Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 31 Julai 2012

Terlepas saat terindah ? Rugi ..

 

Antara yang ingin dilalui oleh setiap ibubapa  ialah melihat perkembangan mereka setiap saat namun tidak semua ibubapa dapat menikmatinya kerana terpaksa mencari rezeki ..

Namun , aku bertuah .. Aku dapat melihat setiap perkembangan Qhaliff dr mula keluar dari perut ibunya … Alhamdulillah .. Syukur pada Allah kerana diberi peluang ini ..

IMAG2819-1IMAG2815-1IMAG2805

Perkembangan Qhaliff , senantiasa aku rakam .. Dari hanya tau menangis hingga sekarang dok sibuk menjerit kat telinga aku . Dari tak tau nak pegang apa , skang dah sibuk korek mata aku .. Kaki ? Serupa dok mengelecek bola dah .. Huhuh..

Skang , aku dok ajar sebut ‘ daddy' dulu.. Haha.. Yelah , senang nak jerit panggil daddy dia kalau nak apa apa dari dok ‘ uu aaa ooo ‘.. Kalau dah leh sebut , maknanya leh ajar dah perkataan lain ..

“Ni apa ? Ni mataa… Omputer sebut , Nose .. “

Pasang MyDistress untuk keselamatan kita ..

 

Buat mereka yang tinggal di Selangor ( buat masa ini )  dan mempunyai gadget (telefon pintar dan tab)  , digalakkan sama sekali memasang aplikasi MyDistress ini .

Memandangkan aku di Putrajaya dan akan berpindah tak lama lagi dan berada dalam kawasan Selangor , maka aku pasang app ni sbb kawasan aku tu , boleh dikatakan baru.

Bila berlaku sesuatu ancaman , kita hanya perlu tekan butang SOS . Signal akan dihantar ke ibu pejabat polis dan seterusnya peronda polis yang terdekat dengan kita akan dihantar ..

Utk mengetahui dgn lebih lanjut , boleh baca di MYDISTRESS ..

 

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menunjukkan Aplikasi MyDistress Version Dua menerusi tablet selepas pelancarannya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor (IPK) di Shah Alam

Patutlah si isteri serabai jer ..

 

“ Mandi dah abang ? “ ..

Boleh si isteri ajukan soalan begitu kat aku padahal aku mandi dah pagi tadi selepas mandikan Qhaliff ..  Sedih tawwww .. Mentang mentang laa duduk rumah jer .. Kang pakai ala ala g meeting ngan PM kang , baru tauuu .. haaa ..

Bila disoalkan gitu , baru tersedar.. Patutlah ramai si suami dok komplen si isteri serabai kat rumah .. Tak berseleraaa tengok aihh .. kan ?

Senang la cakapp kan ? Suruh si laki tu pulak duduk rumah seminggu. Bersihkan rumah ari ari . Jaga anak . Masak .. Ingat apa ? Duk depan tv tengok sinetron je keje si suri rumah ? Huh ! Awok kat opis , bergembira .. caitss ..

Hahaa.. jangan maraah aa .. Si suami kena peka .. Si isteri begitu sbb dia kena utamakan yang patut diutamakan . Bayangkan kerja si isteri yang bertugas sebagai suri rumah sepenuh masa ni , hanya tamat bila si suami dah masuk tidur .. Barulah dia dapat landing untuk 6 jam saja.. Pastu mula rutinnya sekali lagi sehinggalah semua dah beruban ..

Suri rumah mana la tak nak berhias kan ? Teringat zaman kejelitaan sewaktu bergelar ratu kebaya dulu .. Skang ni , ratu berkemban je .. Apa nak buat .. Nak jaga keluarga .. Kang tak jaga , suami cari lain .. Pstt..  Jaga pon , tetap cari lain , kan ?

Tu belum lagi kata si isteri bau belacan laa.. Bau budu laa .. Mentang mentang la kat opis ada anak dara yang mekap tebal , bau perfume serupa nak bagitau dia je mampu beli perfume , balik rumah .. komplen ! Dalam komplen komplen pon , keluar gak 3-4 orang !

Lantok ler .. Janji rumah bersih , anak cukup makan .. Laki nak wat pe , tu antara kamu ngan Allah .. Eh ? Mana boleh .. Si isteri tetap amik tauu wooo .. Cer la buat .. Nak tengok kuali hinggap kat muka .. cer try ..

Patutlah ..

 

Bila wife ajak buat baju raya tahun ni , aku sengaja melengahkan . Biar je dia yang buat .. Aku , malas .. Kos untuk sepasang baju , bukan dah seperti dulu .. Tak cecah 100, tak sah . Kalau bawah 100 tu , jawabnya sekali dua je .. Kualiti tak tau lagi camana..

4 tahun dah aku nikah. Baju yang ada , semua baju awal tahun perkahwinan. Kenapa aku tak beli atau tempah baru ? Entah .. aku rasa cam membazir jer . Lagi pun , sejak dh bergelar bapa ni , keluarga perlu diutamakan.

Teringat ayah aku yang baju rayanya tak pernah tukar hinggalah anak anak yg belikan . Dulu setiap kali raya , aku mesti tanya kenapa tak buat yang baru ? Dia senyum dan jawab ..

“ Biar je anak anak yang pakai baru baru.. “

Duit , bukan mudah untuk diperolehi bagi dia . Kena kerja keras untuk mendapatkannya. Segalanya adalah untuk anak anaknya ..

Dan sekarang , aku memahaminya ..

Terpikat sudah aku dengan Siti Mariam ..

 

Heehe.. tajuk giler gempak eh ? Betul la apa ? SITI MARIAM di TV Al Hijrah mmg jauh best dari drama drama bersambung yg pernah aku tengok kat tv sebelum ni .. Hehehe ..

Aku tercari gak sapa pelakon wanita yang membawa watak gadis kampung yang sangat sopan .. Perghh.. Kesopanan dia tu mmg susah dah nak jumpa kat gadis bandar ni haa .. Serius wehh .. Jangan marah aaa tapi tu yang aku nampak laaa.. Korang mungkin pernah nampak ..

Akhirnya aku tau laaa sapa dia ..

Oooo .. Yatt Hamzah rupanya.. pandai dia bawak watak gadis yang bersopan serta lemah lembut hingga berjaya membuatkan aku duduk tengok sampai abis cerita ni dan akan tunggu lagi sambungannya .. hehe ..

Apa pon semua pelakon dalam drama SITI MARIAM ni mmg best ! Menarik drama ni .. hehehe .. Semua watak hidup .. hehe .. Mata pon selamat .. hehe ..

Makanan berbuka puasa pilihan BEN ASHAARI #11

 

Pilhan Ramadhan hari  ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10

Mee Lakna pilihan aku . Simple dan mengenyangkan. Macam macam ada dalam mee ladna ni .. Kira puas la makan ..

Kalu dulu , mak aku rajin buat setiap kali aku mintak .. hehe .. Skang ni , dah kawin , tak try test lagi wife .. Ingat hujung minggu ni , nk laa.. Ke aku yang masak ? Waaaaa…  gempa bumi kalau aku buat.. hahaha ..

Apa pon , mee ladna mmg sesuai dihidangkan untuk masa berbuka. Tak la pengsan selepas berbuka sbb kekenyangan.. kan kan ?

Untuk mendapatkan resepinya , boleh ke blog kak YATIE ..

Jangan percayakan anak anda ..

 

Caaakkk ! Heehe..

 

Semalam , lepas berbuka aku sekeluarga terus g ke rumah mak aku setelah mendapat berita anak buah aku mengalamai kecederaan di kepala dan terpaksa menerima jahitan.

Puncanya , kecuaian di tandas. Bukan terjatuh sebaliknya si anak buah aku tu masuk tandas untuk buang air dan tak tau la apa dia buat tau tau kepala dia berdarah .. Bapak aku kata mungkin dia menunduk , pastu bila dia bangun, terkena sisi bekas air yang ada dalam tandas tu . Nak cerita kat korang pon susah sikit .. hehe ..

Tapi yang pasti , aku pesan dah .. Jangan percaya kat budak budak untuk buat kerja sendiri .. Kena ikut dan perhatikan walaupun mereka dah pandai buat sendiri !

Seperti ada satu kes yang aku baca kat akhbar yang mana si ibu lepaskan anak dia untuk balik ke rumah sekejap untuk amik apatah , naik tingkat 3 rasanya .. tau tau terjatuh masa naik tangga tu.. Tak pasal pasal patah tangan dia ..

Hurmm .. Sebijak mana anak kecil , mereka tetap anak kecil . Kena perhatikan mereka ..

Qhaliff nak jadi pelakon ke ?

 

Kalau keluar dari rumah … Automaik muka dia jadi camni .. Aku pelik ..

IMAG2199-1-1

Bila masuk je rumah .. Dia punya kegembiraan bertukar wajah !

IMAG2803

Dia akan buat secute yang abis agar mak ayah dia tak tinggalkan dia keseorangan atas tilam ! Adoiyaiiii .. Budak ni kang …. Kang … Haaa ..

Berlakon betul laaa … Macam duk rumah lagi seronok pulak diaaa .. Grrr…

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI