Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 13 Ogos 2012

Seharian yang memenatkan ..

 

Alhamdulillah .. sampai jugak aku kat rumah .Post entri hari ni bnyak guna blogger droid .. Kira guna smartphone. Kalau tak susah sikit la .. Malas nak on laptop pastu nak tranfer gambar ..

Penat ari ni. Hari ni hari pertama aku sejak bergelar Mr. Mama , aku keluar buat job dalam bulan puasa. Sebelum ni , biasa je la sbb aku kerja kat pejabat. Tapi bila dah nama Mr.Mama ni , aku buat kerja kat rumah kebanyakkannya ..

Bila dah begini , mmg terasa penatnya. Tersangat penat otak apatah lagi layan karenah anak anak buah yang suka sangat nak hurung Qhaliff tu .. Bukan apa , risau diorang tak sedar akan bahaya yang boleh mengundang di saat mereka gomel baby. Contoh cam terpijak tangan , tertutup muka dan sebagainya la ..

Entahlah .. bila dah penat begini , mental pon apatah lagi kan ? Pantang ada masalah kecik timbul , segalanya boleh jadi besar.. Haihhh ..

Jawapan terbaik , sila berehat la Ben ..

Perlukah aku tukar nama blog ini ?

 

 

image

Aku post gambar kat FB.. dan yang sudi nak LIKE ..

image

Dan bila ada gambar Qhaliff ..

 

Hurm …. hurmm .. hurm.. Aku semakin dianaktirikan ..

Akhirnya , MML telah mengubah hidup mereka !

 

Mereka yang bertuah yang dipilih untuk make over rumah mereka telah pun memulakannya .. Sapa mereka tu ? Rujuk entri Senarai pemenang pertandingan MML’s Home Makeover ni .. Hehe.. Leh tau sapa yang bernasib baik tu.. hehe ..

Ok , berbalik pada make over yang mereka dah mulakan tu . Terdapat beberapa fasa yang mereka akan lalui . Dan pastinya ini memerlukan pakar untuk melakukannya dan aku bukanlah pakar itu .. hehe .. Jangan marah aaaa ..

Fasa yang bakal terlibat adalah

  • Fasa 1 : PERANCANGAN
  • Fasa 2 : PERSEDIAAN DI RUANG KERJA
  • Fasa 3 : PEMASANGAN

Ketiga-tiga fasa ni mmg sangat penting dan mereka yang berpengalaman dan punya kepakaran dalam bidang ini saja mampu bercerita mengenainya . Aku ? Amatur lagiiii .. Tapi aku cuba la berkongsi apa yang aku tau dari apa yang mereka bagitau kat aku .. hehe .. ok ?

Dalam ketiga-tiga fasa ni , Fasa 1 menarik minat aku kerana ianya perlu dibuat dengan perancangan yang teliti .. Perancangan yang aku maksudkan ialah PEMILIHAN MATERIAL , LAYOUT dan GROUT JOINT .

 

Pemilihan Material

Dalam perancangan dan merekabentuk untuk lantai dan tiles di dinding , mereka perlu ada data data yang relevan serta maklumat berkaitan persekitaran tempat yang akan dilakukan pengubahsuaian seperti struktur , bentuk geometri dan juga karektor .. Bukan mudah kan ?

Bahagian ni amat penting buat kontraktor yang terlibat kerana setiap keputusan yang mereka perolehi akan digunakan untuk membuat pemilihan tiles agar memenuhi spesifikasi.

 

Layout

clip_image002

 clip_image002[4]

Part ni penting untuk membuat keputusan size tiles yang akan digunakan , bentuk ruang kawasan yang akan terlibat dan juga memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. Sangat teknikal okeh !

Aku pon pening bila bicara soal ni . Maklumlah , bukan bidang aku .. huhu ..

 

Grout Joint

Apa itu Grout Joint ? Berdasarkan pemahaman aku la kan , ruang antara tiles tu dipanggil Grout Joint..

Ada beberapa faktor perlu diambil kira Grount Joint ni terutamanya keluasan dan material yang digunakan. Semua ini penting agar bila pemasangan tiles dibuat , ianya nampak cantik ,  mantap dan paling penting selepas siap ..

 

clip_image002[6]

 

Semua ni mmg teknikal sama sekali . Mereka yang bukan ahli dlm bidang ini seperti aku , pasti akan garu kepala dan selayaknya , serahkan pada pakar untuk melakukannya. Namun begitu, kita perlu juga amik tahu serba sedikit kerana penting untuk menjaga tiles yang ada di rumah kita ..

Apakah yang akan terjadi pada rumah mereka nanti ? Kita tunggu selepas segalanya siap . Terima kasih buat MML dan CURIOUS CAT ..

Lena dibuai mimpi dah Qhaliff ..

Punya liat nak bagi dia tidur ari ni , mak aku bagi buah pukulan orang lama yang mana orang muda skang tak nak guna sbb dah lebih berpengetahuan dari orang lama ..

Kesannya ? Jiran sebelah bertukang pon Qhaliff tak sedar .. Lenaaaaaa ... Confirm segarrrr bila bangun nanti .. Lama tak tgk dia lena gini .. Cepat tersedar dia skang ni ..

Ni yang aku berfikir kembali nak gunakan ke tak menda tu walaupun ramai nasihatkan agar tidak gunakan ..

Cara org lama , ramai org muda tak nak guna tp dlm diam ramai dah kembali menggunakan cara orang lama .. Sombong konon orang muda ni haa .. Ikut sangat kajian omputeh tu haaa ..

Leh ajak dia g bazaar Ramadan nanti .. hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kenapa aku tinggalkan Qhaliff hari ni ?

Haishh .. projek ari ni yg membuatkan aku tinggalkan Qhaliff .. huhu . Sian diaa ..

Menurut mak aku , tak lena dia tidur kat rumah .. Satu cara jer dia lena .. hurm ..

Aku rasa aku nak kena gunakan gak laa..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Qhaliff ditinggal lagi ..

Tidur rumah mak aku lagi semalam. Sebabnya , pagi ni aku ada kerja nak di settlekan kat KLCC .. Tengahari baru balik. Nak tak nak , kena mintak tolong mak aku untuk jaga jap Qhaliff .

Nak diikutkan mak aku pun sibuk sebenarnya tapi dah aku mintak tolong sgt .. Bukan saja saja aku nak g KLCC tu pun tapi dah sebab kerja , kena g gak laa ..

Susu , semua dah standby .. Dah sedia 5 botol termasuk satu botol setengah utk extra time dan juga utk penalti. Mana tau tak cukuppp .. Namun strategi dah ada .. Kalau tak cukup , aku kena bawak dia jalan jalan kat taman sini laa sementara bekalan susu tiba dari Putrajaya .. huhu ..

Aku , kul 930 kena ada kat KLCC .. Kat Galeri Pertronas .. hurmm .. Dok pk , nak naik teksi terus atau LRT jer ..

Gulp ... Kang LRT jadi cam Monorel tu .. huhu .. Tak sanggup akuuu .... Tp , malang tak berbau.. kalau nak jadi , tgh tidur pun leh kena kan ? Nauzubillah...mintak dijauhi ..

Qhaliff .. nyenyak dia tidur kat umah mak aku.. Ada aircond.. sejuk gituuu .. Skang kat Putrajaya , panas gilee..aku sendiri pon dah berpeluh peluh bila bangun dari tidur .. huhu .. Rumah baru nanti , confirm pasang aircond ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Dah mula nak mengikut ...

Hurmm .. skang ni Qhaliff tak leh duduk sorang sorang .. Kalau dia tak nampak sapa sapa ada di depan dia , dia akan jerit manja sbg amaran pertama . Amaran kedua ? Ala ala Tarzan !!!

Nak melesir ngan orang tua dia je ni .. Dan dah pandai nak ajak keluar skang ni . Adoiiyaii.. kalau tk nmpk luar , confirm merah dan berjuraian air mata ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI