Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 23 Ogos 2012

Sombong giler pemandu kita ni aih !!

 

Bukan semua okeh ! Yer laaa .. aku tau laa bukan semua tapi bila kata gini , maknanya kebanyakkan gitu . Segelintir jer yang punya budi pekerti serta kesopanan tahap membanggakan . Kira ni peringatan untuk aku gak laa sementara aku ingat .. Kekadang , terlanjur gak . Al-maklumlah , manusia .. hehe ..

Tapi la kan , kekadang kita ni dik oiii .. bila memandu tu cubalah berhati perut .. Bukan luak pon nak bagi kereta yang sedang bagi signal tu masuk ke lorong kita sekejap. Bukannya nak masuk pertandingan sapa cepat dia dapat … Haihh .. Apa salahnya pon .. Lain la kalau kita dok sakit perut nak terberak atau dalam keadaan emergency .. Tu aku tak leh nak kata apa laa ..

Nak dijadikan cerita la tadi .. Selepas berenti solat Maghrib di masjid tepi jalan , aku sekeluarga nak sambung perjalanan mencari kedai makan. Al-maklumlah , seharian beraya dalam kereta ! Sempat g kenduri kawin je tadi .. Selebihnya dok harung jammed !

Disambungkan cerita , selepas tu aku nak masuk la ke jalan besar .. Kereta berdesup sebuah sebuah macam nak kena kejar langsuir ! Pelik aihh .. Padahal kereta banyak wooo .. Cuba la bawak slow slow skit .. Awak tu memandu di kawasan kampung .. Dah la gelap , mau lalu lembu kambing atau kucing ke .. Haaa.. apa cer ???  Tak ke merbahayaa ..

Sambung lagi .. Hampehhhh.. punya la susah kereta nak perlahankan pemandu.. Eh , silap.. pemandu nak perlahankan kereta mereka .. Bila ada ruang , kita masuk la kan .. Dari jauh dah hon weh !! Hon tuuuu .. Woiii .. aku pon ada hon laaaa .. Alaaahaiiii … tensen wehhh .. Serius tensen ari nihhh ..

Dalam masjid lagi best .. Ada kereta mewah pacuan 4 roda bercermin gelap .. Undur kereta seolah olah belakang dia ada lalang jer ! Mak aihhh .. Sedangkan dah tau ada orang pasal ada sensor .. Sensor menjerit dah tu.. Tapi dia wat dek .. Perghh .. Sombong betul manusia ni ..

Aku geram ni .. Kang kalau tulis panjang lagi , confirm keluar segala umpatan umpatan .. Jadi ada baiknya , aku dan korang korang ni bertimbang rasa la skit .. Bukan apa , kang bila berlaku kecelakaan walaupun kecil , orang orang yg kita tak kenal inilah yang akan bantu kita .. kan kan ?

Akhirnya , bertemu juga !

Perghhh .. sapa sangka ? Segalanya bermula dr segmen aku .. Komen di blog .. pastu kutuk kutuk team bola skit .. hehe ..

Dan aku pun ada buat review blognya 2 kali gitu .. dan skang , dah pon balik dr Russia .. jd doktor dah pon .. hehe

Alexa Yussida dan suaminya ...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Takkan tenang hatinya ..

Kita layan kita pening . Tak layan , semakin jadi isunya ..

Dalam dunia ni , mcm mcm karenah manusia ada . Yang macam aku ni , kalau rapat dgn kawan lelaki .. ada yg berbunyi kata gay ! Pulakkk ..

Bila kawan ngan perempuan , kata nak mengurat pulakk .. Alahai ..

Dan best part , bila kita bersendirian dikatanya kita menyombong la pulaakk ..

Dah tu camana ? Cuba jadi cam extension seperti dlm gambar tu .. Bersatu dan berguna pada semua mahluk Tuhan ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Apa alasan anda pula ?

Menganggur ? Takde keje nak buat tp punya anggota badan yg sempurna ?

Apakah alasan kita utk tidak mencari kerja lagi atau usahakan sesuatu yg mendatangkan hasil pada kita sendiri setelah melihat gambar diatas ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Qhaliff dan aksi rayanya ..

 

DSC_0832

DSC_0834

DSC_0835

DSC_0837

Boring daddy ! Bila nak g raya ni ? Ini budak dah pandai boring woo !

Kelantan dan bolasepak ..

 

Kelantan tewas pada Terengganu , 2-0 pada perlawanan sulung saingan Piala Malaysia 2012 yang baru berlangsung hari ini dan aku sempat menonton di kaca tv buat kali pertamanya setelah entah berapa lama tak tengok bola . Dan menariknya , aku tonton perlawanan tu bersama ahli keluarga wife aku yang terdiri dari penyokong Kelantan dan buat tambah menariknya , kitorang menonton di Jerteh , Terengganu .. umah abang ipar aku yang mana isterinya orang belah situ la .. Hahahah .. Kelantan vs Terengganu .

Komen aku tentang perlawanan tu  ? Ala, bola je .. Aku tak de la tahap beria nak tumbuk meja atau nak caci keeper yang mungkin terlebih air 100 plus tu kot.. Hahaha.. Sowi sowi. gurau jer.. Masing masing dah beri persembahan menarik dan sepenuh hati. Yang penting , main biar ikhlas .. kan kan ? Kira setara dengan gaji la.. heh..

Tu bukan isunya .. Isunya sewaktu separuh masa pertama , aku sekeluarga berangkat pulang ke Kok Lanas ..  Dalam perjalanan tu , kebanyakkan kedai makan penuh dengan pelanggan dan tv mereka hanya memaparkan perlawanan bolasepak malam ini .

Wow ! Sesungguhnya bolasepak Malaysia sangat menjana ekonomi para peniaga di Kelantan ni . Aku tak tau la kalau game lain yang melibatkan liga luar , penuh begitu .. Sebab aku nampak apa yang aku nampak skang ni laa .. Tapi kalau kat KL tu , mmg penuh memanjang , asalkan ada bola bergolek kat tv tu ..

Dan aku dapat saksikan sememangnya mereka bersungguh terhadap pasukan mereka . Hehehe..The Red Warriors ..

Jangan cerita suasana negeri lain sebab aku tak nampak .. Haaa .. Kalau nak bagitau , boleh jer .. Aku cerita apa yang aku nampak , okeh ?

Nasib baik aku pencen dah .. Takat layang layang gitu je deh .. hehe.. Dan dan ganu terus aku .. hahahaa .. larik larik ….

Qhaliff memang buat daddy garu kepala laa !

 

Aksi Qhaliff sewaktu beraya di rumah Fifi Sazali dan Rtp Farra Farisha yang mana Qhaliff di dukung oleh ayahanda dan diapit oleh bonda mereka ..

DSC_0867

Ngan Tok Ma dia .. Pun wat muka gitu .. Nak kena agah baru beria gelak .. Adeh .. Tapi tu pon bergantung pada mood ketika itu .. hahaha ..

DSC_0822

Ngan Wan dia pon gitu. Orang lain puas senyum , dia wat dek .. Hurmmm.. Ikut sapa punya perangai la nehh !

Tapi kalau dia senyum , confirm ikut muka aku ! Cerita banyak , tarak !

Ammar dan Qhaliff , muncul dalam blog ini ..

 

Sebelum kemunculan Qhaliff dalam hidup aku , Ammar terlebih dahulu menjadi penyeri blog aku ni. Ramai kenalan blog aku ni , kenal dah Ammar dan juga telatahnya. Huhu.. Serius , mmg tak berubah hingga sekarang . Bijak dan nakal !

Dan Qhaliff menjelma namun Ammar masih lagi punya isu dlm blog aku ni haa.. Takkan nak ketepikan dia kan ? Tak baek la gitu kan kan ?

DSC_0840

Apa akan jadi bila dua dua bergabung ?

Jadi ? Jadi tidur je laaa .. Hahaha .. Aku tak tau la camana diorang akan buat aku jadi huru hara dan nak pura pura mengamuk nanti ! Hahahah.. Kena jadi garang , baru diorang takut .. Padahal dalam hati ada taman .. Huhuh…

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI