Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 8 September 2012

Qhaliff potong stim betul laaa …

 

IMAG3456

G open house kawan opis wife yang juga jiran setaman .. Makanan ? Yummy .. melazatkan .. Aku jaga Qhaliff dan wife g amik makanan .. Heheh .. Aku malas nak berasak ..

Bihun sup dan air sirap sampai sudah .. hehe .. Lapar nehh .. Awal pagi dah buat macam macam ker .. Jadi , tiba masa untuk makan .. hehe..

Satu suap .. Mmg sedap .. Masuk suapan ke dua .. Macam nak telan semua pastu amik lagi je rasa .. Qhaliff , atas riba aku .. Bila aku tunggu untuk suap aku jarakkan dia ..

Suapan ketiga , zasss …. bihup sup yang berada dalam mangkuk polistrin tu tumbah atas seluar aku .. Puncanya ? Tangan Qhaliff pantas pegang mangkuk tuuu .. Nasib baik sup tu tak panas .. Kalau tak ??

IMAG3457

Terus mati mood nak makan .. Tapi aku tak la marah dia pon .. Silap aku gak .. Lap skit pastu basuh .. Terus aku balik rumah dan bawak Qhaliff balik ..

Kita tengok hindustan je la Qhaliff .. Biar je ibu lepak sana .. huhu ..

Tak marah aiiih … Daddy sayaaang Qhaliff … huhu .. Baru tau camana perasaan bila anak ‘ wat hal’ …

Dua kes rogol yang berbeza tapi ..

 

image

Dari Sinar Harian Online ..

Yang pertama , seorang wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan. Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri.

Menurut sumber yang dekat dengan kes, perogol itu dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Tambah sumber itu, perogol mengancam mangsa  dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.

Selanjutnya , baca di SINI ..

Kes kedua , perkenalan singkat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang baru menjangkau tiga hari mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di Bidor apabila dia menjadi  mangsa rogol secara bergilir-gilir tiga pemuda.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan salah seorang suspek dan diajak keluar untuk beraya di rumah rakan suspek di sekitar Tapah sebelum makan malam bersama

Selanjutnya , baca di SINI ..

 

Hurm.. tak perlu nak komen yang mengutuk mengeji .. Kita baca dan jadikan pengajaran .. Entri ni sekadar untuk kita fikirkan sejenak …Dua kejadian rogol tapi situasi berbeza ..

Tunjuk punggung punya hal , mak bapak malu !

 

Bapa Ammar: Maafkan kesilapan anak saya !

 

Ada banyak cara nak luahkan perasaan tapi dengan cara mengaibkan , tu takde akal namanya ! Masa buat , mmg nampak hero atau bolehlah berdekah dekah ketawa. Atau ramai jer tepuk bahu tanda bagi sokongan . Bila dah kantoi , mana dia yang tepuk bahu tu ?? Yang jerit bagi sokongan , mana ?? Sapa yang tebalkan muka ?

Bapa Ammar: Maafkan kesilapan anak saya

“Saya menyesal," akui Muhammad Ammar.

Aku bukan nak panjangkan cerita ni .. Memang dia dah menyesal dan baguslah .. Cuma buat kita ni , jadikan semua ini satu pengajaran . Memang seronok meluahkan perasaan ikut hati tapi seronok tu tak kekal lama .. Pasti masalah datang kemudian .. Bila dah gitu , sapa yang akan tolong kita ?

 

"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa,", kata Ammar..

Kita sama sama jadikan ikhtibar. Jaga maruah keluarga .

Benarkah mereka hanya manis mulut ?

 

Terkena tapi apa nak buat .. Begitulah gaya mereka di Malaysia ni .. Berjanji akan selesai dalam masa tertentu tapi bila sampai masa , diminta tambah sedikit masa kerana belum dapat disiapkan ..

Tulah yang aku hadapi skang ni .. Walaupun tiada masalah lain , aku berpegang pada janji .. Jangan bagi janji manis tapi tak dapat ditunaikan kerana kita ada kerja lain untuk diselesaikan ..

Rumah aku yang sedang dalam pengubahsuaian , sepatutnya siap dalam minggu ni tapi tak dapat siap .. Minggu depan baru leh siap .. Begitu juga kitchen cabinet yang dijanjikan akan dipasang minggu ni , tokey tu kata barang yang ditempah lom siap. Bila janji , 10 hari siap ada barang dan pemasangan sehari dua .. Dan bila pembelian di buat , apa pon tak boleh !

Aku beli sinki , water heater dan beberapa barang untuk toilet kat satu kedai popular di Malaysia ni .. Dia kata , anytime je boleh hantar .. Kita ni yang dah terpikat dengan cara layanan dia , beli la kat dia .. Bila sampai masa untuk penghantaran , mulalah masalah. Memula dia kata kita tak bagi no telefon .. Padahal dah bagi .. Kena tunggu lagi 2-3 hari lagi .. Bila sampai masa pulak , water heater yang kita order , diorang hantar salah .. Kena tunggu pulak minggu depan untuk hantar yang baru .. Adoi .. geram betul laaaa ..

Nasihat untuk korang yang nak beli barang barang peralatan rumah , kena tanya betul betul dengan diorang . Jangka masa , pastu apa jaminan tiada penambahan masa dan kalau diorang tak tepati janji , apa diorang nak bayar ganti rugi .. Haa .. Maklumlah , kita beli cash .. Pastu masa dibazirkan begitu saja ..

Korang tau , best part kan .. Kita dah beli , bayar pon dah .. Diorang antar tak betul .. Kita tak puashati , dengan mudah diorang kata boleh refund ! Mmg la ok tp masa kita ? Ingat segalanya percuma gitu saja ? Haih .. Banyak lemak sebenarnya peniaga kat Malaysia ni ..

Amik tindakan ? Penat nak ulang alik ke pejabat aduan jer nanti .. Jalan terbaik kan , korang google kat mana mana forum dalam internet ni atau baca kat blog kot kot ada komplen mengenai kedai yang korang nak g tu ..

Aku sedang tunggu penghantaran barang . Tadi dia call kata kul 10 pagi.. Ni call kata kul 11 lebih lak .. Apa cerita ??

Waaaaaaaa … aku tak percaya ??

 

Gambar petang tadi .. Walaupun dia nyenyak tidur di mana saja , daddy dia akan berada di samping dia .. hehehe .. Pak Guard la katakan .. hehe ..

Skang dah kul 12.46 .. Dua malam berturut dia , jaga time ni .. Main bagai nak rak .. Bersungguh sungguh main .. Aku yang tengok lak rasa penat ..

Dan malam ni , setelah puas bermain dengan mak  bapak aku ( g ziarah diorang tadi ) , aku merasakan Qhaliff akan lena malam ni .. hhehe ..

Tanggapan aku , salah pada mulanya. Dia tidur dalam kereta .. Tapi bila sampai rumah jer , dia terjaga dan mata dia amatlah cerah dan aku buat keputusan untuk tutup je laptop tapi aku tahan dulu .. Aku tengok cara mainan dia lain macam jer .. Macam layan mamai jer .. ehehe ..

Yearghhhh .. betul ! Dia terlena dengan sendirinya .. heheheh … Dan aku masih di sebelah dia ..

Mr.Mama ..

 

Alhamdulillah .. 5 bulan dah usia Qhaliff .. 2 bulan aku menjaganya tanpa orang gaji atau maid mahupun antar ke taska . Orang kata jaga baby ni senang jer .. Kalau dia dah tidur , kita boleh buat apa saja .. Hehehe .. Tu kata otai ! Aku yang potai ni ??? Nak pegang bayi memula pon kecut segalanya .. hahaha ..

Alhamdulillah .. atas tunjuk ajar rakan rakan seperjuangan ( rakan rakan dunia maya ) memberikan tips dan petua , Qhaliff berjaya aku tewaskan .. Walaupun baru 2 bulan , aku dah tau lenggang lenggoknya . Apa intro dia sebelum dia menangis , kenapa dia menangis  dan cara nak memujuknya ..

Bukanlah riak atau nak bangga .. Selama ni , aku beranggapan , aku tak mampu lakukan seorang diri dan senantiasa mengharap hari minggu agar wife boleh membantu..

Tapi setelah berdua bersama Qhaliff , segalanya dalam poket aku .. Dan dia pon semakin besar .. Tak lama lagi , dia akan mula makan .. Hehehe ..

“ Qhaliff .. jom lepak KFC jom ? Ke Kenny Rogers ? “ .

Confirm mak dia jeles ! Hahahaa .. Syok keje sendiri ni ..

Tapi aku bukan sekadar jaga Qhaliff jer .. Sambil sambil tu jenuh cari idea untuk update blog .. huhu ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI