Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 3 Ogos 2012

Standard menjelang raya ..

 

“ Tak kiraaaaaaaaaaaaa .. Kelantaaannn  .. “

“ Apa laakkk .. Si Qhaliff tu ada waris gak kat Penang .. Haaa .. Tu tanah kebun durian tuu , dia punya gakk .. Nak gak dia tengok .. haa .. “

“ Tak kiraaaa … Tak kiraaaa … TRW gakkkk … Kalau tak , awak balik sorang ! “

“ Eh , apa laakkk … Tuuu Qhaliff tu binkan saya okeehhh .. “

“ Saya yang beranakkan diaaa .. Haaa .. “

Hahaha .. saja je bakar sebenarnya .. Aku tak kisah pon balik raya mana mana .. Asalkan beraya .. Lagi pon , puasa sebulan dh kat KL .. Raya pe salahnya kat Kelantan .. Tapi saja bakar ajak wife gaduh .. lalallala

Qhaliff minat DORA THE EXPLORER ?

 

Dalam banyak banyak cerita yang ada kat tv hari ni , yang DORA THE EXPLORER ni dia tengok beria sungguh . Tak payah nak layan dia .. Bersungguh dia ketawa , tersenyum dan bermain sambil mata kat tv .. Erkk ..

IMAG2871IMAG2873IMAG2874

Abis laaa .. pasni mesti tv itu milik ku seorang ! Ari ari DORA ? Arghhhh … Tidakkkkk .. Tapi nak tengok kartun je ok.. Jangan bunyi nak pinjam ultrabook sbb nak main game Dora daahh laaaaa .. Huhu…

Makanan berbuka puasa pilihan BEN ASHAARI #13

 

Pilhan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12

Antara kegemeran aku sbb ada mee hoon dan ayam .. Huhu.  Pastu cili .. Arghhh .. Siapkan air sirap .. Meleleehhh .. hahaha ..

Mee hoon soto dari blog SueJoshua ni mmg nampak kelazatannya apatah lagi dia mmg gemar memasak.Pastinya ada sesuatu yg menarik perhatian dia kenapa mee hoon soto ni antara resepi yg menjadi pilihannya ..

Huhu .. Sabar je ler … Banyak lagi resepi yang ada kat blog dia ..

CHIKAPOWWOW – “ Buy Now Auction ”

 

CHIKAPOWWOW ( CPW) telah menampilkan satu lagi konsep yang lebih menarik agar mereka yang gemar membeli gadget secara online dapat membeli secara langsung dari mereka di samping dapat berhibur membida di laman web CPW ..

Caranya dengan membuat pembelian terus menerusi butang ‘ BUY NOW’ .. Tak rugi dah pasni .. Kalau dulu , ada yang kata akan kerugian , jadi kini korang boleh beli terus gadget  atau item yg korang nk tu..

Kalau tak faham , boleh tonton video ni dulu ..

Amacam ? Jadi , kalau taknak membeli menerusi pembidaan atau penawaran , beli jer terus item yang kita nak tu . Chikas yang ada kat tangan tu , leh je buat berhibur dlm tu atau membida item yang kita nak.. Kemudian , beli je terus kalau rasa nak beli dengan harga yang ditawarkan dengan mengabungkan Chikas yang sedia ada dan juga wang tunai  .. Senang je kan ?

Dlm laman web CPW , ada juga item yang dikhaskan untuk mereka yang baru di situ. Maknanya , item tu , orang lama tak leh kacau ! Dikhaskan untuk orang orang baru .. Hehehe.. Ok la tu kan ? Hehe..

TIPS : Anda boleh membelinya terus melalui ‘ BUY NOW AUCTION’ sekiranya tidak mahu melalui pembidaan biasa (‘NORMAL AUCTION’ ).Rujuk video di atas.

Kebersihan orang gaji ..

 

Kita kita yang ada orang gaji ni , bernasib baik sebab byk kerja diselesaikan oleh mereka. Tang kurang nasib baik tu , bila orang gaji lari atau banyak songeh .. kan kan ?

Biasanya yang amik orang gaji ni , ada anak kecil yang perlukan perhatian terutama bab makanan dan keselamatan .. kan kan ? Camana pulak bab kebersihan ?

Kes member aku semalam yang mana anaknya dijangkiti kuman Rotavirus dan doktor memberitahu ada kemungkinan dari air yang tercemar. Dan babynya tu diuruskan oleh orang gajinya ..

Soalan pertama aku pada dia , apakah orang gajinya mandi terlebih dahulu sebelum menguruskan anak kecilnya tu ? Hehe.. Bayangkan dengan tak mandi , pastu sediakan susu lagi .. Aiyoo… Kebersihan botol susu bila tiada pengawasan dari majikannya lagi .. Hurm.. Dan dia jwb mmg tak jaga kebersihan diri ..

Diorang ni apa kisah sangat kan ? Maklumlah , macam kita gak.. Bila bos tak de , ada yang buat kerja sambil lewa .Tau tau , gaji hujung bulan .. Haaaa.. kan kan ?

Pastu kalau kita marah orang gaji kita lak , mesti dia bengang kan ? Ada la kes anak majikan didera .. Atau majikan sendiri mendapat balasannya. Kalau yang kita tak perasan contoh cam bila diorang bersihkan tandas , diorang guna berus gigi kita untuk bersihkan jamban .. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh .. Lazaat gituu ..

Apa pilihan kita kita ada eh ? Dapat orang gaji yang ok , selamat la.. Tu pon berapa peratus selamat pon tak tau laaa ..

Cerita seks ku dengan mak nyah ..

 

image

Adoi .. Bulan Ramadhan yang mulia ni pon masih lagi ada yang tak reti nak menghayatinya eh ? Boleh pulak nak cari menda menda gini .. Alahaiii ..

Tapi tak hairan la.. Dalam 999 semalam pon ada memaparkan lelaki muslim kantoi kat tempat urut atau spa tu haaa.. Ramadhan tak bererti cuti bagi lelaki yang tak reti dosa pahala..  hurmm ..

Berbalik pada carian google kat atas tu , aku cuma salute hari pertama Ramadhan jer .. Carian top adalah waktu berbuka puasa .. hehe.. Pastu muncul semula cerita seks ni haaa .. Mana mai cerita seks kat blog aku ni pon aku tak tau aihh ..

Boleh dia cari ngan mak nyah ??? Hahaha .. Takde selera aku .. Tapi ada lelaki selera lebih lagi kalau dia mekap tebal tebal .. Pernah ada sorang kawan aku cerita yang ada sorang maknyah tu sebijik Siti Nurhaliza.. Adoiiiii..

Nafsu , lembu kasi pakai skirt pon nampak cam JLO ..

Tak perlu la puasa kalau menyusu ..

 

Soalan:
Apakah hukumnya seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah dan tidak berdaya melakukan kerja-kerja seharian (di pejabat
dan di rumah)?

Hadifah, KL

Jawapan:
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.

Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.

Sumber : Darulnuman

 

 

Nak dijadikan ceritalah ,semalam wife balik lunch .. muka lesu giler .. Maklumlah, sahur tak dapat nasi . Aku lain la.. Dapat kurma pon dah cukup. Tenaga yang nak dikeluarkan hanyalah untuk melemparkan senyuman kat Qhaliff ..

Katanya , masa nak balik lunch untuk menyusu Qhaliff , nyaris dia nak eksiden sbb terlalu letih dan mengantuk. Yelah , dia pon pam susu kat opis .. Maklumlah , ada FS .. hehe .. Senang katanya .. Aku pon nak try gak. Nak  tau tang mana senangnya tu ..

Bila dah sampai rumah , zassss … muka pucat lesi . Aku kata dah , tak yah puasa .. Lagi pun sejak dia berpuasa ni , ada kurang sikit la kuantiti stok susu ..

Terus dia cari bantal , tidurr… Haaa .. Terus tak larat nak bangun g kerja .. Tak pasal pasal kena amik half day .. Tu laaa .. Cakap otai tak nak dengar ..

Dan ari ni .. sahur pon terlepas.. Ngan aku aku terlepas . Tapi aku tak pe .. Stok ikan patin ngan ikan keli masih ada dalam perut .. InsyaAllah leh tahan sampai petang .. hehe.. Dia ? Nak menyusu lagi .. Haaa ..

Pengalaman semalam , mengajar dia .. Kalau tak kerja , tak per .. Kalau hingga boleh membahayakan kesihatan dan nyawa seperti terpaksa memandu sendirian ke pejabat , sebaiknya tak yah la puasa dulu. Ganti je kemudian .. Kan dah Allah bagi kemudahan tu ..

Yang laki , jangan mengedik tak nak puasa lak .. Haishh ..

Mereka dah pon bermaafan .. Kita ?

 

Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey

Jangan tunggu raya , baru sibuk nak menghulur jari. Selagi bernafas dan mampu melakukan , buat jer terus . Nak lagi best , gunakan jari jemari atau juga lidah untuk menuturkannya. Takkan nak guna FACEBOOK atau TWITTER kot ? Tapi kalau dah jauh , nak wat camana kan ? Lebih baik ada dari takde langsung .. kan kan ?

Semoga Allah berkati kita di bulan yang mulia ini . Ampun maaf dan selamat pagi dari aku .. hehehe .. Aku dan Qhaliff .. wife ? Ala, kira  pakej la tu ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI