Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 16 Julai 2012

Hotel ke 2 Qhaliff …

 

Skang kat Melaka pulak .. Penat dari Kelantan / Terengganu belum pon ilang .. Hehe .. Nasib baik aku dah full time mengeblog .. hehe . Jadi , boleh ke mana saja aku nak pergi tanpa apply  cuti dari mana mana bos ! Akulah bosss skang !! Apadahaalll ..

Tapi kalau ada event atau job , aku kelam kabut laaa.. Cam hari Khamis ni , ada event kat Petronas KLCC .. jadi kena g la sana .. Huhuh ..

Ok , berbalik pada Qhaliff .. Memandangkan pembaca skang ni suka baca pasal Qhaliff !! Jadi kena banyak cerita pasal Qhaliff !! Kalau tak , diorang tak nak singgah dah blog aku ni !! Huh ..

 IMAG2151-1

Ni hotel ke dua Qhaliff .. Dia suka tak hotel ni ? Ahaaa .. Mengikut dari reaksi dia , macam sukaaa jer .. Tak caya ke ??  Cuba tengok reaksi dia selepas disalin dipers  ..

IMAG2154

Legaa ehh ? Hehehe .. Baru dapat rileks kan ? Kena dengan sejuknyaa .. Dengan empuknyaa .. Takde gangguan .. Perghh .. bersenamrobik gituuu .. hehe ..

Dan , dia dah lenaaa ponnn …

Masih ada yang malu …

 

Ari tu , sedang dok berjalan kaki kat satu mall , ada la aku terdengar satu perbualan sekumpulan gadis gadis ni .. Diorg sedang bergambar ramai ramai ..

Maka bersuaralah sorang kawan tu ..


" Amik bahagian atas .. Bawah seksi .. segan .. "

Aku berpaling dan melihat yang bersuara tu . Dia membetulkan tudung dia yang labuh tu serta seluar besarnya tu .. Baju pon dh cukup besar hingga meutup bahagian bawah dia ..


Aku garu kepala .. Tang mana dia kata seksi tu ? Tak nampak langsung bentuk badan dia .. Itu pon dia kata seksi .. Huhu ..


Bagus kan ? Menariknya , walaupun bergambar dengan anak masing masing , dia tau apa yang perlu dilakukannya. Bukan apa, ada yang kata , ‘DAH KAWIN .. TAKDE ORANG NAK PANDANG ATAU NAK ! ‘ .. Maka arahan Allah , sehingga akhir hayat kita .. Selagi termampu ..

Wallahualam ..

 

Kalau si ibu menyusu pula yang selsema dan sakit tekak ..

 

IMAG2139

Hurm .. kata wife , dia nak selsema .. Nak g beli ubat kat farmasi .. Aku nasihatkan g je klinik ibu dan kanak kanak ni .. Yelah , wife BF kan .. Takut memberi kesan pada si Qhaliff nanti ..

Beberapa info yang ada dalam internet ni yang diberi oleh ‘WARTAWAN TAK BERLESEN’ ni  ( sesetengah artis atau wartawan yang cop gitu pada blogger ) , ada memberi nasihat mengenai ubat-ubatan yang boleh diambil oleh ibu ibu yang BF ni .. BF yer .. bukan BFF .. Breastfeeding ..

Sapa ada pengalaman mengenainya ? Cer kongsikan bersama .. Mana tau berguna untuk rakan rakan yang lain dan juga aku .. hehe .. Terima kasihh ..

Persediaan untuk berpuasa di Ramadhan

 

Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.

seterusnya : Segalanya kerana niat

 

Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.

seterusnya : Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah

 

Sebenarnya melafazkan (menyuarakan) niat untuk berpuasa bukanlah perkara yang wajib. Yang wajib adalah apabila seseorang itu mengetahui dengan sadar apa yang akan dilakukannya. Jika seseorang itu terganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan untuk menyebut dalam hati sekedar “Inilah puasa aku”. Jika masih was-was, maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan penyebutan dalam hati tadi. Jika setelah itu masih was-was juga, maka jangan diberi perhatian, karena tidak lain dan tidak bukan dia adalah permainan syaitan.

seterusnya Niat Puasa

 

Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.

seterusnya : Bagaimana kita hendak menyambut Ramadhan

 

Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:

1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.

2. Menelan air liur membatalkan puasa.

3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.

4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.

5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.

seterusnya : Puasa Ramadhan : Antara yang ditokok tambah

 

Apakah batal puasa seseorang yang tertelan kahak? Perlukan seseorang itu berusaha keras mengeluarkan kahak tersebut walaupun perlu ketahap memuntahkannya?

Harap ustaz dpt perjelaskan.

seterusnya : Kahak Membatalkan Puasa ?

 

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

seterusnya : Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

 

Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian ?

seterusnya : Kekeliruan Tentang Solat Tarawikh

 

Semoga dapat memberi manfaat pada kita .. InsyaAllah ..

Ramai yang masih tidak mahu mengundi di PRU nanti !

 

Artis kononnya boleh pengaruhi peminat mengundi .. Eceh .. Yeke ? Aku tengok skang artis makin kelam kabut jer .. Camana tu ? Nak pengaruh apanya .. Bila bagi komen atau pendapat pon , serupa budak sekolah punya komen. Rasanya budak sekolah punya pon lagi bagus .. Maaf yer .. Memang bukan semua tapi sedikit sangat artis yang berilmu dan mampu berfikir dengan bernas ..

image

Ok , lari tajuk pulak .. tapi tetap ada kaitan . Kalau ikut dari poll yang aku buat di blog sejak minggu lepas dan bakal tutup 2 hari lagi ,  nampaknya jumlah yang TAK NAK MENGUNDI amat tinggi sekali ! Yang TAK NAK MENGUNDI jika digabungkan dengan yang bakal buat undi rosak , sebanyak 70 dari 241 undian , setakat ini . Yang lain masih amalkan UNDI ANDA RAHSIA (kononnya la ) ..

BN dan PR masing masing ada pengaruh tersendiri . Antara yang inginkan perubahan atau ok dah kerajaan skang ni … Yang satu , asyik dok tabur duit .. Yang satu lagi , dok keluarkan macam macam cerita .. Hehehe .. Mana satu anda nak ? Terpulang ..

Namun begitu , yang berdiri atas pagar ni seperti TAK NAK MENGUNDI atau UNDI ROSAK inilah boleh buat perubahan .. Mereka masing sangsi dengan kejujuran kedua dua parti ni haaa .. Nak percaya mana satu ? Duit , tak makan umpan punya ! Cerita mengaibkan , membosankan !

Apa yang mereka nak , aku rasa je laa .. Kot laa  .. KETULUSAN , KEJUJURAN , AMANAH dan SIKAP TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI ..

Sayangnya , takde dah pemimpin cam ni skang ni .. Kalau ada pon ,  leh kira sangat .. Tak lebih dari 10 batang jari kita ..

Kesian kita kan ?

Benarkah surat khabar sekarang tak boleh dipercayai lagi ?

 

Kelmarin , aku ada baca satu kes pergaduhan melibatkan senjata yang mana ada mangsa yang tercedera . Hurm , nak kata amuk bukan tak nampak macam gitu tapi ditulis macam amuk atau akukah yang salah baca ?

Kejadian berlaku di kawasan taman yang mana aku membesar di situ dan punya ramai kawan la kat area tu .. Disebabkan itu , aku tanya adik perempuan aku sendiri yang mana mungkin dia tau mengenainya ?

Katanya kes yang diceritakan dalam akhbar tu tak beberapa tepat kecuali terdapat pondok polis di situ dan tiada polis di dalamnya .. Tu kata mereka laa .. Kesahihan , hanya saksi saja yang tau ..

Kata adik aku lagi ( berdasarkan cerita jiran terdekat yang juga pemandu lori ), kes berpunca jauh amat berbeza sekali .. Lohhh .. Takkan gitu sekali kot ? Serius berbeza dari cerita mulut dan cerita dalam akhbar ..

Maka aku dapatkan pandangan rakan rakan di FACEBOOK .. Maklumlah , pembaca adalah dari rakyat jelata yakni aku dan juga mereka ..  Apakah akhbar masakini tidak boleh dipercayai lagi ( tidak telus lagi kecuali cerita hiburan ) atau cerita mulut ni , sukar dipercayai ?

image

Tu baru satu kes .. Kes kes lain cam politik dan sebagainya ?

Wallahualam ..

Hotel Felda Residence , Kuala Terengganu ..

 

Minggu lepas , aku sekeluarga menginap di Hotel Felda Residence ni selama 3 hari 2 malam .. Lama dah aku tak lepak kat hotel berbanding sewaktu kerja dengan Kementerian Pelancongan .

Dari luar , aku tengok hotel ni nampak cam hotel 3 bintang di Kuala Lumpur .. Rekabentuk dia bagi aku la kan .. yang takde ilmu bab rekabentuk ni , tak menarik perhatian aku untuk amik gambar hotel ni .. hehee ..

Tapi view persekitaran , mmg best la terutama belah malam .. Yang tu tak dapat dinafikan ..

Bilik ? Bilik , bagi aku sangat selesa . Kira kalau nak bawak keluarga tu , atau nak g bercuti dan tidur semalaman di hotel ni , ok dah ..

Cuma makanan yang disajikan di hotel ni , tak banyak pilihan .. Tu je kelemahan hotel ni . Kakitangan hotel , bagi aku .. ok ! Ada senyuman terukir di bibir mereka .. Kira talak sombong punya olang laa ..

Kesimpulannya , kalau nak bercuti dan berjalan jalan di sekitar Kuala Terengganu sekali lagi , hotel ni mmg boleh jadi pilihan aku . Harga , boleh tahan la gak .. Tak boleh nak bagitau berapa sbb harga bilik hotel ni berubah rubah .. hehe  ..

 

IKLAN

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.

Selanjutnya di SINI

Qhaliff ada eye bags ?

 

Tak dapat rehat secukupnya sbb jalan jauh ? Sbb tu ke Qhaliff ada eye bags ?

IMAG2118IMAG2120IMAG2123IMAG2130IMAG2127IMAG2133IMAG2138IMAG2139

Hurmmmm … Kesian lak tengok dia tak cukup rehat .. tapi takkan nak tinggal dia ngan aku je kat rumah ? Jap lagi nak kena travel lagi ..

Hurmm .. Tak pe la.. ajar lasak skit .. Kalau nak kesian memanjang , baby jadi ‘lembut’ pulak ..

Wallahualam ..

Van putih kembali .. Awasi anak-anak kita !!

 

“ Murid tahun tiga yang nyaris menjadi mangsa culik tiga lelaki menaiki sebuah van putih, Khamis lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 9, baru pulang dari sekolah agama tidak jauh dari rumahnya, di Kepala Batas , jam 11.20 pagi.

Ketika kejadian, mangsa baru turun daripada kereta jiran yang diupah mengambilnya dari sekolah setiap hari dipercayai mahu melintas jalan untuk pulang ke rumahnya sebelum dihampiri sebuah van putih dinaiki tiga lelaki.

Menceritakan saat menakutkan itu, anak bongsu dua beradik itu berkata, seorang daripada lelaki terbabit menarik tangan kanan sambil mengarahkannya masuk ke dalam van menggunakan bahasa Melayu. “

Selanjutnya , sila beli Harian Metro hari ini ..

 

Ini bukan kes pertama kalau tak silap aku .. VAN PUTIH ..Ingat lagi kes VAN PUTIH ? Cuba google VAN PUTIH CULIK . Tak kira anak lelaki atau perempuan , kalau sayangkan anak maka ambil langkah keselamatan ..

Biar pening sekarang dari pening kemudian ..

Nangis dah Tok Ma …

 

Ikutkan , nak je aku balik esok tapi esok nak kena g Melaka lak .. Bukan pe , pasni nak balik Kelantan susah dah .. Tunggu raya baru dapat balik .. Pastu , bukan raya pertama atau kedua lak tu… huhu ..

IMAG0804-1

Memandangkan Qhaliff takkan jumpa Tok Ma dia lebih kurang sebulan lebih , maka Tok Ma amik peluang abiskan masa dengan Qhaliff sepanjang hari , semalam ..

Dan tadi , sebelum berpisah .. dia peluk erat Qhaliff dan dalam diam , mengalirkan airmata .. Huhu .. Syahdu tapi aku berlagak cool jer .. Kalau dilayan , aku pon confirm tangkap nangis ..

Begitulah perasaan orang tua kan ? Makin tua , makin sensitif jiwa mereka .. Hurm ..

Entahlah .. camana laa ada anak tak ingat langsung kat orang tua mereka ..

Gambar kat atas tu , kal pertama mereka ( Qhaliff dan Tok Ma ) berpisah sejak Qhaliff dilahirkan .. huhuh ..

Aku lak sedih ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI