Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 9 September 2012

Terima kasih Qhaliff

 

Tak malukan daddy la si Qhaliff ni .. Hari ni dia sangatlah baik walaupun boleh je dia bantai menangis ..

Seperti yang kengkawan WHATSAPP aku rancang , mereka mintak aku jadi tuan rumah untuk buat perjumpaan geng setelah asik bergossip memanjang di hp dan segalanya berjalan dengan lancar.

Makanan , masing masing bawak .. Kira ala ala pot luck laa .. Senang sikit sbb aku ngan wife mmg tak larat nak buat open house memandangkan kami demam .

Ada laksa penang , nasi tomato , laksam dan macam macam lagi laa ..

Dan Qhaliff sangatlah baik sepanjang hari .. Takde la nak buat perangai bila ada orang kat rumah .. huhu ..

Photo

Teringin nak buat open house gak tapi risau takde orang nak datang .. huhu ..

Macam ni pun dah penat banget badan .. Respek kat Mat Gebu yang terima kehadiran ramai tetamu sepanjang Syawal ni .. Penat tapi berbaloi katanya … Tabik !

Ambil iktibar dan bukannya maki lagi !

 

Kadang kadang aku terfikir kenapa ada orang takut nak berterus terang mengenai hal sebenar .. Orang tu dan insaf pun ketika dia menceritakan mengenai sesuatu kejadian ..

Tapi peliknya orang kita ni gemar menambah lagi kekesalan orang tu dengan memakinya .. Apa ni ? Sapa kita ni nak marah orang yang pon sedar akan kesalahannya  tu ha ?? Haishh ..

Pelik kan ? Tapi tu la orang kita yang seolah olah dia tu bagus laa sangat .. Sepatutnya , sama sama la amik iktibar dan belajar dari pengajaran tu haaa ..

Kalau dok marah lagi orang tu , rasa rasa ada ke orang nak bertaubat secara terang-terangan atas niat berkongsi pengalaman hidup lagi ? Dan apabila tu berlaku ,  kita cuma akan dengan yang baik-baik saja tanpa ada pengajaran hidup dari orang lain ..

Baca dan hayati .. Bukannya baca dan tolong marah lagi .. Ada sebabnya orang tu bercerita ..

Ingat awak tu pilot ke ?

 

Gambar hiasan

Bayangkan pemandu kereta pakai headphone sebesar tu kemudian memandu kereta .. Kalau pandu kereta dalam rumah dia sendiri tak pe la .. Kalau kat luar ? Camana ?

Apa masalahnya pulak ? Lantak laa kan nak pakai headphone sebesar mana kan ?

Ceritanya begini .. Semalam , sewaktu aku memandu dari Bangi nak pulang ke rumah .. Sampai kat satu simpang ni , ada sebijik Myvi keluar dari simpang tanpa tengok pon kehadiran kereta lain .. Signal pun tak bagi nak masuk ! Aku hon sekali .. Toleh pun tidak .. Apatah lagi nak angkat tangan untuk mintak maaf ! Ego betul makhluk ni haa ..

Angn ? Tentu laa.. membahayakan aku dan keluarga aku .. Aku lajukan kereta untuk selisih dengan dia .. Dia lajukan lagi kereta dia. Dari belakang , nampak la dia guna headphone sebesar tu haaa ..

Aku follow dia dari belakang. Aku tau kat depan tu nanti dia akan berenti sebab ada traffic light . Jangkaan aku tepat ! Aku berenti betul betul sebelah dia dan aku angkat tangan tanda aku marah .. Bukan bagi jari tu tapi macam nak bagitau ..

“ Buta ke ?? “

Dia nampak dan gerakkan kereta dia dan langgar lampu merah tu .. Aku pun follow dari belakang .. Terus bagi lampu besar ! Lantak laa.. Berenti ? Aku mmg dah bersedia dah .. Angin beb !!

Tapi dia terus blah … huh ! Geram dan mengigil aku .. Hilang kawalan kerana menurut amarah aku … Satu kesilapan yang tak patut aku buat langsung ..

Hurmm .. Tujuan aku sebenarnya bukan untuk bergaduh tapi untuk sedarkan dia akan tindakan dia tu membahayaakan orang lain yakni memakai headphone tu haa.. Confirm leka dengar lagu sbb fikiran kita kan tumpu pada apa yang kita dengar tu haaa ..

Silap dia … dan juga silap aku .. hurm…

Jangan sombong wahai manusia !

 

Bila ada orang bagi laluan kat kita untuk kita melintas jalanraya atau sebagainya , angkatlah tangan sebagai tanda terima kasih atau lemparkan sedikit senyuman .. Atau kalau tak nak pun , melintas dengan cepat dan bukannya berlenggang kangkung lagi ! Grrr ..

Bukanlah mengharapkan balasan tapi berbudi bahasa la sedikit .. Memalukan ! Kata ada agama .. kata ada bangsa .. tapi buat perangai macam alien dari marikh jer !

Jangan riak kawan ..

 

Tadi g Bangi . Cari dapur , oven dan sebagainya laa .. Brandnya , seperti yang aku tanya kat orang tua tua laa.. Diorang syorkan tu dan sesuai gak ngan budget ..

Sampai satu kedai ni .. lama dah usha kedai ni .. Macam macam ada kat kedai ni .. Ada dua tiga pilihan gak la .. Buat perbandingan harga ..

Sebenarnya , ada dah dapur pilihan dengan diskaun 10% lagi tapi saja nak usha kat kedai ni .. Pusing pi pusing mai , harga yang dia tawarkan lebih mahal dari yang wife nak ..

Wife tanya aku .. amacam ? Nak g kedai yang dalam kepala kitorang tu atau nak je amik kat situ ? Tapi wife tak nak sbb mahal hampir 400 !

Aku g kat salesman tu aku terus terang jer .. Aku bagitau , aku dapat jauh lebih murah dengan diskaun 10% lagi ! Haaa .. Aku tunggu je dia kata , tak pe la kalau gitu kan ? Tapi tak la pulak .. Dia amik kalkulator dan tekan sana sini ..

Tup tup , harga dia bagi sama dengan kedai yang aku nak amik tu siap dengan hadiah percuma lagi .. haaa .. amek kauuu .. Tapi dengan syarat , cash laa ..

Eleehhh .. ingat tak mampu la kot nak cash .. hahaha ..

“ Kami mmg nak beli cash . Tak suka hutang .. “ .

Selamba je wei .. Kasi bukak mata sikit .. Ingat datang pakai kedai tak pakai tie ngan briefcase , tak mampu beli tunai keee ?? Haaa ..

Segala urusan pembelian berjalan lancar hinggalah … aku tercari cari dompet aku !

“ Huk aloh .. kat rumah … “

Tu laaa .. riak lagi … Hahahaha .. Nasib baik ada duit sikit untuk bayar deposit .. Esok kena g untuk bayar semua .. Hahaha ..

Apa pon tak boleh !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI