Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 23 Julai 2012

Janganlah ego wahai wanita ..

 

Aku akui aku tak sebaik mana pon . Begitu juga ahli keluargaku mahupun isteri ku sendiri . Kami masing masing punya kelemahan .. Tapi aku sebagai lelaki dan juga rakan rakan pembaca blog aku ini yang terdiri dari lelaki , akan memberikan komen bernas atau pandangan mereka mengenai wanita ..

Kami (lelaki ) beri komen , sbb kami nak jaga diri kami dan juga wanita disekeliling kami. Bila kami buat begitu , secara automatiknya , ahli keluarga kami yang terdiri dari wanita pon akan selamat.. InsyaAllah ..

Kenapa ada wanita nak melenting bila lelaki ungkit bab AURAT ? AURAT wanita bagi lelaki sangatlah merbahya. Mungkin perempuan tak kisah tetapi lelaki kisah sbb lelaki punya NAFSU !

Kalau bukan lelaki yang menegur perempuan , sapa lagi ? ALLAH dan Rasulullah s.a.w dah pun menegur di dalam AL-Quran dan hadis tetapi tak diendahkan. Ulama dan para ustaz pon dah bagitau .. Pon tak kisah . Jadi yang tinggal cumalah kami , lelaki yang jahil bab agama inilah memberi nasihat !

Bukan apa , kalau korang ( wanita yang ego ni ) menjerit mintak tolong sbb diganggu oleh lelaki yang gatal , sapa nak datang tolong ? Tunggu ahli keluarga korang datang ke ?

Kitaorang , kalau ikutkan , mmg nak sangat la cuci mata tengok tubuh badan wanita yang gebu tu haaa .. Menda free weehh .. mana ada lelaki nak tolak ?? Tapi disebabkan janji Allah pada mereka yang ingkar ni akan balasan di akhirat kelak , kami sedaya upaya nak elakkan semua ni .. Tapi kalau perempuan sendiri berlagak kononnya , aurat mereka tu hak mereka ( dan mampu jawab di akhirat kelak ) , lelaki nak kata apa ? Kalau mampu elak ,elak la.. Kalau tak mampu , mmg jadi bahan percuma dek mereka yang dah tak larat nak tutup mata !

Sedih bila ada orang yang mengaitkan mak bapak mereka yang alim dengan perangai anak yang serupa macam hantu terutama bab aurat bila berjauhan dari ibu bapa mereka . Jangan kaitkan sama sekali .. Mak ayah dah bagi didikan. Akal ada .. Pakai laa .. Lagi pon semua ni dugaan dari Allah ..

Otak ada , tapi letak kat microwave .. Bikin malu. Kalau dah terasa tu , berubahlah .. Jangan cari alasan untuk terus hidup bergelumang begitu ..

Nak pakai ketat ? Ler , pakai jer …

 

Dalam sebuah rumah …

“ Along , tukar baju tu .. kan tak sesuai baju tu.. Ketat sana sini baju tu.. Iskh.. Dah , tukar tukar .. “

“ Ala yah , boleh laa... Malam ni jer .. Pls plsss ayah .. “

“ Ayah tak kisah sebenarnya .. Kalau kamu nak keluar ketat gitu , nak lagi ketat pon ayah tak kisah .. Cuma ayah tak nak nanti kat akhirat , kamu jawab kat Allah yang ayah tak jaga kamu masa kamu di bawah tanggungan ayah .. Haaa..Kamu berani jamin ke kamu takkan jawab gitu ? “

“ Gini je la .. ayah benarkan kamu pakai ketat macam ni .. Tapi kamu kamu kena mintak izin dari Allah .. Cuba bukak kitab Al-Quran tu dan cari dalam tu kot kot ada tulis dibenarkan wanita Islam berpakaian begini .. Kalau jumpa , tunjuk kat ayah.. Hari hari ayah benarkan kamu berpakaian gini .. ok ? Setuju ? “

“ Er .. ayah je la carikan .. “

“ Eh , apa lak.. ayah mmg dah jumpa.. Takde tulis dalam Al-Quran kata wanita Islam boleh pakai ketat cam hantu bungkus ni .. Kot la ayah ada terlepas pandang .. Kamu kan lebih pandai dari ayah .. Sekolah sampai universiti .. Haa… cepat cari..  “

“ Yelaahh.. saya tukar je la… Iskh..susah la ayah ni .. “

“ Kamu marah ayah ke marah kat Allah ? “

“ Erk.. “

image

"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)

Tamo solat selagi tak ikhlas

 

Dua adik beradik berborak sebelum tidur ...

Adik : Akak , kenapa akak tak tutup aurat masa keluar tadi ? Kawan adik tu , kakak dia tutup aurat tau.. cantik je nampak ..

Kakak : Akak ni tak tutup aurat pun masih jaga tatasusila tauuu ... Kawan adik tu , kakak dia tu ada pakwe... Haa... walaupun tutup aurat tapi dok berpegangan tangan bila dating .. Baik toksah pakai tudung tau... lagi teruk dari orang tak pakai tudung.. Huh !

Adik : Oh .. macam tu ke ... kalau gitu tak yah solat gak la kan ... tak yah puasa ... yeahooo.. bestnyaaa...

Kakak : Eh.. mana boleh ... puasa , solat tu kan wajib... tuntutan agama ..


Adik : Tutup aurat tu tak wajib ke kakak ?


Kakak : Wajib ... tapi bila nak buat tu , kena la ikhlas... kalau tak ikhas , tak guna .. tak dapat pahala ...


Adik : Ooo... kalau cam tu sama la kak.. tak yah puasa , tak yah solat.. sbb adik tak ikhlas lagi.. Kawan adik tu puasa sebab nak kurus .. nak diet jer .. bukan sebab Allah pun .. kan kan ..

Kakak : Erkk...


BA : Yang wajib tetap wajib ... Yang berdosa tetap berdosa .. jgn kaitkan .. dosa tak menutup aurat dan dosa melakukan maksiat , lain hukumannya ... Wallahualam...

Senarai pemenang pertandingan MML’s Home Makeover

 

Wowww ! Pasti sukar untuk membuat pemilihan sapakah yang bertuah mencuri perhatian para juri dengan gambar-gambar yang mereka hantarkan tu , kan ? Gambar apa eh ? Bagi yang tak tau , boleh rujuk kat entri Dah hantar ke penyertaan anda ? ni ..

Setelah tarikh penghantaran ditutup , tarikh pengundian juga telah tamat , maka telah tiba masa untuk mengumumkan rumah sapakah yang benar benar layak untuk dibuat make over oleh MML ?

 

image

Sebenarnya , korang yang dah  hantar penyertaan tu  layak tapi biasalah kan , ? Mesti ada yang benar benar bertuah .. Huhuh .. 

image

Ok ok .. Tamo buang masa ..  Skang diumumkan mereka yang bertuah tu .. Apakah nama aku ada jugak ????

Jeng , jeng … jengggg !!!

 

 CHIN SIEW GAIK

LOH CHIA HUR

NIK SURIA ANILAH WAN ABDULLAH

 

TAHNIAH !!! Waaaa .. Mesti terkejut kan ? Huhuh … Bestnyaaaa dapat jubin dari  MML  ! Bukan calang calang punya jubin okeh !! Aku pun nakkk wooo … Jelessss okeehhh ..  ( Sila rujuk di SINI )

Pengadilan dibuat berdasarkan pengundian di FACEBOOK dan juga juri khas yang arif mengenai jubin ni . Jadi , tak perlulah nak dipertikaikan sangat , yer ?

Sekali lagi .. tahniah dan terima kasih buat rakan rakan yang telah hantar penyertaan mereka .. Jangan hampa yer.. Bukan rezeki kita .. Tak pe la kan ? Bukan kena bayar pon masuk pertandingan ni .. hehee. ..

Terima kasih buat MML

Makanan berbuka puasa pilihan BEN ASHAARI #3

 

Ramadhan #3 : Andai aku kaki memasak , apakah yang akan aku masak untuk berbuka petang ini ? Ahaaa ..

Rendang Ayam Resepi Kak Liza

Pilihan aku adalah ayam memandangkan ayam adalah kegemaran aku hehe .. Kenapa rendang ayam ? Sbb rendang ayam ni mmg laaaaaa mampu membuka selera aku yang dah tak tau nak makan apa skang ni .. hehe ..

Resepi ni pun gabungan dua otai masakan iaitu kak UMMI ZAIHADI dan kak Hanielieza ..

Kelass kooo .. huhu ..

Lelaki tak suka cemburu okeh !!

 

Cemburu ? Oh, tidak sama sekali !! Tak de makna nak cemburu terhadap kekasihnya ... No way !! Norway mungkin .. No no no ! I dont believe it !! u believe it ?? Repley's believe it or not , okeh !

Sebenarnya kan.. pstt ... meh sini aku nak habaq kat korang korang yang tertulis di mykad bahagian jantina tu " WANITA" saja .. Shemale tak leh !

Lelaki ni bukan cemburu sebenarnya ... Tapi tak suka haknya di kacau ! Haaa.. tak leh sentuh sentuh. Apa tengok tengok !! Tak nampak kat dahi perempuan ni ada tertulis " HAK MILIK AKU ! " .. Tu pasal laa lelaki boleh gaduh pasal perempuan .. Silap silap berkeris taming sari lagi kaaau !

Nak kata sayang .. hurm.. takat mana la sayangnya ?? Nampak perempuan lain , 180 darjah kepala tu berpusing ! Juling mata tu jap tengok peremuan cun dan seksi depan mata lalu tu haaa..

Alasan ? Ala .. Dah rezeki .. Tengok je la.. kan ? Aiyo.. Camana pasangan dia lak yang dipandang-pandang ?

" Lu tengok apa bro .. Lama hidup  ka ? "

Ha... tu la yang berani terkeluar dalam hati.. Kalau keluar ikut mulut tu , aku tak pasti la akan keberaniannya ..

Cemburu terhadap pasangan ni , berbeza .. Lelaki cemburu sbb haknya .. Perempuan cemburu sebab kasih sayangnya .. Berbezakan ? Sbb tu lelaki selamba je leh kawin 4 .. Sbb sayangnya berbeza dengan perempuan yang tak nak cintanya dikongsi dengan orang lain .. Tapi peliknya ada perempuan sanggup merampas kebahagiaan kaum sejenisnya .. Hurm... Perempuan perempuan .. Yelaahh lelaki pon gitu gak... Lelaki lelaki .. Ok , puashati ??

Cemburu bab cinta ni , terlalu luas .. Sebenarnya kalau nak cemburu tu berpada pada je la ... tak yah sampai tahap simbah asid atau hantuk kepala kat dinding atau terjun dalam kolam najis.. Tak guna .. Kalau orang dah tak nak kat kita , biar je la.. Eh..silap tajuk .. Mungkin pasangan kita tu 'terlupa' sekejap ..Maka ingatkanlah dia dengan beristighfar ... Ingat Allah .. Ingat mati .. sudah sudah la tu .. okeh ?

Aku kuat cemburu ? No comment ! No camera plss !!

Akhirnya , Medela freestyle dah dimiliki ..

 

IMAG2274

Jumaat lepas , setelah pikir masak masak , wife ajak aku dan Qhaliff ke rumah AjaSu untuk g amik Medela freestyle yang dia tempah ..  Dia dapat tau mengenai Aja su ni melalui kawannya …

Harganya ? Hurm.. Ok gak la setelah dirisik risik dalam internet dan juga luar internet .. tak la mahai sangat .. Tapi wife tertarik sbb caranya .. eheh .. Sbb tu peniaga ni kena ramah dan sombong walaupun selepas produk mereka dibeli ..

Menariknya beli dengan Ajasu ni , wife diajar sehabis-habisnya bagaimana nak gunakannya dan juga after sale service dia ..

Dah guna ke belum ? Belum lagi sbb Qhaliff dok merenget nak meleser jer ngan mak dia .. Nanti dah guna , aku cerita ok ke tak eh ?

Hari ni dalam sejarah Qhaliff dan kami

 

Hari ni , Qhaliff buat pertama kalinya dijaga oleh neneknya di Cheras tu .. hehehe .. Daddy dia , ada kerja nak g buat sat .. Nak g antar repair HTC dia tu haa .. Dah retak sejuta sepuluh dah skrin dia tu .. Tapi boleh pakai lagi woo.. Dasat kan ?

Daddy kena balik sebelum kul 12 tengahari sbb kul 12 , nenek Qhaliff ada kerja nak buat lak .. huhu ..

Cepat tauuu daddy.. Pastinya , mummy sampai lewat ke Cheras sbb jalan mesti jammed punya … Daddy ajak g gym la petang tu ehh .. hahaha ..

Big Sale !

 

image

Sempena BIRTHDAY admin2 Kenkoushoku.com, kami mengadakan BIG SALE untuk pakej2 tertentu selama 7 HARI sahaja.

Tarikh : 23/7/2012 - 29/7/2012

Saya minta maaf kerana pakej2 tersebut tidak dapat dipublishkan di sini atau di fanpage kami KENKOUSHOKU.COM atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Sila tinggalkan email anda di bahagian komen di bawah entry ini atau komen di fanpage  atau add FB saya Laila Ismail (Lailasani)
@ klik je sini...

Untuk memudahkan proses menghantar message. Anda boleh PM saya  atau anda juga boleh sms/whatsapp saya di 019-7228520 untuk mengetahui pakej2 dengan HARGA RUNTUH.

Jangan lepaskan peluang ini ye...  sekali je setahun!!!
Bertindak SEKARANG!!!

Harga PROMO VITAMIN C pun masih berjalan seperti biasa ye....

Sehingga akhir JULAI sahaja...:)

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI