Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 10 Julai 2012

Bila aku tengok budak itu berlari ..

 

Sampai kat Kuala Lipis tadi , aku terperasan satu sekolah ni sedang mengadakan sukan sekolah . Ramai budak dengan baju sukan berwarna sedang bergembira di tepi padang sekolah . Tersenyum je aku lihat .. Terimbas kembali aku saat saat di sekolah dulu ..

Seingat aku , mak bapak aku tak pernah hadir ke sekolah waktu sukan sekolah . Aku tak kasi . Aku tak nak mereka berjemur di bawah panas mentari . Lagi pon , aku tak amik apa acara masa tu kecuali bila dah darjah 6 . Tu pon gara gara cikgu paksa sbb aku wakil sekolah untuk sukan bolasepak. Jadi , mesti boleh lari pecut punya kan ?  Tapi tetap tak kasi diorang datang !

Sekarang ni , aku dah faham .. Ibu bapa yang hadir tu , bukan semata mata datang utk melihat anak mereka menang dalam acara yang disertai anak anak mereka sebaliknya macam tak percaya yang anak mereka sudah besar dan mampu berlari dengan pantas atau sudah ‘bermasyarakat’ .. Petah berbicara dan juga bijak.. Satu perubahan serta perkembangan yang mereka tak sedar berlalu begitu pantas .

Itulah yang aku rasa bila lihat Qhaliff skang ni .. 3 bulan yang berlalu berasakan begitu sekejap sangat .. Sehari demi sehari aku lalui bersama Qhaliff .. Dari ibunya mengandungkannya .. pelbagai karenah yang ditempuhi bersama .. Melahirkankanya .. Sakit .. Berpantang.. Ke hulu ke hilir aku dibuatnya .. Segalanya dah berlalu .. Sekarang , masa membesarkan Qhaliff ..

Alhamdulillah .. syukur pada Allah kerana panjangkan umur aku untuk melihat segala keindahahan ciptaanMu ..

Patutlah mak bapak aku gembira bila anak anak mereka balik ke rumah .. Walaupun penat , diorang tetap melayan . Sapa sangka , anak anak kecik mereka yang selalu mereka perambat dengan tali pinggang , dah berkeluarga dan punya waris masing masing ..

Huhu.. pantas benar masa berlalu ..

Berhenti atau nahas !

 

Mengantuk giler !! Wife duduk kat belakang ngan Qhaliff . Aku keseorangan di depan . Radio lak , jap ada jap takde .. Nak pasang cd , player lak dah rosak . Huhu.. Nak tukar set baru , malas lak .. heehhe .. Duit semua tuuu .. Berjimat skang ni .. Banyak benda lagi penting nak diutamakan ..

Bertolak dari KL selepas subuh , keadaan mendung saja .. Sejuk gitu .. Bila dah masuk Kuala Lipis , cuaca semakin hangat .. Aku mula menguap . Berbekalkan Red Bulls 3 tin , tak dapat menghalang mulut aku dari dok menganga ..

Berenti dan tukar driver 2-3 kali. Aku sempat rehat dan lelap dalam 20 minit gitu .. Pastu kembali drive sbb Qhaliff menjerit .. heehe .. Ok la tu .. Tapi tak lama kemudian mengantuk semula .. huhu ..

Terus terang , ada la 3-4 kali terlelap .. Betul puas paksa mata ni haaa .. Akhirnya wife bagi burger Mcdonalds .. Hahaha .. Cerah terus mata dan kembali memecut hingga sampai rumah mak mertua ..

Alhamdulillah .. Perangai gini jgn dibuat .. Memang aku berenti bila mengantuk.. Tidur jap tapi bila kat tempat tempat tak boleh berenti , camana nak berenti kan ? Haaa ..

Lebuhraya Rakyat di Kelantan

 

Waaa .. Sewaktu dalam perjalanan ke Kelantan tadi , ternampak papan tanda ni haa … Lebuhraya Rakyat ! Lebuhraya yang sedang dibina tanpa tol berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan  …

Wife bagitau aku . Nak join derma sekali . Aku ok kan ajer .. Benda baik, apa salahnya kan ? Lagi pon aku sendiri akan guna .. Untuk kegunaan gak kan ? Orang kata , saham akhirat .. Kita nak bina sebuah masjid , tak mampu la kan .. heeheh ..

TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai ( HarakahDaily )

Semoga ianya dapat memberi manfaat pada penggunanya nanti .. InsyaAllah ..

Maaf , ni bukan artikal politik … Aku kan ulang alik Kelantan . Lagi cepat lagi bagus kan ?

Qhaliff balik kampung sudah !

 

Rupa Qhaliff sebulan yang lalu … Kira ni last Tok Ma ( nenek ) dia tengok  sebelum balik Putrajaya ..

Terkini .. 3 bulan  entah berapa hari .. Malas nak kira .. Suka Tok Ma dia jumpa cucu dia ni haa .. Tapi tak larat nak dukung sangat .. hahaa.. Aku pon tak larat nak dukung sangat .. Huhuh .. Tapi tak pe .. Dukung selagi boleh .. Nanti dah dapat kaki , letih lak nak mengejar .. Aku kejar , ngan tali pinggang sekali haaa … Siapp ler …

Konon ! Silap silap manja ngan aku .. huhu ..

Nampak hantu ke ?

Pelik .. Satuu .. Duaa... Tigaa .. Empatttt !! Biar betul ?? Setiap kereta yg selisih pasti bagi lampu besar kat aku .. Apakah pintu kereta aku tak rapat. ? Atau ada hantu atas bumbung kereta aku ???
Aku perlahankan kereta dgn tujuan nak periksa kereta aku . Tp hati terdetik gak mungkin bukan .. Hurmm ..
20 minit kemudian ..
"Cik , mintak lesen .. "
" Haa ?? .." Aku terpinga pinga ..
"Mintak lesen baru .. "
" Ooo.. dgr Mykad baru .. Jap eh .."
Skali JPJ daaa ... Nasib baik dah slow kan kereta .. hehe ..
Bila dah periksa lesen , diorg bg jalan .. Dan aku pulak bg lampu besar kat kereta bertentangan utk amaran .. hahaha .. Yang faham cam lori treler akan angkat tgn tanda terima kasih ..
Hahahaha .. adoiiyaii..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Qhaliff dah boleh berjalan ?

 

Merangkak pon belum boleh , tetiba jalan ? Menurut mak aku la kan , anak anak buah aku ramai yang tak merangkak.. Terus je bertatih .. kenapa ? Ni haaa .. Pakcik pakcik diorang ajar terus bertatih .. citer banyak takde punya .. huhu ..

Qhaliff , dari dalam perut mmg kuat menendang .. Kuat okeh ! Selalu gak aku kena tendang ngan dia terutama ketika dok siapkan dia .. Tu pasal aku nak test kaki dia .. Aku berdirikan dia , dan automatik kaki dia , dia luruskan .. boleh berdiri ! Tapi kemudian dia lembikkan balik .. Hahahhaa .. nak suruh dukung memanjang la tuuu .. Sedap benar dok peluk daddy ehhhhh ..

Rasanya nak skip merangkak .. Apa pendapat anda yang punya pengalaman dalam bidang  ni haa .. Hehe .. Terima kasih ..

Bagaimana nak kuatkan leher bayi ?

 

IMAG1988-1-1-1

Kebelakangan ni , aku ajar dia meniarap ..  Nak kasi dia kuatkan leher dia skit .. Kalau tak , dia suka kasi lembik je leher dia tu ..  Tapi tak lama pon .. Dalam 3-4 minit jer atau sampai dia berbunyi tak selesa .. hehe ..

 

IKLAN

Anak anda kurang membaca Al Quran?

Anak anda belum menguasai Al Quran?

Anak anda bosan & jemu bila disuruh baca Al Quran?

Jangan risau lagi! Kini MY FISRT AL QURAN FOR KIDS InsyaAllah mampu mendekatkan diri hati anak anda dengan Al Quran!
HUBUNGI
Ummah Sentral sekarang untuk order!!

Website : http://ummahsentral.com/

Facebook : https://www.facebook.com/UmmahSentral

 

 

Antara tips yg aku dengar orang tua tua cakap , gosokkan kat belakang leher dia dan baca selawat .. Ada sedikit doa gak tapi aku tak hafal .. hehe ..

Korang ada  tips atau petua lain nak kuatkan leher bayi ni ?

Qhaliff kalau dah tidur ..

Tak kisah dah apa saja yang berlaku disekeliling dia .. tapi kalau dok bercerita pasal dia, automatik mata dia terbukak .. huhu ..
Otw ke Kelantan .. Rindu dia kat Tok Ma dia .. Pastu esok ke Terengganu .. Jalan raya , clear jer ... Bawak slow je laa ..
Doakan kami selamat pergi dan balik yer .. Terima kasih ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI