Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 4 Ogos 2012

Qhaliff tak mengaku aku ayahnya ??

 

Olololo .. takkan la semata mata bergambar gini , anak terus tak nak mengaku aku ni ayah kandung yang tercinta , yang membelai dari kecl hingga besar ! Janji ditepati !! Bukan ungkit yer..

Tapi betul , hidup ni jangan terlalu serius sangat .. Gila sangat pon tak boleh .. Sesekali wat lawak , kengkawan ketawa .. terubat stress skit kan ? Kenapa nak serius sangat ?

Tudung ni milik anak buah aku , Dania .. Memang aku jumpa atas kusyen lalu aku kutip dan pakai .. Dia meraung nak semula tapi sayangnya , dah terlambat .. Nak bergambar dulu .. Nak wat kije giler jap .. hahaha ..

Confirm wife geleng kepala dan tak setuju tapi apa kesahh .. Bukan aku culik anak orang pon kan ? Haaa ..

Dan mmg aku ilang jap tensen bila tengok gambar buruk ni haa .. hahaha ..

Takkan Qhaliff tak nak ngaku aku ni ayah semata mata pakai tudung tu haa kan ? Smackdown nanti !!

Takziah ..

 

Tadi dalam perjalanan ke bazaar Ramadhan dengan suami adik ipar aku ( biras .. dah dibetulkan oleh kengkawn kat ruangan komen. Tqq.. ) . Dlm perjalanan tu berborak la pasal badminton. Tertanya bila pulak final badminton single tu haa .. Lalu teringat kawan aku  kaki badminton dan jugak seorang guru . Jadi saja je la aku call dia .. Kira bertanya khabar la sekali ..

“ Assalamualaikum bang .. Mana hang ? “

“ Aku kat Ganu weh .. “

“ Awat ? Balik menikah ka ? Awai lagi cuti ni .. “

“ Tak laa .. Mak aku meninggal dunia . Dua hari dah ..”

“ Allah… Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  .. Sori weh .. Bila meninggal ? Sakit apa ?

Menurutnya , mak dia sakit pakej la .. Macam macam ada .. Dah lama sakit katanya .. Dan skang dia buat tahlil 3 malam berturut ..

Siannya .. Kawan aku ni baik orangnya. Kira dia antara orang yang aku terhutang budi la.. Kalau g sekolah sama sama, aku tumpang dia ngan motor , haram satu sen dia tak nak amik .. Kalau belanja makan pon , keras dia tak nak . Kalau dia terima tu , tanda mmg dia sengkek abis ..

Al-Fatihah buat arwah ibunya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

Dapat jugak aku ..

Dalam malas malas nak g bazaar Ramadhan Presint 2  , akhir td g jugak memandangkan adik ipar dtg berbuka kat rumah ..

Apa yg aku teringin nak makan , aku beli la kat sana td .. Acar berlauk dan akok .. heheh ..

Orang tak ramai sgt tp kt gerai tertentu cam Roti John , murtabak , nasi kerabu , ayam golek mmg beratur org ..

Aku , cari yg tak perlu beratur ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Total Recall 2012

 

Tadi g layan TOTAL RECALL kat Alamanda dengan Que Achmad .. Sejak terpikat dengan trailer dia , aku mmg nak sangat la tengok filem ni ..

Total Recall Deluxe Version Album artwork

Dah ada versi ke 2 .. Versi pertama , pada tahun 1990 lakonan Arnold Schwarzenegger dan berkali gak aku layan .. Manakala yang versi kedua yang baru aku tonton tadi lakonan Collin Ferral.

Best ? Kalau korang minat filem aksi , filem ni mmg padat dengan aksi yang berlatarbelakangkan masa hadapan .. Ceritanya simple cuma kita bermain dengan perasaan , apakah dia sedang mengalami delusi atau kenyataan ? Aku hampir tertipu .. hehee ..

Tapi ok gak la layan filem gini .. Takde la boring sangat .. 3.5 bintang aku bagi .. hehe ..

Makanan berbuka puasa pilihan BEN ASHAARI #14

 

Pilhan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12 : #13

rsz_dsc_6530

rsz_dsc_6520

Serius ! Aku nak bakar kuali mat nanti bila g Sedenak !!! Huwaaa .. Kelaparan dah aku bila tengok KUIH CARA BERLAUK TUNA. yang dibuat oleh Mat Gebu ni haa ..

Aduss .. tak tahan dah .. aduss .. helppp …

Kebodohan lelaki akan terserlah bila bercinta !

 

Serius ! Bukan semua tapi ramai laaa .. Aku harap lelaki yang baca blog aku ni antara yang bukan la yer..

Bodoh ni ertinya tak pandai … Bukan maki yer .. Cuma dalam tajuk aku ni , kebodohan lelaki akan terserlah bila bercinta mengikut nafsu. Perempuan ? Ini bukan isu perempuan .. Tu isu lain ..

Tang mana kebodohan lelaki ni terserlah bila bercinta ? Bila terikut nafsu menyayangi pasangannya tanpa batasan lalu jadilah keldai mengikut kehendak pasanganya tanpa fikir baik buruk dah .. Yang keduanya , bila putus cinta .. Makkkk aihhh .. Ada yang sanggup berkurung dlm bilik.. Nak lagi terserlah ‘kebijaksanaannya’ , ada yang sanggup bunuh diri !

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! Apa punya turrr daaa ..

 

Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya .

Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.

“Anak bongsu dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari bagi menyara teman wanitanya itu.

“Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang,” – HMETRO

 

Lelaki oiiii .. awak tu lelakiiii .. Pondan pon cool je bila putuss cinta.. Apa daaaa ..  Rileks laa .. Berlambak laa perempuan kat luar sana tuuu yang menanti kasih halal berjantina lelaki ni haaa ..

Kuota aku pon ada lagi 3 .. ahaaa .. hahahaha ..

Ahli mesyuarat tingkap ..

 

 

Kalau dah duduk semeja , cerita berjela , janji nak segera jawabnya ada yang menyinga .. Heheh ..

Jangan la marah eh .. Tapi tu la LELAKI .. Bila dah terlepas keluar memalam untuk melepak sekejap dengan kawan maka tiada dah istilah SEKEJAP .. Al-maklumlahhh .. bukan senang nak terlepas hehe ..

LELAKI ni , ceritanya tak macam perempuan bila duduk semeja. Bab shopping , make up atau apa saja yang melibatkan duit laa .. Lelaki , topik dia macam macam terutamanya hal dunia. Lelaki mmg gemar pk masalah dunia . Hal diri sendiri , dia simpan sampai ke mati .. Tamo susahkan kawan kawan la prinsipnya. Konon la… hehe ..

Tapi , jangan buat selalu .. Sesekali , ok la.. Selalu sangat , mak bapak pun benci kan ? Yang dah kawin tu , beringat la anak bini kat rumah. Penyamun skang ni , tak kira dah ada orang ke takde orang . Semua diorang rembat masuk . Mungkin pk dah ada ilmu tebal la kot. Bukan kebal yer .. Tebalkan muka masuk rumah orang .. Yelah , dah pakai topeng.. Tebal la kan ?

Lepak lepak gak .. Jangan sampai kena sepak lak … huhu ..

BEN ASHAARI vs NEELOFA

 

VS

IMAG2876-1

Terima kasih .. Aku tau korang mesti pilih aku punya .. Ni belum make up lagi ni .. Cer bayangkan kalau mekap . Confirm ayusss giless punya .. Rileks ar .. Aku je tak nak masuk pertandingan miss miss shawl ni haa .. Confirm juara arrr .. Sbb tu aku pilih kekal seperti sedia ada ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI