Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 21 Ogos 2012

Hati-hati bagi mereka yang berkeluarga memandu kereta !

 

Hurm .. terkedu gak bila membaca artikal berita DETIK CEMAS BAGI IBU DAN BAYI APABILA KERETA DILARIKAN di Yahoo ni .. Bukan apa , kadang kadang aku pun selalu gak lakukannya. Al-maklumlah , kita beranggapan negara kita selamat sejahtera di waktu siang di mana mana jua kita berada .. kan ?

Tapi penjenayah skang ni mana tau takut dah .. Main buat je kerja kotor mereka tu. Berjaya atau tidak , belakang kira. Yang penting , kerja tetap jalan !

Dan yang jadi mangsanya , seorang ibu dan bayi . Nak tuduh si bapa lalai , kita tak tau kan ? Sekadar kalau baca dalam akhbar ni , mmg la nampak si bapa tu yang bersalah tapi seperti yg kita sedia maklum , belum tentu cerita tu 100% tepat  dan padat. Hehe..

Jadi kita amik positif , si penjenayah tu lebih pantas dan tangkas utk melakukan kerja haram mereka . Tak kira la sapa mangsa , yang penting mereka dapat rezeki haram untuk diisi ke dalam perut dan juga memuaskan nafsu mereka .

Dengan ini , aku mengambil ikhtibar dari kejadian yang aku baru baca itu untuk lebih berhati-hati terutamanya bila mengisi minyak ! Aku harap semua yang membaca entri ni , tolong ingatkan pemandu kereta yang kita naiki  tu agar lebih berhati hati hati hati hati hati hati hatiiiiiiiiiiiiiiiii !!

 

Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak," katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.

Nurul Izzah berkata pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.

"Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian" katanya di sini hari ini. “.

 

Ada seorang pembaca di artikal tu memberi idea yang bernas lagi berguna ..

“ TIPS UNTUK SUAMI yang suka henti kreta sekejap (hidup enjin) kerana ada isteri atau rakan di dalam : minta kedai assesories kereta pasang juga central lock di sebelah pintu penumpang hadapan. senang nak lock tanpa melunjurkan tangan terutama yang sedang timang anak. “.

 

Hurmmm .. Senang betul cara mereka mencari nafkah ..

Baiknya Qhaliff ..

Ohoiii .. baguslaahhh Qhaliff anakku ini .. Tak buat angkara betul dia kat umah orang .. Diam ngan sengih sengih jer dia..

Rumah pertama aku g beraya kat Kelantan ni , umah kawan blogger yg terletak di Pengkalan Chepa , Kelantan.. RTP FARRA ARISHA..

Cam biasa , Qhaliff laku laaaaa .. dan aku , sekadar menghabiskan mknan di situ jer..

Dan sememangnya keluarga Arisha tersangatlah ramah ! Rasa cam g beraya umah adik beradik lak .. hehe ..

Terima kasih Arisha dan keluarga. Nanti leh g Jakarta.. hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Makin penyibuk la Qhaliff !

 

Skang  ni , dah kenal handphone ! Kalau aku pegang dan mula hala kat dia , kaki tangan dia macam menari nari ! Happy ? Jangan dikata laa.. Pastu pasang .. Dia diam .. Kalau cerita kena kat mata dia , dia layan .. Kalau tak ? Dia mula main air liur ! Hahahah .. Adoi..

Sekejap masa berlalu. Tak lama lagi masuk 5 bulan dan anak aku ni haa .. Ada ibu yang dah mula bagi makanan selain susu pada anak dia . Tapi wife , belum nak kasi lagi .. Kalau korang tanya aku , aku nak kasi je susu protein tambah muscle je kat dia .. Biar besar bagai johan ! Hahaha .. Lawak je laa .. Jangan amik serius nooo .. Kang jadi isu lak ..

Dan , dia dah kenal erti bosan . Dalam kereta semalam pon , dia dah mula menjerit sbb lama sangat dalam kereta. Kesannya , dia berak dalam kereta . Padahal , hari sebelum tu dia dah berak ! Dia ni kalau berak , 3-4 hari baru berak .. Tapi ni tak sampai selang sehari , dah berak. Hahaha .. cerita berak la plakkk .. ORang tengah makan rendang nehh ..

Ari ni punya projek , lom tau lagi nak ke mana .. Hurmmm .. Ke bandar KB ? Huwaaa… lenguh kaki wehhh harung jammed ! Tapi raya punya pasal , mana mana pun aku g .. Ada sapa nak jemput aku ke rumah dia ke kat Klate neh ?

Lagu raya nafas baru !

 

Setiap kali menjelang Aidilfitri , penyeri utama adalah lagu raya terutama bila pulang ke kampung. Penyampai radio sana sini asyik putarkan lagu raya. Nostalgia beb ! Berair air mata bila dengar lagu raya.. Maklumlah , dari kecik hingga besar dok dengar lagu tu.. Putar la beratus kali , apadahal !!

Tapi ada gak makhluk gatal tangan . Konon nak bagi nafas baru. Tambah listerin dan gula gula hacks mahupun berperasa pudina . Apakah kesannya ? Sedapkah ?

Hurm.. apa yang boleh aku kata , aku matikan radio buat sementara waktu dan bajet tunggu lagu abis baru on semula.. Sakit telinga okeh !

Bagi aku la kan , ada perkara patut dibiarkan dengan keasliannya. Tak perlu nak sibuk usik . Kalau teringin nak usik , buat je lagu baru yang takde kaitan dengan lagu tu haaa ..

Ada gak lagu raya digunakan di iklan komersial tv. Aku rasa kena sangat walaupun diubahsuai sedikit namun masih punya feel raya ! Yang ubah terus sampai takde aura raya tu buat rasa hilang mood ..

image

Lain kali nak buat lagu raya , jangan buat lagu syok sendiri kalau rasa nak putarkan kat radio. Kalau nak buat ringtone tu ok la yer ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI