Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 30 Julai 2012

Qhaliff dah tau 2 menda …

 

Yang pertama .. Kalau panggil nama dia , dia akan pandang pada orang yg memanggilnya tu .. Sbb aku test guna nama lain , dia wat dek .. Tu kajian aku bila aku boring la .. Hehe ..

Yang kedua .. Yang ni , confirm ..

“ Cuba senyum , Qhaliff “

552602_475710542452587_1794911241_n

Haaa.. Tak sampai 2 saat ..Pastu , mcm asal ..

Sikit lagi Ben !!

 

Nyaris nak buka puasa tadi sebab sakit kepala sangat.. Risau tekanan darah naik semula .. G mandi , solat .. lega skit .. Tapi masih terasa peritnya sakit pala ni ..

Tahan Ben .. skit je lagi .. Hari tu , last minit terpaksa gak buka.. huhu.. Dah kul 4 petang .. Kena gak buka untuk makan ubat .. Bukan apa , takut ada yg terus pitam tak bangun bangun dah .. huhuh..

Qhaliff , dok tidur lagi.. Kul 4 kang baru nak gegar dia .. Tadi bangun dah , tapi ‘paksa’ tidur semula .. hehehe .. Bukan apa , kalau dia bangun , kesian dia kena gomol ngan aku.. Hehe.. Kalau tidur , selamat diaaa ..

Tak pernah puasa dengan sakit kepala gini .. huhu .. Memang betul dugaan dari hari pertama .. Kantoi ? Dah pon .. Tak pe la .. nanti ganti balik … Bukan sengaja nak kantoi pon ..  TERPAKSA ..

‘ KANTOI’ tu apa ?

 

image

Dulu , setiap malam , bapak aku mesti suruh aku amik suratkhabar yang dia beli untuk aku baca dengan kuat di depan dia ..

Apakah aku akan lakukan pada anak aku selepas ini memandangkan penggunaan bahasa semakin bercampur aduk antara bahasa pasar moden dengan bahasa Malaysia formal.

Jika blogger yang buat , ‘ mereka ‘ kata blogger bukanlah sumber yang sahih untuk dijadikan rujukan pembelajaran mahupun maklumat yang boleh diguna pakai .. ..

Eceh .. Kononnya laa ..

Kat radio skang ni pon , macam tu gak .. guna bahasa tah hapa hapa tah … Didik la sedikit pendengar tuu .. alahai…

Makanan berbuka puasa pilihan BEN ASHAARI #10

 

Pilhan Ramadhan hari  ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9

Dalam sedar tak sedar , dah masuk hari ke 10 kita berpuasa . Sekejap benar masa berlalu. Si Qhaliff pon dah mula ‘bising’ tanda dia dah semakin membesar.. Huhuh.. Alhamdulillah ..

Dan ramai mula pening nak makan apa untuk berbuka .. Hehehe .. Kali ni aku nak bagi idea menarik .. Kali pertama aku makan Bakso Kuah Daging Sapi ni kat rumah jiran aku .. Dia mmg orang Indonesia laa.. Mmg sedap gitu ..

Jadi , bila aku ternampak resepi ni kat blog Hana Memories , aku cadangkan la kat korang untuk berbuka dengan makan bakso ni.. Ringkas dan mudah je .. kan ?

Hehehe .. aku ? Aku makan je apa pon ..

Bila dah bijak , salah guna pulak ..

 

“ Pelajar rancang culik kerana merajuk, minta wang tebusan RM8,000 “ .

Ni antara kes yang mana anak anak skang bijak berfikir tapi tak tau nak berfikir ..  Apa yang mereka tau , nak itu ini .. Tu je mereka tau , dan berfikir bagaimana nak memenuhi hasrat mereka melalui mak ayah mereka ..

Kalau yang mintak tu ok ok , ok la gak .. Tapi kalau dah sampai mak bapak tak mampu , tu dah jadi mengarut la pulak. Cam ada kes bapak dia keje cukup cukup untuk sara keluarga , tapi anak demand nak beli motor. Mintak cash lak tu .. Mak aihhh …

Kadang-kadang , sayang anak terlampau pon jadi masalah . Anak tak reti nak pikir. Pikir tekak sendiri jer . Menipu mak ayah satu hal. Mak ayah nak marah , tak mampu dh .. Pikir bela dari kecik , susah susah .. Tapi dibiarkan , hummmm  .. masalah mengundang.

Dan apa jadi kalau hasrat mereka tak ditunaikan ? Mulalah ada yang mencuri , pukul mak .. Dlm erti kata lain , masalah sosial mula bertambah .. Dari mana mereka dpt tau semua tu ? Sendiri le pikir ..

Selesai pusingan pertama ..

 

Dalam sedar tak sedar , dah hampir sebulan aku jaga Qhaliff .. Dan pelbagai ragaam dah aku rekodkan dlm blog aku ni .. Macam macam ada .. Dan Qhaliff pon masuk usia 4 bulan lagi 2 hari ..

Baru lepas mandikan dia .. Siapkan .. Bagi susu .. Sebelum tu , kasi dia main dulu sampai dia mengeluarkan satu sound sistem yang menunjukkan dia dah boring dan nak susu .. Baru kasi susu .. Sebabnya , dia akan terus lena bila abis minum susu tu .. Tapi jangan lupa sendawakan dia .. Penting tu ..

Dia dah tidur .. Aku nak tidur sebelah dia .. Sakit kepala datang kembali .. Demam ari tu pon masih ada lagi .. Huhu.. Bak kata wife , selain dari baby , babysitter pon perlu dijaga kesihatannya .. kalau tak , dia kena amik alih .. Hehehe ..

Psstt.. 2 hari babysitter mc ari tu .. hehehe ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI