Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 29 Julai 2012

Geram benar tul si Qhaliff ..

 

Saja aku tambah mainan dia agar dia mampu mencapainya . Dan aku nak tengok apa dia nak buat .. Haha .. Seperti si kecil yang lain , mereka nak ‘ rasa ‘ dengan mulut mereka .. hehehe ..

Tapi kalau tak dpt rasa , camana ? Hehehe ..

IMAG2754IMAG2755IMAG2768

IMAG2771IMAG2773IMAG2769

IMAG2779

Jangan mimpi ler nak kasi rasa walaupun abis air liur meleleh  ! Hahaha .. Siaannn .. Kempunan telur tembakul Qhaliff ..

Kasi dia usaha sendiri untuk dapatkan .. Kena sabar dan tabah ..

Insaf bila g Bazaar Ramadhan ..

 

http://melakadaily.com/wp-content/uploads/2012/07/1.jpg

Mengancam kan ? Bila g bazaar Ramadhan ,pasti teruja dengan segala makanan yang sedia ada .. Tapi bila mengenangkan saudara seagama kita sedang dibakar dan dibunuh, segala selera terpadam terus ..

Photo: Tunggu apa lagi ? share la wahai kawan kawan ..

Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang, habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh...Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar.

Baca lagi di WACANAKU ..

 

Ada antara kita tak kisah sbb bukan berlaku di negara kita , kan ? Kalau nanti berlaku , sapa nak tolong pulak ? Maklumlah , muslim  ni ramai musuh ..  Yang bersaudara pon dok pandang sipi sipi jer .. Camana tu ?

Apa tanggungjawab kita sebagai saudara seagama ?

Nak sambut Aidilfitri bersama yang tersayang kan ?

 

Malang tak berbau .. Kereta Proton Wira yang dinaiki empat sahabat hancur berkecai selepas terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km18, Jalan Kuantan-By Pass dekat Kuantan, Pahang, malam Sabtu. Dalam kejadian 11.15 malam itu, pemandu dan tiga penumpang Proton Wira maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah treler yang keluar dari simpang sebelah kiri sebelum sebuah kereta jenis Honda merempuh bahagian belakang Proton Wira berkenaan. Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta berkenaan Mohd Shahidan Shaari, 26, Mohd Shahafiz Othman, 22, Muhd Taufik Abd Rahman,20, dan Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19. -foto Bernama / Mstar..

 

Al-Fatihah buat semua mangsa kemalangan di atas .. Takziah dari saya.

Pesanan buat rakan pembaca di blog ni .. Bila pegang stering kereta , ingatlah mereka yang tersayang .Jangan nak cepat sampai , jadi tak sampai langsung .. Sian .. Rasanya banyak dah nasihat dan amaran dikeluarkan tapi sayangnya masih ada yang rasa jaguh di jalanraya .. Kalau tak sayang nyawa , ingatlah mereka yang sayangkan nyawa anda ..

Makanan berbuka puasa pilihan BEN ASHAARI #9

 

Pilhan Ramadhan hari  ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8

 

Oh ayaamm .. Seperti mana yang korang tau , ayam dan aku tak dpt dipisahkan. Selain ayam , telur ayam juga adalah kegemaran aku . Kalau wife tak tau nak masak apa , sambal telur atau telur masak kicap pon dh cukup menyelerakan .. hehe .. Senang kan bela aku ?

Ok .. ok kali ni , aku nak syorkan resepi dari kak Hanielieza ( Chef ) yang cukup terkenal dah .. Buku masakan dia pon dah bersepah kat kedai kedai buku tu haaa ..

Resepi ni namanya AYAM PANGGANG SERAI .. Kenapa aku pilih resepi ni ? Sebab ayam ni dipanggang .. Jadi , kurang minyak la skit kan … hehehe .. Kesihatan kena jaga gak ..

Amacam ? Menyelerakan ? Heheh .. Selamat menjamu selera …

Cepatnya masa berlalu ..

 

IMAG2342-1

Masa mula lahir ..

Skang ..

IMG_20120729_130113

IMG_20120729_130201

IMG_20120729_130505

IMG_20120729_130551

Hurm .. tak lama lagi , nak pandai bercakap dan berlari .. Abis la aku …

Jika sayangi anak anda ..

 

Semakin banyak kes di paparkan di dalam akhbar , kebelakangan ini yang mana bayi tercampak keluar dari kereta .. Dari maklumat berdasarkan akhbar tu , kebanyakkannya si ibu duduk depan dengan anak kecil mereka .

Full stop . Aku tak nak memandai mandai bagi fakta betul atau salah. Tapi apa yang aku tau , tempat kanak kanak kecil adalah di belakang.

Begini kedudukan yang sepatutnya .. Walaupun belum tentu selamat 100% bila berlaku kemalangan tetapi cara begini mampu mengelakkannya dari tercampak keluar .. InsyaAllah ..

Ada yang kata tak mampu nk beli car seat untuk anak kecil .. Jadi mereka memangku mereka . Ini amatlah bahaya sebenarnya. Kereta kita boleh dihemtam dari pelbagai sudut sedangkan fokus kita adalah di depan saja. Bayangkan jika dihentam dari belakang dan si ibu sedang berbual dengan si suami yang sedang memandu . Pasti si kecil bleh terlepas kan ? Carilah car seat second hand atau yang murah asalkan anak kita selamat ..

Anak anak bermain dlm kereta .. Hurm… ni pon masalah gak .. Marah dah .. Larang pon dh .. Tapi degil .. Nak tak nak , kena la tegas skit . Jangan tunggu ada cedera baru nak nyesal .. Sebaiknya ,dari kecil lagi dh didik dlm kereta , duduk di tempat masing masing ..

Jangan sesekali ajar anak kecil duduk di tempat memandu. Hurm.. Ramai bapak dok rajin ajar anak kecil mereka bermain strering kereta . Hurm.. Ini mmg bermasalah. Bila mereka boring dalam kereta , mesti nak duduk kat seat ayah dan nak main stering sedangkan si ayah sedang memandu. Tak kasi menangis .. Salah sapa ? Masa ni , nak jerit pon tak guna kan ?

Segala keputusan awal mampu mengelakkan masalah di belakang hari .. Fikir sblm bertindak ..

Cerekarama Maafkan Aku di Tv3 ..

 

Yang aku kenal dlm cerekarama ni , Dato Rahim Razali dan Nora Danish. Yang lain , kenal muka jer .. Heheh .. Tak penting pon kan ? Sbb tak masuk ujian .. Tapi yang penting , cerekarama ni memberi impak pada penonton terutama yang patah semangat dalam kehidupan mereka .. Yup, peluang kedua ..

Dikatakan cerekarama ni meniru idea dari filem Indonesia , Mihrab Cinta , namun aku tak kisah sbb apa yang dipaparkan dlm cerekarama ni mengandungi pengajaran dan tidak pun ‘berniat’ nak kaut keuntungan. Lagi pun cerekarama Maafkan Aku ni dibuat agar lebih sesuai dengan citarasa penonton Malaysia . Simple tapi berbaloi ..

Aku tak perlu bandingkan dengan filem Indonesia kerana pastinya tidak adil kerana Maafkan aku cumalah sebuah dram berbanding Mihrab Cinta , sebuah filem .. Kalau tak silap aku la.. Kalau silap , maaf la yer .. Tak penting pon kan ?  Yang penting , kandungan yang disampaikan pada penonton.

Kalaulah dicilok untuk bikin drama atau filem untuk keuntungan tapi cerita entah hapa hapa yang mana pengajarannya 5 minit terakhir , yang tu mmg patut kena booo ..  Bukan tak sokong tapi nak menipu penonton jer ..

Apa pon , sekali lagi .. tahniah buat semua yang telibat dalam drama ni dan juga TV3 ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI