Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 17 Julai 2012

Daddy suh tidur laa …

 

 

IMAG2179-1-1

Sejak wife kuar bilik dari kul 8 malam  , hingga hampir kul 10 tamo tidur dia walaupun aku dah rasuah dengan susu sebotol !

Puas laaa dok dodoikan dia .. Bila pasang tv , mata dok tumpu cerita MIGHTY JOE YOUNG .. bila aku bangun dan dukung dia , dok pandang kiri kanan tapi tak nak gak tidur .. Tandat tanda kecil mengantuk pon takde .. Aduh .. camana nak update blog nih?

IMAG2188-1

Letak dalam rocker dia , main kaki lakkk .. arghhh .. Semakin suka main kaki lak diaa ..

IMAG2177

Petang tadi pon gitu gak..  dok bizi main kaki gak  .. hurmmm .. Liat betul nak kasi dia tidur .. Mungkin pagi tadi dah banyak tidur kot .. huhu ..

IMAG2182

Satu cara nak kasi dia tidur , kena tunggu wife balik .. Kasi menyusu jer … Confirm !  Selamat jalan romeoooo …

Kul 10 lebih .. wife balik .. Tukar syif .. tak sampai 10 minit , babaaaiii .. See you tomorrow daddy !

Grrr ..

Budak Happy !!!

 

Beginilah rupanya bila dah abiskan sebotol susu cap ibu menyusu . Gembira tak terkata ! Takde apa lagi yang mampu mengembirakannya kecuali dapat susu .. Bagi ipad pon dia wat dek punya !

Tapi kalau tak dapat ? Ya Allah !! Seriusss .. aku pon takut tengok dia punya menangis ! Seolah olah macam 3 hari puasa non stop punya laaa ..

Tapi tak leh salahkan dia .. Dah la duduk dalam aircond .. lampin pakai buang yang dibeli di kedai ayah mertua aku tu pon dah dipenuhi air tinting dia .. hehe .. Mesti laaaa nak susu kan ?

Stok susu , tinggal untuk petang malam ni .. Dah la tu , dalam peti ais .. Takkan nak bagi hok tu .. Mau kembung dia nanti .. Nak tak nak , roger wife .. Nasib baik dh kul 1 tengahari ..

Bomba datang berlumba lumba .. Bantuan kecemasan tiba tepat pada masanya walaupun lewat hampir 30 minit ! Nasib baik si kecil nangis ala ala  Justin Bibiaq menyanyi sambil menari K-Pop .. Kalau dia bantai style Mawi ? Haruuu wehhh .. haruuu ..

Jangan pandang remeh sebarang tanda pada bayi kita .

 

Seorang ibu mendedahkan bagaimana 20 doktor menafikan anaknya menghidap barah dengan hanya menyifatkannya sebagai tanda lahir sehingga ia membesar seperti sebiji anggur.

 

 

Yvonne, jururawat di Sturminster Marshall, Dorset berkata, doktor sebelum ini memberitahunya, tanda ungu itu yang asalnya bersaiz bola golf, hanyalah tanda lahir ‘strawberi.’ Apabila ia semakin membesar dan berdarah, Yvonne berulang kali membawa Isabel ke hospital tetapi doktor hanya memberi ubat untuk mengecutkan tanda lahir itu.

Selepas beberapa kali ulang- alik, Isabel akhirnya dirujuk ke Hospital Great Ormond Street di London dan ujian mendapati dia menghidap ketumbuhan sarkoma, sesuatu yang jarang berlaku.

 

Tetapi si kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi kerana tanda itu yang akhirnya disahkan ketumbuhan dan membesar dalam masa sebulan hingga menutup telinga kirinya.

Isabel yang sekarang berusia empat bulan, menjalani pemulihan setelah kehilangan telinga kiri berkenaan selepas doktor menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan itu.

Yvonne yang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang berkata, Isabel kini hanya mempunyai telinga sebelah kanan dan parut yang besar pada mukanya.

Doktor juga memberi amaran, kanak-kanak itu juga mungkin tidak boleh bercakap dan berdepan dengan masalah bahasa pada masa depan . “

Artikal penuh di HMETRO.

 

Hurmm .. Aku malas nak tuding jari kat mana mana pihak .. Bukan tak pernah berlaku kes kes ‘tengok sebelah mata’ ni  .. Pernah .. Bila pergi jumpa doktor , dia kata demam biasa .. Seminggu kemudian , ICU .. dan seterusnya , meninggal dunia .. Punca ? Denggi .. Hurmm ..  Tu berlaku pada arwah sepupu aku ..

Patutnya doktor yang sekadar jadi doktor ni perlu lebih bekerja dengan lebih tekun bila memeriksa pesakit terutamanya yang di klinik swasta ni .. Servis takat pegang dahi , cek denyutan jantung .. Tu jer.. pastu suh amik ubat kat luar ! Bukan semua kan ? Tapi yang segelintir tu yang merosakkan profesion doktor ni .. Lagi pon , doktor pon manusia biasa jer ..

Kita , sebagai orang yg tak de ilmu perubatan ni kena senantiasa alert terutamanya pada bayi kita .. Kadang-kadang nampak je ok .. Atau demam biasa .. Sebaiknya , rujuk pada yang lebih pakar .. jangan memandai .. Huh..

Nasihat untuk aku gak ni .. hehe ..

Nak ambil kursus komando atau ninja !

 

Klon aku ni kan , kalau dah tidur … haihh .. Tolonglah jangan bunyi apa apa pon. Peliknya , bunyi tv ok jer … Tapi bunyi pergerakkan orang dan sebagainya .. mmg buat dia terjaga ! Camana aku masak lauk pauk 9 jenis  yang lazat lazat atau update blog kalau camni ?

 image

Nak bergerak pon kena ala ala ninja atau komando gitu .. slow slowwww .. Bayangkan aku nak bukak plastik roti pon dia leh jaga .. Tapi pasang  tv kuat kuat , ok plaakkkk … Aiyooo .. telinga piring Astro ke apa ni ??

Kalau aku sakit perut dan dia tengah tidur , camana ? Camni laaaa .. hahaha .. Kena tahan laaa dulu .. Kalau tak , kita memerut dalam toilet , dia meraung kat luar .. huhu .. Mau gak terbantut nanti .. haha ..

Camana laa ibu ibu leh dapat buat macam macam kerja bila anak tidur eh??

Lega kalau Qhaliff tidur ..

 

Nyenyak sungguh si kecil ni tidur semalam .. Ngan aku aku nyenyak .. Suhu aku rasa dalam 21-22 darjah cel .. Nak matikan aircond dalam bilik hotel ni, tak jumpa pulak butangnya .. Nak mencari , malas la pulak .. Maklumlah mata dah mengantuk abis . Katil separate , aku satukan . Qhaliff tidur tengah tengah . Huhu .. Toksah pk bukan bukan ! huh !

Sedar-sedar dah hampir kul 7 . Lewat subuh .. huhu .. Qhaliff masih lagi nyenyak ..

Wife siap , dan keluar ke bilik kursus dia .. Tinggal aku ngan Qhaliff .. Bila wife nak g , baru Qhaliff celikkan mata dia .. Kalau dia dah celik , bermakna aku tak leh la nak sambung ‘destinasi ‘ aku .. huhu ..

Dalam kul 9 gitu , aku mandikan Qhaliff .. Hehe .. Teror dah mandikan dia sorang sorang .. Tapi jangan harap la nak mandi cam mandi bunga tu haa.. Ala ala P.Ramlee gak gak ..

Pastu , siapkan dia .. Pegang tangan dia , terasa sejuk benar.. Aku pakaikan dia stokin kaki dia .. hahaha .. Baru tak rasa sejuk sangat .. Kemudian , kasi susu sebotol .. dodoi … Zasssssssss … lenaaa…

Aku ? aku ? update terus kat korang .. Mandi pon belum lagi ni .. Tapi jangan risau , aku senantiasa wangi .. Tak caya ? Jap aku angkat ketiak .. Cer bau ..

Psst.. hotel mahal ni pon takde wifi ! Camana tu ? Aku tak kisah hotel luar negara .. Al-maklumlah , negara ni beria nak jadi negara yang punya internet merata rata .. Tapi percuma ke ? Jangan mimpi laa .. Tunggu PRU ke 20 baru dapat .. skang baru 13 kan ?

Artis dan wartawan hiburan ! Kesian …

 

Baru-baru ni aku ada up satu entri ( Tak perlu la blogger cerita pasal artis di Malaysia ! ) selepas menonton rancangan AWAL LAGI yang bertajuk ARTIS DAN BLOGGER .. Dalam rancangan tu , blogger dihentam sehabis-habisnya manakala wartawan pula dipuji melambung..

Maklumlah , mereka kata bab bab infomasi ni kena serah pada ‘ yang punya kelayakaan dan lesen ‘ . Blogger ni , takde ilmu atau tak pergi amik sebarang kursus penulisan .. Awal Ashaari tak belajar karangan kot kat sekolah hingga perlu amik kursus buat blog ? Buat artis yang tak tau atau sekolah setakat dah plan nak jadi artis , blog bukan saja jual produk atau letak iklan yer ..

Mari kita tengok apa kata wartawan hiburan mengenai artis tanahair kita ni .. Mereka kan punya kelayakan serta lesen besar untuk membuat artikal mengenai artis .. Ahaa ..

ADA wartawan hiburan mengadu pada saya yang dia tak boleh nak temuramah seorang pelakon lelaki yang baru menang anugerah paling popular baru-baru ini. Wartawan hiburan ini jaki tengok dekat-dekat muka aktor itu sebab terkena banyak kali dengan perangai berlagak aktor itu. Tanya baik-baik tapi bila dibalas kasar oleh aktor itu, sebab itu dia naik anginlah. "Sumpah, kalau boleh aku tak nak intebiu aktor itu lagi lepas ini. Memang biadap. Aku dah senarai hitam dia sekarang ini," marah wartawan hiburan itu pada saya lagi.

Tidak dinafikan memang wujud situasi favouritism di kalangan wartawan hiburan ini. Ia banyak dipengaruhi faktor keselesaan sewaktu komunikasi berlangsung pada peringkat awal. Kalau pertemuan pertama dah cari pasal, maknanya pertemuan kali kedua atau ketiga itu terjadi pasti ada masalah.

Inilah asas favouritism dalam dunia hiburan tempatan. Ada orang suka, ada juga orang tak suka. Wartawan hiburan tak boleh mengelak jumpa artis dan begitu juga sebaliknya. Tapi bila masuk dalam konteks kerja, wartawan hiburan selalunya bersikap pemilih. Mereka nak artis yang mudah be kerjasama. Sementara artis-artis yang perasan bagus, kekwat (berlagak) atau selalu tukar kenyataan terpaksa disingkirkan awal-awal. “ Baca bagi abis kat SINI

Dalam erti kata lain , wartawan dan artis ni pon manusia . Jangan la pandang blogger ni cam alien atau ‘manusia’ yang terkinja kinja cari publisti untuk lariskan blog saja . Bukan semua blogger macam akhbar tabloid ! Sedikit saja begitu .. Blog gitu , sekejap je wujud pastu ilang dah ditelan ombak ..

Dan artis kat Malaysia ni , yang kena hentam dek blogger pon berapa kerat je .. Tu pun yang bermasalah punya ! Cer tengok artis yang berdisiplin .. Ok jer kan ?

Blog blog berkonsepkan hiburan je suka update cerita artis ni.. Aku tak amik port sangat blog gini sbb bagi aku, konsep mereka lebih pada portal , bukan blog .. Tapi , tak banyak pon blog begini .. Blog peribadi cerita hal artis ni ( aku pon ada gak ) , mungkin lebih pada tertarik pada isu tersebut .. Maklumlah , kitorang pon layan tv gak kan ? Takkan ari ari nak layan THUNDERCAT je kan ?

Ok ? En artis .. skang ni kan , blogger yg banyak up artis tau ! Kalau tak tau , cuba google nama korang sendiri .. Banyak kat akhbar atau blog ? Kalau yang yg takde tu , maaf la yer .. Anda tak popular !

Saja nak goda daddy la ni eh ? Daahh !! Tidur !

 

IMAG2168-1-1-1

“ Daddy .. Jommm main .. Qhaliff tak nak tidur lagi !! “

“ Jangan mengada . tidurr !! “

IMAG2163-1-1-1

“ Daaaaddyy , jomm laaa … “

“ Tidurrr .. Daddy , nak update blog niii .. Tidurr .. tidurrr ! “

IMAG2161-1-1

“ Daddy .. cepaatt … sebelum Qhaliff menjerit !! “

“ Huuuuh ! Ugut nampaaakk !! Yelaahh .. yelaahh .. “

“ Yeeeayyyyyyyyyy !!! “

“ Nanti update blog daddy eh !! “

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI