Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 10 Ogos 2012

Hargai telinga anda sebelum dimasuki labah labah !

 

Telinga dimasuki labah labah ! Inilah kenyataannya yang dilalui oleh seorang wanita di China yang mana dia pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami kegatalan di bahagian dalam telinganya .

Walaupun berjaya masuk ke dalam lubang telinga wanita tu ,doktor berjaya juga mengeluarkannya tanpa perlu potong telinganya .. Heheh..

Menurut sumber yang boleh percayai itu , labah labah tu masuk ketika dia tidur .. Nasib baik labah labah tu tak gigit dia .. Kalau tak mesti dia jadi Spiderwoman.. kan ?

Hargai telinga anda sebelum dimasuki labah labah !

Johari Pain dah popular !

 

Mula mula aku ternampak image status dia kat laman sosial FACEBOOK yang entah makhluk mana printscreen dengan niat tertentu ( pasni jawab sendiri la kat akhirat ) tapi aku tak endahkan sangat sbb bagi aku , ni cabaran yang mengarut .. Tak perlu nak dibuat pon dan tak perlu nak digembar gemburkan .. Biasa sangat kita dengar cabaran sebegini rupa.. Itu pendapat aku laa ..

Tapi bila dah sampai masuk akhbar online , tu lagi mengarut ! Malah siap ada fan page lagi .. Apa ni ? Takkan la benda sekecik ni nak diperbesarkan ? Dia bukannya caci maki sapa sapa pon. Sekadar buat status gurauan tak berakal jer .. Atau lebih tepat lagi , jari dia lebih pantas dari akal dia .. Dan dia dh pun minta maaf ..

Namun seperti yang kita tau , masyarakat kita ni mmg gemar besarkan perkara yang kecil .. Kan lebih baik cerita mengenai kejayaan Pandelela Rinong tu dari cerita si Johari Pain tu ..

Aku pasti laaa , sapa tak pernah buat ‘cabaran tak berakal ‘ tu pada rakan kita kan ?

“ Aku bogel laa kalau ko score goal ! “

Atau ..

“ Aku bagi 10 juta kalau ko dapat 10A dalam SPM nanti .. “

Secara tak langsung , ada semangat membuak untuk membuktikan kita mampu . Bukan sebab duit atau cabaran tetapi membuktikan kita mampu buat ..

Perkara begini , tak perlulah nak dikecohkan .. Banyak benda lagi boleh kita cerita kat FB atau media  ..

Pandelela Rinong pon confirm gelak jer tengok semua ni .. Yang penting , dia dah buktikan pada rakyat Malaysia yang dia mampu bawa balik satu pingat .. THE END ! Tak yah nak kerat apa apa pon ..

Kita ni sama je.. Tak perlu nak aibkan orang lain . Masing masing punya akal. Kalau kita dok kecoh sana sini , kita sama dengan Johari Pain tu. Sekurangnya dia sedar kesilapan dia.. Yang dok kecoh tu ?

Perlu sampai nak mintak maaf kat tv ? Adoi ..

Biskut Raya Pilihan BEN ASHAARI..

 

Huhu… Kalau dulu kan , aku kerap tolong makan biskut raya buatan tangan mak setiap kali menjelang raya . Antara biskut yang menjadi kenangan aku setiap kali bila aku tengok ialah biskut kat bawah ni haa ..

Nama biskut ni Biskut Tapak Kuda . Resepi ni boleh amik kat blog MamaFami .. Haaa ..

Kenapa aku suka biskut ni dulu ? Yang pertama sebab ada guna planta .. Pastu ada kacang. Mana mana biskut ada berteraskan kacang , confirm aku abiskan . Jadi , buat mereka yang nak jemput aku ke rumah nanti , pastikan sorok biskut kacang yer .. Kang abis semua tu haa ..

Skang tu dh jadi kenangan. Mak aku tak sempat dah nak buat semua  tu .. Wife ? Huhu .. Susah ada si kecil ni haa .. Asyik nak melekat ala ala spiderman jer .. huhu ..

Apa pon , biskut tapak kuda ni mmg sedap ! Tak tau la skang ni senang nak jumpa atau tak .. Kalau rajin buat , ada la  tu..

Qhaliff yang semakin ..

 

Alhamdulillah .. Segalanya semakin berubah . Tak macam mula mula dulu. Benar kata kawan kawan , baby ni masa dalam pantang je dia banyak nak ‘bermanja’ dengan ibu bapa dia . Pastu , dia punya manja , lain pulak.

Qhaliff .. skang semakin bagi ruang untuk aku settlekan kerja terutama sebelah awal pagi .Dia akan bangun dalam kul 7 pagi untuk menyusu dengan ibu dia . Pastu tidur semula hinggalah kul 10 pagi. Kiranya sebelum dia bangun tu , aku bolehlah lelap jap sbb aku tidur lewat tiap malam ..

Bila dah dia bangun , baru aku siapkan mandian dia , susu dia dan sebagainya. Tapi aku tak mandikan dia terus . Kasi dia cool dulu .. Dia pon mmg cool sangat .. Tak de nak merenget nak kacau daddy dia sangat ..

Ada satu sign yg menunjukkan dia dah ready nak mandi . Masa tu baru aku mandikan dia .. Pastu siapkan dia .. Susu timeee .. Yang ni , aku kena standby dua botol untuk dia .. Maklumlah , semakin besar.. Lagi pun , sekadar air je kan ? Bukan nak ajar dia jadi pelahap tapi dia byk perlukan zat untuk membesar .. Haaa.. Tak abis pon dua botol tu .. Pastu dia main jap ngan daddy dia  dan bila kelopak mata dia dh merah , tu tandanya nak tidurr ! Legaaa .. Leh rehat skit ..

Ni la rutin aku seawal pagi skg ni .. Petang , karenah dia lain skit .. ehehe .. Tang ni mmg peluh skit terutama bila dia tamo tidur ..

Mengalir airmata aku di pagi hari ..

 

Baru nak tidur .. Tengok jam dah hampir 3 pagi. Sebelum tu ada urusan dunia yang aku kena selesaikan . Selesai , baru nak lelapkan mata. Tapi mata tak boleh lelap lagi .. Aku belek FB sat membawa status kengkawan .

Terpandang satu status kawan aku yang jarang benar dia nak memuji sesuatu perkara yang takde kaitan dengan dia di wall dia . Aku klik dan bukak .. Hurm.. Video Youtube … Aku layan jap sbb 7 minit lebih jer ..

Entah tiba-tiba hati aku terasa sebak. Bukan sedih tapi tersentuh melihat mereka mandi di pagi raya Aidilfitri di sebuah kolah masjid dan mereka saling membantu menyiapkan pakaian raya mereka untuk menyempurnakan misi utama mereka .. Tang ni buat aku sebak dan mengalirkan air mata tanpa aku sedari ..

Mereka yang aku maksudkan ialah dua orang budak anak yatim piatu yang kurang upaya tetapi mereka punya hati yang sangat menakjubkan !

Aku pandang Qhaliff yang dah jaga dan turut sama tonton video tu lalu cium pipi dia .. Huhu ..

“ Daddy nangis la Qhaliff .. “

 

Tengok la sendiri eh .. Klik BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial atau .. hurmm .. layan je la kat bawah ni ..

Jangan lupa baca komen kat video tu nanti .. huhu ..

Lagi artis berhijrah ..

 

Alhamdulillah .. Kalau berita yang bagus mengenai artis , apa salahnya kita war warkan tanda kita menyokong dan gembira atas ‘kejayaan’ mereka menyedarkan diri mereka .. Kita bila lagi kan ? Yang dah tu , alhamdulillah .. Harap terus di landasan yang benar dan diredhai Allah ..

 

Sharifah Sofia Syed Hussein

 

Shila Amzah kini sudah bertudung

Nur Shila Amir Amzah

Tak perlu la kita mempersoalkan kenapa , mengapa atau berapa lama mereka semua ni memilih untuk berhijrah tetapi apa yang patut kita lakukan ialah amik iktibar dan juga muhasabah diri lalu berdoa pada Allah agar mereka terus beriman pada Allah dan begitu juga kita .

Sewaktu aku membaca artikal mengenai mereka tadi di Yahoo , ada satu komen menarik minat aku … Aku copy paste sat eh ..

 

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

 

Syukur aku pada Allah sbb beri peluang pada aku untuk menginsafi diri dan mengubah diri menjadi baik , setiap kali aku dibangkitkan dari tidur..

Turun 11 kg??

 

IKLAN

Yup!!! 11 kg dah turun.

Berkat Ramadhan, 20 hari berpuasa berjaya turunkan 2 kg lagi. Target 5 kg sebenarnya utk sebulan berpuasa ni. Tapi dapat turun 2-3 kg pun cukup bersyukur.:)

Nak tau RAHSIA di sebalik penurunan 11 kg tu. Tiada RAHSIA mana pun sebenarnya. Akan saya kongsikan di sini. Untuk produk2 SHAKLEE yang saya guna, boleh refer entry2 yang lepas di bawah ni. (Sila klik ye)

Turun 7 kg!

Turun 8.8 kg!

Tentang pakej2 yang disediakan utk DIET dengan produk SHAKLEE, anda boleh refer ke sini. Klik link di bawah ni ye.

Pakej2 dari KENKOUSHOKU.

Ok, berbalik kepada RAHSIA penurunan 11 kg ni ialah :-
(WARNING : Kalau anda baca list di bawah ni, semuanya adalah benda biasa2 aje, tapi kalau anda amalkan, InshaAllah anda pun boleh kurangkan berat badan anda. Kalau tak turun banyak, sikit pun jadiiilah)

  1. Kurangkan pengambilan makanan berat utk dinner.
  2. Wajib ambil sarapan.
  3. Ambil sayuran/buah2an dalam kuantiti yang banyak.
  4. Banyakkan minum air.
  5. Senaman at least 3-4kali seminggu. (Saya tak konsisten yang ni, 2 bulan pertama langsung takde senaman, tp still boleh turun berat dengan 2kg sebulan)
  6. Kurangkan FAST FOOD. Kalau boleh jangan langsung!
  7. Kurangkan makan di luar sbb kita tak tahu penggunaan minyak dan bahan2nya macammana. Seelok2nya masak sendiri ye.
  8. Kurangkan pengambilan gula. (Saya langsung tak ambil gula untuk minuman, milo tanpa gula, teh-energy tea mix, kuih tradisional atau kek saya kurangkan, kalau masak pun saya hanya letakkan sedikitttttttttttttttt sahaja gula)
  9. Makanan yang saya elakkan :-
    • ROTI CANAI
    • APA2 YANG BERSANTAN
    • NASI LEMAK
    • TEH TARIK @ APA2 MINUMAN YG MENGGUNAKAN SUSU PEKAT MANIS, SAYA TUKAR DENGAN FRESH MILK

Itu jelah rasanya yang saya sentiasa amalkan. Tanpa GAGAL?? Ouhhh, tidaklah seketat itu. Sekali sekala ada CHEAT DAY ok je. Yang penting,

  1. Jangan stress! Pilih makanan yg SEDAP di mulut dan di tekak wpun berdiet.
  2. Ada target, berapa kg nk hilangkan, kenapa nk turunkan berat badan, bila nk capai target tersebut. Mesti jelas, kalau tak jelas pasti hilang arah tujuan.
  3. Mesti KUAT SEMANGAT! 
  4. Mesti DISIPLIN!
  5. Mesti ada SENAMAN sekali sekala....(ramai yang susahhhhhhhhhhh nk buat ni kan...:P)
  6. Berdoa pada ALLAH, moga dipermudahkan USAHA MURNI kita.

Ok, saya dah share dah semuanya. Tiada apa yang rahsia lagi. Jom kita start hari ini. Bukan hanya nk kurus di mata suami, di mata sendiri mahupun mata2 sesiapa sahaja. Tapi fikirkan lah utk kesihatan anda, kesihatan SEKARANG dan MASA DEPAN, INSHAALLAH.


Ketahui bagaimana untuk join Shaklee secara PERCUMA dengan setiap pembelian pakej FULLPACK!!

Hubungi saya untuk mengetahui cara mendapatkan HARGA AHLI dan konsultasi percuma dengan setiap pembelian dari Kenkoushoku!!! Jangan lupa LIKE FANPAGE KENKOUSHOKU untuk mendapatkan tips2 kesihatan dan promo terkini dari kami.

Email : lailasani@gmail.com | H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
FB : http://www.facebook.com/lailaisma
FanPage : http://www.facebook.com/Kenkoushoku

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI