Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 8 Julai 2012

HOORE HOORE best eh ?

 

 

Sinopsis ni aku amik dari Youtube yang mana ada bagi video Hoore Hoore penuh punya  .. hehe .. Tqqqq …

Filem ini mengisahkan seorang wanita Nurul Aiman(Farah Nazirah) yg mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, lurus bendul tapi berhati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia(Adibah Noor), dan ayahnya bernama Hairil (Harun Salim Bachik) .Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah(Fauziah Nawawi) dan tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari (Akim AF7), seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. “

 

Selepas aku terdengar sok sek sok sek mengatakan movie Hoore Hoore ni best sangat , aku tergerak hati nak tengok apatah lagi para pelakonnya ramai yang baru ..

Movie ni lama dah aku dengar orang kata bagus sayangnya promosinya tersangatlah lembab sekali .. Kenapa ? Aku pon tak tau .. Tapi begitulah di Malaysia ni .. Filem yang bagus , promosi kureng.. Yang tak bagus , serupa kasi promote macam bagus giler . Tapi bila tengok ? Hampeeh ..

Maka semalam aku pon layanlaaahh .. Baru 30 minit aku layan , aku berenti !  Kenapa ?? Hehehe .. Aku on laptop aku , aku g cari blog atau web yang ada video ni untuk aku download ! Jadi , faham faham je la eh .. Hehehe ..

Menghiburkan dan dalam pada masa sama punya sindiran sinis .. Baekk punyaa .. hahaha .. Tahniah buat penerbit dan pengarah serta para pelakon tetapi takziah kerana gagal capai  sasaran . Tapi tak mengapa , ianya menarik dan sesuai ditonton sepanjang zaman .. Tak de la macam filem filem tu haaa ..

Ada banyak lagi movie melayu yang free kat youtube tu haa tapi malas nak tengok .. Sbb banyak sangat yang nak tunjuk Malaysia ni ganas  .. Ganas sangatkah ? Yelah kot .. tapi pelik camana malaysia boleh dikatakan negara yang terselamat untuk diduduki sedangkan dalam movie kebelakangan ni , banyak benar keganasan .. Hehe ..

Tak tau .. tak tauu ..

Rakan blogger hari ini di BEN ASHAARI ..

 

Kalau dulu … aku sering gunakan PILIHAN tapi skang tak dah … Aku buat gini jer .. Mana mana yang follow aku di blog , yang siap ada ringkasan peribadi mengenai blogger tu , aku perkenalkan kat sini la .. Tanda terima kasih aku yang tak seberapa . Namun buat mereka yang FOLLOW secara rasmi tapi kerap singgah , juga jutaan terima kasih aku buat korang semua .. Korang tulang belakang blog aku ni haa .. hehe ..

Ok , citer banyak tamo .. jom kita tengok blog blog yang aku pilih hari ini ..

1. Simple, tak suka make up, even dress up..memang selekeh..haha..not stylo at all..lol :) so what?? this is me,, aku suka tlis and merapu je.,just keep it on..!

http://azsyana.blogspot.com

 

2. seorang surirumah,ibu kepada sepasang cahaya mata yg comel,isteri kepada hubbyku..sangat suka buat kek dan makan sekali,suka masak,juga jahit manik2.. suka mencuba resepi2 baru... ibu ada la sikit ilmu dan kelulusan dlm bidang pastri ni...

http://mummyncakes.blogspot.com/

 

3. KehidupanKu Penuh Dengan Cabaran Dan Dugaan. Thank You ALLAH. Aku Bersyukur Aku Redha.

http://asmarpunyablog.blogspot.com/

 

4, An ordinary woman, married with a good guy, have one charming good son.... live in Selangor state, from Kelantan.

http://chaoticinlife.blogspot.com/

 

5. No Matter What, I Just believe in Karma. What goes Around will comes around and What Going Up will going Down :)

http://mykeledek.com/

 

Cukuplah 5 malam ni .. Aku dah feneett sgt .. nak pengsan sat .. Huhuh .. Esok , kembali rutin seperti biasa .. Huhuh .. Qhaliff … jom tidurrr..

 

Terima kasih ..

Pelajar jururawat diajar dengan rotan ?

 

Soalan

“ Abg ben... nk mntak abg ben komen psal satu situasi ni.
"kolej kesihatan gov, melatih pelatih2nya, dengan gaya sekolah rendah, dengan denda rotan dan memendekkan cuti, walhal pelatihnya rata2 berusia 19 hingga 26 tahun. malah, ada antara pelatih telah mendirikan rumah tangga dan mereka dilayan seperti anak kecil yang tidak tahu apa2."
wht do u think? “

AQOO NOOR 

 

Pendapat aku

Hurmmm.. hurmmm .. Nak kata mana eh ? Tak patut ? Patut ? Ini kali pertama la aku dengar kes begini . Aku nak bagi pendapat pon susah sebab satu pihak je aku dengar dan juga aku tak punya pengalaman mengenainya … Jadi aku buat dua pendapat ..

Andai itu benar , yakni pelajar diajar seperti budak sekolah rendah seperti dengan denda dan rotan , itu mmg tak patutlah .. Maklumlah , mereka yang masuk sana tu dah sedia maklum tau apa tanggungjawab mereka dan juga tujuan mereka ke sana .

Tapi tak dinafikan memang ada yang ‘nakal’ atau ‘sedikit nakal’ dan ini akan mempengaruhi pelajar lain . Secara tidak langsung , tumpuan pelajar lain akan turut sama terganggu dengan sikap pelajar pelajar gini .. Jadi camana nak uruskan kes kes gini ? Denda ? Rotan ? Rotan tu tak patut laa .. Bukan budak ..

Denda tu dengan pemotongan markah , ok bagi aku tapi itu akan membuatkan pelajar akan terkandas dan seterusnya gagal dalam jurusan yang diambil .. Apa nak jadi dengan dia kelak ? Sebagai orang punya pengalaman , perlu fikir baik buruk mereka juga ..

Yelah , negara kita sendiri dah penuh dengan masalah sosial . Mereka ni bukan tak boleh dibimbing tetapi perlukan kesedaran . Bagi mereka sedar betap pentingnya ilmu yang ada di depan mata mereka .. Contoh kejam la kan .. Mereka yang gagal , akan duduk dalam bilik mayat ! Haaa .. Tu contoh laa .. Tak yah ikut la sangat .. hehe .. kang ada yang demam 4 tahun lak ..

Jika benar semua ini berlaku , pihak pengurusan kena bersikap profesional untuk mengendalikan pelajar pelajar ni .. Mereka berminat cuma mungkin ada yang membosankan mereka .. Maklumlah , manusia ni nama je makin dewasa tetapi pemikiran ada yang meningkat seiring dengan usia dan ada jugak tidak ..

Kesimpulan .. pelajar kena tau apa tanggungjawab mereka dan pihak pengurusan perlu lebih bersikap profesional . Sapa nak berjaya menjadi manusia , maka berusahalah .. Kalau tak , jaga bilik mayat pon ok per ?

Sejak ada Qhaliff ..

 

Segala tingkah laku aku perlu fikir berkali kali .. Takut ianya memberi kesan pada si kecil ..

IMAG1924

Hurmm .. Si kecil tak tau membezakan bahaya atau tidak walaupun mereka mampu mengesannya tanpa kita sedari .. Hurmm …

Rumah aku pinjam ni , rumah teres .. Memandangkan Putrajaya ni semakin dibangunkan , maka banyak la binatang binatang lari mencari tempat baru untuk berlindung .. Yup , aku tau ler sbb aku dulu dok rajin keluar masuk hutan belukar kat area rumah aku tu .. Jadi , takat ular atau binatang liar kecik tu , biassa la tengok .. Gajah , harimau tu takde laaa .. Nama pun hutan belukar .. Bukan hutan belantara .. eheh ..

Ke mana binatang binatang ni lari ? Ada yang mati kena langgar . Ada yang berjaya lari masuk longkang .. Dan ada yang berjaya masuk ke rumah orang ! Haaaa .. Tapi berjaya gak la di tangkap .. Tapi itu kalau perasan .. Kalau tak ?

Sumber gambar : Brahimnyior

 

Bila aku teringat menda menda gini , aku pastikan sliding door rumah aku ditutup ..Kalau aku nak duduk lepak situ je baru aku bukak .. huhuh ..

IMAG1928

Hurm.. Berhati hari tu lebih baik dari mencari mati .. hehe ..

Kita selalu fikir yang kita ni susah sangat ..

 

Sekurang-kurangnya  , kita ada masa membaca di laman web ni haa .. Siap ada komputer atau telefon bimbit lagi utk baca blog aku ni haa .. Susah apa lagi ? Setiap masalah , ada jalan keluarnya. Mintak saja pada Allah .. rajin rajin berdoa ..

Bila Ramadhan menjelang ..

 

Pelik ? Apa lak .. Tak mustahil kan ? Kalau tak , takkan berani diorang buat kan ? Haaa.. Cer fikir balik ?

Ada yang kata , kena hormat bulan Ramadhan ni .. Lepas Ramadhan , tak pe la kan ? Maka ada yang sokong kenyataan mereka .. Sekurang-kurangnya mereka hormat la gak kan ? Persoalannya , kalau orang tu beragama Islam , ok ke dia kata gitu ? Hehe . Jangan hairan . Wujud ok !

Aku bukanlah nak menuduh apa apa .. Orang orang camni , bila bila masa saja boleh terima hidayah dari Allah dan mereka boleh jadi lebih bagus dari kita .. Tapi kalau boleh , janganlah tunggu sampai .. Kita kena cari dan belajar .. Takut masa tak menunggu kita .. huhu ..

Semoga Allah terus berikan kita hidayahNya dan petunjuk buat sahabat sahabat kita ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI