Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 27 Julai 2012

Betul ! Dia tidur ..

 

Berdasarkan gambar di SINI , ada aku tanya kat rakan rakan pembaca di blog aku .. “ Apa laaa abang la ni buat ? “. Dah sedia maklum , ramai yang ke masjid utk solat Jumaat pasti akan melelapkan mata dia sebentar ..

Tapi kan , apa yang menarik perhatian aku mengenai abang la ni ialah , mata dia terbukak sewaktu tidur ! Hahaha .. Camana aku tau ? 4-5 kali gak aku toleh kat dia memandangkan dia kat sebelah aku jer …

Kat tangan dia ,ada pegang surat khabar yang menarik minat aku untuk melihat kandungan di dalamnya . Tapi tak jugak dia selak ke mukasurat berikutnya .Masih di situuuu gakk ..  Tu pasal aku pandang dia .. Tapi mata dia seolah olah tumpu kat suratkhaabar tu ..

“ Waahh .. Dasat ! “ . Bisik hati aku sbb mamat bangla ni beria nak mengejanya .. Aku berfikiran positif laa ..

Tapi bila aku tengok dia tersengguk sengguk tapi mata dia macam tu gak , maka ku confirm laaa … Dia sedang tidur dengan mata terbukak ! Hahaha.. Lawak la.. Respek pon ada .. Kesian pon ada ..

Macam macam laa perangai ..

Cer teka teki tekuk tekuk ..

Ahaaa .. cer tekaaaaa .. Apa abang La  sedang pegang surat khabar tu , tengah buat selain dari pegang surat khabar tuuu ??

Published with Blogger-droid v2.0.6

Dua pusar kepala ? Abis laa ..

 

Ternampak pusar kat kepala Qhaliff tadi , terus teringat kisah seorang lelaki di sebuah klinik kesihatan yang menceritakan mengenai anaknya yang nakal mempunyai dua pusar…

Terus dia tengok Qhaliff .. Dia kata nasib baik Qhaliff ada satu pusar.. Kalau tak , mesti nakal ! Dan , toksah la manja sangat ngan budak budak ni .. Nanti besar mesti pijak kepala kita punya ..

Hurm.. Aku mampu tersenyum jer .. Apakah pusar menentukan perangai seseorang ?  Kalau orang dulu dulu , mungkin la ada cerita  mereka sendiri ..

Bagi aku, aku tak percaya semua ni .. Bukan kemahuan mereka pon kan ? Semua ni anugerah Allah ..

Makanan berbuka puasa pilihan BEN ASHAARI #7

 

Pilhan Ramadhan hari  ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6

 

Makanan pilihan berbuka kali ni , agak simple tapi menarik hati aku .. Kuetiaw Haufan dan Resepi Kicap Campur dari kak Mashitah atau blog http://mas-dapurmas.blogspot.com ..

Sesungguhnya makanan pilihan aku kali ni  adalah kegemaran satu tika dulu .. Tapi bila aku dh ada darah tinggi ni , kena kurangkan sangat laa .. Maklumlah , ada kicap .. hehe .. Sesekali layan , apa salahnya kan ? hehe ..

Qhaliff dah mula menjerit ..

 

Sejak minggu ni , Qhaliff dh bijak dhhh .. Kalau dia tak nampak sapa sapa depan dia , dia confirm akan menjerit dlm pelbagai intonasi. Boleh tau dh .. Ada bunyi jeritan memain .. Ada jeritan kelaparan .. Ada jeritan boring ! hahaha .. Tapi kalau dia menjerit kelaparan , confirm air mata keluar .. hahaha .. Kira menangis sekali la tu ..

  

IMAG2300-1

Nak tidur lak , bunyi dia mmg dah boleh cam .. hahaha .. Aku rasa Qhaliff tak sabar nak bercakap dah ni .. Skang ni , memalam mesti nak ajak ‘berbual’ dulu sblm menangis nak tidur .. Amboiii.. menangis tuu.. sblm tu ajak bergembira ! Nasib baik tak mintak kopii.. ahah..

Tak kisah la Qhaliff .. asal semua orang gembira , dah la yer .. Tapi tamo jerit kuat kuat .. Bikin kalut wooo …

Ada ker ‘kejam gila’?

 

image

“ Kejam gila atau sangat kejam “

Hurm… wartawan bukanlah blogger . Blogger bukanlah wartawan. Blogger menyampaikan pada pembaca mereka saja. tetapi wartawan menyampaikan pada semua sekali .. Blogger terhad dan amat berbeza dgn wartawan . Kan ?

Kebanyakkan blogger masakini menggunakan bahasa pasar dalam penulisan blog mereka atau lebih tepat lagi tak formal .. Tapi bagaimana pula wartawan ? Tak kan ? Mereka menyampaikan dalam format yang cukup formal ..

Hurmm … jangan la guna bahasa pasar eh wahai wartawan .. Anda punya lesen dan kelayakkan dlm bidang kewartawanan .. Jadi , tulis dengan cara yang betul. Kanak kanak kecil membacanya dan menggunakannya di sekolah ..

Bukan semua wartawan begitu tapi yang sedikit ni lah yang merendahkan martabat wartawan ..

Maaf .. bukan tunjuk pandai tapi blogger pon belajar secara tidak langsung dari wartawan … kan kan ?

Khas buat ibu ibu dan juga bapa bapa sekalian alam ..

 

Parenting Solution2

Buat mereka yang berminat untuk mendapatkan tips yang lebih efektif untuk anak kita terutama karektor dan perangai mereka..

Parenting Solutions
28 July 2012
9am-12pm
The SAVAGE, 6-3 Jalan PJU5/7
Dataran Sunway, Kota Damansara
RM45 per pax

Ketahui bila anda boleh dan tidak boleh menyusukan bayi ..

 

Penting ni untuk bakal bakal ayah atau ibu mengetahuinya . Al-maklumlah , ada yang tak tau dan ada yang dah tau terutamanya bila ada  orang tua tengok tengokkan. Bagi yang tinggal berdua je ? Haa.. pasti akan tertanya tanya macam aku ngan wife tempoh hari yang mana dia telah mengidap selsema. Boleh ke tak susukan baby ni ? Ubat apa yg boleh makan ni ? Kang baby dpt kesan lak ? 

Jadi , dengan sedikit info yang aku mampu kongsi bersama korang ni , harapnya dapatlah sedikit ilmu mengenainya .. Sama sama kita belajar deh .. hehehe ..

 

Breastfeeding Guide_img_88

Untuk keterangan lebih lanjut , boleh cari doktor yang pakar mengenainya atau hubungi ASCW Nutrition Centre  di Toll Free 1-800-88-9878

Parah gak Mr.Mama ni ..

 

Masuk hari ketiga dah aku demam . Dengan kenaikkan tekanan darah semalam serta sakit kepala sesangat , akhirnya aku akur … terpaksa batalkan puasa aku sedangkan jam dah menunjukkan kul 4 petang . Lagi 3 jam nak buka tapi bila teringatkan kisah seorang rakan blogger yang punya darah tinggi akhirnya meninggal dunia di usia muda , membuatkan aku amik keputusan untuk makan ubat yg doktor bagi.

Dan , tak pasal pasal wife kena amik cuti 2 hari sbb nak jaga Qhaliff .. Hurm.. Sian kat dia .. Apa nak buat , kan ? Kalau ada maid , perangai maid lain pulak . Jarang gila la nk dpt maid yg tak buat perangai ..

Malam tadi , lepas isyak  aku ngan Qhaliff dua dua bantal tidur hingga jam 1 pagi. Aku tidur sbb makan ubat.. Tak tahan mata sbb kesan dari ubat.. Kang , sahur makan sekali lagi … tidur balik .. huhu.. Parah gak ada selsema ni sbb ad bersin sekali. Sekali bersin , sakit gile badan .. Macam kena hentak rasanya ..

Entahlah .. senaman pon , lama dah aku tak buat ni. Tak berkesempatan. Bila nk buat , Qhaliff nak ajak jalan jalan .. Adoiyai .. tap aku kena buat gak ni.. Bahaya untuk aku .. hurmm….

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI