Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 28 Ogos 2012

Qhaliff semakin manja pelik !

 

IMAG3257

Tak boleh berpisah langsung skang ni ! Kalau dia sedar dari tidur , tengok takde orang , terus menangis sekuat kuat kuat hati ! Haaa .. Kalau kita nangis gitu , macam nak kuar anak tekak la gamaknyaa ..

Hurmm .. Tak tau laa nape .. Minggu depan , nak cecah 5 bulan dah .. Nak bercakap , macam orang tua dah skang ni . Tapi depan orang , malu pulakkk ..

Garang ? Jangan cerita laaa . Dah pandai marah daahh skang ni ! Nasi baik baby lagi .. Kalau takk .. Haaaa ..

Bila tengok dia lama lama .. sian je dia .. Hurmm

“ Maaf la Qhaliff .. Daddy takde harta nak wariskan pada Qhaliff .. Daddy akan cuba sedaya upaya bagi ilmu dunia dan akhirat untuk Qhaliff gunakan nanti .. Semoga Qhaliff menjadi insan yg berguna pada agama , negara dan bangsa .. Jangan jadi cam daddy yer .. “

Layan 'duck face' ..

Ahaaaa ... Boring weh tunggu mem besar siap.. Jadi , lyn duck face jap ..

Amacam ? Leh dpt ramai followers tak ?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Qhaliff dapat sepupu perempuan ..

 

Alhamdulillah .. Dua dua selamat . Mak ngan anak sekali .. Ops , ni anak buah aku yang terbaru. Selamat dilahirkan pagi tadi di hospital Pantai ..

Perempuan .. Berat , 3.9kg .. Sebelum ni 2 orang lelaki .. Waah.. Bertambah seri la keluarga eh .. Namanya ? Tak tau lagi .. Nanti aku kasi tau eh ..

Abis laaa .. Yang manja sebelum ni , pasti terasa bila ada perempuan sorang yang ditunggu tunggu ..

Huhuh … Pasni Qhaliff lak dapat adik perempuan eh ?

CINTA sampai ke mati ?

 

 

Hurmm .. CINTA tak buta .. Tapi yang buta tu , kita .

Adakalanya kerana CINTA , kita tak nampak apa dah .. Yang kita tau , kita nak bersama si dia yang kita cintai . Lain tamo ! Kerja cuci jamban pon sanggup asalkan hati gembira .. Bukan apa , kerja cuci jamban ni , jarang orang nak buat terutama yang muda mudi ni haaa.. Stendek la katakan ..

Ada yang sanggup buang keluarga , putus adik beradik atau sanggup berenti kerja kerana CINTA .. Tu diaaa aihh .. Penangan CINTA .. Best kan ? Berani mati gitu .. Tu tak campur lagi dengan lagu lagu cinta yang dasyat dasyat tu .. Lautan api , gunung ganang , berlari ke Marikh , terjun ke bara api dan banyak lagi la tanda kebesaran cinta manusia terhadap manusia yang lain ..

Tapi bila dah dapat ? Setahun dua , comel laa.. Tidur dalam pelukan. Tak leh renggang langsung .. Kalau tikus lalu , kena penyepak sampai ke Australia tikus tu haaa .. Tapi tu dulu laaa .. Bila dah mula bosan , tikus lalu pun wat dek sambil berkata ,

“ U ngan tikus tu pun takde beza dah .. “

Haaaaaaaaaaaaaa .. amik kauuuu .. Dulu , kaulah bidadari terakhir dari Afrika gituwww ..

Tu belum part buang keluarga .. Haa , part ni dalam tv pun banyak kali tunjuk aihh .. Tapi yang depa tunjuk tu , diorang happy gitu .. Hakikatnya , bila buang keluarga ni pasti merindu tak hengat punya .. Bayangkan mak ayah tak nak ngaku anak .. Anak tak nak ngaku mak ayah .. Tapi bila raya , siap teriak bagai aihhh .. Siap nyanyi lagi Aisyah , “ Pulanglah ‘ .. Haaa .. Eh , tu lagu putus cinta .. hehe ..

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

 

Betullah bercinta tu menyeronokkan . Tapi kena ingat , cinta ni bukan sekadar seronok tapi segala galanya. Pahit getir dugaan melanda. Ketika itu , sapa yang kita ada ? Kawan kawan ? Kawan kawan pun belum tentu boleh tolong okeh ? Yang ada mak bapak pun , tapi kalau mereka pun dah dibuang kerana cinta , sapa lagi ? Adik beradik ? Hurm ..

Bercinta , bercinta gak .. Jangan sampai buta mata hati dah .. Hidup ni sekali . Hayati dan hargai .. Cinta sesama manusia , boleh dicari walaupun tak sama tapi ianya cuma perasaan berbanding cinta terhadap mak ayah yang membesarkan kita ..

Jangan menangis atas pusara mereka bila kita sendiri dah engkar pada mereka . Walaupun tak perlu restu mereka tapi kebahagian pasti lebih dirasai dengan adanya keizinan mereka ..

Ubat tekanan perasaan dan stress !

Bila stress , g cri makanan yg enak enak ....

Nikmatilah kehidupan ini tp ingat , makan tu sederhana .. Jangan lupa dunia sampai tak larat nak bangun , dah ler ... Hehe ..

Mmg betul apa ? Antara punca stress sbb perut lapar dan terlebih kenyang .. Haaa.. Jadi , bersederhanalah noooo ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Bila ambulan sendiri kemalangan ..

 

Sebuah ambulans yang terbalik hingga menyebabkan pemandu dan seorang jururawat cedera dalam kemalangan di Kuching , Sarawak semalam.

Menurut akhbar yang aku baca secara online ini ( diorang pun jarang nak bagi backlink pada blog yg diorang amik info ) , kenderaan yang mereka naiki itu terbabas lalu terbalik di atas pembahagi jalan .

Punca dikatakan berlaku apabila pemandu ambulans tersebut hilang kawalan ekoran jalan licin ketika hujan lebat di sepanjang perjalanan. dan kejadian berlaku sekitar 4 petang .

Hurmm .. nak kata apa dah ? Kita pun sedia maklum yang pemandu ambulan ni mmg dpt training khas untuk mencelah sana sini bila ada kecemasan.

Tapi ambulan ni berhemah lagi kalau nak dibandingkan VVVVVVVVVVIP MALAYSIA lalu .. Abis semua kereta kena .. Entah apa yang beria sangat pun tak tau laaa .. Macam diorang je hidup atas dunia ni .. Jawab je la kat akhirat kelak ! Huh .. Kang tulis lebih lebih , aku gak kena .. caittss..

Alhamdulillah. Qhaliff ..

 

IMAG3251-1

Dah tak berak berak dah .. Semalam , bagi dia susu non stop action punya .. Dia pon dah tidur berjam lamanya.. Penat la kot sbb jalan jauh sepanjang kat Kelantan ari tu ..

Skang ni , muka dia je tu haaa .. Macam baru balik dari medan perang je rupanya haaa .. Sana sini calar balar ! Haaiihh .. Pagi ni , tambah satu lagi calar .. Adoiii .. Aku gari gak tangan dia ni haaa ..

Apa pun , syukur pada Allah yang Qhaliff dh ok .. Harapnya la gitu ..

8 produk Samsung yang perlu 'diharamkan'.

 

Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat dan produk-produk itu adalah :

  1. Galaxy S 4G,
  2. Galaxy S2 AT&T,
  3. Galaxy S2,
  4. Galaxy S2 T-Mobile,
  5. Galaxy S2 Epic 4G,
  6. Galaxy S Showcase,
  7. Droid Charge
  8. Galaxy Prevail.

 

 

Benci benar Apple kat Samsung eh ? Hehehe ..

Usaha tangga kejayaan ..

 

Beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi untuk memakan buahnya yang manis. Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat.

Kambing yang takde tangan tu pun berusaha untuk mencari makanan .. Kita , yang punya akal dan kudrat ni asyik dok mengeluh  takde rezeki , takde kerja atau tak cukup makan ..

Hurmm ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI