Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 15 Ogos 2012

Semakin membuatkan aku geram !

 

Grrrr .. Kalau wat tak tau kat dia , dia mula main air liur .. Siap sembur kat kita ! Adoii … Bila dh berjaya dapat perhatian kita , suka la diaaa .. Amboiii ..

Dah mula pandai pilih orang .. Kalau nampak mak dia , automatik pandang tanpa kelip mata. Kalau wat dek , dia nangiss ..

Semakin besar anak aku ni.. Dah mula ajuk orang dah .. pasni apa lak dia nak kuarkan perangai dia .. Kena ajar yang elok elok ni ..

Penangan BEN ASHAARI dan LYSSA FAIZUREEN #TeringinBerayaBersama

 

image

Cadangan buat trend ni dikeutarakan oleh Lyssa Faizureen melalui WhatsApp pada aku semalam .. Dia nak buat tapi takde idea cipta ayat menarik untuk mampu membuatkan pengguna Twitter menggunakan HashTag  tu nanti ..

Aku ? Aku main angguk je la padahal aku bukan faham sangat menantang semua ni haaa .. Aku pon bagi la beberapa idea dan akhirnya , setelah sepakat ..  #TeringinBerayaBersama ni menjadi pilihan kitorang ..

Dan aku mulakan dulu dengan ayat ..

image

Dan aku dah faham kenapa ramai giler berTweets .. Huhu .. aku dah terjebak ! Patutlaahhh …

Dan ada artis gak yang dah tweet guna #TeringinBerayaBersama tu haa .. lalalala …

Dan terima kasih buat semua rakan yg menjayakannya ..

Qhaliff , pencinta rumah !

 

Alhamdulillah, sampai dah rumah.. mengantuk giler memandu di waktu tengahari .. Tersengguk sengguk dibuatnya . Puas lawan mata .. Kereta lak banyak .. Qhaliff ? Dalam kereta , tidur je la dia tapi ada gak tak tadi .. Menikmati permandangan di tengahari kata dia kat daddy melalui pancaindera ke 6 .. haha ..

Tapi sewaktu kat shopping mall tadi , dia punya muka .. alahaii ..

IMAG3021

Takde perasaan weh ! Puas suh senyum .. Tu je dia termampu lakukan ..

IMAG3016

Budak ni tak suka keluar tengahari kot ? Maunya takkk .. ni kan waktu tdo dia .. Mau tak hangin diaa haaa .. Tak caya ?

IMAG3023

Nilah rupa dia bila dah sampai rumah dan terbaring atas katil .. Pastu mula la cakap sengsorang ! Alahai… daddy pon nak tidur gak laaa ..

Shopping di Kompleks Shah Alam

Kali pertama aku g sini ... Biasa main area KL jer.. Bila ramai kata sini byk piliha dan murah , tu yg g ari ni dgn harapan org tk begitu ramai seperti hari minggu..

Takat ni , ok ok la .. lom jumpa yg berkenan di hati. Cari songkok dan baju melayu Qhaliff ..

Betul punya beraya eh ? Ada rezeki lebih ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Panas di malam hari

 

Kalau siang , gitu laa .. Tapi kalau malam , perghhh .. mmg tak sedar dia punya panas ! Tau tau bila bangun , bantal basah .. Memang berpeluh peluh jawabnya ..

Aircond ? Tak guna nak pasang sebab nak pindah dah lepas raya ni .. Kipas , semua pasang dah tapi bahang tetap terasa .. Hurmm ..

Ni baru panas di malam hari atas dunia .. Akhirat ?

Garlic Complex

 

IKLAN

Saya baru je mencuba Garlic Plus ni sebulan yang lepas. Memang best! Sebabnya boleh melegakan angin dalam badan. :) Menyesal tak cuba awal2 dulu. Kalau ikutkan petua tradisional pun, bawang putih ni memang dapat kurangkan angin dalam badan pun kan. Tapi kalau kita guna bawang segar pun boleh, tapi segala khasiatnya akan berkurangan dalam proses memotong dan memasak bawang putih tersebut. So, apa caranya?

Ambillah GARLIC PLUS 2 biji sehari.

 

Jom kita tengok apa istimewanya GARLIC COMPLEX ni.

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  

Sumber : ShakleeMalaysia

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee dalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

 

Untuk mengetahui Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee , Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh dengan lebih lanjut sila lawati KENKOUSHOKU

Baran punya pasal !

 

Suka suka tekak bakar anak orang ! Apa dia pikir dia punya baran jer ? Tunggu ler masuk penjara nanti haa ..

image

Dari Hmetro Online melaporkan kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Selebihnya , baca sendiri yer di Hmetro Online..

Hurm .. aku nak kata lelebih , kang takut ada lak ahli keluarga google baca .. Terasa hati lak kang … Tak pe la .. Nasihat untuk kita kita ni , anak masih sekolah tak perlu la beria bercinta dan kasi keluar dengan lelaki. Anak anak pon silalah fikir … Janganlah beria sangat. Abiskanlah sekolah dulu. Nak sangat menikah , dptkan persetujuan mak bapak .. Bila dah jadi macam ni, apa pon tak guna kan ?

Yang lelaki lak , jgn baran ngan perempuan jer .. Kalau nak baran , g Myanmar , Syria atau Palestine .. Kat sana baran anda diperlukan untuk membantu saudara seagama ..

Huh !

Satu lagi penghormatan buat aku …

 

2012-08-14_23-56-09-1

Aku terima satu email semalam dari sebuah agensi. Korang leh baca la dlm gambar kat atas ni haa ..

Hurm.. Aku takde masalah nak menolong pon sebenarnya. Maklumlah , buat kebajikan melalui blog .. Pahala tu .. Yelah , sementara ada orang baca blog aku ni , apa salahnya aku amik kesempatan untuk terima pelawaan mereka kan ?

Segalanya masih dalam perbincangan . Aku dah terima cuma bentuk ‘pertolongan’ yang diminta tu je aku belum clear lagi .. Nak buat meeting dulu katanya. Kalau ok, ok la .. Tak ok , aku ok jer . Takde masalah pon bagi aku.. Mintak tolong , aku tolong .. kan ?

Sekadar termampu ..

Kuat mengelamun nanti Qhaliff ..

 

IMAG2994

Bila dia tidur , damai jer aku tengok dia .. Tak sedar apa pon .. Sesekali tersenyum.. Hingga baju terselak pon dia tak reti nak betulkan. Gamaknya nanti tau pakai kain pelikat , terselak camana la pulak eh ? Haha .. Bapak dia pon tak pakai ..

Bila dia terjaga .. Dia menangis mcm ilang mak ayah .. Kena pujuk 1 minit untuk bagitau yang daddy dia ada kat sisi dia .. Pastu baru ok ..

Bila dah tenang , dia mula senyum dan bermain sendirian .. Kesiannya aku tengok dia .. Tapi dia happy bila begitu ..

IMAG2995

Dan aku pasti akan angkat dia lagi walaupun dah terasa dia semakin berat dan panjang .. Sangat terasa perbezaan dia walaupun baru 4 bulan lebih .. huhu .. Alhamdulillah , dia sihat ..

Aku main ngan dia kejap. Bila ku biar dia main sorang sorang , kesian jer aku tengok dia .. Orang kata biar dia berdikari tapi aku tak nak dia wujudkan alam fantasi dia sendiri. Nanti kuat mengelamun macam aku masa kecik dulu. Suka giler mengelamun walaupun atas padang bola .. huhu ..

Antara fakta sains dengan logik .. Sukar nak buat keputusan .. Entahlah ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI