Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 15 Julai 2012

Qhaliff mengilai dalam kereta !

 

Alhamdulillah .. sampai dah rumahhh … Tapi sewaktu menjejakkan kaki ke Putrajaya , aku teringatkan satu entri terbaru seorang rakan blogger yang tinggal di Putrajaya .. Gulp .. Hantu Pontianak Mata Merah Di Putrajaya? | Que Achmad ...

Tapi aku diamkan jer .. Memandu dengan berhati-hati … Dalam hati ? Huhuh…

Sesampai je depan rumah , aku parking kereta di laman dan mengucapkan syukur pada Allah kerana melindungi kami sekeluarga sewaktu pergi dan pulang dari segala kecelakaan .. Tiba-tiba ..

“ Abang , Qhaliff mengilai laakk .. Mata terpejam .. “ . Wife ketawa kecil ..

Huh ! Berderau darahhh aku kejap .. Aku bukak pintu , dan segera ke belakang .. Tengok Qhaliff .. Aku cium pipi dia .. Dia terjaga .. Aku pandang wife ..

“ Dia jaga laa .. “. Aku cuba cool ..

“ Taakk … tadi dia tidur .. mimpi la tuu .. Mengingau ! “ .. Wife beria benar ..

“ Iskh .. dah dah .. g masuk .. Biar je abang kemas semua ni .. “ . Perintah aku ..

Wife ke dalam dan siapkan tempat tidur … Cam biasa , mereka tidur berdua .. Aku tidur kemudian .. Nak siapkan kerja skit..

Aku masih tertanya-tanya .. Benarkah Qhaliff mengilai ???

IMAG2041

Teringat tadi aku singgah umah mak aku … Dia dok main ngan mak aku .. Tak puas main la tu sampai terbawak dalam mimpi ..

Jawapan aku pada soalan aku di dalam hati .. Nak sedapkan hati aku kah ?

Apa gua mau kisah !!

Bila tgk rambut bersepah gini , terdetik dlm hati ..

" Sapa laaa yg kena sapu nanti ? "

Kalau kena yg berlagak bos , maka akan katalah...

" Gua apa pedulik ! Gua gunting jer .. Orang lain sapu laaa .. "

Bagus pemikiran gini kan ? Tapi aku tak rasa dia akan kata gitu .. Sebaliknya sepakat membawa keuntungan .. Kedai kotor , mereka gak rugi kan?

Kan bagus pemimpin politik kita gini .. Bersatu demi kebaikkan rakyat jelata .. Tapi mustahil kan ? Sbb apa ? Sebab akan ada yg tamak haloba dan gilakan kuasa ..

Siapa ? Kita boleh nilai dan nampak , sapa yg tamak , sapa yg boros , sapa yg gilakan kuasa dan sapa yg mengarut je lebih ..

Sampai bila ? Takkan bersatu punya .. Sbb masing masing ada perut ..

Tapi , kalaulah kata kata aku ini tak betul , alangkah seronoknyaaa akuuu .. Tolong bgtau aku yg kenyataan aku di atas ni salah ..

Bukti utk menyokong kata kata aku ? Er.. tgk peti undi kat belah kanan ..berapa ramai tak nak undi dan undi rosak ..lalala ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Huh !! Apa gila jammed lak ni ?

Hurmm .. punya clear laaa jalan tadi dr Kelantan .. Lepas tol Bentong menghala ke Gombak , korang tgk la sendiri dlm gambar tu .. Tak tau laaa apa puncanyaaa .. Haihh ..

Plan nak sampai kul 7 kat Cheras .. tapi berdasarkan kesesakkan di luar jangkaan ni , aku rasa esok je la sampai ..

Nasib baik minyak dah diisi penuh kat Lipis td .. kalau tak ? Hurnn ..

Siannnya .. Byk gak kereta breakdown ..
Bayangkan kalu sakit perut time ni ... Perghhh ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Pentingnya tahu nama ayah jiran !

 

Aku terkejut bila baca kat akhbar tadi mengenai dua pelajar Malaysia di Kaherah telah dirompak dan salah seorangnya meninggal dunia . Bila aku baca dengan lebih lanjut , aku mcm kenal pulak salah seorang dari situ ..

“ Muhaimin Yahya ?? “

Ini mcm nama jiran aku yang baru je g Mesir tu .. Takkan kot ? Yang pasti nama dia Muhaimin .. Nama ayah , tak pasti lak ..

Aku terus capai hp dan sms jiran aku  yang selalu lepak bermesyuarat tingkap untuk bertanyakan nama penuh jiran kami yang kat Mesir tu ..

Dia sendiri pon tak pasti mengenainya . Katanya , nanti dia check di FB .. Hurmm .. Aku membalas msg  tu dengan mengatakan tak mungkin sbb berdasarkan umur ‘ Muhaimin Yahya’ yang masih muda tu ..

Hurm .. nyesal pulak tak tau nama penuh jiran ..

Semoga Allah lindungi saudara-saudara kita di sana .. Al-fatihah buat Abdul Khafiz Mohamed Norok (disahkan meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri ketika dirompak ) ..

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ..

Qhaliff , nak balik daaahh …

 

IMAG2076IMAG2077IMAG2078

IMAG2079IMAG2080IMAG2081

Tok kat KL dah roger .. Cam rindu je kat Qhaliff .. Hurm.. mak dia , selsema dahhh .. Qhaliff , cam panas je badan .. Harap tak de apa apa la anak beranak ni ..

Doakan kami selamat sampai ke destinasi yer …

Akta Keharmonian Nasional : Kita boleh kritik kerajaan dan pemimpin !

 

Akta Keharmonian Nasional tidak akan menghalang mana-mana pihak membuat kritikan terhadap kerajaan dan pemimpinnya. Peruntukan yang membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang mengkritik sehingga mencetuskan kemarahan rakyat dan tidak puas hati terhadap kerajaan serta kepemimpinannya seperti termaktub dalam Akta Hasutan 1948, tidak akan dimasukkan dalam akta baru itu.

Bagaimanapun, akta berkenaan akan terus mengekalkan tindakan tegas terhadap pihak yang menyentuh perkara sensitif seperti institusi raja-raja Melayu, agama dan perkauman.”

Aku mmg suka kritik pemimpin ni .. tak kira la kerajaan atau pembangkang .. Cuma skang ni , aku lebih skit pada kerajaan sebab aku pernah kerja ngan mereka . Lagi pon niat nak kritik tu , nak mereka perbaiki mutu kerja mereka terutama yang ‘sombong’ tuuuu..

Tetapi kita tetap punya cara nak kritik .. Jangan main kritik tanpa bukti , sedap tekak seperti memaki hamun mahupun mencaci ..

Aku rasa pasni ramai la blogger bersuara … Tak payah la bersuara pasal artis ni .. Diorang ‘ memanjang je betul ! ‘ ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI