Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 16 Ogos 2012

Qhaliff langgar peraturan tapi tak bersalah !

Betul tak ? Aku kata dah ...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Memandu sambil meriba anak , perbuatan terpuji, kan ?

 

Photo: Mandi daahhh

Yeeeyyy .. Qhaliff mandi daahhh .. Skang ni suka dia mandi guna bathtub untuk baby tu haa .. Alaa ..besen tu haaa .. hahah .. Sebelum tu , Qhaliff ikut mummy g opis kan ? Haaa .. Sebelum tu ? Haaa .. Sebelum tu g tengok umah yang sibuk buat renovation tu haa .. Selepas tu ? Haaa ..

Ni ceritanya .. Tadi petang , g bazaar Ramadan kat Presint 2 , Putrajaya. Sewaktu nak melintas jalan tu , ternampak satu kereta ni haaa yang kebetulan berenti sewaktu lampu merah  .. Pemandu dia , perempuan .. Dan wife pon tanya kat aku ..

“ Dia dok riba baby tu , kan ? “

Aku geleng kepala je la .. Haihh .. Di mana keprihatinan keselamatan dia terhadapa baby dia ? Mungkin dia rasa cool ? Atau terdesak ? Ok , amik yang positif.. Dia terdesak .. Kenapa dan mengapa , hanya dia yang tahu .. Tapi apakah bala amik kisah semua tu ?

Wallahualam .. Fikir la sendiri sebelum kita kehilangan orang yang kita sayangi …

The Expandables 2 .. Jangan tengok !

 

Filem hero-hero otai  yang menawan hati aku dilakonkan oleh Sylvester Stallone , Jason Statham ,  Jet Li , Dolph Lundgren , Chuck Norris  , Jean-Claude Van Damme ,  Bruce Willis dan
Arnold Schwarzenegger sangatlah membuatkan aku tersenyum memanjang .. Kenapa ? Aku membesar dengan menonton filem filem mereka weeh ..

Jadi kenapa aku kata jangan tengok lak ? Yeah .. Jangan tengok sekali ! Tengok 2-3 kali lagi best ! Tapi kan , kalau download tengok filem Expandables 2 ni , mmg nmpak biasa kecuali tv plasma korang tu bersaiz raksasa .. hahaha ..

Aku hampir tak kenal si Van Damme tadi.. Lain giler muka dia .. hahaha .. Dan kali ni dia jadi jahat.. hahaha .. Susah benar dia nak pegang watak jahat yang menyakitkan hati !

Dan … mmg best .. Tak rugi la RM10 .. Memang pon.. Dah si kawan tu belanja.. hahaha .. Tak leh dedah sapa.. Bahaya .. Thanks bro ! Tunggu Resident Evil lak pasni ..

Ops.. berapa bintang ? Aku bagi , sangatlah memuaskan hati hingga rasa tak puas tonton aksi dan skrip giler diorang ni … hahaha ..

Bak kata Arnold , diorang dah layak masuk muzium pon.. hahaha

Sila jauhkan barang barang anda dari Qhaliff ..

 

Mula mula duluuuu , balas senyuman kat aku .. Skang ni ? Sembur air liur ! Kita buat , dia balas .. Amboiii .. Lebiey sudah ini budak kicik..

Ni la permainan dia sekarang selain dari menjerit bila tak nampak ada orang kat sisi dia .. Selain dari tu , gigit jari kaki dia sendiri ! Huh.. Ini bermakna , sila jauhkan barang barang dari Qhaliff ! Dia capai dan dia gigit !!

Hurm.. kena pantau dah budak ni .. Tak leh biarkan dia terutama bila kelaparan . Kalau kekenyangan , dia ok .. senyum jer .. Haha.. ikut perangai sapa pon tak tau laa ..

Syiok ke seks songsang ni ?

 

Iyeww.. aku tengok pon geli .. Tuu , betis pemain bola profesional Sepanyol tuuu .. Macamana laaa diorg ni boleh berselera eh ? Perempuan yang berbetis gebu , berlambak aihhh .. pilih jugak yang berbulu runcing tu haa .. hahaha ..

Sanggup sewa bilik, lakukan seks songsang

Menurut Sinar Harian , perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam di Dungun , Terengganu .

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Haihh.. rugi betul la korang ni .. punya la ramai awek awek shawl yang comel loteh cun melecun jelitawan rupawan sopan santunwan haaa .. tu korang tak nak ? Alahai … Patut la ada perempuan sanggup tukar jadi lelaki untuk amik alih tugas lelaki ni haa ..

Oh dunia ku …

Bila si kecil jadi penyangak ..

 

“Tak mungkin anak aku .. Anak aku baik … Tengok muka pon dah tau.. Muka nerd jer .. Nak jentik nyamuk pon tak sampai hati anak aku tu .. “

Anak aku Sazali wehhh .. Cerita teladan ada dah.. Tak perlu tunjuk adegan merempit , disko , peluk sana sini perempuan atau adegan ranjang yang dah serupa macam .. haaa .. nak je sebut tapi aku masih sedar diri yang aku di Malaysia .. Kalau sebut , aku kena banned. Di senarai hitamkan dari mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dlm bidang penulisan blog ni .. hehe.. Apa aku ngarut nehh ..

image

Perompak bawah umur .. Budak budak jer tapi wat perangai serupa boleh kena hantar ke Palestin je untuk berperang bunuh Yahudi. Berani abis diorang ni.. Kira boleh jadi ketua unit tentera la sorang sorang .. Tu pun kalau berani laa … Ni sebab mangsa tu sorang jer .. Haihh ..

image

Nape la buat kerja gini .. Dari video tu , tak banyak diorang dapat . Duit syiling pon diorang sapu .. Hurm.. Seronok la kan buat kerja cam ni . Rasa ganas abis ..

Dik , seronok kita buat kat orang . Tapi satu hari nanti , bila kita dah tua .. Camana perasaan bila orang yang kita sayang diperlakukan seperti mana kita lakukan pada orang dulu ? Ingat , balasan Allah pasti ada ..

Insaflah dik .. Kita mungkin rasa kita jaguh .. Ingatlah , kalau Allah bagi tunai kat kita atas dunia ni , terduduk kita nanti ..

Stok susu ibu Qhaliff dah abis ..

 

Suh berlakon skit untuk menagih simpati .. Olololoooo …

 

IMAG3026-1-1

Stok susu ibu ( SI ) dah ibarat kais pagi makan pagi .. kasi petang , aku je makan sengsorang .. haaa .. gitu la gamaknya .. Dimanakah puncanya ? Segala petua , dah ikut . Ubat dah telan .. Namun pengeluaran SI ibarat bekalan air terawat di Selangor . Orang ni salahkan orang ni.. orang tu salahkan orang tu. Yang garu kepala , mamat kat atas tu haa .. Nasib baik masih ok lagi.. Kira tak perlu la aku g jual tisu kat tepi jalan untuk dapatkan SI ni .. hehe ..

Apakah puncanya ? Aku rasa satu jer .. STRESS .. Ibu yang bekerja pasti mengalami masalah ini . Masalah ini turut sama berlaku pada kawan aku yang mana terpaksa bawa babynya ke pejabat bila stok abis. .. Apakah perlu Qhaliff pon begitu juga ? Nyaris gak .. Aku ada cadangkan gitu .. Dah tak nak bagi susu tepung , jadi nak wat camana kan ? Aku kalau ada susu , aku kasi dah.. Aku sendiri pon tak cukup susu .. haaa ..

Aku tak salahkan mana mana pihak pon .. Ada rezeki , ada laa .. Setakat ni , Qhaliff masih ok la.. Masih kenyang dengan SI .. Aku tak curik pon walau setitik ok ! Haaa.. Jangan pk gituuu .. Yer , aku tauu .. korang tak pk pon gitu ..

Nasib baik nak cuti panjang .. Pasni , harap boleh mula tingkatkan produksi selepas berehat lama ..

Lagenda ibu tiri berterusan ..

 

Bila dengar ibu tiri , pasti terbayangkan drama drama atau filem yang memaparkan kekejaman ibu tiri .. Apakah semua ibu tiri begitu ? Mestilah tidak kan ? Mana mungkin semua perkara tu putih saja .. Mesti ada yang hitam gak kan ?

Begitulah al kisah ibu tiri .. Hari ni dalam akhbar Harian Metro , kisah mengenai kekejaman ibu tiri berterusan ..

 

image

Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.

Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi. “.

Selanjutnya , g beli Harian Metro .. hehee ..

Camana tu ? Masih ada manusia yang tak berhati perut yang dera kanak kanak yang tak tau apa apa erti kehidupan di dunia ni .. Haaihhh …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI