Selamat berpuasa …

Pertandingan Fotografi 2012

 

Pertandingan Fotografi sempena Tourism Floral Parade 2012 ini bermula pada 30 Jun dan berakhir pada 5 Julai 2012. Gambar penyertaan yang dihantar hendaklah rakaman semasa acara Tourism Floral Parade 2012

Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia kecuali pekerja dan keluarga Sekretariat Pertandingan . Peserta boleh menghantar penyertaan seberapa banyak yang boleh.

Semua penyertaan tidak akan dikembalikan dan tetap menjadi hak milik Kementerian Perlancongan Malaysia. Kementerian berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan didalam apa jua bentuk media atau medium samada tempatan atau antarabanga tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.

Syarat-syarat yang lain boleh rujuk di SINI . Hadiah pon leh g tengok kat sana gak .. hehe .. Aku cuma ‘sampaikan’ jer dalam format copy paste  .. Kira bagi info je la nooo .. hehehe ..

Tunggu apa lagi ? G ler .. Aku malas .. hahaha ..

Qhaliff , manja …

 

“ Cukup 7 tahun , nak masukkan Qhaliff ke sekolah Tahfiz kat Kelantan ..”

Hehe .. saja je aku cakap gitu kat mak aku .. Terus mak aku peluk dan cium Qhaliff puas puas .. Hehe .. Apakah aku akan buat apa yang aku kata tu ?

Rasanya , kat KL ni pon banyak dah sekolah tahfiz . Tak pastilah bab mana lebih bagus tapi buat masa terdekat ni, takde la nak tinggalkan Qhaliff dan biarkan dia berdikari lagi ..

Dan , aku nak la Qhaliff ni bermanja dengan atuk nenek dia .. dua dua pihak.. Tamo dia membesar dengan ‘lebih’kan satu pihak jer .. hehe .. Cam aku ler .. tak sempat nak bermanja ngan atuk nenek .. hehe..

Tengok saja atau turut jadi penyumbang ?

 

Hari ni pasti ramai yang g beriadah bersama keluarga tersayang atau ehem .. Tu ‘tanggung’ sendiri yer .. Bukan tak tau kan ? Tau kan ? Hehe .. Ok , tu bukan isunya kat sini .. Aku tak layak nak bicarakan soal tu.. ‘Nasihat’ skit skit je mampu aku buat ..

Yang isunya ialah soal kebersihan sewaktu kita beriadah .. Berapa ramai antara kita jadi penyumbang kepada kebersihan atau turut sama ‘mengindahkan’ lagi dengan sampah sarap milik kita  tu ?

Aku rasa kita pon tau kan ? Mana mana tempat yang ada taman , air atau manusia , pastu ada sampah sarap . Bezanya , dalam tong atau di luar tong ? Sapa yang patut dipersalahkan ? Majlis daerah atau kita ?

Jawapannya , kita laaa .. Bawak balik la sampah sampah milik kita tuu .. Dah pandai ‘guna’ pandai la buang .. kan ? Jangan harap orang lain nak bersihkan apa yang kita dah guna tu ..

 

Sumber Gambar : Kementerian Pelancongan Malaysia

Logo HALAL yang diiktiraf

 

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

logo halal

  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Senarai Hotel yang mendapat status HALAL , klik SINI ..

Apakah petua nak ajak awek main ?

 

image

Keyword atau carian google yang tersangkut di blog aku aku hari ini .. Hurmm .. Sapa yang cari menda menda gini ? Hok yang muda ke yang dan nak expired ? Hok nak expired ni , biasanya akan melakukan kerja giler yang akhirnya membuatkan diri sendiri mengalirkan air mata .. Berbaloi ?

Yang muda lak , camana ? Perghh .. Masa muda ni bolehlah bergelak tawa .. Tapi dah bila dah mula punya kehidupan tersendiri , masa tu baru nak tergaru kepala .. menyesal .. Kalau sempat menyesal .. kalau tak ?

Banyak sebenarnya ‘budak’ dok cari menda menda camni .. Semakin advanced gitu .. Mak ayah pantau tak apa yang anak anak dok buat dengan internet ? Sebelum terlambat , tengok tengok laa ..

Hurm .. Toksah la ikut nafsu sangat .. Menyesal tak sudah nanti ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI