Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 30 Ogos 2012

Kesan dari mengandungkah wahai si Qhaliff ?

 

Macam tau tau dah malam ni nak keluar g Alamanda .. Menjerit dah ! Bila aku bawak dia keluar duk depan pintu , dia diam .. Amboii .. Aku masuk balik , dia nangis .. Aikkk … Ni punca dari dok merayau masa mengandung dulukah ?

Adehh … Kaki berjalan la pulak bila dah besar ni ..  Dulu masa kecik , suka duk umah .. Jangan nanti dah besar , ajak p perhimpunan merdeka , dah laa .. Daddy tak larat dah masa tu.. hahaha ..

Tips dari MML : Siapa sangka ianya menarik ?

 

IMAG2959 IMAG2961

Baru-baru ni , ada aku pergi tengok rumah aku yang sedang diubahsuai tu .Bahagian dapur dah 50% siap. Bahagian-bahagian lain pun dah lebih kurang 50% . Tunggu nak pasang tiles dan juga kitchen cabinet utk bahagian dapur. Seronok rasa ..

Part tiles ni yang aku pening. Warna apa yang sesuai . Tiles yang camana yang sesuai ? Dan menariknya , aku suka amik tau camana mereka mengukur dan memasangnya .. Maklumlah , masa sekolah dulu , aku kerap ponteng masa kelas matematik.. hehe ..

Nasib baik ada MML .. Dengan sedikit tips dari mereka , aku tau jugak la pasal tiles ni .. Nak aku kongsi bersama korang ke ? Haaa .. Tapi tips ni dalam Bahasa Inggeris. Kalau aku alihbahasakan , takut lari maksud sebenarnya. Maklumlah , sekolah tak tinggi mana pon .Sempat belajar menaip komputer jer.. Tak sempat cikgu ajar nak hack komputer , cikgu dah lari ke oversea. Dengar jadi hackers besar kat sana .. Hahaha .. Ok , mengarut dah tu..

Sambung eh.. Sebelum tu , ada aku buat tips ringkas. Bolehlah g tengok kat sana dulu sebelum sambung baca kat SINI ..

Sedikit tips dari MML berkenaan tiles ni yang ada kaitan dengan ubahsuai di rumah baru aku tu .. Kalau ditengokkan dlm gambar kat atas tu , tu dah kira masuk fasa kedua tips dari MML iaitu PERSEDIAAN DI LOKASI UBAHSUAI.

Ada dua point yang utama untuk fasa ini ..

  1. Persediaan di bahagian permukaan
  2. Screeding / Rendering ( jika perlu )

clip_image002 clip_image004

Gambar 1 : Screeding pada bahagian lantai sebelum memasang tiles

Gambar 2 : Rendering pada bahagian dinding

Tips tips yang dikongsikan oleh MML mmg sangat berguna pada aku. Aku nak terangkan kat sini , susah .. Takut salah penyampaian. Jadi ajaran sesat lak nanti . Sebaiknya biarlah pakar saja yang melakukan mengenainya. Kang kalau aku copy paste direct tips dari mereka , ada yang tak suka lak kan ? Jadi kalau nak tau mengenai tips tips atau dapatkan khidmat pakar kaunseling mengenai tiles ni , boleh hubungi MML sendiri..

Apa pun , MML banyak membantu aku untuk memilih tiles yang sesuai untuk rumah aku . Terima kasih MML !

Menidurkan Qhaliff di petang hari ..

 

Dah nak masuk 5 bulan dan masuk bulan ke 3 aku jadi Mr.Mama .. Terus terang , aku bukanlah sebaik mereka yang bergelar ibu. Apa yang aku boleh buat cumalah menjaga Qhaliff .. Mandikan dia , tukar lampin , bagi susu dan melepak dengan dia .. Tu kalau dia tak sakit .. Kalau sakit , lain pulak woo cabaran dia ..

Ternyata benar kata mereka yang berpengalaman .. Semakin besar , semakin berubah perangai dia .. Namun jika kita dah jaga dari kecil , pasti tau camana nak kawal..

Kalau dah sebesar Qhaliff ni , confirm dah nak bermain . Dia akan capai apa saja yang boleh di nak capai . Pastikan tiada benda merbahaya berhampiran dengan dia seperti kabel charger, kain kain yang tebal .. Risau la kan ? Bagi je kain nipis seperti sapu tangan untuk dia main .. Handphone ? Dah pandai nak capai wehh .. dah pandaii !! Abis laa ..

Tapi kan , buat bapa bapa cam aku ni kan .. Nak kasi tidur baby ni , mudah jer .. Bila dia bangun tidur , tukar lampin dia .. Pastu layan dia jap.. Baby ni tak lama mana pon leh bergurau senda.. maklumlah , tenaga banyak mana sangat kan ?

Pastu kasi susu .. Haaa .. Jangan lupa sendawakan dia .. Tengok mata dia masa hisap susu tu.. Kalau dah layu je tu , ada harapan untuk tidur .. Kalau masih segar ? Kasi dia main dengan permainan dia .. Dia takkan kacau kita punya .. Dia akan main dalam 30-45 minit .. Sempat la nak buat apa apa pun .. Pastu confirm dia boring .. Masa ni kita layan balik dia .. Dalam 15-20 minit.. Ajak berbual atau layan Chess .. Confirm dia boring ..

Bagi susu sekali lagi .. Confirm .. Zzzzzz.. Lenaaa .. Yelah , kenyang dan penat .. heehhe ..

Teror dah aku kan ?

Pembohongan omputeh !

 

Ni diorang jer.. Aku ? Ehem ..

Lena diulit intan jer .. Hehehe ..

Dan senantiasa disayangi .. kan kan ?

Qhaliff nak beraya di Johor dan Kuantan ..

Semakin hari semakin nak ajak berborak dia .. Tapi pagi hari , dia nak tidur dulu ..kang sedar ,baru borak ngan bapak dia ..

Esok , kami nak g beraya umah Mat Gebu .Pastu , Sabtu lak nak g Kuantan. Nak g umah Puan Nina Juliana lak .. Ikutkan , nak gi umah Kak Ummi Zaihadi tp dah kak Ummi bizi , takde rezeki nak makan cheese cake dia .. hehe .. Lama dah nak g umah dia ..

Pastu Ahad , nak daftar masuk UMP .. Daddy nak sambung blajar ke ? Abis tu Qhaliff ?? Nak je citer eh ? Bila sampai masa ..

Lalala... Nak tidur jap ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Go Qhaliff .. Go !

Daddy tau Qhaliff mampu menariknya ! Berusaha dan teruskan berusaha !!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Apabila wanita ditetak hampir putus tangan ..

 

image

Cara mudah nak dapatkan duit ialah merampasnya dari orang lain. Walaupun kita kata mudah tapi pekerjaan berani mati ini sebenarnya sukar dan mereka yang takde hati saja berani melakukannya.

Mengapa ? Mereka ada satu juta alasan namun kesemua alasan itu boleh menghalalkan perbuatan keji mereka ini .

Jadi mengapa mereka melakukannya juga ? Seperti aku kata tadi , mereka tiada akal dan berhati kering dan inginkan dengan kadar segera .

Pengajaran buat kita , elakkan dari tayang harta kita di tempat umum ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI