Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 12 Ogos 2012

Pindah rumah baru ? Sediakan duit banyak banyak ..

 

Adoiyai .. Memang main dengan duit laaa bila nak pindah rumah ni .. Tapi boleh jer tanpa guna duit yang banyak .. Buat yang basic jer .. Tapi kalau ada duit lebih tu , buat la yang mana rasa patut buat .. Cam aku ni yang nak bekerja dari rumah jer pastinya nak keselesan di rumah aku ni ..

Menariknya nanti , aku nak kekalkan warna blog aku ni kat rumah aku .. hehee.. Walaupun kurang dipersetujui dek wife , aku tak kiraaa.. hehe .. Bukan pe , bab taste ni aku rasa aku punya lagi jauh berkualiti berbanding dia yang utamakan kelembutan dan koperat .. Boleh ? Hahahah .. kena pelangkung aku nanti ..

Tadi g tengok rumah kitorang yang sedang rancak buat renovation ..

IMAG2781IMAG2959 

Dalam tempoh sebulan , bahagian dapur dah hampir siap. Hari ni amik ukuran untuk buat kitchen cabinet .. Anggaran ? Lepas la aku nak nikah anak dara baru keluar U .. HAHAHAHA ..

IMAG2960

IMAG2789

Satu bilik atas aku pecahkan untuk jadikan ruang tamu bahagian atas .. Waaa .. Terbayang apa aku nak buat ngan ruang tamu tu nanti.. TV 52” plasma siap dengan home teater ? Walaweeiii .. Memang menarik gittuuu .. Tiap tiap  ari Qhaliff leh layan Upin Ipin depan mata.. Hahaha .. giloss ..

Tapi tu laa .. semua tu duit .. Korang yang belum kawin , simpan la duit dari sekarang .. Jangan ingat nikah je nak guna duit.. Lepas nikah , lagi banyak nak guna duit .. Haaa ..

Tu belum nak masuk beli perabot , katil lagi.. aircond ,kipas , lampu .. Perghhh ..

Bertuah Tarzan !

Qhaliff dah pandai merajuk ?

 

Sebelum aku keluar dari rumah tadi untuk pergi ke Perodua Bangi , aku kacau Qhaliff dulu .. Ajak dia ikut sama .. Sengih je dia tapi tetap kena tinggal gak .. haha ..

Tak lama pon .. Temujanji kul 9 , kul 945 pagi , aku sampai dah rumah ! Haaa.. Jap je kan ?

Bila sampai je rumah , terus cari Qhaliff .. Dia dok tengok tv.. Aku panggil dia.. tegur dia .. Dia wat dek jerrr ! Bila mak dia panggil , dia pandang dan sengih..

Mak aihhh .. dia buat tak nampak aku ker ?? Amboii … .. sampai gitu sekaliii aihhh ..

Bila aku gomol dia hingga dia ketawa , baru dia nak layan aku .. Ajak bual lagi ! Hahahha .. Amboi amboi amboiiiii .. Merajuk daaah  dia skang niiii ..

KEBALKAN sistem imun anda!

 

IKLAN

Promosi buy 6 free 1 sepanjang Ogos 2012.

 

Biasanya bila kita demam, kita cepat2 ambik ubat kan? Bila sakit kepala kita terus telan pain killer kan? Jom kita cuba ubah cara hidup kita dengan menambahkan KEKUATAN sistem imun kita. Barulah badan kita KEBAL dengan jangkitan2 demam, selsema dan sebagainya. Tapi tidak dinafikan, sakit2 yang datang sekali sekala, akan lebih menguatkan ANTIBODI kita, cuma kalau dah sebulan sekali kena ambil 'sick leave' tu (untuk yang berkerjaya), itu dah dikira kategori 'TIDAK SIHAT' tu kan.

Apa2 pun kita kena usaha supaya kita sentiasa sihat, especially ibu2 seperti saya ni. Kalau kita tak sihat, macam mana nak menyediakan keperluan seluruh isi rumah?

Jom kita kenali produk apa yang boleh menambahkan sistem imun badan kita

Apa itu Nutriferon?

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun .

NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri .

Apakah interferon?  Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

Dapatkan jawapan anda mengenai Siapa yg perlukan Nutriferon , Kenapa perlu Nutriferon?  Kenapa Nutriferon Shaklee? Harga Pasaran (Retail Price)? di SINI .

Patut la semacam jer ..

 

Ada kawan pandu kereta aku dengan gelojoh sekali. Katanya nak pinjam sekejap. Sekali bagi pinjam , hand brake kereta tu dia bantai tarik dengan kuat hingga rosak ! Adoiiii .. Tensen giler aku .. Yelah , nak kena perbaiki semula .. Semua tu duit tuuuu …

Ada aku suruh dia g antar kedai dan bayar sendiri kerosakkan tu .. Dia cuma kata , “ Yelah .. yelah .. nanti aku pergi laaa … “. Tapi tak jugak pergi.. Dia cuma kata kat aku harga repair tu nanti dalam lingkungan RM700-800 !!

Akhirnya , aku g sendiri jer.. Hantar ke kedai yang berhampiran dengan aku . Nekad ! Berapa pon  ,hantar jer la .. Tak kisah dah .. Kalau tak , ada yang tak balik kampung nanti .. Huh !

Tak lama kemudian , aku hantar ke kedai dan cuma dikenakan tak sampai pon RM300 .. Wahh .. nasib baikkkk …Huuhuhu…

“ Bangggg , bangunnn .. Service kereta ! Dah kul 8 lebih niii .. “

“Haaahhhh .. Patut laaa … “

Rupanya mimpi tu ada kaitan dengan aktiviti aku yang hampir terlupa akibat lena sangat tidur .. Tidur lewat smalam.. hehe ..

Dan aku sampai dah pon kat Perodua Bangi .. Tak sampai 10 minit pon dari rumah ..Tak suka lewat bila buat temujanji.. huhu..

Namawee buat hal lagi !

 

Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.

Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.

- Bernama / SinarHarian

 

BEN : Haih .. Yang nak marah si Lin Dan tu apa hal ? Alahai .. Bikin malu tul la mamat ni .. Tak sudah sudah kasi hal . Tak payah la beria sangat.. Nak luahkan, tunjukkanla cara awak tu orang Malaysia yang kaya dengan budi bahasa yang mana cikgu sekolah dah ajar kat awak tu haa .. Ke tak g sekolah kat Malaysia ni ??

Buat Lin Dan .. kalau paham bahasa Malaysia .. Jangan layan mamat gila glamer ni haaa .. Serius , tak berbaloi .. Camana ko punya perangai tu , lantak laa .. Takde sapa nak sakit hati .. Benda dah settle .. Emas dah kat tangan .. Apa nak kecoh lagi kan ? Psst.. Dia jeles je tu .. Biar je laa kat mamat syok sendiri tu haa ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI