Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 20 Ogos 2012

Rugi rasa tak gi layan kat panggung ..

 

Dah sediakan satu jug kopi untuk layan movie raya malam ni memandangkan aku tak g beraya ke mana mana rumah . Jadi , aku putuskan untuk habiskan masa emas aku dengan menonton filem filem terbaik anak tempatan yg berjaya mengutip jutaan ringgit ! Best kan ?

Setengah jam pertama .. Gelas pertama dihabiskan sambil makan biskut raya. Nampaknya biskut raya lebih menarik dari skrip skrip yang dh biasa tonton di tv dan menjadi sebutan anak kecil kita. I LIKE ! Yang elok kita contohi kan ?

Setengah jam kedua… Kira masa ni patutnya babak babak menarik ditonjolkan untuk menghilangkan rasa mengantuk.Memang ada tapi aku perlu minum kopi lagi untuk hilangkan rasa mengantuk ..

Nak abis dah pon citer tu .. Ahhh.. Serius best ! Patut la boleh kaut berjuta ringgit ! Pasal tu la kot skang ni boleh buat filem filem ‘asal ada muka lawak’ untuk untung besar .. Jalan cerita ? Tolak tepi. Yang penting , KITA KAYA !!

Serius , aku mmg sokong filem anak tempatan tapi bukan filem begini. Aku rasa filem pendek cam BERNAS tu jauh lebih berkualiti dan capai sasaran dari filem yang sekadar menghabiskan sebatang rokok ! Dan janganlah perbodohkan penonton ..

Opss.. Jangan bagi alasan yang sangat tak logik untuk pertahankan filem gini aihhh ..

Harap dapat tengok sambungan filem box microsoft office tu nanti di tv masa raya nanti walaupun kat youtube pon ada .. Tak best layan kat youtube.. Nak gak tgk masa raya . Maklumlah , nak abiskan kuih raya yang ada tu haaa ..

Selamat Hari Raya .. Maaf zahir dan Batin yer , tuan direktor.. Cerita apa ? Apa lambok tu ? Ala.. lupa lak ..

Punca kemalangan ..

 

Baru sampai Kelantan .. Selamat dan seperti biasa, kalau ada jalanraya pasti ada yang teringin nak kembali bertemu dengan-NYA secepat mungkin dengan cara yang amat ‘pantas dan menarik’.

Cuaca pada awal pagi sangat best hinggalah aku rasa macam nak berenti dan bergambar di tepi tepi jalanraya yang mana kabus masih lagi tebal.  Sejuk ? Jangan ceritalah ..

Tu semua masa di lebuhraya Genting Sempah dan bila masuk ke Bentong. Pastu mula dah bahang. Bila gitu , mata mula mengantuk . Yang mula tidur hingga kat Gua Musang , aku rasa korang pon tau sapa kan ?

Ada satu insiden yang mmg nak buat kemalangan maut berlaku ! Sebelum hentian Benta ... Kira kira 2km gitu seingat aku laa .. Ada sebuat Myvi ni nak buat ala ala Kamikaze la kot .. Dia potong hampir 3-4 buah kereta tak silap aku la .. Dan dia berada di lorong aku. Semakin lama , semakin dengan dengan aku. Aku terpaksa perlahankan kereta sangat sangat .. Ikut hati aku , nak je aku bagi hon panjang non stop ala ala kapal berlabuh .. Tapi risau dia terkejut lak ..

Sehinggalah dia dapat potong semua tu , baru dia masuk ke lorong dia .. Bayangkan jika aku sendiri dalam keadaan laju tadi ? Tak payah bayang .. aku gambar contoh je kat korang .. Amacam ?

Perjalanan diteruskan tapi driver tukar dah masa kat Hentian Benta tu. Aku ngantuk . Mungkin sbb mata dah tuaa .. hehe ..Sampai Gua Musang , tukar semula driver ,

Dari situ ke Kok Lanas, kesesakkan bermula di Kuala Krai. Punca tak tau laa .. Tapi bila sesak begini , aku mula pedih bijik mata . Ini adalah punca kemalangan gak ! Kalau aku tak berhati hati atau terlelap , mmg bala kepada aku dan keluarga aku.

Tak dinafikan ada berkali gak mata aku hampir terlelap dan terkhayal. Syukur pada Allah , takde apa yang berlaku. Aku paksa diri makan gula gula getah , roti , minum air , head bagging dan cuba buat tips baru untuk hilangkan mengantuk iaitu , cabut bulu hidung . Berhasil tapi sayang tahan 10 saat jer.. Kalau nak sambung lagi , mmg abis la bulu hidung aku .. huhu ..

Kul 3 lebih baru sampai rumah mak mertua. Keluar rumah kul 6 pagi . Sampai Gua Musang kul 1030 dan patutnya sampai sini kul 12 lebih tapi jammed tu punya pasal , tambah lagi 3 jam !

Huh !

Raya ke dua dan pertama buat Qhaliff ..

 

Jommmm Qhaliff .. kita ke Kelantan jumpa Tok Ma ….

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI