Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 7 Ogos 2012

Sian Qhaliff ..

 

Hurm.. sian dia petang tadi .. Menangis memanjang .. Terlalu mengantuk tapi tak leh tidur dia .. Tak puas susu .. Tau sangat .. Bagi byk dah tapi sbb ada yang susu berbau tu yang buat dia tak puas .. Kena tunggu mak dia balik gak baru dia puas ..

Yup.. mmg betul pon .. Lepas mandikan dia , mak dia susukan dia .. Tak sampai 5 minit .. Zzzzz … Sian dia .. Haihhh ..

Nak tengok video Qhaliff ‘bercakap’ , klik SINI

“ Erk , susu tu masam ke ? “

 

Kul 9 pagi , selepas aku mandikan Qhaliff .. Cam biasa , aku akan bagi dia susu selepas dia puas bermain ..

Botol pertama , dia minum dengan begitu berselera. Hampir aku nak rasa gak sbb macam best jer .. Tapi teringat puasa , aku batalkan niat aku tu haa .. Hampir hampir jer wooo .. Hahaha ..

Kemudian , Qhaliff nangis lagi .. Aku tau , dia mesti ngantuk dah tu tapi memandangkan nurse semalam suruh kasi minum susu banyak banyak , aku kasi sebotol lagi . Tapi aku tau , dia takkan abiskan . Paling tidak pon , 1 aun jer .. Tau sangat perangai tak cukup makan ni diwarisi dari sapa ! Hahaha ..

Peliknya , botol ke dua ni dia tak nak minum sangat .. Dia biarkan meleleh jer dan kemudian merengek nak lagi .. Aku pelik laa.. Masam ke susu ibu ni ? Menurut wife , baru lagi susu tu.. Dalam sehari je pon .. Segar dari ladang tuuu ..

Aku bukak dan bau . Ehmm… ada bau tapi bukan bau masam .. Kalau ada bau masam pon , mesti dari ketiak aku .. Huhu ..

Jadi , aku kensel je la kasi susu dan tidurkan Qhaliff .. Lena kooo .. Huh .. saja jer nak dera aku .. Tapi susu tu ?

Tunggu wife balik waktu lunch je untuk dapatkan jawapan .. Nak rasa sendiri , aku pon tak tau camana .. Aku confirm bedal jer .. hehe ..  Tak tau mana segar mana masam .. Janji kenyang . Sakit kemudian cerita .. huhu ..

Kul 1 petang .. wife balik untuk menyusukan Qhaliff .. Aku cerita kat dia .. Suh dia test .. Dia kata tak masam .. Memang kekadang ada susu mengeluarkan satu bau .. Dia tak leh nak jelaskan bau apa tapi memandangkan segala maklumat di hujung jari kita , maka janganlah malas untuk mencari maklumat .. heehe ..

Terjumpa satu kes di susuibu.com ..

Di rumah saya hanya mempunyai fridge 1 pintu. Susu yang saya bekukan saya akan gunakan dalam tempoh seminggu kerana was-was dengan keadaan susu tersebut. Tetapi ada susu yang disimpan seperti berbau kuat walaupun baru 3-4 hari disimpan. Adakah susu tersebut masih elok coz sayang nak buang atau tanda susu dah tercemar. “

Dan jawapannya ..

Insya Allah, EBM itu masih boleh digunakan, untuk pengetahuan puan, susu yang diperah akan berbau tengit kerana tindakbalas enzyme yang terdapat di dalam susu (dikenali sebagai lipase).

Lipase - enzim yg bertindak mengurai/memecahkan lemak dalam susu ibu supaya lebih mudah dihadam oleh bayi. Lagi tengik susu itu, lagi tinggi kandungan lipase yang terdapat dalam susu itu.

Ia akan menyebabkan perubahan rasa pada susu tersebut. W/bagaimanapn susu itu tidak memudaratkan bayi apabila diminum. “.

 

Woooo .. baru aku tauuuu .. Maka segala persoalan aku telah terjawab.. Tapi , camana nak tau susu itu masam atau tidak eh ? Ada tips tak ? Kira tanpa perlu rasa laa.. Maklumlah puasa.. Kang aku rasa , aku bedal semua .. hahahah ..

IMAG2910

Terbongkang lepas dapat susu ibu segar dari ladang punya .. huhu..

Wahai suami , bawalah isteri keluar ..

 

Ada yang tanya aku , tak bosan ke duduk rumah je ni ? Kalau tanya aku sblm bergelar Mr.Mama ni , serius best giler duk umah .. Skang ? Bukan tak best , tapi otak beku beh ! Bekuuuuuu …

Bila dok pikir menda macam ni , teringatlah kat akak akak suri rumah sepenuh masa tu haa .. Alahai , patutlah diorang gembira bila suami mereka ajak keluar .. Kematu dah bontot duk rumah .. Bila dapat keluar tu , otak cair serta merta .. Tak payah g jauh pon , asalkan keluar dari rumah .. kan kak kan ? Apa ? Bukan semua eh ? Kalau bukan semua , bagus la … hehe ..

Tapi si suami ( bukan semua laa .. Ayat ni perlu ditekan kan sebab akan ada yang kata , “ Nasib baik suami saya bukan gitu .. “. Alahai .. Umum kak oiiiii .. umum .. ) biasanya akan bagi alasan hari cuti tu laa nak berehat kat rumah .. Maka , si isteri masih lagi bekerja walaupun pada hari cuti.. Kesian kan ?

Apa salahnya , tiap tiap hujung minggu bawa keluarga keluar beriadah .. Penat camana pon , segalanya akan hilang bila melihat keluarga tercinta gembira bersama sama .. kan kan ?

Sementara ada masa ..

Makanan berbuka puasa pilihan BEN ASHAARI #17

 

Pilihan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12 : #13 : #14 : #15 : #16 

Pilihan aku hari ni , sotong ! Hehe .. Sotong sedappp wooo .. Macam macam resepi boleh dibuat dengan sotong ni haa .. Antaranya ?

 

Sotong dan Buncis Tumis Tomyam

 

Opor Sotong

 

Sotong Berempah Madu

Sotong Berempah

Sotong Oriental

 

Dan banyak lagi laa .. Semua ni , korang leh jumpa kat blog kak Yatie .. Jangan terliur yer .. hehehe ..

Shopping ngan Qhaliff ..

 

Alhamdulillah .. Qhaliff semakin bijak berkomunikasi . Pastikan dia cukup kenyang sebelum sampai ke shopping mall .. Kesannya, kita akan dapat ke sana ke mari tanpa sebarang rengekan darinya..

Kelmarin , aku saja test masuk ke outlet Toy’s R Us kat Alamanda tu haa.. Nak tengok gak la apa yang boleh dibeli untuk Qhaliff bermain . Bila masuk situ , aku yang teruja lebih. Maklumlah , aku zaman kanan kanak dulu , jarang nak dpt permainan sbb ada 3 adik beradik lelaki .. Guna yg mana ada je .. Hahaha ..

Tapi , aku tak nak la ajar kat Qhaliff sngat dok beli mainan ni .. Belikan bahan bacaan , ok laa .. Tu yang bapak aku selalu buat . Hingga nak balik kampung , dalam kereta pon perlu ada buku untuk aku baca .. hehe .. Feveret aku , buku kisah para nabi ..

Berbalik pada cerita asal , akhirnya aku keluar dari situ tanpa beli apa apa sbb harga mahal giler .. Satu permainan , boleh dapat sehelai baju Qhaliff .. hahaha .. Kena fikir panjang skang ni .. Mana lebih penting .. kan ? Tunggu besar skit la baru beli mainan kat dia ..

Tapi skang ni , nampak cam tertarik kat HTC aku jer … hurmmmm …

“ Mana nak beli condom di Kelantan “

 

image

Pergh .. Ni kali pertama aku jumpa keyword begini yang tersangkut kat blog aku .. Mak aihhh ..  Terdesak sangatkah ? Alahaii ..  Kalau kat KL , tak perlu dah nak google .. Bersepah kedai jual . Tapi yang aku tau , 7 Eleven je la .. Kedai mana lagi tu  , tak tau ler .. huhu .. Ke ada suami isteri yang sedang ‘berpantang’ mencarinya ? Huhu ..

Tengok yang ‘ CARA NAK MAIN ‘ tu .. Hurm .. Sapa laaa yang cari eh ? Bapak budak ? Mak budak ? Tak mungkin .. Budak ? Huhuh.. Ke cara nak main konda kondi ni ?

Dunia teknologi di hujung jari .. Cari je apa apa pon .. senang sangat dah skang ni .. Persoalannya , nak cari pahala atau cari dosa ?

Collagen Powder Shaklee

 

IKLAN BERBAYAR

 

SCollagenP

Mungkin ada yang masih blum tahu yang Shaklee juga mengeluarkan Kolagen.Ye, Shaklee Collagen Powder adalah produk terbaru dari Shaklee. Alhamdulillah ramai yang berminat dengan Collagen Powder ni. Kesannya dapat dilihat seawal 7-8 minggu mengikut UJIAN KLINIKAL yang telah dijalankan. Syok kan ?

Kolagen adalah merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbang kepada kira2 75% berat dalam kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda2 penuaan lain seperti

  1. Kulit berkedut, kering dan melayut
  2. Kuku rapuh dan tidak kukuh
  3. Rambut halus dan gugur

Apa Kesan2 dan Faedah2 mengambil kolagen? Ada FAEDAH TAMBAHAN? Semua itu boleh dibaca di KENKOUSHOKU ..

Ketahui bagaimana untuk join Shaklee secara PERCUMA dengan setiap pembelian pakej FULLPACK!!

Jangan lupa LIKE FANPAGE KENKOUSHOKU untuk mendapatkan tips2 kesihatan dan promo terkini dari kami.

Email : lailasani@gmail.com | H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
FB : http://www.facebook.com/lailaisma
FanPage : http://www.facebook.com/Kenkoushoku

“ Qhaliff .. daddy terkena laaa .. “

 

“ Bangun bang .. kul 5.30 dh .. sahur .. “

Bangunlah aku lalu terus ke dapur dan dalam kepala aku cumalah kurma dan air soya. Dah cukup untuk aku ..

Terpandang jam tangan aku nun di atas meja .. Aku capai untuk pastikan aku tak terlebih waktu .

“ 4.38 am “

Grrrrr ….. 

“ Bang , bangun .. “

“ Laaa .. bangun lagi ? Tadi dh bangun kan ? “

“ Subuh laa .. “

“ Aik ? Terus subuh ? Takde sahur ? Adehhh .. sah terlepas sahur hujung waktu .. “ , bisik hati aku . Cerita banyak takde , terus ke tandas untuk ambil wudhu’ .

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI