Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 22 Ogos 2012

Siapa sangka kan ?

 

Wow .. Tak sangka sebenarnya . Tapi segalanya bermula bila aku terima kehadiran Qhaliff . Aku , antara orang yang malas nak berjalan terutamanya g umah orang yang aku tak kenali atau sekadar kenal gitu gitu.

Tapi sejak Qhaliff muncul dalam hidup aku , aku seolah punya satu semangat apatah lagi bila ramai rakan rakan yg sudi jengok wife di hospital , datang rumah , kirim hadiah dan sebagainya. Semua itu membuka mata aku , persahabatan tak semestinya kita berkawan bertahun lamanya.

Jadi , semalam aku dah g ke rumah kawan FB , RTP FARRA ARISHA dan hari ni pulak aku membalas kunjungan Yuyu Atiqa yang mana aku terkejut dia datang melawat Qhaliff pada awal kelahiran dia . Dan esok aku nak g kenduri kawin seorang lagi kawan blogger yang mana aku cuma berbalas komen FBnya ..

Sapa sangka kan ? Dunia yang terbentang luas , hanya kecil di dalam satu pengantara .. Bertemu , berkenalan dan berkawan .. Dan sangat terharu akan persahabatan ini .

Tu belum lagi ke Penang , Johor , Kuantan dan sebagainya .. huhu .. Banyak rumah nak serbu tahun ni .. heheh .. Membalas segala penghargaan mereka walaupun tak seberapa .. huhu .

Satu hari di tahun depan depan tu ..

"Mama .. tok bela kuda tu , leh makan ker ? "

Bayangkan kalau takde zoo dah ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Gps membawa aku ke ..

Ke ladang getah mana tahhhh .. Tujuan asal nak ke rumah kawan blogger yg terletak berhampiran Hospital Machang .. tau tau .. tu diaaaaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Botaknya Qhaliff dan lebatnya sudah..

 

IMAG3121[1]_thumb[2]

Cukur abis botak tak silap selepas buat cukul jambul .. Ni dah masuk 4 bulan lebih .. Rambut lebat kalah rambut aku ni haa ..  Ekekeke .. Aku mmg laa .. Gugur dah rambut .. huhu ..

Rasa macam kasi botak jer .. Tapi aku laa .. hehehe ..

Sibuk laa Qhaliff ni ..

 

IMAG3121

Ni sapa punya besday ni ? Awak baru 4 bulan ++ Qhaliff oiii .. Cam biasa , kalau dia dah mula masukkan jari dalam mulut tu , tu tanda dia dah mula bosan . Kalau tak amik tindakan segera untuk pulang , siap sedialah untuk mendengar suaranya !

Tapi itu hanya berlaku selepas 1 jam lebih .. Kira dia ‘bagi muka’ dulu laa .. Kalau tak ? Hehehe … Anda menyesal !

Rezeki ada di mana mana !

 

“ Boleh ke kau sara keluarga kau dengan blog ni ? “

Bila aku menyatakan hasrat aku menjadi blogger sepenuh masa , ada yang tergaru garu kepala. Betul ke tindakan mamat ni ? Giler ke apa ? Berapa sangat la pendapatan dari blog ni ?

Bukan nak bercakap riak atau angkuh tapi bak kata orang bijak pandai , rezeki ni ada di mana mana . Kalau takde tangan , kaki ada .. Kalau takde kaki dan tangan , selagi ada akal selagi itu kita boleh usaha. Janganlah ingat kena ada kepakaran serta kudrat saja baru boleh mendatangkan rezeki . Kena usaha , doa dan tawakal. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.Kita tak tau camana bentuk rezeki kita tapi apa yang kita tau , kita perlu mintak dari-NYA !

Banyak contoh yang aku nampak depan mata aku . Jiran aku yang membesarkan anak anaknya hanya dengan menyara nasi lemak ! Siap dapat renovate rumah lagi wooo .. Tu pon dia tak cadang nak perbesarkan lagi bisnisnya. Cukuplah makan anak beranak ..

Sebenarnya rezeki yang Allah dah sediakan untuk kita ni mencukupi tapi ada yang tamak haloba. Dari halal dan berkat , dia nk jugak amik yang haram tanpa fikir baik dan buruk pada keturunan dia ..

Sapa tak nak kaya kan ? Tapi yg penting kita bahagia dengan apa yg kita ada .. Kalau nak kaut segalanya , satu dunia ni pon takkan cukup ..

Dengan akal kurniaan Allah , kita mampu hidup selagi kita nak hidup !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI