Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 18 Julai 2012

Aku tak layak ..

 

Penat .. Tengok muka Qhaliff, mmg semangat nak kembali membuat apa saja kerja aku yang tertunggak tu ..

Serius .. Aku mmg penat sejak bergelar Mr. MAMA sepenuh masa . Aku mana ada masa nak tgk tv bila jaga Qhaliff .. Bila Qhaliff tidur , aku update blog .. Kena tau , blog adalah sumber rezeki aku skang ni .. Jadi kena jaga betul betul laa ..

IKLAN : Testimoni Set 3M : 5 oz dalam masa 10 minit!

Kalau Qhaliff tidur sampai 2 jam , aku lak jadi boring ..Dok tunggu lak dia jaga.. Kalau dia jaga , aku lak takleh nak wat apa dah .. Kena tenung mata dia memanjang .. Hahaha .. Takpe .. Jangan mengeluh ..

Bersenam , dah 2 minggu aku tak dapat buat dengan betul . Kelam kabut jer jadual skang ni .. Ni nak masuk Ramadhan , tak tau la camna ..

Penat fizikal dan mental skang ni . Esok ada keje nak kena settle .. Patutlah si ibu boleh dapat title  SUPER ! Boleh buat macam macam kerja dalam tempoh sehari , non stop ! Tu belum tunggu malam , layan karenah suami lak .. Belum masuk part mengandung lagi .. Aiyoo.. Aku , baru skit dah penat.. huhuh..

Letak jawatan !

Qhaliff , bila enjin nak panas ..

 

IMAG2199-1-1

Mula mula gini ..

IMAG2210

Kalau tak amik dia , camni laa muka dia ..

IMAG2209

Betul tak nak amik ni ??

IMAG2211

Cepat amik !!! Kalau takk …

IMAG2212

Non-stop action ! Rasakan .. Tak pasal pasal setengah jam dukung dan dodoi diaa .. Barulaaah nak lena ..

Tu pon jap jer.. dalam 10 minit .. pastu bangun balik .. Kalau time malam gini , jawabnya kena kasi kat mak dia gak .. Confirm diam dan tidur punya ..

Qhaliff dah mula kerap ..

 

Alhamdulillah .. dulu nak tunggu Qhaliff buang air besar ( BAB ) macam tunggu kucing nak beranak .. 5-6 hari tau lebih seminggu pon ada .. Sembelit tu tak … normal jer .. Angin pon tkde .. Doktor kata ok jer ..

Sejak kebelakangan ni , Qhaliff dah mula kerap BAB .. Last dia buang , hari Isnin ari tu .. Dan tadi sekali lagi , ( Rabu petang ) dia buang lagi ..

Dan seperti bayi yang lain , bila diorang ni BAB , pasti akan bagi ‘signal’ , malangnya aku tak peka tadi.. Bila nak mandikan dia baru nampak dipers dia dah penuh .. Nasib baik dipers dia ditukar 2-3 jam sekali .. Kerap tukar sbb dia banyak menyusu ..

Dan syukur juga pada Allah , skang Qhaliff jarang wat perangai bila g shopping mall .. Baik banyak dah dia .. Dulu baik gak .. cuma manja jeee terlebih .. Tak peee.. manjaaa jeeer .. Daddy ok jeee .. kan kan ?

Kenapa LELAKI kurang hormat WANITA di zaman ni ?

 

“ Perghhh .. ketat baju awek tuuu .. Huih , alhamdulillah .. masuk ke surau dia .. Syukur .. Bertudung dh .. sayangnya baju ketat serta seluarnya pon ketat .. Aku tak tau la camana dia nak buang air besar.. Sempat ke tak eh ?  Teringat zaman rock abang aku dulu .. Skang , perempuan lak pakai .. huhuh.. “

Tu yang aku nampak tadi sewaktu di RNR Ayer Keroh ..  Dan banyak lagi situasi begini yang pastinya lelaki nampak merata rata pelusuk tempat di Malaysia ni .. Tak yah cita dunia la yer ..

Sebenarnya , banyak kali dah aku dok up entri begini . Tapi aku tetap nak up sbb aku rasa ramai lelaki semakin sakit jiwa melihat keadaan keadaan begini .. Makin teruk pulak aku tengok ..

Aku tau ramai lelaki berusaha melawan mata mereka dari melihat free show  ni tapi apakan daya , iman tak setebal kulit bawang pon .. Menjeling la jugak .. Tu belum tertelan air liur lagi .. Tau tau , isteri mengandung lagi .. Haa .. Tu nasib baik dah kawin .. Yang belum kawin ? Cer citer tengokkk ..

Aku sendiri la kan , kalau berdepan dengan perempuan yang sempurna tutup auratnya , aku jadi segan nak berbicara dengannya . Rasa hormat terlalu tinggi .. Tapi kalau mereka sendiri pon tak hormat tubuh badan mereka , camana lelaki tak cuci mata bila berborak dengan perempuan gini ? Habaq mai sat ??

Tak kira la kat mana pon , mesti ada spesis ketupat pulut ni .. Ni kira lelaki mampu tengok je laa .. Kalau yang tak mampu tahan nafsu , tu yang jadi kes kes mengarut tu .. Tak kesian ke ? kalau tak kesian kat lelaki , kesian kat tubuh badan tu sendiri . Al maklumlah , janji Allah di akhirat kelak ..

Aku tak sebaik mana pon . Sama gak isteri aku mahupun keluarga aku . Kita sama sama pengajaran .. Ok ? Semoga Ramadhan akan datang nanti , bukanlah satu adat semata ..

Kecik je Qhaliff ..

 

Waaa .. Ramai cam tertipu je eh bila tengok Qhaliff ni .. Ingat besar sbb tengok dalam gambar , besar jeeer .. kan ?

Tapi bila tengok , biasa jer .. Hehe .. Nak besar mana laa haii .. Kang besar sangat , aku lak ‘ditangan’kan nanti dek  Qhaliff ..

Tapi dengan size Qhaliff yang baru berusia 3 bulan lebih ni , bagi aku Qhaliff dah bersize besar dah .. Cuma Qhaliff bukanlah jenis tembam bangat .. Tang pipi dia tu , mmg tembam laa.. Ikut mak dia .. Ikut aku , tang hidung dn bibir n mata .. hahaha … Tensen wife ..

Tak kisah la semua tu .. Yang penting sihat dan membesar menjadi anak yang beriman pada Allah serta berguna pada negara dan masyarakat ..

InsyaAllah ..

Kesian dengan pembikin filem skang ni ..

 

Serius .. Lama dah aku tak g tonton wayang melayu ni .. Kalau nak layan cerita melayu , aku tunggu je cerekarama kat TV3 yang kadang kadang standardnya lebih baik dari filem melayu skang ni !

Aku rasa , sejak aku bergelar dewasa ni , entah berapa kerat filem melayu yang aku tonton .. Selebihnya , aku tengok balik filem filem P.RAMLEE atau tengok tv waktu raya .. Skang ni , dah boleh tonton kat ASTRO atau YOUTUBE ..

Sebenarnya , ada je filem filem bagus yg dibikin , sayangnya tak dipromosi betul betul atau kurang promosi .. Contoh cam filem  HOORE HOORE , yangaku tonton kat youtube baru ni .. Aku tau pon filem ni melalui komen komen di FACEBOOK .. Pernah nampak posternya , tapi aku ingat tu cam teater jer .. Haa.. Salah aku kah ?

Skang ni , cerita berunsurkan gengster lak .. Dan menariknya , bukan pelakon yg memang muka gengster berlakon tetapi dan bijak tarik ikon ikon internet ni berlakon sama .. Secara tak langsung , promosi lebih kuat kat situ .. Hahahah .. Bijak kan ? Maaf laa .. Nafsu aku hilang untuk tonton filem filem begini ..

Tak lama lagi filem TANDA PUTERA akan ditayangkan  di pawagam .. Sepatutnya hari ni ada previewnya dan aku dijemput hadir .. Sayangnya , aku ada hal .. Tapi insyaAllah , aku akan g tonton nanti ..

image

Kalau cerita gaduh gaduh cam gengster tu , baik tayang je kat tv jam 3 pagi .. Toksah laa dok rosakkan minda masyarakat lagi ..  Bawak bawak la jadi pembikin filem yg lebih bertanggungjawab. Jangan dok pikir duit jer .. Haihh ..

Ingat yer .. nak g tonton wayang , bukan RM10 skang ni .. Duit minyak atau duit pengangkutan , duit popcorn + air coke , duit parking , duit belanja awek atau belanja kawan kawan .. Berapa dah ? Kalau tak berbaloi ?? Produser nak bayar balik ke ?

Saya sokong filem tempatan , yang benar benar layak dibuat filem ..

Pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah. ‘ I LIKE’ !

 

Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya. “  - UTUSAN

 

Antara tweet aku semalam hingga aku tertidur ..

Dgr kata tahun depan handphone boleh bawak g sekolah ek ? Apa kata benarkan saja bawak maid atau bodyguard skali ? Baru best g skolah ! “

“ Tahun depan harap ada baucer pelajar utk beli handphone lak ! Tahun ni beli buku. Tak pun , bg je handphone 1Malaysia ! Undilah BN !! “

“Tahun 2013 . "Cikgu , cikgu ... Isabelot menangisss .. Handphone dia kena curik !! "

“ Tahun 2013 .. " Cikgu , saya dah follow cikgu kat Instagram.. Cun la awek cikgu .. I likeee .. "

“ Tahun 2013 .. " Cikgu .. Amat ngan Acong gaduh ! Diorg berebut nak charge handphone .. "

“ Tahun 2013 .. " Cikgu rotan saya , sayaaa tweet PM ! Siap letak hastag kementerian pelajaran lagi , ok ! Cuba laaa rotaan .. "

“ Tahun 2013.. " Eh , korang kalau nak cakap ngan aku , korang WHATSAPP je tau .. kalau kita ckp , ketua kelas tulis nama kita kita nanti.."

 

Gambar hiasan

Geng .. cikgu dok tidur .. amik gambar cepat .. Leh upload ke FACEBOK

 

Pendapat aku la kan .. Lebih banyak buruk dari baik . Masalah masalah baru akan muncul . Amik contoh paling mudah .. Pelajar akan jadi sasaran penyangak ! Sekarang ni pon golongan dewasa dirompak , diragut secara terang-terangan , bayangkan pulak budak sekolah ! Dengan wujud gengsterism disesetengah sekolah atau pelajar pelajar nakal , pasti gadget mereka menjadi sasaran .

Kebaikan , cuma ibu bapa atau guru dpt mengawal anak mereka di sekolah .. Keburukannya pula bagaimana ? Takkan nak biarkan anak anak kita menjadi sasaran penyangak ? Ingat , penyangak buat kerja dulu baru fikir ! Maknanya , mereka akan sasar je sapa sapa asalkan pelajar sekolah dengan beranggapan , dalam beg mereka ada telefon bimbit atau ipad ! Camana tu ?

Ada yang akan kata , “ Ala .. yang tak mampu tu , tak payah la bawak atau beli .. Yang mampu je buat semua ni .. “ kan ? Apakah anak anak kita nak telan air liur je bila tengok rakan rakan mereka ‘bergembira’ belajar menggunakan gadget ? Pasti dalam diam akan memaksa mak ayah mereka kan ? Maka tergaru garulah kepala selepas ni ..

Pasni , anak anak kita pasti akan lebih terdedah pada bahaya kerana mereka punya barang berharga yang sering menjadi sasaran penyamun ! Buka mata dan lihat masalah sosial yang  sedang berlaku sekarang !

 

“ Maaakkkk .. cikgu rotan baby tadiiii .. “

 

Kita kena berfikiran positif “. Betul .. Sapa nak tolong fikirkan yang negatif tu memandangkan byk menda negatif sedang berlaku skang ni ?

''Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan cara pembelajaran dalam talian iaitu 1BestariNet mulai tahun depan, kaedah pembelajaran ini akan semakin berleluasa di negara ini.”

Bayangkan kalau keluarga yang tak berkemampuan .. Takkan kerajaan nak bagi hanphone dan Ipad 1MALAYSIA ? Tak galakkan membeli ? Jadi ketinggalanlah anak anak itu ? Haihh …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI