Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 29 Ogos 2012

Kalau Qhaliff menangis ..

 

Sememangnya bayi adakalanya menangis bersungguh-sungguh bagai nak keluar anak tekak .. Awas , ianya merbahaya ! Jangan pandang ringan perbuatan bayi seperti ini ..

Punca , ada macam macam .. Sebaiknya cepat cepat dukung dan pujuk agar tidak terus teriak begitu ..

Ada yang sangka perbuatan begitu akan manjakan bayi . Jangan begitu. Bayi takkan saja saja nak menangis. Mereka tak tau erti mengada ngada lagi ..

Apa salahnya amik dan pujuk sebelum berlaku masalah ..

Saat manis berdua ..

 

IMAG3229

Layan lagu Jalur Gemilang .. Qhaliff pandang pelik muka aku … Aku pandang dan senyum , dia balas senyuman pada aku .. Sungguh mendalam senyuman tu ..

Layan sit up , Qhaliff pelik tengok kelakuan aku. Dia tak lepaskan padangan pada apa yang aku buat .. Aku berenti dan senyum pada dia .. Dia membalasnya ..

Seronok ada baby … Mereka tau menangis dan senyum saja .. Tak reti nak meminta kecuali bila lapar ..

Ke mana ego membawa kita ?

 

Ada ego yang membawa kebaikan ? Hurmmm .. Betul ke ego membawa kebaikan ? Bahagian mana ? Bahagian yang menunjukkan sapa yang lebih bagus ? Atau tak nak mengalah ? Atau tak nak dipijak ? Sampai bila ?

Qhaliff bagi daddy menang !

 

Liat giler nak kasi dia tidur .. Bukan apa , kalau tak cukup tidur nanti dia wat hal .. Perangai dah sama cam bapak dia .. Hehe ..

Setelah dua botol , dan bermain sambil menyanyi lagu Jalur Gemilang bersama sama serta bermain air liur yang mana abis muka aku dia sembur , akhirnya Qhaliff lena diulit mimpi !

Yeaahhh .. aku menang !! Boleh gak aku lelap mata  jap .. Tapi , ada pulak entri best nak update .. Ok , update dulu ..

Selesai ! Baru leh tidur .. Tiba-tiba Qhaliff buka mata ! Huwaaaaaaaaaaaaaa… Memang tak dapat laaa aku nak lelap jap !!

Lagi kemalangan di Putrajaya.

 

image

Tu sumber dari Utusan Malaysia. Tak bagitau , marah lak nanti .. heehe .. Al-Fatihah buat mangsa , Rosimah Mohammad.

Aku pelik la sebenarnya.. Kerap benar berlaku kemalangan jalanraya di Putrajaya ni .. Ada satu jalan dari rumah aku ni ke PICC .. Kat satu selekoh tu , walaupun takde kereta , kemalangan tetap berlaku kat situ .. Keras benarkah tar yang digunakan ? Atau ada puaka kat situ ? Haaa… Tahyul dah tuuu ..

Kalau lalu situ memalam , orang kata evil dead .. Tapi peliknya , kemalangan berlaku bukan belah malam ! Haaa .. Camana tu ? Dan menariknya , banyak yang terbabas langgar tiang lampu !

Atau sebenarnya , kecuaian manusia yang mengakibatkan berlakunya kecelakaan tersebut ? Tak dinafikan juga sebab jalanraya kat situ mmg clear giler ! Nak memecut sampai enjin tertanggal pun takde sapa nak marah !

Hurmm .. serius , aku sendiri pelik .. Sebab sejak aku duduk sini , banyak dah kereta hancur kat area tu .. Maut tu , aku tak berani la kata tapi ada gak la yang dah arwah ..

Hati-hatilah yer memandu .. Aku tak nak kekurangan pembaca kat blog aku ni .. hehe ..

Tinggallah Qhaliff bersama daddynya ..

 

Mummg gi work dah .. Nasib baik skang ni dia tak reti nak menjerit sambil pegang grill .. Hehe .. Kalau tak ? Tapi dia mmg dah reti menjerit .. Cuba la menjerit bila umur 2-3 tahun .. Haaa.. Ada jugak tidur dalam kandang rimau ..

Risau gak aku sebenarnya hari ni sbb dia dah mula rapat pelik ngan mak dia .. Tamo lepas langsung bila tidur malam .. Asyik mencari jer mak dia.. Haa .. aku tau apa korang pk ! Jangan jangan komen gitu .. hehe ..

InsyaAlla nnti dia ok balik la kan ? Aku kena sabar skit ..

Kelebihan Vitamin B Complex

 

 

Kalau sebut Vitamin B ramai yang takut nak mencubanya. Ada yang kata naikkan selera makan laaa, nanti takut gemuk laaa. Macam2 tanggapan buruk terhadap Vitamin B ni. Sebenarnya itu adalah MITOS semata2. Sebaliknya Vitamin B nilah yang boleh membantu menurunkan berat badan, mengawal stress dan lain2.Tapi kena cari Vitamin B Complex yang lengkaplah ye. Jangan main belasah je ambik vitamin B ni. Jom kita tengok dengan lebih detail lagi.

Klik SINI .

Berubah perangai sudah si Qhaliff !!

 

Kalau dulu kan , dia perumah .. Entah kenapa tetiba dia berubah sungguh . Asyik nak BERGERAK ! Bukan berjalan jalan tapi nak BERGERAK ! Kalau dalam kereta , tetiba berenti kat traffic light sbb lampu merah , confirm dia menjerit punya .. Bila berjalan , dia diam .. Huh ..

Kalau g mall , nak kena berjalan saja .. Kalau duduk makan , dia ok kejap.. Tapi tak lama la.. Dalam setengah jam , dia mula wat perangai nak ajak bergerak ke mana mana saja ..

Aku tak tau laa minggu ni camana ! Yelah , sejak cuti panjang ni , dia dah manja terlebih ngan mak dia .. Ni dah mula kerja , tinggal aku ngan dia jer ..

Abis laaa .. Help !!!!!! Patut la best pakai maid nih .. huhu ..

Berhati-hati dalam berkata-kata ..

 

Hati-hati kawan bila berbicara kerana kata itu doa ! Yup .. Dalam tak sedar , kata kita itu dimakbulkan Allah .. Tanpa kita sedari ! Itulah yang berlaku pada aku ..

Sebelum raya ari tu , aku senantiasa mengeluh sbb terkurung dalam rumah ..

Ahh , seronok betul dapat pergi bercuti ! “ .

Bukan tensen dengan apa yang aku buat tapi aku tak nampak dunia ! Yelah , dah duduk dalam rumah jer kan ? Ketika tu , rindu saat saat g kerja dahulu ..

Patutlah best pakai maid .. Semua diuruskan mereka termasuk jaga budak .. “ .

Hati nakal aku terdetik kadang kadang .. Sememangnya aku manusia yang tak reti bersyukur !

Syawal menjelang. Dan aku antara mereka yang gembira sebab wife amik cuti panjang. Dengan ini , aku boleh bercuti panjang ! Hehehe..

Aku terlupa ..

Setiap hari aku sekeluarga keluar. G beraya sana sini . Ke sana sini .. Memang tak duduk diam . Perghh .. Merayau saja .. Aku jadi penat .. Aku nak sangat duduk rumah dan berehat ! Tak mampu dah nak ke mana mana ! Hingggakan aku menolak ajakan wife ke Terengganu untuk bercuti sedangkan aku cukup gemar ke Terengganu !!

Hurmm .. Dan hari ni aku tersedar .. Aku nak sangat keluar rumah hingga penat ! Dan kembali nak sangat duduk rumah ! Hurmm ..

Serius , mmg terkena pada batang hidung aku akan kata kata aku sendiri !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI